Mencari resepi kek miyak?

Kek ada pelbagai jenis, antaranya ialah kek span, kek mentega, kek keju dan antara yang paling popular – kek minyak. Berbanding dengan kek lain, boleh dikatakan resepi kek minyak agak mudah untuk dicuba, tambahan pula jika anda baru berjinak-jinak dalam bidang baking.

Jadi, jika anda baharu sahaja ingin belajar untuk membuat kek, cubalah buat kek minyak. Berikut kami senaraikan 5 resepi kek minyak buat anda. Teruskan membaca!

#1 Kek Minyak Biasa

Imej via Facebook

Ini boleh dikatakan resepi untuk kek minyak yang paling asas. Bagi yang baru mencuba, anda boleh rujuk resepi yang mudah ini. Rasanya juga dijamin sedap! Resepi ini dikongsikan oleh Atier Syah di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur
  • ½ cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • ¾ cawan susu pekat
  • 1 sudu besar ovalet
  • 1 cawan minyak masak
  • Perasa nenas atau pisang
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Pewarna yang disukai

Cara-cara:

  1. Satukan tepung dan baserbuk penai kemudian diayak. Ketepikan.
  2. Pukul telur bersama gula dan ovalet hingga kembang dan gebu sekitar 5 minit.
  3. Masukkan susu pekat dan esen vanila, pukul sebati.
  4. Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata. 
  5. Masukkan tepung gandum yang telah di ayak. Kaup balik adunan dengan spatula hingga rata.
  6. Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bekas
  7. Letakkan pewarna dalam setiap bekas mengikut kesesuaian & gaul rata.
  8. Sediakan loyang 8 inci dan lapik dasar loyang dengan kertas minyak.
  9. Tuangkan adunan berselang seli warna sehingga habis
  10. Bakar pada suhu 170 °C selama 45 – 60 minit, bergantung kepanasan oven masing-masing
  11. Sedia untuk dihidangkan.

#2 Kek Minyak Oren

Imej via Facebook

Selalunya kita lihat kek minyak yang popular ialah kek minyak marble. Apa kata kali ini anda cuba kek minyak oren? Ianya lembut dan kurang manis, pasti kena dengan citarasa anda. Resepi ini dikongsikan oleh Siti Aminah Leeyaqaleesya di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan minyak masak
  • 5 biji telur
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 cawan susu susu cair
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • 1 sudu besar ovalet
  • 2 sudu besar perasa oren sunquick *optional
  • Pewarna kuning

Cara-cara:

  1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan minyak masak, susu cair, esen vanila, ovalet dan teruskan memukul adunan.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan tambahkan perasa oren Sunquick
  4. Menggunakan api atas bawah, bakar pada suhu 150°C. Sedia untuk dihidang.

#3 Kek Minyak Susu Gebu

Imej via Facebook

Kek minyak susu ini pula merupakan kek minyak versi gebu. Bukan mudah untuk mendapat tekstur kek minyak yang gebu bak span, jadi memang rugi jika tak cuba resepi ini. Resepi ini dikongsikan oleh Nur Amirah di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur ayam gred B
  • ½ cawan guka
  • ¾ cawan susu pekat
  • 1 sudu the ovalet
  • 1 sudu the esen vanila
  • 1 cawan minyak jadung
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • Perasa dan pewarna pilihan

Cara-cara:

  1. Ayak tepung gandum dan serbuk penaik. Ayak minima dua kali supaya anya sebati. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur dan gula. Gunakan pengadun tangan atau mesin dan pukul hingga adunan gebu (warna betukar putih pucat)
  3. Tambahkan susu pekat, ovalet dan esen vanilla. Kacau sekejap dengan pengadun.
  4. Masukkan minyak jagung. Kacau dengan sudip sahaja supaya minyak sebati.
  5. Kaup balik adunan dan jangan kacau.
  6. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan tambahkan perisa (1 sudu teh) atau pewarna (2 titik) yang anda mahu.
  7. Alas loyang 8 inci dengan kertas minyak dan sapukan mentega pada dinding loyang.
  8. Masukkan adunan secara berselang-seli.
  9. Panaskan ketuhar pada suhu 170°C selama 1 jam menggunakan api atas bawah. Jika mahu kukus, kukus selama 1 jam juga.
  10. Sedia untuk dihidang.

#4 Kek Minyak Red Velvet

Imej via Facebook

Ada juga kek minyak versi red velvet. Rasanya yang manis dan rupa kek yang menarik pasti akan buat anda terliur. Resepi ini dikongsikan oleh Alin Danial di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur gred A
  • ¼ cawan gula kastor
  • ¾ cawan susu pekat/krimer manis
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 sudu teh garam
  • 2 cawan tepung kek (bukan tepung naik sendiri)
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu besar ovalet
  • 1 sudu besar esen/pes vanila
  • 1 sudu besar Red velvet emulco + ½ sudu teh cuka
  • 3 sudu besar serbuk koko + 1sudu teh serbuk kopi segera (+ 6 sudu besar air panas dijadikan pes)

Cara-cara:

  1. Sapukan mentega/marjerin kepada loyang 8 inci.
  2. Ayak tepung bersama serbuk penaik dan ketepikan.
  3. Pukul telur bersama gula, ovalet dan garam sehingga betul-betul kembang dan gebu lebih kurang 20 minit dengan menggunakan mixer berkelajuan tinggi
  4. Masukkan susu pekat, esen vanilla dan pukul lagi selama 10 minit.
  5. Masukkan minyak jagung dan kacau guna spatula sahaja.
  6. Masukkan tepung dgn teknik kaup balik.
  7. Apabila telah sebati bahagikan adunan kepada 2 bahagian – satu masukkan pes coklat dan satu lagi red velvet emulco.
  8. Lapiskan setiap warna 4 sudu besar dan lapisan akhir untuk setiap warna adalah 2½  sudu besar sahaja.
  9. Kalau nak buat motif batik, boleh lorekkan menggunakan lidi ikut kreativiti masing-masing.
  10. Bakar pada suhu 160°C selama 1 jam dengan menggunakan api atas & bawah.

#5 Kek Minyak (Menggunakan Periuk Nasi)

Imej via Facebook

Rumah tiada ketuhar mahupun pengukus? Tidak mengapa, cubalah bakar kek minyak menggunakan periuk nasi. Bunyi mustahil, tetapi resepi ini menjadi. Rugi tak cuba! Resepi ini dikongsikan oleh Arianti Azahari di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung
  • 5 biji telur
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 cawan susu pekat
  • ½ cawan gula
  • 1sb baking powder
  • 1 sudu besar ovalet
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Pewarna pilihan sendiri

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan dan kacau sebati. Boleh juga menggunakan pengisar.
  2. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan salah satunya diletakkan pewarna.
  3. Sapu sedikit minyak di dalam periuk nasi.
  4. Masak seperti masak nasi biasa, tetapi setelah sampai pada tahap warm, biarkan sejuk dan teruskan memasak.
  5. Sedia untuk dihidang.

Resepi Menarik Lain

Selain koleksi resepi kek minyak, kami juga ada menulis tentang koleksi resepi menarik yang lain. Jangan lupa untuk memberi komen dan berkongsi dengan rakan. Selamat mencuba!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.