Ayam merupakan sumber protein yang tinggi dan sangat diperlukan oleh tubuh badan kita. Jika dimasak mengikut citarasa sendiri, pasti anda akan menikmatinya dengan penuh selera.
Ayam juga enak dimasak secara berkuah, dan ada berbagai jenis cara masakannya. Untuk itu, berikut kami senaraikan 10 resepi ayam berkuah buat anda.
Kuah kari kalau dinikmati begitu sahaja pun sudah sedap. Bayangkan pula bila anda nikmati kari ayam bersama nasi putih panas, pasti berganda keenakannya! Resepi ini dikongsikan oleh Niza Zaini di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Bahan A:
sedikit kulit kayu manis
ubi
buah pelaga
bunga lawang
cengkih
bawang besar
cili kering
cili hijau
Bahan B:
ayam kampung (digaul dengan serbuk kunyit)
halia dan bawang putih yang dikisar
daun kari
rempah kari daging
garam
serbuk perasa
air secukupnya
Cara-cara:
Tumis rempah ratus.
Masukkan semua bahan A.
Setelah layu, masukkan daun kari.
Masukkan ubi.
Kemudian, masukkan ayam yang digaul bersama serbuk kunyit.
Kacau sekejap, kemudian masukkan halia dan bawang putih yang dikisar.
Kemudian, letakkan rempah kari daging. Kacau perlahan dan sebati.
Letak air secukupnya. Perasakan bersama garam dan serbuk perasa.
Masih ingin memasak dalam keadaan yang urgent? Apa kata anda cuba resepi yang mudah ini – ayam sos tiram. Resepi ini dikongsikan oleh Cik Puan Sarah di laman Facebook.
Bahan-bahan:
halia (dihiris)
bawang putih (dihiris)
bawang merah (dihiris)
cili besar merah (dihiris)
ayam
sedikit air
sos tiram
Cara-cara:
Tumis halia bersama bawang putih, bawang merah dan cili besar merah hingga wangi dan layu.
Masukkan ayam dan biar sekejap sehingga air ayam keluar.
Masukkan sedikit air mengikut kepekatan kuah yang diingini.
Masukkan sos tiram.
Kacau dan biar mendidih.
Apabila kuah sudah pekat, sedia untuk dihidangkan.
Bagi yang sukakan ayam berkuah yang pedas namun masih boleh dinikmati dengan penuh selera, cubalah masak ayam balado. Resepi ini dikongsikan oleh Nana Sabrina Sarsan di laman Facebook.
Bahan-bahan:
ayam (diperap dengan kunyit dan garam)
garam
gula
½ inci asam keping
bawang hiris
Bahan kisar:
1 biji bawang merah bombay
2 ulas bawang putih
15 batang cili merah
10 batang cili padi hijau
Cara-cara:
Goreng ayam yang diperap dengan kunyit dan garam. Ketepikan.
Menggunakan minyak yang sama, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan garam, gula dan asam keping.
Masukkan ayam yang digoreng bersama bawang yang dihiris.
Siapa sahaja yang tidak sukakan ayam butter? Rasanya yang berkrim ditambah pula dengan kerangupan isi ayam mampu memikat hati sesiapa sahaja. Resepi ini dikongsikan oleh Ainn Mustafar di laman Facebook.
Bahan-bahan:
ayam (diperap dengan garam, lada sulah dan telur putih)
tepung jagung
4 ulas bawang putih (dicincang)
7-9 tangkai cili api (dihiris nipis)
3 tangkai daun kari
2 sudu besar mentega
½ tin susu cair/sejat
1 sudu besar susu pekat manis
kiub pati ayam
sedikit gula dan garam
Cara-cara:
Gaul isi ayam bersama tepung jagung dan goreng sehingga keperangan. Ketepikan.
Cairkan mentega, kemudian tumis bawang putih hingga layu.
Masukkan daun kari dan cili api. Tumis hingga naik bau.
Masukkan susu cair dan susu pekat.
Perasakan dengan garam dan pati ayam.
Untuk pekatkan kuah, masukkan 1 sudu air tepung jagung.
Masak lemak cili api merupakan cara masakan Negeri Sembilan. Lebih pedas, lebih padu. Jadi, anda boleh cuba membuat resepi ayam masak lemak cili api yang dikongsikan oleh Norlailanazira Mohd Agos di laman Facebook ini,
Bahan-bahan:
ayam (dibasuh bersih)
serai (dititik)
20 – 30 biji cili api (dikisar)
kunyit hidup (dikisar)
santan
kentang
daun limau purut
asam keping
garam
Cara-cara:
Masukkan ayam bersama serai yang dititik ke dalam kuali.
Tuangkan bahan kisar ke atas ayam. Gaul sebati.
Masukkan santan dan kentang.
Apabila kentang sudah empuk, masukkan daun limau purut dan asam keping.
Ayam percik merupakan menu yang sangat popular di bazar Ramadhan. Anda juga boleh membuatnya sendiri di rumah! Resepi ini dikongsikan oleh Idayu Suraya Salleh di laman Facebook.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dipotong empat)
Bahan perap:
1 biji bawang merah besar
7-8 ulas bawang putih
1 batang serai
1 buku halia
Bahan kuah:
1 biji bawang merah
bawang putih
2 batang serai
1 senduk nasi cili kering
½ kotak besar santan (mengikut jumlah kuah yang diingini)
garam
gula
Cara-cara:
Kisar bahan perapan ayam dan lumurkan pada ayam. Perap selama setengah jam.
Untuk kuah, kisar semua bahan dan masak sehingga kuah menjadi pekat.
Perasakan dengan garam dan gula.
Masukkan ayam yang diperap ke dalam kuah sehingga setengah masak.
Selalu buat gulai versi tempatan, kali ini apa kata ada cuba gulai ayam Padang pula? Resepinya juga agak ringkas, jadi bolehlah anda membuatnya sendiri. Resepi ini dikongsikan oleh Naddy’s Kitchen di laman Facebook.
Bahan-bahan:
ayam
Bahan A:
bawang putih
bawang merah
halia
kunyit hidup
cili merah
cili padi
Bahan B
serai (diketuk)
lengkuas (diketuk)
daun limau (dihiris besar)
daun kunyit (dihiris besar)
santan *optional
gula
garam
perasa
Cara-cara:
Kisar semua bahan A.
Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
Masukkan ayam dan biar seketika hingga ayam mengecut.
Tadi kita cuba resepi Negeri Sembilan, kali ini kita cuba resepi Melaka pula – asam pedas ayam. Kalau versi Melaka, semestinya lebih ‘kaw’! Resepi ini dikongsikan oleh Norlailanazira Mohd Agos di laman Facebook.
Bahan-bahan:
minyak
1 sudu halba
daun limau purut
bawang merah (dikisar)
bawang putih (dikisar)
halia (dikisar)
kunyit hidup (dikisar)
2 senduk cili kering kisar
air asam jawa
ayam (dibasuh bersih)
garam
Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis halba sehingga wangi.
Masukkan daun limau purut.
Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit hidup yang dikisar.
Masukkan cili kering kisar.
Tumis hingga garing.
Masukkan air asam jawa.
Boleh tambah air bahan kisar.
Masukkan ayam, tutup kuali dan tunggu sehingga masak.
Satu lagi resepi ayam berkuah yang digemari ramai ialah rendang ayam. Ianya cukup enak dimakan bersama nasi putih atau pun bersama ketupat. Resepi ini dikongsikan oleh Zatun Najahah Ghazali di laman Facebook.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
1 labu bawang besar (dikisar)
5 ulas bawang putih (dikisar)
2 batang serai (dititik)
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 biji santan
2 asam keping
kerisik
gula melaka
garam
2 helai daun kunyit (dihiris halus)
Bahan kisar:
30 tangkai cili kering(rebus dulu)
3 inci kunyit hidup
3 inci halia
3 inci lengkuas
Cara-cara:
Panaskan minyak.tumis bawang blended & serai hingga naik bau.masukkan serbuk jintan putih & jintan manis.kacau rata
Masukkan bahan kisar dan biar hingga pecah minyak.
Masukkan ayam dan gaul rata.
Masukkan santan dan kecilkan api. Tunggu hingga ayam masak.
Masukkan kerisik, asam keping, gula melaka dan garam. Masak hingga rendang pekat/sedikit kering.
Ingin membuat resepi ayam yang sedap dan menyihatkan? Cubalah resepi singgang ayam ini! Kali ini kita cuba versi Thai pula. Resepi ini dikongsikan oleh Wan Haslina Wan Ibrahim di laman Facebook.
Bahan-bahan:
serai
bawang merah (dihiris)
bawang putih (dihiris)
cili (dihiris)
halia
ayam
kunyit hidup (dihiris)
air
Cara-cara:
Tumiskan serai, bawang putih, bawang merah, halia dan cili.
Masukkan ayam dan kunyit hidup. Kacau sebati.
Masukkan air.
Setelah air mendidih, tutup api.
Resepi Menarik Lain
Selain koleksi resepi ayam berkuah, kami juga ada menulis tentang koleksi resepi lain yang menarik. Jangan lupa untuk komen dan kongsikan kepada rakan-rakan. Selamat mencuba!