Malaysia sebuah negara yang terkenal dengan masyarakat yang berbilang kaum. Setiap kaum di Malaysia juga bebas mengamalkan budaya masing – masing selagi ia tidak bertentangan dengan undang – undang negara.

Kaum Melayu merupakan kaum majoriti di Malaysia. Ia diikuti pula dengan kaum Cina, India serta lain – lain kaum minoriti lain. Masyarakat majmuk di Malaysia membuatkan ramai pelancong dari luar selesa datang bercuti ke negara kita.

Makanan

Imej via penangfoodie

Oleh kerana Malaysia memiliki rakyat yang berbilang kaum, maka tidak hairanlah jika makanan orang Malaysia juga terdiri dari pelbagai jenis makanan yang boleh dinikmati bersama. Antara hidangan popular dan digemari oleh rakyat Malaysia adalah seperti yang tersenarai di bawah.

#1. Nasi Lemak

Nasi Lemak merupakan hidangan makanan Melayu. Ia diperbuat dari beras yang dimasak dengan santan kelapa, bawang merah, halia dan juga daun pandan. Nasi Lemak juga dikenali sebagai juadah kebangsaan Malaysia dan boleh di setiap pelosok Malaysia.

Nasi Lemak

Imej via angsarap

Nasi lemak di Malaysia biasanya mengandungi sambal tumis, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, timun dan telur rebus. Terdapat juga penjual Nasi Lemak menyajikannya dengan lauk pauk lain seperti sambal sotong, sambal kerang, telur goreng, ayam goreng, rendang dan sebagainya.

Nasi Lemak

Imej via rojakdaily

#2. Asam Laksa

Asam Laksa merupakan hidangan tradisi masyarakat Baba dan Nyonya. Hidangan ini merupakan mee beras yang disajikan bersama kuah ikan pedas. Keturunan Baba dan Nyonya ini pada asalnya merupakan immigrant Cina yang datang ke Tanah Melayu. Mereka ini telah menggabungkan budaya Melayu yang diterapkan dalam kehidupan seharian.

Asam Laksa

Imej via seasonwithspice

Gabungan unsur dua budaya ini telah menghasilkan hidangan Asam Laksa ini. Hidangan ini dimakan bersama bahan lain seperti hirisan timun, bawang, cili, nenas, daun salad, daun kesum dan juga bunga kantan.

Asam Laksa

Imej via poskod

Mee laksa berwarna putih ini dimakan bersama kuah dan juga pes otaku dang bagi menambah rasa yang lebih enak. Asam Laksa ini boleh ditemui di mana sahaja terutamanya di Pulau Pinang.

#4. Roti Canai

Roti Canai merupakan roti leper yang diperkenalkan oleh masyarakat India. Ia boleh didapati di kebanyakan restoran mamak dan restoran Melayu di Malaysia.

Hidangan ini dibawa oleh immigran Tamil Muslim yang telah menetap di Malaysia. Ia turut dikenali dengan nama ‘roti terbang’ kerana proses pembuatannya yang seakan lemparan dan pusingan sebelum dimasak.

Roti Canai

Imej via rojakdaily

Biasanya Roti Canai dimakan bersama kuah kari samada kari ikan, ayam, daging atau kambing, kuah kacang dhal dan juga sambal tumis. Malah, ada di sesetengah tempat menikmati Roti Canai ini bersama gula pasir yang dicampurkan ke dalam kuah kari.

Roti Canai

Imej via theculturetrip

Roti Canai ini juga mempunyai pelbagai pilihan lain seperti Roti Telur, Roti Tisu, Roti Pisang, Roti Bawang, Roti Planta dan sebagainya.

#5. Rojak

Rojak merupakan salad tradisional yang mengandungi pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran. Di Malaysia terdapat pelbagai jenis rojak iaitu rojak buah,rojak India, rojak Penang dan rojak sotong kangkung.

Rojak

Imej via womenweeksly

Bagi rojak buah biasanya terdiri dari potongan buah timun, mangga, nanas, sengkuang, taugeh dan juga tauhu goreng. Kuah rojak buah pula diperbuat daripada kicap, belacan, air, gula, jus limau nipis, cili dan kacang tanah yang dikisar.

Manakala rojak India pula dikenali sebagai pasembor atau rojak mamak. Kuah rojak ini merupakan kuah kacang yang pekat berasa manis pedas. Rojak ini terdiri dari kentang rebus, telur rebus, taugeh, sengkuang dan timun. Ia juga ngandungi tauhu goreng, cucur goreng, udang goreng ataupun sotong.

Rojak Penang

Imej via hungryonion

Jika di Pulau Pinang, terdapat rojak Penang yang hampir sama dengan rojak buah. Namun, ia ditambah dengan bahan – bahan lain seperti jambu batu, jambu air, mangga dan sotong goreng. Kuah rojak ini pula pekat seakan karamel.

Rojak sotong kangkung antara makanan popular di seluruh Malaysia dan sangat ringkas. Ia banyak dijual di kebanyakan gerai atau restoran makanan. Rojak ini mengandungi sotong kembang, kangkung, timun, tauhu, kacang, cili dan sos.

#4. Chee Cheong Fun

Chee Cheong Fun dikenali sebagai mee gelung yang berwarna putih dan bentuknya seakan kuetiaw. Ia merupakan makanan masyarakat Kantonis dan berasal dari China Selatan dan juga Hong Kong.

Chee Cheong Fun

Imej via eatwhattonight

Di Malaysia, Chee Cheong Fun ini biasanya dihidangkan dengan sos soya manis berwarna hitam. Manakala jika di Pulau Pinang, sosnya menggunakan pes udang, berwarna hitam, berasa manis dan pekat seperti karamel.

Chee Cheong Fun

Imej via hungrygowhere

Jika anda berada di Ipoh, Chee Cheong Fun biasanya dihidangkan dengan dua cara iaitu kering atau berkuah@bersos. Versi kering biasanya dihidangkan dengan bijan, sos soya, bawang goreng, minyak bawang, sos cili dan jeruk cili. Manakala versi bersos pula dihidangkanbersama kuah kari dan juga cendawan.

#5. Apam Balik

Apam Balik merupakan sejenis penkek leper yang dimasak menggunakan acuan khas dan boleh ditemui di mana jua sekitar Malaysia. Ia turut dijual secara meluas oleh penjaja di mana sahaja.

Apam Balik

Imej via julieolive

Bahan yang digunakan untuk membuat apam balik terdiri dari adunan tepung, santan, air, gula, telur dan soda penaik. Ia mempunyai inti seperti kacang tanah yang dikisar, gula dan krim jagung manis. Apam balik juga boleh diletakkan pelbagai jenis inti lain seperti hirisan coklat, parutan kelapa dan sebagainya mengikut selera masing – masing.

Apam Balik

Imej via facebook

Apam Balik juga telah diisytiharkan sebagai makanan warisan negara oleh Jabatan Warisan Kebangsaan Malaysia.

#6. Mee Kari

Mee Kari merupakan hidangan yang penuh berperisa serta unik hasil daripada gabungan hidangan masyarakat Cina dan India. Kuahnya diperbuat dari rempah kari yang diadun bersama santan, pes cili, tauhu kering, udang, ayam, sotong, kerang, serai dan daun pudina.

Mee Kari

Imej via vitdaily

Hidangan ini menjadi kegemaran ramai tidak mengira bangsa dan boleh didapati dengan mudah di restoran tempatan. Kuah karinya yang enak boleh dimakan bersama mee, kuetiaw ataupun bihun dan boleh dimakan bersama cili asam atau cili jeruk.

Mee Kari

Imej via mykeluarga

#7. Sate

Sate merupakan hirisan daging yang diperap, dicucuk dengan lidi dan dibakar atas dapur arang. Biasanya sate dihidang dengan kuah kacang dan juga hirisan bawang serta timun.

Sate

Imej via facebook

Terdapat pelbagai jenis sate di Malaysia iaitu sate daging, sate ayam, sate perut dan sate kambing. Ia merupakan kegemaran hampir seluruh rakyat Malaysia dan boleh didapati dengan mudah di gerai penjaja, pasar malam mahupun restoran.

Sate

Imej via tourism

Sate ini juga enak dimakan bersama nasi himpit yang boleh dijadikan sebagai pengganti nasi. Ia juga sering dijadikan hidangan ringan pada waktu malam dan sangat popular sebagai salah satu hidangan menjelang sambutan perayaan.

#8. Lok-Lok

Lok-Lok merupakan steamboat versi Cina. Ia merupakan makanan yang dicucuk dengan lidi yang kemudiannya direndam ke dalam air mendidih atau sup panas sehingga masak.

Lok Lok

Imej via thesmartlocal

Ia biasanya boleh dimakan dengan pelbagai pilihan sos. Biasanya ia dimakan dengan kuah kacang, sos cili atau sos manis untuk menambah rasa.

Lok Lok

Imej via pohkemonfooddiary

Makanan ini boleh didapati di gerai penjaja, food truck, medan selera dan di mana mana kawasan ramai orang di bandaraya dan pekan Malaysia. Antara Lok-Lok  yang dijual terdiri daripada pelbagai ramuan seperti telur puyuh, kepah, kerang, sosej, bebola ikan, bebola daging, bebola sotong, udang, sayuran, daging vegetarian, cendawan dan aneka juadah yang telah dimasak seperti wantan dan tauhu goreng.

#9.  Char Kuew Teow

Char Kuew Teow makanan yang sangat popular yang boleh didapati di Malaysia. Biasanya ia digoreng dengan kepanasan tinggi bersama kicap cair, kicap pekat, cili, pes udang, udang, kerang, tauge dan daun kucai.

Char Kue Teow

Imej via tasteasianfood

Selain itu, Char Kuew Teow juga digoreng bersama dengan telur, udang, kerang, tauge dan lain-lain lagi. Hidangan ini turut disajikan diatas daun pisang yang diletakkan di dalam pinggan bagi meningkatkan lagi aromanya.

Char Kue Teow

Imej via wokandskillet

#10. Otak-Otak

Otak-Otak merupakan snek ringan yang  boleh dinikmati di Malaysia dan Singapura. Makanan ini digelar otak – otak teksturnya yang lembut dan sedikit lembik.

Otak - Otak

Imej via sharefood

Biasanya ia dimakan bersama dengan nasi atau juga boleh dimakan terus. Antara bahan yang digunakan adalah isi ikan, cili serta rempah ratus lain dan dibalut menggunakan daun kelapa. Ia kemudiannya dibakar di atas api sehingga masak.

Otak - Otak

Imej via kitchenmsadventures

#11. Mee Goreng Mamak

Mee Goreng Mamak merupakan satu lagi hidangan yang ringkas dan enak. Biasanya ia boleh didapati di restoran Mamak dan juga restoran biasa di Malaysia.

Mee Goreng Mamak

Imej via rebeccasaw

Mee Goreng Mamak biasanya dicampurkan dengan hirisan ayam atau daging, cili, sawi, taugeh, telur, bawang, tomato, kicap dan sebagainya. Hidangannya agak kering tapi cukup menyelerakan.

Mee Goreng Mamak

Imej via resepicheff

#12. Nasi Kandar

Nasi kandar hidangan yang begitu popular dan berasal dari Pulau Pinang. Ia merupakan hidangan nasi putih yang disajikan bersama kuah kari serta lauk pauk tambahan. Biasanya ia dimakan bersama ayam goreng, kari kambing, sotong goreng, udang goreng, ikan goreng daging lembu dan sebagainya.

Nasi Kandar

Imej via kuali

Ia juga sering dilengkapi dengan sayuran seperti peria goreng, kubis goreng, ulam dan sebagainya. Hampir kesemua masyarakat sangat menggemari Nasi Kandar tidak kira di mana sahaja.

Nasi Kandar

Imej via funntaste

#13. Nasi Briyani

Nasi Briyani merupakan nasi campur masyarakat India yang dimasak menggunakan beras basmathi. Ia dimasak bersama pelbagai jenis rempah ratus, yogurt, daging dan serta sayuran. Antara ramuan dan rempah yang digunakan termasuklah buah pala, lada kering, bunga cengkih, minyak sapi, buah pelaga, daun bay, kayu manis, ketumbar, daun pudina, halia, bawang dan bawang putih.

Imej via openrice

Nasi Briyani ini juga terdiri dari pelbagai jenis seperti Briyani kambing, Briyani ayam, daging, cendawan serta Briyani sayuran. Kebanyakan juadah ini boleh didapati di restoran mamak atau restoran India di seluruh Malaysia.

Nasi Beriyani Ayam

Imej via cookpad

#14. Pisang Goreng

Pisang goreng biasanya menjadi kudapan di waktu petang. Ia digoreng menggunakan tepung, telur, marjerin dan sebagainya bagi menghasilkan tepung yang rangup.

Pisang Goreng

Imej via romadecade

Pisang goreng disajikan bersama cili kicap bagi membangkitkan selera. Malah, pelbagai inovasi telah dilakukan untuk memberi kepuasan semasa menikmatinya. Ia juga turut dimakan bersama susu pekat, keju, coklat dan sebagainya.

Pisang Goreng

Imej via carnivalmunchies

Pisang goreng ini sangat digemari oleh masyarakat Melayu dan Cina. Ia boleh dibeli di gerai penjaja tempatan di serata tempat.

 #15. Cendol

Cendol adalah pencuci mulut yang berasal dari Indonesia, namun begitu popular di Malaysia. Ia diperbuat dari santan kelapa, jeli hijau yang diperbuat daripada tepung beras serta berwarna hijau, ais batu yang dikisar dan gula melaka.

Cendol

Imej via facebook

Cendol biasanya boleh didapati di seluruh Malaysia. Ia turut dihidangka bersama pulut, kacang merah dan jagung. Malah, ada juga yang menyajikannya bersama durian, nangka dan juga tapai.

Cendol

Imej via tukartiub

#16. Ais Kacang

Ais Kacang atau juga dikenali sebagai Ais Batu Campur (ABC) merupakan pencuci mulut yang popular di Malaysia. Pada awalnya ia dibuat daripada ais yang dikisar serta dicampur dengan kacang merah.

Ais Kacang

Imej via expatgo

Namun kini, ramuan Ais Kacang telah dihidang dengan pelbagai jenis bahan seperti buah-buahan yang membuatkannya lebih enak dan berwarna-warni. Ia turut dicampurkan dengan  kacang merah, jagung manis, cincau, agar-agar, kacang dan aiskrim.

Ais Kacang

Imej via kokcheehou

Bagi melengkapkan hidangan ini, ia dicampurkan dengan susu pekat, susu sejat yang dituang ke atas timbunan ais yang dikisar beserta dengan sedikit sirap ros. Ada juga yang Ais Kacang yang disirami dengan coklat cair bagi menambah selera.

#17. Teh Tarik

Teh Tarik antara minuman yang paling terkenal di restoran mamak dan diperkenalkan oleh masyarakat India. Malah, ia juga boleh didapati di restoran – restoran biasa. Minuman ini digemari hampir kebanyakan masyarakat termasuklah kanak – kanak dan orang dewasa.

Teh Tarik

Imej via says

Teh Tarik ringkas sahaja bahan yang digunakannya. Serbuk teh yang dimasak terlebih dahulu sebelum dibancuh bersama susu pekat dan susu sejat sering menambat hati masyarakat. Buih yang terhasil dari teh yang ditarik menggunakan koleh cukup memikat jiwa ramai orang.

Teh Tarik

Imej via activeage

#Kesimpulan

Inilah antara pilihan makanan yang sangat digemari oleh orang Malaysia pada hari ini. Biarpun berbeza bangsa dan agama, namun pilihan makanan di Malaysia turut dikongsi bersama. Tidak semestinya setiap bangsa itu hanya boleh menikmati makanan tradisi masing – masing, namun turut boleh merasai hidangan masyarakat lain.

Bagi yang beragama Islam, pastinya makanan halal menjadi keutamaan. Biarpun terdapat makanan masyarakat bukan Islam tersenarai di sini, namun sudah ada restoran halal yang  menyajikan makanan tersebut dan boleh dimakan oleh orang Islam.

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.