Mencari kedai kek di Johor?

Johor merupakan salah satu negeri di Malaysia yang membangun dengan pesat. Tambahan pula, ada pelbagai tarikan yang boleh didapati di sini.

Ini termasuklah juga dengan tempat makan yang beraneka jenis citarasanya. Masakan kampung, hidangan Barat, sajian tradisional Johor dan kedai kopi, semuanya ada. Ini termasuklah dengan kedai kek.

Masih tercari-cari kedai kek di Johor yang menarik? Jangan risau, berikut kami senaraikan 12 kedai kek di Johor untuk anda. Teruskan membaca!

#1 Seven Oaks Bakery Cafe

Alamat: 134, Jalan Serampang, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari, 9 am – 8 pm

Bakeri ini merupakan antara bakeri yang paling popular di Johor. Mula beroperasi sejak tahun 2015, Seven Oaks Bakery Cafe ini menyediakan kek artisan berkualiti tinggi dan berbagai pilihan.

seven oaks bakery
Imej via Foursquare

Jenis kek popular yang disediakan di sini ialah kek mille crepe. Lychee Rose Crepe Slice, Pistachio Crepe Slice, Onde Onde Crepe Slice dan Lotus Biscoff Crepe Slice merupakan antara yang wajib anda pesan.

Kek lain seperti Mango Charlotte, Mini Unicorn, Charcoal Lychee, Rainbow Cake dan Yogurt Cheese Cake juga ada disediakan. Bukan sahaja enak, malah rupa kek juga cukup menarik.

#2 Verbena Cake Shop

Alamat: 918, Jalan Merbau 3, Bandar Putra, 81000 Kulai, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 8 pm

Berada sekitar Kulai? Alang-alang berada di sini, singgah sahaja di Verbena Cake Shop dan nikmati kek berkualiti tinggi yang mereka sajikan. Sama seperti pelanggan yang lain, kami yakin anda pasti akan berpuas hati.

verbena cake shop kedai kek johor
Imej via Instagram

Kek yang wajib anda cuba ialah Durian Cake. Ianya menggunakan isi durian yang segar, jadi kualiti kek ini sememangnya terjamin. Aromanya juga harum dan keknya cukup lembut.

Kek lain seperti Ivory Lemon, Blueberry Slice, French Crepe, Japanese Matcha Cake dan Pandan Kaya Slice juga wajib anda pesan. Berbagai citarasa, namun keenakannya tetap sama.

#3 SDS Bakery & Cafe Taman Universiti

Alamat: 1, Jalan Kebudayaan 2, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari, 9 am – 10 pm

Satu lagi kedai kek di Johor yang menyediakan kek artisan ialah SDS Bakery yang terletak Skudai. Nama kedai kek ini sentiasa menjadi sebutan bukan sahaja disebabkan oleh keknya, malah hidangan yang lain juga turut digemari ramai.

sds bakery taman universiti skudai
Imej via Foursquare

Red Velvet Cheese, Tiramisu, Hazelnut Choco dan Marble Cake merupakan antara kek yang patut anda pesan. Kualiti kek yang ditawarkan juga cemerlang, jadi tidak hairanlah ianya begitu laris.

#4 Lavender, Taman Pelangi (Flagship)

Alamat: 64, 66 & 68, Jalan Serampang, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari, 9 am – 10 pm

Kami yakin anda pasti terpegun jika anda melihat kek di bakeri Lavender ini secara langsung. Mana tidaknya, kek yang disediakan memang cantik dan menarik rupanya, persis kek di bakeri Perancis.

lavender bakery kedai kek johor
Imej via Instagram

Kek berbagai citarasa yang disediakan ialah Strawberry Cake, Lychee Mille Crepes, Red Velvet, Ondeh Cake, Pandan Layer Cake dan Italian Tiramisu. Servis yang cemerlang serta kebersihan yang terjamin juga merupakan bonus bakeri ini.

#5 Salahuddin Bakery

Alamat: Jalan Dhoby, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis, 9 am – 6 pm

Ini merupakan antara bakeri tersohor yang tertua di Johor – Salahuddin Bakery. Mula beroperasi sejak tahun 1937, bakeri ini menyajikan pelbagai jenis roti, pastri dan kek.

salahuddin bakery johor
imej via Foursquare

Satu aspek istimewa tentang bakeri ini ialah mereka menggunakan ketuhar arang, membuatkan aroma roti dan kek yang dibakar begitu harum. Bagi penggemar kek, kami sarankan agar anda cuba kek mentega dan kek cawan mereka.

#6 Moonlight Cake House (Permas Jaya)

Alamat: Jalan Permas 10/5, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari, 9 am – 10 pm

Moonlight Cake House ini mempunyai beberapa cawangan bukan sahaja di Johor, malah di Malaysia. Hal ini jelas membuktikan yang kedai kek ini bukan biasa-biasa, memang popular.

moonlight cake house
Imej via Foursquare

Anda boleh menikmati kek seperti Red Velvet, Chocolate Tiramisu, Green Tea Custard dan Blueberry Cheese. Ada banyak lagi pilihan kek yang bukan sahaja menyelerakan, malah cantik. Sangat sesuai untuk dimuat naik ke media sosial!

#7 Maco Cafe Sutera Utama

Alamat: 65, Jalan Sutera Tanjung 8/2, Taman Sutera Utama, 81300 Skudai, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari, 10.30 am – 10 pm

Ada penggemar kek jenis mille crepe di sini? Jika anda menggemarinya, anda wajib singgah di Maco Cafe Sutera Utama jika berada sekitar Skudai. Bakeri ini lebih 20 jenis kek mille crepe dan sajian lain yang tidak kurang hebatnya.

maco cafe sutera utama
Imej via Foursquare

Untuk mille crepe, 3 in 1 Mille Crepe, Caramel Almond Mille Crepe, Crunchy Chocolate Mille Crepe, French Chestnut Mille Crepe dan Hokkaido Milk Mille Crepe merupakan antara kek signature di bakeri ini.

Rata-rata pelanggan yang mencuba kek tersebut mengakui yang rasanya sempurna, tidak terlalu manis dan ianya juga lembut berkrim. Dengar ulasan pun boleh kecur air liur, bayangkan merasainya sendiri. Wajib cuba!

#8 Robinna Bakery

Alamat: 18, Jalan Perwira 1, Taman Ungku Tun Aminah, 81300 Skudai, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari, 9.30 am – 8.30 pm

Bakeri yang mula beroperasi sejak tahun 1989 ini merupakan antara kedai kek di Johor yang dicari ramai untuk membuat tempahan bagi kek hari jadi. Hal ini disebabkan oleh kecantikan dan keenakan kek yang disediakan, cukup berkualiti!

robinna bakery johor
Imej via Instagram

Antara kek terlaris di bakeri ini ialah kek Triple Cho, Pandan Layer, Fresh Fruit Garden, Royal Delight, Magnum Cho dan Oreo Cheese. Harga bagi whole cake juga berpatutan dengan kualiti yang premium dan rekabentuk yang menarik.

#9 Agnes Patisserie

Alamat: 1, Persiaran Southkey 1, Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis, 9 am – 6.30 pm

Bgai pembaca yang menggemari hidangan pencuci mulut selera Barat, inilah antara patisserie yang boleh anda singgah – Agnes Patisserie. Pemilik patisserie ini sendiri mengakui yang mereka menggunakan bahan yang terbaik kualitinya.

agnes patisserie
Imej via Instagram

Ada pelbagai jenis kek yang disajikan, antaranya ialah classic, customized cakes dan customized cupcakes. Untuk kek yang sudah disediakan, ada 4 kategori yang anda boleh cuba. Kek keju, kek mousse, the classics dan kek perisa lain merupakan antara yang ada di sini.

Cookies and Cream Chocolate Cake, Red Velvet Cake, Coffee Almond Cake dan Earl Grey Chocolate Mousse merupakan antara kek signature di bakeri ini. Setiap kek ini dikatakan manis berkrim, rugi jika anda tak pesan.

#10 Marialuvcakes

Alamat: 60-7, Jalan Sulaiman, Taman Sri Maharani, 84000 Muar, Johor

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu 9 am – 7 pm, Ahad 9 am – 4 pm

Marialuvcakes merupakan kedai kek yang pakar dalam membuat kek khas untuk ulang tahun, ulang tahun, acara korporat dan juga kek perkahwinan. Dijamin memuaskan hati, tidak hairanlah kedai kek ini agak terkenal sekitar Muar.

marialuvcakes muar kedai kek johor
Imej via Facebook

Chocolate Indulgence, Creamy Oreo, Chocolate Nutella dan Coffee Cheese merupakan antara kek yang boleh didapati. Selain kek, pastri dan biskut di sini juga berbagai pilihan dan turut mendapat sambutan.

#11 Perfecto

Alamat: 1998, Jalan Pesta 2, Kampung Kenangan Tun Dr Ismail 1, 84000 Muar, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari, 8.30 am – 11 pm

Seperti namanya, kek di bakeri Perfecto ini sememangnya sempurna. Sering mendapat pujian ramai, bakeri ini menyediakan pilihan kek dan pastri yang memang beraneka.

perfecto muar
Imej via Foursquare

Anda boleh cuba Chocolate Peppermint Cake, Lemon Glazed Cake, Pudding Fruit Cake dan Hokkaido Cup Cake merupakan antara kek yang laku keras. Selain itu, anda juga boleh menempah kek untuk sebarang acara di sini.

#12 Fung Seng Confectionery Sdn. Bhd

Alamat: 84000 No. 89, Jalan Abdullah Muar Johor, 84000

Waktu Operasi: Setiap hari, 9 am – 11 pm

Satu lagi kedai kek di Muar yang namanya disebut-sebut ialah Fung Seng Confectionery Sdn. Bhd. Mereka bukan sahaja menyajikan kek, malah mereka juga turut menyediakan pastri.

fung seng muar
Imej via Foursquare

Ada pelbagai jenis kek yang boleh anda cuba. Kek keju, tiramisu, kek cawan dan kek buah merupakan antaranya. Traditional Butter Cake juga merupakan kek legend yang menjadi sebutan.

Kesimpulan

Sudah jumpa kedai kek di Johor yang ingin diserbu? Jika berpeluang ke sini, singgah sahaja satu persatu kerana semuanya menarik.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.