Negeri Kelantan yang terkenal dengan jolokan nama Cik Siti Wan Kembang ini terletak di bahagian Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia turut dikenali sebagai ‘tanah kilat’ yang bermaksud negeri pertanian dengan sawah menghijau, kampung nelayan dan juga pantai casuarina.

Maka tidak hairanlah budaya serta gaya hidup masyarakat di sini agak berbeza dengan budaya Melayu di tempat lain. Malah, makanan yang terdapat di negeri Kelantan ini juga cukup berbeza dari negeri lain di seluruh Semananjung. Anda boleh merasai pelbagai hidangan tradisi negeri Kelantan yang pastinya sedap dan tidak mengecewakan.

 #1. Budu

Budu merupakan sejenis sos ikan yang cukup terkenal di Kelantan yang biasanya dimakan bersama nasi dan ulam-ulaman. Ia diperbuat daripada ikan bilis dan garam yang diperam sehingga memberikan rasa dan bau yang unik.

Budu

Imej via backpackingmalaysia

Bukan sahaja rasanya yang sedap malah ia juga sumber terbaik Vitamin B12 dan garam galian seperti kalsium, natrium, magnesium, zat besi dan fosforus. Budu ini biasanya dicampurkan dengan hirisan bawang, cili serta perahan limau untuk menghasilkan rasa yang begitu menyelerakan.

Budu

Imej via harakahdaily

Ia sangat sesuai dimakan bersama ikan bakar dan juga ulam – ulaman menjelang makan tengahari.

#2. Nasi Tumpang

Nasi Tumpang antara hidangan yang terkenal dan berasal dari Kelantan. Ia dibungkus dengan daun pisang berbentuk kon. Nasi yang dibungkus mempunyai lapisan berbeza di mana lauknya berada di lapisan lain.

Nasi Tumpang

Imej via facebook

Bagi masyarakat Kelantan, hidangan ini digelar Nasi Tupe. Nasi ini dibungkus dengan kemas dan padat di mana isinya terdiri dari telur, serunding, udang atau ikan, sos sambal manis dan timun. Makan ini dahulunya merupakan makanan asas untuk petani di Negeri Kelantan untuk dibawa ke tempat kerja.

Nasi Tumpang

Imej via koleksiresepiemak

Untuk anda menikmati hidangan ini, boleh lah anda menggunakan sudu dengan menikmatinya lapisan demi lapisan atau mencampurkan kesemua isinya sekali dan makan bersama. Biar apa pun cara anda menikmatinya, pastinya anda dapat merasai keenakan hidangan ini.

 #3. Nasi Kerabu

Nasi Kerabu antara hidangan yang sangat popular. Ia merupakan hidangan nasi Melayu, yang menggunakan sayur – sayuran sebagai ulaman.

Nasi Kerabu

Imej via facebook

Nasi kerabu berwarna biru, dihidang bersama sayur taugeh dan kubis mentah. Warna biru ini terhasil dari warna bunga telang yang digunakan.

Nasi Kerabu

Imej via facebook

Hidangan ini enak dimakan bersama ikan goreng, ayam bakar, ayam percik, daging bakar, solok lada, keropok, budu dan sambal cili.

 #4. Nasi Kak Wok

Sebut sahaja Nasi Kak Wok pastinya anda cukup mengenalinya. Tambahan pula ia begitu senang dijumpai di serata tempat. Namun, tahukah anda asal usul hidangan ini?

Nasi Kak Wok

Imej via facebook

Nasi Kak Wok merupakan hidangan yang berasal dari negeri Kelantan. Ia cukup terkenal di kalangan penduduk tempatan yang begitu menggemari hidangan ringkas ini.

Nasi Kak Wok

Imej via facebook

Hidangan ini terdiri dari nasi putih, ayam goreng kunyit yang dipotong dadu, kuah gelai pekat dan juga sambal cili.

Asal nama hidangan ini diambil sempena nama Allahyarham Mek Wook Hassan yang mula – mula mencipta hidangan ini. Nasi Kak Wok ini telah diteruskan secara turun temurun kerana menggunakan resepinya yang tersendiri.

#5. Khao Jam

Khao Jam (Khao Yam) merupakan hidangan yang mengalami inovatif dari Nasi Kerabu dan dipengaruhi masakan Thailand. Khao Jam hampir serupa dengan Nasi Kerabu kecuali nasinya berwarna hijau manakala Nasi Kerabu berwarna biru.

Khao Jam

Imej via facebook

Gabungan beras tempatan dan beras Thai digunakan untuk memasak Khao Jam. Ini kerana beras Thailand mempunyai kelikatan yang tinggi.

Khao Jam

Imej via facebook

Perbezaan yang lainnya antara nasi kerabu Siam dengan nasi kerabu Kelantan ialah ia tidak ada kuah tumis santan yang dimasak bersama budu seperti kaum Melayu Kelantan.

#6. Laksam

Laksam merupakan makanan atau masakan daripada negeri Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada tepung beras. Ia dimakan bersama dengan kuah ikan bersantan.

Laksam

Imej via facebook

Untuk menyediakan hidangan laksam ini, biasanya adunan cair tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak dengan kaedah mengukus. Apabila mengeras, ia akan digulung sehingga menjadi panjang dan sedia untuk dihidangkan.

Laksam

Imej via spmodels

Kuahnya menggunakan isi ikan seperti ikan selayang atau kembung. Ia juga menggunakan santan dan beberapa bahan lain.

Pelbagai sayuran mentah seperti kacang panjang dan taugeh dimakan bersama laksam. Bagi menambah selera, sambal cili turut dimakan bersama.

 #7. Ayam Percik Kelantan

Hidangan ayam percik kelihatan sama sahaja. Namun, di negeri Kelantan ini, hidangan ayam percik ternyata agak berbeza.

Ayam Percik

Imej via facebook

Apa yang membezakan hidangan ini adalah kuah atau sos yang digunakan untuk menyaluti ayam tersebut. Tidak seperti ayam percik yang terdapat di pasaran, ayam percik Kelantan ini mempunyai sos percik berwarna putih serta lebih pekat dan likat.

Ayam Percik

Imej via facebook

Ayam percik ini sangat enak dimakan bersama nasi kerabu atau juga boleh dimakan begitu sahaja kerana memiliki keenakan yang tersendiri.

#8. Nasi Ulam

Sebut sahaja nasi ulam, pastinya masyarakat tempatan mengenalinya. Bagi anda yang tidak mengetahuinya, nasi ulam di Kelantan merupakan gabungan masakan Melayu, Thailand dan juga Indonesia.

Nasi Ulam

Imej via myresepi

Nasi ulam ini terdiri dari nasi putih yang dicampur bersama ulam – ulaman. Ia terdiri dari daun kaduk, pucuk gajus, hirisan bawang dan banyak lagi.

Nasi Ulam

Imej via resepicitarasawan

Selain itu, beberapa bahan lain seperti kerisik, rempah serta ikan goreng ditambah untuk menambah lagi keenakan hidangan ini.

#9. Etak Salai

Etak atau turut dikenali sebagai Etok-Etok merupakan sejenis hidupan seperti kerang. Tetapi, yang menariknya adalah ia hanya popular di negeri Kelantan.

Etak Salai

Imej via facebook

Saiznya agak kecil dan etak ini biasanya dibakar atau disalai begitu sahaja. Biarpun saiznya yang kecil, namun keenakan serta kemanisan etak ini boleh dikagumi.

Etak Salai

Imej via facebook

#10. Mee Chambol

Hidangan Mee Chambol ini sangat terkenal di kawasan Pengkalan Kubor, Kelantan. Mee chambol merupakan mee yang bersup dan dicampurkan dengan bebola seafood.

Mee Chambol

Imej via facebook

Mee yang digunakan pula kebiasaanya ialah mee kuning, mee hoon dan mee patthai. Mee patthai merupakan sejenis mee yang popular di Thailand. Rasanya begitu enak dan menyelerakan.

Mee Chambol

Imej via mynameistraveller

#11. Kerabu Sarea

Kerabu Sarea ini juga merupakan makanan tradisional Kelantan. Ia menggunakan sejenis rumpai laut yang diolah menjadi satu hidangan dan boleh dimakan bersama nasi putih.

Kerabu Sare

Imej via jebatdurjana

Antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan kerabu sarea ini ialah rumpai laut bersama sambal tumis, santan dan isi ikan. Walaupun ianya merupakan sejenis kerabu, namun penyediannya agak rumit kerana pelbagai jenis bahan.

Kerabu Sare

Imej via norminieza

Ia juga perlu dimasak kerana terdapatnya penggunaan santan dan isi ikan.

#12. Pulut Bakar

Pulut Bakar ini disediakan dengan beras pulut, santan pekat, gula pasir, bunga cengkih dan halba. Ia berbeza dengan pulut panggang yang biasa dimakan di negeri lain.

Pulut Bakar

Imej via lowyat

Ia tidak diletakkan inti di bahagian dalam pulut, namun kemanisan dan kelemakan pulut tetap memikat rasa.

Pulut Bakar

Imej via matahati-mama

#13. Ketupat Sotong

Ketupat Sotong merupakan hidangan yang sering menjadi santapan masyarakat Kelantan bukan pada musim perayaan. Ia menggunakan sotong segar bersaiz sederhana besar untuk menghasilkan hidangan ini.

Ketupat Sotong

Imej via facebook

Selain sotong, ia turut menggunakan beras pulut yang akan diisi ke dalam sotong tersebut, kemudiannya dimasak menggunakan gula Melaka sebagai manisan. Air manisan ini turut ditambah dengan beberapa bahan lain untuk memberikan rasa yang lebih mengagumkan.

Ketupat Sotong

Imej via facebook

#14. Kuih Akok

Kuih akok merupakan kuih tradisi masyarakat Kelantan. Malah, ia juga sangat popular dan sering mendapat permintaan ramai.

Kuih Akok

Imej via facebook

Terdapat kuih akok berbentuk bujur, akok bunga yang juga dikenali sebagai akok kemboja  serta akok bahulu yang mengikut acuan. Bahan yang digunakan untuk membuat akok ini adalah telur itik, santan dan gula.

Kuih Akok

Imej via facebook

Dahulunya, kuih akok ini dibakar diatas dapur yang menggunakan sabut. Oleh sebab itu, rasanya lebih enak sekali.

#15. Kuih Tahi Itik

Kuih Tahi Itik bunyinya agak pelik. Namun, ia merupakan sejenis kuih yang diperbuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula.

Kuih Tahi Itik

Imej via facebook

Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik. Maka, dari situlah ia mendapat nama. Kuih ini menggunakan putih telur yang telah diasingkan daripada kuning telur.

Kuih Tahi Itik

Imej via facebook

Kemudian, putih telur tersebut akan disira dengan dimasak dalam air gula pekat dan dituang sedikit demi sedikit bagi menghasilkan bentuk akhir.

#16. Kuih Jala Mas

Kuih Jala Mas menggunakan kuning telur sebagai bahan utama. Ia merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis yang dimasak dalam air gula.

Jala Mas

Imej via wendyinkk

Kuning telur tersebut diurai ke dalam air gula yang sedang mendidih. Ia dibiarkan seketika dan adunan tersebut boleh diangkat. Kemudiannya, ia ditompokkan pada bahagian kecil atau juga boleh diletak begitu sahaja dalam bekas yang tersedia.

Jala Mas

Imej via instazu

#17. Kuih Lompat Tikam

Melihat  kepada kuih ini, ternyata ia mempunyai warna yang cukup menarik. Terdapat warna hijau, merah, putih dan coklat pastinya membuka selera anda. Terutamanya pada bulan Ramadhan, kuih ini sering kelihatan di pasar Ramadhan.

Kuih Lompat Tikam

Imej via facebook

Kuih lompat tikam ini memberi rasa lemak dan manis. Ia mempunyai dua lapisan berbeza di mana lapisan tepung beras berwarna hijau. Manakala lapisan santan berwarna putih serta sedikit masin.

Lompat Tikam

Imej via facebook

Air manisan gula kabung turut digunakan untuk dimakan bersama kuih ini. Ianya sangat enak dinikmati terutama sekali semasa di bulan Ramadhan.

#18. Kuih Bunga Tanjung

Antara pencuci mulut dari Kelantan adalah kuih bunga Tanjung yang  menggunakan telur bersama tepung. Kuih ini akan disira bersama air gula yang ternyata agak manis.

Kuih Bunga Tanjung

Imej via adrydaud

Kuih bunga Tanjung ini akan dibentukkan dengan bentuk seperti titisan air yang berwarna kuning. Ia juga boleh dibentukkan dengan rekaan lain mengikut kesesuaian serta citarasa pembuat kuih ini.

Kuih Bunga Tanjung

Imej via facebook

#19. Kuih Badak Berendam

Kuih Badak Berendam merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutamanya di negeri Pantai Timur. Kuih ini terdiri daripada adunan tepung beras yang digentel bulat dengan inti kelapa bercampur manisan.

Badak Berendam

Imej via zaralovebaking

Bahagian tepung ini dibuat tawar kerana ia mempunyai inti yang manis dan dimakan bersama kuah santan kelapa bagi memberikan rasa lemak.

Badak Berendam

IMej via facebook

#20. Kuih Asam Gumpal

Kuih Asam Gumpal merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis. Ia menggunakan sagu mata ikan atau sagu biji dengan inti dan dimasak dalam kuah santan.

Asam Gumpal

Imej via selagiadagula

Sagu biji yang telah direbus dengan air, dicampurkan dengan garam bagi membangkitkan rasa. Kemudian, sagu yang telah dimasak akan diisi dengan inti dan dikepal menggunakan tangan kepada bentuk akhir.

Asam Gumpal

Imej via selagiadagula

Biasanya, kuih ini akan digumpal menjadi bulat sebesar satu gumpalan tangan. Ia kemudiannya dimasak dalam kuah santan sehingga pekat. Campuran gula merah, halia dan halba juga ditambah bagi menambahkan rasa.

#21. Nasi Manis

Nasi manis ini turut dikenali sebagai wajik. Ia antara salah satu makanan tradisional Negeri Kelantan. Nasi manis diperbuat dari sejenis pulut yang rasanya agak manis dan kebiasannya nasi manis ini di makan begitu sahaja tanpa lauk.

Nasi Manis

Imej via wondereo

Nasi manis ini sering dijadikan sebagai pencuci mulut atau manisan untuk majlis-majlis perkahwinan atau pertunangan. Ia mudah didapati terutamanya di warung – warung yang menjual kuih muih pada waktu pagi.

Nasi Manis

imej via nanisufi

Nasi manis itu juga digelar sebagai pulut pagi oleh sesetengah orang-orang tua dikampung.

#22. Kuih Butir Nangka

Kuih Butir Nangka ini seakan – akan seperti bubur manis. Ia merupakan salah satu kuih tradisional di Kelantan.

Butir Nangka

Imej via facebook

Kuih butir nangka ini diperbuat menggunakan beras pulut, santan dan gula melaka. Bagi menghasilkan warna hijau, air daun pandan asli akan digunakan. Selain warnanya yang cukup menarik, rasa asli daun pandan menambah keenakan kuih ini.

Butir Nangka

Imej via facebook

Hidangan ini mempunyai rasa yang berlemak dan sedikit manis. Ianya digelar kuih butir nangka kerana bentuknya yang bulat dan saiznya seperti butir biji nangka.

#23. Sira Labu

Sira labu merupakan salah satu pencuci mulut yang sangat poplar di Kelantan. Biasanya ia dimakan sebagai makanan santai pada waktu petang. Hidangan ini juga boleh dimakan bersama nasi putih.

Sira Labu

Imej via facebook

Kebiasaannya, sira labu ini boleh dijumpai di majlis perkahwinan dan merupakan sejenis menu wajib ada. Rasa sira labu ini agak manis dan menjadi simbolik negeri Kelantan yang menggemari makanan yang manis.

Sira Labu

Imej via facebook

#24. Kuih Cek Mek Molek

Kuih ini berbentuk bujur seperti bola ragbi. Ia menggunakan ubi keledek dan tepung gandum yang diadun bersama.

Cek Mek Molek

Imej via facebook

Adunan ini dibentuk seperti bola ragbi dan dimasukkan sedikit gula sebagai inti. Ia kemudiannya digoreng dalam minyak panas. Gula yang dijadikan sebagai inti akan mencair di sebelah dalam kerana kepanasan minyak mengoreng telah mencairkannya.

Cek Mek Molek

Imej via aziekitchen

Ia sering dimakan pada waktu petang sebagai hidangan ringan.

KESIMPULAN

Kebanyakan makanan terutamanya kuih muih dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini memiliki rasa yang manis. Namun, biarpun rasanya yang manis, ia tetap memiliki keunikan rasa yang tersendiri.

Gabungan pelbagai rasa yang terdapat pada hidangan di negeri ini, ia tetap menggamit selera ramai, terutamanya pelancong dari luar.

Artikel Makanan Lain

Sukakan artikel masakan tradisional negeri ini? Kami juga menulis artikel makanan yang patut anda cuba di negeri lain. Jemput baca dan jangan lupa share.

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.