Mencari kedai kek di Penang?

Penang atau Pulau Pinang merupakan salah sebuah negeri Utara yang kaya dengan pelbagai jenis tarikan. Baik tarikan sejarah, pulau yang cantik atau tempat makan menarik, semuanya ada.

Ini termasuklah dengan kedai kek yang ada di pelbagai daerah di sini. Untuk itu, berikut kami senaraikan 12 kedai kek di Penang yang wajib anda serbu. Teruskan membaca!

#1 Continental Bakery

Alamat: 33, Jalan Nagor, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari, Isnin – Sabtu 10 am – 7 pm, Ahad 10 am – 6.30 pm

Continental Bakery yang terletak di George Town ini merupakan antara kedai kek yang tertua di Penang. Walaupun sudah lama beroperasi, nama bakeri ini tetap disebut-sebut oleh pengunjung, memang legend.

continental bakery kedai kek penang
Imej via Instagram

Menyediakan pelbagai jenis kek dan pastri, ada pelbagai jenis menu menarik yang wajib anda cuba. Untuk kek, anda boleh cuba Pound Cake, dan Lemon Cheese Cake. Ianya cukup berkrim dan lembut.

Untuk pastri dan roti, croissant, cinnamon roll, tart telur, pai ayam dan bun merupakan antara hidangan yang sentiasa diburu ramai. Tekstur roti buatan sendiri yang gebu juga membuatkan ramai ketagih dengannya.

#2 Moody Cow

Alamat: 170, Jalan Transfer, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 12 am

Bagi peminat tegar kek keju, salah satu kedai kek di Penang yang menyajikan kek keju tersedap ialah Moody Cow yang terletak di Jalan Transfer. Kedai kek ini juga mempunyai cawangannya di KL, jelas membuktikan popularitinya.

moody cow kedai kek penang
Imej via Foursquare

Kek keju yang wajib anda cuba jika ke sini ialah kek keju salted egg, kek keju durian dan kek keju cempedak. Rasanya yang lemak berkrim serta penggunaan buah yang segar membuatkan hidangan premium ini begitu sempurna.

#3 Le Petit Four Patisserie

Alamat: : 310, Lebuh Pantai, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Jumaat – Ahad, 10 am – 5 pm

Dari namanya sahaja, pasti anda boleh teka bahawa kedai kek yang terletak di Lebuh Pantai, George Town ini menyajikan pencuci mulut Perancis. Pemilik restoran ini juga merupakan bekas graduan Le Cordon Bleu Patisserie, bukan biasa-biasa!

kedai kek penang le petit four patisserie
Imej via Foursquare

Kek-kek berkualiti tinggi yang wajib anda nikmati ialah Strawberry Shortcake dan Cheese Cake. Kek mereka bukan sahaja enak dan berkrim, malah ianya juga cantik. Sesuai untuk sesiapa yang suka memuat naik gambar makanan di media sosial.

Selain kek, pastri mereka juga turut mendapat sambutan. Croissant merupakan antara sajian yang patut anda pesan. Rangup di luar dan lembut di dalam, ianya enak dinikmati begitu sahaja!

#4 Fuku Eatery and Dessert

Alamat: 37a&b, Beach St, Georgetown, 10300 George Town, Penang

Waktu Operasi: Setiap hari, 9 am – 6 pm

Walaupun anda tidak berada di Jepun, anda masih boleh menikmati hidangan ala Jepun di kafe yang terletak di Georgetown ini – Fuku Eatery and Dessert. Selain makanan beratnya, pencuci mulutnya juga turut terjual laris.

kedai kek penang fuku eatery
Imej via Foursquare

Antara kek yang boleh anda cuba di kafe comel ini ialah Blue Salted Caramel Cake. Jarang-jarang kita jumpa kek yang rupanya sebegini, bukan? Rasa karamel yang mengasyikkan serta kelembutan keknya pasti akan mencuri hati anda. Kek keju mereka juga turut menjadi kegemaran ramai, jadi jangan lupa cuba.

#5 Roots Dessert Bar

Alamat: 72, Jalan A.S. Mansoor, 10050 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Rabu – Ahad, Rabu & Khamis (3 – 11 pm), Jumaat (3 pm – 12 am), Sabtu & Ahad (12 – 11 pm)

Menginap di Museum Hotel atau berada sekitar sini? Alang-alang mengidam kek atau pencuci mulut, lekas terjah Roots Dessert Bar yang mula beroperasi sejak tahun 2017 ini.

Kafe ini tidak menyajikan hidangan yang biasa-biasa. Mereka bukan sahaja mementingkan rasa hidangan, malah persembahannya juga turut menjadi keutamaan. Tidak hairanlah hidangan di sini dipuji cantik.

watermelon cheesecake roots dessert bar
Imej via Foursquare

Antara kek yang wajib anda nikmati ialah Watermelon Cake, Rose Cheesecake dan Tofu Cheesecake. Penuh dengan warna dan semestinya kaya dengan rasa. Sesuai juga untuk dimuat naik ke media sosial, memang menarik!

#6 La Vie En Rose Patisserie

Alamat: 19, Lebuh Melayu, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Khamis – Ahad, 10.30 am – 6.30 pm

Menikmati kek untuk brunch merupakan antara cara terbaik untuk memulakan hari dan membangkitkan mood anda. Untuk itu, singgah sahaja di kafe La Vie En Rose Patisserie.

Imej via Foursquare

Terletak di George Town, kafe ini menyediakan hidangan seperti pastri, madeleine dan pencuci mulut. Untuk kek, anda boleh cuba Tiramisu dan Gâteau au Chocolat. Kaya dengan coklat, pasti hidangan ini akan buat anda jatuh cinta.

Bagi yang baru terdengar nama hidangan madeleine, ianya merupakan kek mentega yang dibuat seperti biskut. Jenis-jenis madeleine yang disajikan di sini ialah lemon honey, matcha dan vanilla.

#7 The Twelve Cups

Alamat: 12, The WhiteAways Arcade, Beach St, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 7.30 pm, manakala Isnin (10 am – 7.30 pm)

Sukakan kek krep? Antara kafe di Penang yang menyediakan kek krep ialah The Twelve Cups. Ada beraneka jenis kek krep yang disajikan, semestinya sesuai dengan citarasa ramai.

twelve cups penang
Imej via Foursquare

Chocolate Mille Crepe Cake, Matcha Mille Crepe Cake dan Oreo Mile Crepe Cake merupakan antara yang wajib anda cuba. Krepnya juga lembut dan gebu manakala filling yang disajikan memang manis berkrim.

#8 Matcho Cafe

Alamat:  99B, Lebuh Noordin, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 12 – 6 pm

Ada pencinta matcha di sini? Kebelakangan ini, hidangan berasaskan matcha semakin tular di kalangan pengguna media sosial. Pendek kata, matcha ini merupakan trend terbaharu yang menjadi kegilaan ramai.

matcho cafe
Imej via Instagram

Di George Town, anda boleh singgah di Matcho Cafe untuk menikmati hidangan sebegitu. Matcha Crepe Cake dan Burnt Matcha Cheesecake merupakan kek yang paling popular di kafe ini. Bukan sahaja enak, malah rasanya memang menyegarkan.

#9 Rainforest Bakery

Alamat: 300, Chulia St, Georgetown, 10200 George Town, Penang

Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 8 pm

Rainforest Bakery yang terletak di Jalan Chulia ini sememangnya terkenal dengan hidangan kek dan pastri yang sangat berbagai. Rata-rata pelanggan yang singgah di sini rambang mata melihat variasi hidangan yang disajikan di sini.

rainforest bakery
Imej via Instagram

Lemon Poppy Sour Cream Cake, Oreo Cheese Cake, Cinnamon Nutella dan Red Velvet Cake merupakan antara jenis kek yang sangat menyelerakan. Selain kek, bakeri ini turut menyediakan pastri seperti roti yang cukup lembut.

#10 15Grams Coffee Bar

Alamat: Persiaran Mahsuri, 5, G-12, Bandar Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Penang

Waktu Operasi: Ahad, Isnin dan Rabu (10 am -8.30 pm), Selasa, Khamis, Jumaat dan Sabtu (11 am – 9 pm)

15Grams Coffee Bar ini boleh dikatakan sebuah hidden gem di Bayan Lepas. Menyajikan pelbagai jenis hidangan, kafe ini juga turut terkenal dengan variasi kek yang disediakan.

15grams
Imej via Foursquare

Anda boleh cuba kek seperti Watermelon Lemon Matcha, Jackfruit Chiffon Cake, Lemon Pound Cake dan Strawberry Shortcake. Memang berbagai dan buah yang digunakan juga dikatakan segar, rugi jika anda tak cuba.

#11 Belle and Cream

Alamat: 16, Medan Lim Cheng Teik, Kampung Syed, 10250 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, hari minggu (10 am – 6 pm) & hujung minggu (11 am – 12 am)

Kek keju merupakan jenis kek yang sangat digemari kebanyakan pencinta pencuci mulut. Rasa lemak berkrimnya boleh buat sesiapa sahaja tersenyum riang. Untuk mencuba kek keju yang dijamin enak, singgah sahaja di kafe Belle and Cream.

belle and cream
Imej via Foursquare

Original Cheesecake, Coco Cheesecake dan Bubble Milk Tea Cheesecake merupakan hidangan utama di kafe ini. Bagi yang teringin untuk mencuba kek keju boba, inilah kafe yang wajib anda terjah. Sambil menikmati keknya, jangan lupa untuk memesan teh boba di sini.

#12 The Maker

Alamat: 243, Beach St, Georgetown, 10300 George Town, Penang

Waktu Operasi: Khamis – Ahad, 11 am – 7 pm

Sebaik sahaja melangkah masuk ke kafe ini, kami yakin anda pasti akan terliur setelah terhidu aroma kek dan pastri yang disajikan. Bukan sahaja sedap, malah persembahan hidangannya juga sangat cantik.

the maker penang
Imej via Foursquare

Strawberry Shortcake merupakan kek yang namanya sentiasa meniti di bibir kebanyakan pelanggan. Ianya berkrim, segar dan semestinya manis. Selain itu, anda juga boleh mencuba kek lain seperti Burnt Cheesecake dan Dark Chocolate with Matcha Cream Cake.

Kesimpulan

Sudah jumpa kedai kek di Penang yang ingin diserbu? Jika berpeluang ke sini, singgah sahaja satu persatu kerana semuanya menarik.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.