Masakan India yang dibawa oleh etnik India di Malaysia ini telah sebati dengan jiwa dan raga rakyat Malaysia. Biarpun makanan kaum India diperbuat dari rempah ratus yang berbeza, namun ia memiliki keenakan yang tersendiri.

Daun kari, minyak sapi, serbuk kari, pelbagai rempah, herba serta sayuran antara bahan yang sering digunakan dalam masakan India terutama bagi pengamal vegetarian. Kepercayaan agama serta budaya India telah memberi pengaruh dalam sesuatu masakan.

Bagi kaum India yang berada di Malaysia, ada juga yang sudah melupakan hidangan asli mereka. Biarpun anak muda semakin melupakannya, namun bagi mengekalkan tradisi, makanan tradisional harus dipertahankan.

Pelbagai makanan serta minuman kaum India yang begitu enak dan unik boleh anda nikmati tanpa perlu terbang jauh hingga ke benua India.

#1. Murukku

Murukku antara makanan tradisional masyarakat India. Sebut sahaja Namanya pasti ramai mengenalinya. Ia antara makanan ringan yang sangat digemari ramai.

Murukku

Imej via revisfoodography

Selain nama marukku, ia turut dikenali dengan nama chakli dan chakri. Bahan utama untuk menghasilkan kuih ini adalah urad dhal, tepung kacang tosai dan tepung beras.

Murukku

Imej via hungryforever

Murukku biasanya berbentuk bulatan atau berbentuk halus. Ia dibuat menggunakan acuan khas dengan menekan tepung yang telah uli atau cara pemutaran.

Kerangupan kuih ini diiringi dengan rempah ratus yang sedikit pedas membuatkan ia menjadi pilihan ramai menjelang hari – hari perayaan.

#2. Tosai

Tosai, ada juga yang menggelarnya dosa, dosai, dosay, dose, dhosha, thosai atau juga chakuli. Pelbagai pilihan tosai yang boleh dicuba seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang, tosai rawa, tosai ghee dan sebagainya.

Tosai

Imej via toprecipes

Makanan ini sering dinikmati hampir kesemua rakyat Malaysia terutamanya kaum India. Ia boleh didapati di restoran mamak dan juga restoran India.

Tosai

Imej via hariharimasakmakan

Ia sering menjadi hidangan sarapan dan juga makan malam dan ianya kaya dengan sumber karbohidrat dan juga protein. Tosai biasanya dimakan bersama sambal kelapa, kari kambing atau juga kari ayam.

#3. Idli

Idli merupakan kuih yang juga berasal dari India. Ia mempunyai pelbagai jenis seperti sanna, rave atau sambar idli.

Idli

Imej via mapsofindia

Idlib oleh dimakan semasa sarapan pagi mahupun sebagai makanan ringan. Bahan utama untuk menghasilkan idli ini adalah vigna mungo dan juga nasi.

Idli

Imej via panasonicsmartcookbychandribhat

#4. Putu Mayam

Putu mayam antara makanan tradisional India yang mendapat sambutan mengalakkan dari semua bangsa dan tidak mengira umur. Kuih ini diperbuat dari tepung beras atau tepung idiyappam bersama air ataupun santan.

Putu mayam

Imej via blog.tourism

Untuk menghasilkan putu mayam, ia akan dibentuk menjadi doh terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam acuan yang ditekan bagi menghasilkan bentuk seperti mee halus. Putu mayam dimakan bersama kelapa parut, gula perang / gula Melaka dan juga gula pasir.

Putu mayam

Imej via signaturemarket

Hidangan ini biasanya dijual di kaki – kaki lima sebagai makanan jalanan dan juga boleh didapati di pasar – pasar malam tempatan. Ia sesuai dijadikan sarapan pagi dan juga minum petang.

#5. Vadai

Vadai merupakan sejenis makanan tradisional kaum India. Ia mempunyai dua versi iaitu paruppu vadai dan ulunthu vadai. Paruppu vadai biasanya diperbuat daripada kacang dal, hirisan cili hijau, daun kari, serta bawang merah.

Vadai

Imej via indian-tamil-recipe

Ulunthu vadai pula diperbuat daripada tebung beras dan berbentuk roda dan berlubang di tengah. Ulunthu vadai biasanya dimakan sekali dengan chutney. Vadai perlu digoreng dengan minyak yang banyak.

Vadai

Imej via mozismenu

Kedua – dua vadai ini begitu enak dimakan semasa minum petang.

#6. Nasi Daun Pisang

Nasi daun pisang antara makanan tradisi yang masih kekal sehingga hari ini. Masyarakat India sering menggunakan daun pisang sebagai alas makanan pengganti pinggan.

Nasi daun pisang

Imej via media.malaymail

Ia dipercayai boleh membantu system penghadaman seseorang. Nasi daun pisang ini akan dihidangkan bersama pelbagai jenis sayuran, kari ikan mahupun daging, jeruk dan juga papadom.

Nasi daun pisang

Imej via kitepunye

Hidangan ini biasanya diletakkan dengan kuah kari sahaja tanpa daging kerana nasi daun pisang ini merupakan makanan vegetarian bagi masyarakat India. Biasanya untuk menikmati hidangan ini adalah dengan menggunakan tangan bagi mengekalkan tradisi masyarakat ini.

#7. Biryani

Ada yang menyebutnya biryani, beryani, biriani mahupun nasi briyani. Ia antara hidangan masyarakat India yang menggunakan pelbagai jenis rempah ratus bermula dengan ketumbar hinggalah buah pelaga.Biasanya hidangan menggunakan beras basmathi yang memiliki ciri – ciri khas.

Biryani

Imej via recipes.timesofindia

Hidangan ini sering dimakan bersama kari kambing mahupun kurma.

Biryani kambing

Imej via realfood.tesco

#8. Butter Chicken

Hidangan butter chicken mungkin namanya sama seperti menu sajian khas Cina. Namun, ia ternyata berbeza kerana ia bukanlah hidangan ayam mentega ala masakan Cina.

Butter chicken

Imej via simplyrecipes

Butter Chicken seakan kari yang penuh dengan pelbagai rempah. Biasanya hidangan ini boleh didapati di restoran – restoran yang menjual makanan India.

Butter chicken

Imej via workingmother

#9. Kathi Roll

Makanan jalanan atau street food turut terkenal di India. Pelbagai makanan jalanan dijaja bermula dari makanan ringan hinggalah makanan utama.

Kathi roll

Imej via yummyindiankitchen

Kathi roll ini seakan kebab ala Timur tengah, bezanya hanyalah pada penggunaan roti yang digunakan. Untuk menyediakan hidangan ini, kathi roll menggunakan paratha jenis flat bread atau roti India.

Kathi roll

Imej via hungryforever

#10. Ayam Tandoori

Ayam tandoori sememangnya terkenal di mana jua, sama popular dengan nasi beriyani. Ia digelar ayam tandoori kerana proses memasaknya yang bernama tandoori.

Ayam tandoori

Imej via mohonclashh

Sebelum ayam dipanggang dalam oven, ia akan perap terlebih dahulu dengan rempah ratus yang telah dikhaskan. Ia kemudiannya dipanggang dengan suhu yang sangat tinggi sehingga mencapai 300 darjah Celsius.

Ayam tandoori

Imej via mypositiveparenting

Bahan – bahan yang digunakan sebagai perapan adalah seperti minyak mustard, garam masala, garam, yoghurt, serbuk ketumbak, serbuk cili, serbuk jintan serta rempah khas India iaitu kasoori merthi.

Ayam tandoori enak dimakan bersama roti naan, atau nasi beriani. Hidangan ini juga cukup terkenal di serata dunia.

#11. Rogan Josh

Rogan Josh atau juga dikenali dengan roghan josh atau roghan ghost merupakan hidangan yang diperbuat dari daging merah ataupun kambing. Hidangan ini sebenarnya berasal dari Kashmir.

Rogan josh

Imej via maunikagowardhan

Roghan bermaksud mentega atau minyak dalam Bahasa Parsi dan Urdu, manakala josh pula bermaksud rebus atau “braise”. Oleh itu, roghan gosh mungkin bermaksud rebus dalam minyak.

Rogan josh

Imej via cdkitchen

Rogan josh terdiri daripada kepingan daging kambing yang direbus bersama kuah berperisa serta bawang putih, halia serta rempah ratus aromatic. Kuah berwarna merah terhasil kerana menggunakan bunga kering atau akar alkanna tinctorial. Hidangan ini biasanya dimakan bersama nasi ataupun roti.

#12. Samosa

Samosa merupak snek paling terkenal di India dan di serata tempat. Ia menggunakan kaedah menggoreng mahupun bakar.

Samosa

Imej via cilantroandcitronella

Bahan – bahan yang digunakan termasuk kentang, bawang, kacang dan rempah. Samosa sering menjadi hidangan utama, hidangan pembuka mahupun hidangan ringan.

Samosa

Imej via mycurrystation

Biasanya samosa berbentuk segitiga dan begitu enak dimakan semasa masih panas.

#13. Naan

Naan antara makanan India yang tidak boleh anda lupakan. Ia antara makanan khas masyarakat India.

Naan

Imej via budgetbytes

Naan juga merujuk kepada roti yang dibakar menggunakan ketuhar dan saiznya agak tebal. Ia juga mirip roti pita dan biasanya menggunakan ragi untuk menghasilkan naan.

Naan

Imej viarecipes.instantpot

Biasanya naan dimakan bersama kari serta sambal kelapa. Bagi menambah selera juga, ia sangat enak dimakan bersama ayam tandoori.

#14. Tikka Masala

Tikka masala atau juga dikenali dengan kari ayam adalah hidangan India yang sangat terkenal. Ia merupakan potongan ayam yang diperap bersama rempah dan juga yogurt.

Tikka masala

Imej via honestcooking

Ayam ini akan dibakar dalam ketuhar dan dihidangkan bersama sos masala. Antara bahan lain yang digunakan untuk menghasilkan sos masala ini adalah yogurt, krim serta tomato yang menjadikan warnanya lebih perang.

Tikka masala

Imej via simplyrecipes

Tikka masala ini boleh digantikan dengan daging kambing ataupun daging ikan mengikut citarasa masing – masing.

#15. Nei Urundai

Nei urundai merupakan manisan masyarakat India. Ia sangat digemari oleh kanak – kanak kerana biasanya golongan ini gemar makanan manis.

Nei urundai

Imej via marudhuskitchen

Manisan ini diperbuat dari tepung kacang dhal, minyak sapi, rempah serta buah kismis. Setelah manisan ini siap dimasak, ia akan dibentukkan dengan bentuk bebola dan dibungkus dalam kertas warna.

Nei urundai

Imej via raskitchen

#16. Chittu Urundai

Chittu Urundai ini berbentuk bebola kecil dan menjadi kuih tradisi semasa perayaan Deepavali. Ia telah menjadi manisan yang semakin dilupakan oleh masyarakat India.

Chittu Urundei

Imej via thestar

Chittu Urundai diperbuat menggunakan tepung kacang hijau, kelapa parut, bijan hitam dan jaggery. Ia akan dicelupkan ke dalam campuran tepung beras dan tepung gandum sebelum digoreng dalam minyak sapi.

Chittu Urundei

Imej via karileaves

#17. Ketti Urundai

Jika anda pernah melihat kuih atau manisan sebesar genggaman tapak tangan, ianya dikenali dengan ketti urundai. Ketti urundai merupakan manisan yang masih diteruskan oleh sebilangan kecil masyarakat India.

Kethi Urundei

Imej via juespantry

Ia menggunakan tepung dhal dan juga kacang hijau untuk menghasilkannya. Tekstur manisan ini agak keras, namun disitulah tarikan sebenar manisan ini.

Kethi Urundei

Imej via facebook

#18. Athirasam

Athirasam merupakan salah satu makanan yang wajib ada yang disediakan bersama kuih – muih tradisi yang lain. Ia merupakan makanan tradisi yang telah wujud sejak abad ke-16 di Tamil Nadu.

Athirasam

Imej via facebook

Athirasam sering disajikan semasa majlis – majlis utama seperti majlis keagamaan dan juga perkahwinan. Ia seakan kuih peneram jika di Malaysia, namun cara penyediaannya sedikit berbeza.

Athirasam

Imej via facebook

#19. Sippi

Sippi merupakan hidangan yang paling mudah tetapi jarang sekali disediakan, walaubagaimanapun ia semakin dilupakan kerana tiada penggemar.

Sippi

Imej via mcsfood

Ianya diperbuat dari tepung gandum, gula dan digoreng dalam minyak. Biasanya sippi ini akan disalut dengan serbuk gula atau bagi yang tidak gemar makanan manis, ianya akan dihidangkan tanpa serbuk gula.

#20. Seedai

Seedai ini berbentuk bebola kecil. Ia digoreng dalam minyak panas dan boleh dijadikan manisan ataupun sebaliknya.

Seedai

Imej via traditionallymodernfood

Antara bahan yang digunakan untuk menghasilkannya adalah tepung gandum, kelapa parut, rempah ratus serta tepung dhal. Namun, seedai semakin dilupakan biarpun menjelang perayaan hari Deepavali.

Seedai

Imej via awesomecuisine

#21. Kandarppam

Kandarppam manisan yang berbentuk seakan apam tetapi saiznya lebih kecil. Ia menggunakan beberapa jenis bahan untuk menyediakannya.

Kandarppam

Imej via singaporechettinadrecipes

Manisan ini semakin kian luput dan sukar ditemui, namun kandarppam ini sangat popular di kalangan etnik Chettinad di Tamil Nadu, India.

Kandarppam

Imej solaiachiskitchen

#22. Gulab Jamun

Gulab jamun merupakan manisan atau pencuci mulut yang sangat terkenal di India. Hidangan ini memiliki rasa yang sangat manis.

Gulab Jamun

Imej via hungryforever

Gulab jamun diperbuat daripada susu yang dibentuk bulat. Bagi memberi rasa manis, bebola susu ini akan direndam dalam sirap gula yang sangat manis.

Gulab Jamun

Imej via hebbarskitchen

Rasanya yang sederhana membuatkan ia boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat.

#23. Jalebi

Jalebi merupakan manisan serta kudapan bagi masyarakat India. Ia sering dihidangkan semasa sambutan perayaan majlis keramaian.

Jalebi

Imej via halaalrecipes

Jalebi ini rasanya manis kerana setelah ia siap dimasak, jalebi akan disirami dengan sirap gula yang pekat. Manisan ini boleh dimakan semasa masih panas ataupun sejuk.

Jalebi

Imej via oneplatter

Bahan – bahan yang digunakan adalah tepung terigu, ragi, gula serta minyak untuk menggoreng. jalebi kelihatan seperti keropok namun rasanya sangat berbeza.

#24. Laddu

Laddu atau juga disebut laddoo merupakan manisan tradisional India yang berbentuk seakan bebola berasal dari benua India. Nama manisan ini berasal dari Bahasa Sanskrit Lattika.

Laddu

Imej via justdial

Laddu diperbuat dari tepung, minyak sapi atau mentega serta gula. Ia turut dicampurkan dengan kekacang mahupun kismis kering.

Laddu

Imej via indiamart

Biasanya laddu ini disajikan semasa majlis – majlis perayaan atau majlis keagamaan.

#25. Kofta

Kofta merupakan bebola daging yang berasal dari benua India. Ia terdiri daripada daging cincang yang biasanya terdiri dari daging lembu, ayam, mahupun kambing.

Kofta

Imej via thecuriouschickpea

Bebola daging ini dicampuri dengan rempah ratus serta bawang yang akan memberikan rasa yang lebih enak. Kofta di India biasanya dimasak bersama kari pedas ataupun sos. Ia akan dimakan bersama nasi atau roti India.

Kofta

Imej via vegecravings

Selain kofta daging dan ayam, terdapat juga kofta udang dan juga kofta vegetarian.

#26. Lassi

Jika di negara Barat, lassi ini tidak ubah seperti smoothie. Cara membuatnya pula mirip milkshake, di mana bahan – bahannya terdiri dari yogurt dan juga rempah – rempah asli India.

Lassi

Imej via archanaskitchen

Selain menggunakan rempah, lassi ini turut dicampur dengan buah – buahan bagi menambah keenakkan minuman ini. Terdapat pelbagai jenis lassi India iaitu lassi manis, mango lassi dan juga bhang lassi.

#27. Dhokla

Dokhla merupakan makanan vegetarian yang berasal dari India. Ia diperbuat daripada tepung beras dan kacang.

Dhokla

Imej via tarladalal

Makanan ini sangat sesuai dimakan semasa sarapan pagi, sebagai hidangan sampingan atau makanan ringan. Campuran kedua bahan dicampurkan dan direndam semalaman bagi mendapatkan tekstur dan rasa yang dikehendaki.

Dhokla

Imej via frugalfoodist

Dokhla ini juga ditambah dengan bahan lain seperti cili, ketumbar, halia serta baking soda. Adunan ini dikukus selama 15 minit di dalam bekas dan dipotong mengikut saiz yang dikehendaki.

#28. Teh Chai atau Teh Masala

Chai Tea atau teh masala merupakan teh yang rasanya manis, pedas berempah serta memiliki aroma yang begitu menawan. Teh chai ini diperbuat daripada pelbagai rempah ratus.

Masala teh

Imej via idntimes

Teh ini dicampurkan dengan buah pelage, kulit kayu manis, lada hitam, bunga lawang serta biji ketumbar untuk menghasilkan teh ini. Teh chai secara tradisinya dibuat menggunakan air suam dan susu panas. Ia juga ditambah dengan kemanisan mengikut kesesuaian.

Masala teh

Imej via facebook

Minuman ini boleh didapati di kebanyakan restoran India dan sering juga dijadikan hidangan di rumah. Biarpun teh chai terasa berempah, namun ia memiliki khasiat yang tersendiri.

#29. Chloe bhature

Chloe bhature antara makanan India yang begitu terkenal di pelosok dunia. Nama lain untuk hidangan ini adalah Bhatura chana atau poori chhola.

Puri @Chloe Bhatura

Imej via hebbarskitchen

Chloe bhature ini merupakan hidangan dari bahagian utara benua India. Ia menggunakan tepung gandum, air, garam dan gula serta minyak.

Puri @Chloe Bhature

Imej via indiatimes

Biasanya ia dimakan pada waktu pagi atau sebagai hidangan petang. Hidangan ini boleh dimakan bersama kari kambing, daging dan sebagainya.

Kesimpulan

Masyarakat India sememangnya kaya dengan pelbagai jenis makanan. Ia bukan sahaja digemari oleh kaum India, malah mendapat perhatian ramai.

Selain kaum India sendiri, kaum Melayu dan juga Cina sangat menggemari hidangan mereka. Mungkin ada yang tidak menggemari makanan India, namun ia tetap mendapat sambutan kerana keunikan hidangan mereka.

Penulis: Harwati Rukari

Harwati Rukari

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.