Chicken chop adalah juadah yang berasal daripada barat. Ianya telah diubah suai mengikut citarasa orang kita dan sehingga kini, ianya telah menjadi kegemaran kita semua. Pelbagai restoran telah menjual juadah ini, daripada yang mahal sehingga yang murah, dimana mana sahaja anda boleh mencarinya.

Namun demikian, ada diantara kita yang lebih memilih untuk masak daripada membeli di luar. Pastinya, juadah yang kita masak lebih terjamin rasa dan kebersihannya, selain lebih jimat, murah dan berbaloi. Sekiranya anda mencari resepi Chicken Chop yang sedap dan mudah, di sini kami bawakan resepi ini khas untuk anda.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Nur Nabilah Razak dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook. Jom kita lihat!

Resepi Chicken Chop

chicken chop

image via Trip Advisor

Bahan – bahan:

Blackpepper Sauce:

  • 1 labu bawang besar holland (warna kuning) dicincang halus
  • 4 sudu besar (rata) tepung gandum
  • 2 kiub ayam
  • 2 sudu besar kicap manis (untuk gelapkan sos)
  • 4 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
  • 4 cawan air
  • 4 sudu besar mentega

Coleslaw

  • Kobis saiz kecil
  • 2 batang lobak merah
  • 2 atau 3 sudu besar mayonis

Ayam

  • 4 keping bahagian peha ayam yang telah dibuang tulang.
  • Sos tiram 3 sudu besar
  • Sos HP 2 sudu besar
  • Garam secukup rasa. Kurang lebih baik.

Perap seketika semua bahan. Anggarkan sukatan sos mengikut jumlah ayam.

Kentang French fries (digoreng)

Cara – cara memasak:

Blackpepper sauce

  1. Cairkan mentega ke dalam periuk ,tumis bawang besar hingga layu dan wangi.Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.
  2. Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau selalu.
  3. Masukkan air. Kacau sebati (guna hand whisk).
  4. Masukkan kiub ayam.
  5. Masukkan sos lada hitam, sos tiram dan kicap. Kacau sebati.
  6. Ubah suai sukatan air untuk kepekatan yang anda inginkan.
  7. Sesuaikan rasa.

    chicken chop

    image via Facebook

Coleslaw

  1. Hiris halus atau sagat sayur-sayuran.
  2. Gaulkan dengan mayonis mengikut tahap basah yang kita inginkan.

    chicken chop

    image via Facebook

Ayam

  1. Letakkan sesudu minyak masak dalam kuali leper.
  2. Tunggu panas dan grill ayam yang telah diperap tadi sehingga masak.

Kentang French Fries

  1. Kentang digoreng mengikut arahan pembungkus dan sukatan yang anda inginkan.

Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi chicken chop ini, terdapat beberapa lagi resepi lain yang anda boleh cuba untuk hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama keluarga dan kenalan anda ya!

 

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.