Mencari kedai kek di Ipoh yang menarik?

Ipoh merupakan ibu negeri di Perak yang kaya dengan pelbagai tarikan dan ini termasuklah dengan tempat makan menarik. Sebut sahaja tempat makan apa yang dicari, dari sarapan pagi ke makan malam, semuanya ada.

Ini termasuklah dengan kedai kek. Untuk itu, berikut kami senaraikan 12 kedai kek di Ipoh untuk anda singgah. Teruskan membaca!

#1 Petit Mary Patisserie French Cuisines

Alamat: 83, Jln Langsat, Taman Teh Teng Seng, 31400 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari, 9 am – 8 pm

Mahu mencuba pencuci mulut dari Perancis? Kafe Petit Mary French Cuisines ini ada menyediakannya. Kek di sini juga beraneka dan mendapat pujian daripada ramai pelanggannya.

petit mary patisserie - kedai kek ipoh
Imej via Foursquare

Antara kek yang boleh anda cuba ialah Rainbow Cake, Mont Blanc Cake, Crepe Cake dan Yogurt Cake yang merupakan antara kek yang terlaris di sini. Bukan sahaja cantik, malah rasanya juga cukup manis dan enak.

Sebaik sahaja melangkah ke dalam kafe ini, kami yakin anda pasti terpegun dengan dekorasinya yang sungguh comel dan santai. Bunga-bunga di sekeliling kafe ini juga turut menyumbang kepada kecantikan dekorasinya, sangat sesuai dijadikan tempat bergambar.

#2 Purple Moon Lover

Alamat: 53, Jalan Lee Kwee Foh, Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak

Satu lagi kedai kek comel di Ipoh yang patut anda singgah ialah Purple Moon Lover. Terletak di Canning Garden, kek di sini ada pelbagai jenis dan rekaan yang cukup unik.

purple moon lover - kedai kek ipoh
Imej via Foursquare

Kafe yang ala-ala kafe Jepun ini menyajikan kek seperti Blueberry Cheesecake, Lemon Lime Cake, Matcha Cake, Red Velvet Cheesecake dan banyak lagi. Anda juga boleh menempah kek kegemaran anda di sini.

Kek comel lain seperti Bunny Berry, Little Yellow Duck, Black Sesame Mousse dan kek Unicorn juga turut disajikan. Bukan sahaja comel, malah menyelerakan.

#3 Foods Project Cafe

Alamat: 1, Jalan Sci 1/7, Sunway City, 31150 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari, 4 am – 11 pm

Berada sekitar Bandar Sunway? Alang-alang berada di situ, singgah sahaja di Food Project Cafe yang juga merupakan sebuah bakeri yang menyajikan variasi jenis kek.

food project cafe ipoh kedai kek ipoh
Imej via Instagram

Antara kek yang wajib anda cuba ialah Tornado Choco Cake, Pizza Cake, Pandan Gula Melaka Cake, Lotus Cheese Cake dan Nutella Cheesecake. Berbagai dan semestinya lazat!

Selain itu, anda juga boleh menempah kek hari jadi. Harga mengikut ketinggian dan jenis kek yang anda pesan dan ianya sangat berbaloi dengan rasa dan kecantikan kek yang dibuat.

#4 Jln Theatre Coffee

Alamat: 76, Jalan Theatre, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari, Ahad – Khamis 9 am – 4 pm, Jumaat – Sabtu 11 am – 5 pm

Ada penggemar kopi dan kek di sini? Kedua-duanya adalah gandingan yang mantap dan sesuai dinikmati untuk brunch dan minum petang. Untuk menikmatinya, singgah sahaja di Jln Theatre Coffee.

burnt cheesecake
Imej via Foursquare

Kafe yang bertempat di Taman Jubilee ini cukup terkenal dengan Burnt Cheesecake mereka. Ada dua perisa, original dan houjicha. Ianya cukup berkrim dan lembut, namun tidak memuakkan.

Kek dan pastri lain juga boleh anda cuba. Ada yang lebih menggemari roti? Roti juga turut disediakan di kafe ini. Gebu dan bervariasi, pasti sesuai dengan citarasa anda.

#5 Pâtisserie BoutiQue

Alamat: 103, Jalan Sultan Yusof, 30000 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 6 pm

Melihat perkataan ‘Pâtisserie’ pada kedai ini, pasti anda pasti sudah boleh teka yang ianya merupakan kedai kek dan pencuci mulut. Pâtisserie Boutique ini ada menyajikan pelbagai jenis kek yang enak-enak.

kedai kek ipoh patisserie boutique
Imej via Foursquare

Antaranya ialah kek keju, kek cawan, kek lobak dan tiramisu. Bagi setiap jenis kek, ada variasi yang berbagai citarasa, memang bikin rambang mata. Lime Cheesecake, Bailey Tiramisu, Red Velvet Cake dan Cinnamon Carrot Cake merupakan antara yang wajib anda pesan.

#6 être Patisserie

Alamat: 30, Jalan Lee Kwee Foh, Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 10 am – 6 pm

Kedai kek di Ipoh yang menyajikan kek dan pastri Perancis sememangnya banyak. Salah satu kedai kek yang dimaksudkan ialah être Patisserie yang terletak di Taman Canning.

être patisserie ipoh
Imej via Instagram

Sebaik sahaja melangkah masuk ke kafe ini, anda dapat melihat barisan kek dan pastri di kaunter yang sangat berbagai. Hiasannya sahaja sudah cantik dan mengagumkan, bayangkan keenakkannya.

Burnt Cheesecake, Musang King Burnt Cheesecake dan Carrot Cake merupakan antara pilihan kek yang disajikan. Selain itu, pastri di sini juga turut terjual laris. Rasa dan hiasannya juga bertaraf lima bintang!

#7 Shake & Bake Cafe

Alamat: 14, Jalan Raja Dr. Nazrin Shah, 30250 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 8 pm

Mencari kedai kek yang santai suasananya? Antara kedai kek sekitar Ipoh yang sesuai untuk sesiapa yang ingin bersantai bersama rakan-rakan ialah Shake & Bake Cafe.

kedai kek ipoh shake bake cafe
Imej via Foursquare

Terletak di Jalan Raja Dr. Nazrin Shah, kafe ini menyediakan kek dan roti. Kek yang wajib anda pesan ialah Oreo Cheese, Coffee Hazelnut, Black Forest, Yuri Matcha dan Tiramisu. Cukup manis dan berkrim, pasti kena dengan citarasa anda.

#8 Ninety One

Alamat: 91, Jalan Raja Dihilir, 30350 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Rabu – Ahad, 10 am – 4.30 pm

Kafe Ninety One ini sangat terkenal dengan kopi dan pencuci mulut yang dikatakan berkualiti tinggi. Ini termasuklah juga dengan variasi kek yang mereka sajikan.

ninety one ipoh
Imej via Instagram

Tiramisu, Matcha Tiramisu, Earl Grey, Black Forest dan Marshmellow Ganache merupakan antara kek yang wajib anda cuba. Kek di sini juga buatan sendiri, jadi tidak hairanlah kualitinya cemerlang.

#9 espressolab

Alamat: 105, Jalan Canning Estate, Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 10.30 am – 6.30 pm

Satu lagi kafe yang menyajikan kek dan kopi yang menyelerakan di Taman Canning ialah espressolab. Kafe yang beroperasi sejak tahun 2013 ini cukup terkenal dengan kek krep mille mereka.

espressolab kedai kek ipoh
Imej via Foursquare

Anda boleh pesan Nutella Mille Crepe Cake, Burnt Cheesecake, Tiramisu dan Bailey’s Choc Mousse. Kek yang bersaiz besar dan manis berkrim di sini pasti akan mencuri hati anda.

#10 Little Allegra Bakery

Alamat:  26a, Jalan Keliling, Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Khamis – Isnin, 8.30 am – 5 pm

Kek untuk sarapan – satu idea yang menarik untuk membangkitkan mood anda. Untuk itu, singgah sahaja di Little Allegra Bakery, kami berani jamin anda pasti akan berpuas hati dengan kualiti kek di bakeri ini.

little allegra
Imej via Foursquare

Matcha Burnt Cheesecake, Biscoff Cake, Pistachio Cake, Cempedak Cake, Tiramisu dan Chocolate Cheese merupakan antara kek lazat yang disajikan di sini. Anda juga boleh membuat tempahan untuk tower cake mereka yang sangat cantik dan elegan hiasannya.

#11 Girlie’s Café

Alamat: No 26, Jalan Market, 30000 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Ahad – Rabu, Rabu – Khamis 10 am – 5 pm, Jumaat – Ahad 10 am – 6 pm

Walaupun baru sahaja beroperasi pada tahun 2019, Girlie’s Cafe yang terletak di Jalan Market ini tetap mendapat sambutan yang hangat dari orang ramai. Kafe ini menyajikan hidangan selera Barat.

girlies cafe ipoh
Imej via Foursquare

Lemon Curd Cake, Lemon Pound Cake, Carrot Walnut Cake, Belgian Choc Cake dan Matcha Burnt Cheesecake merupakan antara kek terlaris di kafe ini. Jangan lupa untuk cuba kopi mereka yang tidak kurang hebatnya.

#12 10 STUDIO CAFE

Alamat: 10, Hala Tambun Jaya 1, Taman Tambun Jaya, 31400 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 10 am – 6 pm

Kafe yang berkonsepkan minimalist ini juga turut menyajikan pilihan kek yang melazatkan. Terletak di Taman Tambun Jaya, 10 Studio Cafe menyajikan kek dan kopi yang pasti menggamit selera.

belgium chocolate berries studio 10 cafe ipoh
Imej via Foursquare

Anda boleh cuba kek gebu dan berkrim seperti Belgium Chocolate Berries, Espresso Chocolate Double Cheese dan Musang King Mille Crepe. Tempahan kek untuk sambutan hari jadi juga boleh dibuat, sangat menarik.

Kesimpulan

Sudah jumpa kedai kek di Ipoh yang ingin diserbu? Jika berpeluang ke sini, singgah sahaja satu persatu kerana semuanya menarik.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.