Siapa disini suka makan kek lapis?
Di sini kami kongsikan 3 resepi kek lapis cheese yang diperolehi daripada Facebook Elizabeth Bilong. Resepi ini boeh dikatakan viral dan mendapat pujian ramai di dalam group-group masakan. Boleh dikatakan kena cuba.
Resepi yang dimaksudkan adalah resepi kek lapis cheese, resepi kek lapis Red Velvet dan akhir sekali resepi kek lapis Que Puteh. Tanpa membuang masa, jom kita lihat resepi-resepi ini.
Bahan-bahan
Cara-Cara
Pukul butter, gula dan ovallate sampai berwarna putih.kemudian pukul telur satu persatu. Pukul lagi sehingga sebati
Masukkan susu, serbuk santan, essen vanila dan kacau sebati.
Masukkan cheese. Pukul skejap shingga cheese tidak berketul. Masukkan tepung.
Kemudian bolehlah bakar. Lapisan pertama guna api atas bawah. Lapisan seterusnya guna api atas sahaja. Setiap lapisan tabur coklat chip. Suhu ikut kepanasan oven masing-masing.
Resepi asal adalah Sury Abil boleh melawat di sini. http://syapex blogspot com
Bahan-bahan
Cara-cara
Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang. Masukkan ovallette, telur satu persatu, putar sehingga sebati dan kembang.
Masukkan susu pekat manis dan putar lagi sehingga sebati. Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum dan serbuk koko yang sudah diayak. Putar sehingga semuanya sebati dengan kelajuan yang perlahan.
Campurkan yogurt bersama pewarna merah, gaul sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi, putar lagi dengan kelajuan yang perlahan sehingga adunan bertukar warna merah sepenuhnya.
2.Adunan Cheese:
Putar cream cheese sehingga lembut, kemudian masukkan gula, putar lagi sehingga sebati. Masukkan telur dan esen vanila. Putar sehingga adunan sebati dan bahagikan siap-siap kepada tiga.
3.Panaskan oven 170-1 90’C. Griskan loyang dan alas dengan baking paper.
Mulakan membakar adunan merah dahulu sebanyak 3 lapisan, setiap lapisan merah tu tak perlu bagi perang sangat.
Bila dah nampak kering dan masak bolehlah sudukan satu lagi lapisan, sebany ak 5 sudu makan sehingga 3 lapisan, baru masukkan bahagian pertama adunan cheese pula. 3 lapis adunan merah, 1 lapis cheese.
Resepi asal oleh Nur Lokman
Peralatan
Bahan-bahan
Cara- cara
Pukul mentega Dan gula hingga kembang.
Masukan telur satu persatu
Masukan susu, esen vanila
Akhir sekali sasukan tepung gandum dan horlick
Bahagi kepada 2.
1 warna pink di campur serbuk ice cream @ ice cream Perisa vanila
1 warna merah di campur strawberry jem atau Strawberi paste
Bahan cream cheese
Cara-cara
Pukul cream cheese, dan bahan lain kecuali telur. Pukul sampai sebati baru letak telur. Pukul sebati.
Bakar cream cheese dulu sampai habis. Pastu warna pink dan merah.Atau ikut mana suka.
Anda suka resepi kek lapis cheese yang telah dikongsikan di atas? Pastikan anda tidak lupa untuk mencuba resepi kuih lapis cheese ini nanti. Jangan lupa tinggalkan komen di bawah ini.Mana tahu anda ada tips lain yang menarik.