Selalunya, kita hanya akan jumpa kek batik sahaja ataupun cheesekut sahaja. Kek batik merupakan kek yang tidak dibakar, ianya merupakan gabungan coklat bersama biskut. Cheesekut pula gabungan cream cheese bersama biskut. Gabungan kedua – dua ini jarang ditemui, akan tetapi ianya menghasilkan kombinasi yang amat lazat.

Bayangkan sahaja kek batik yang penuh berinti coklat pekat, digabungkan bersama keju yang melimpah ruah daripada cheesekut. Pasti ianya dapat menarik minat ramai orang! Bahan – bahan untuk membuat kek batik cheesekut ini tidaklah sukar untuk dicari. Ianya boleh didapati di pasaraya sekitar anda sahaja. Oleh itu, anda boleh sahaja menyediakan juadah ini pada bila – bila masa.

Resepi ini telah dikongsikan oleh El Nilufer dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Ianya juga telah mendapat banyak komen positif tau! Jom kita tengok!

Resepi Kek Batik Cheesekut

Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Kek Batik:

  • 170g / 3/4 + 1 sudu besar mentega
  • 1/2 tin susu pekat
  • 6 sudu besar serbuk koko
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 paket biskut Marie / biskut Hup Seng
  • 200g coklat gelap (bar/coin)
  • Susu penuh krim

Cheesekut:

  • 250g krim keju
  • 3/4 tin susu pekat
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu kecil gelatin
  • Sebungkus biskut Hup Seng
  • Nestum

Cara – cara memasak:

Kek Batik

  1. Cairkan 170 g mentega dan 1/2 susu pekat. Pastikan jangan terlalu banyak untuk tidak terlalu manis.
  2. Masukkan serbuk koko dan kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan esen vanilla dan masukkan biskut. Gaulkan sehingga sekata.
  4. Gunakan loyang yang dalam. Dalam resepi ini, beliau menggunakan loyang empat segi yang 9″.
  5. Pastikan loyang dialas bersama baking paper atau plastik yang mecukupi untuk ditarik nanti.
  6. Tekan – tekan adunan kek batik dan tuangkan chocolate ganache.

Chocolate ganache:

  1. Cairkan coklat gelap bersama mentega dan susu penuh krim.

Cheesekut:

  1. Gaulkan krim keju bersama susu pekat dan esen vanilla. Pastikan anda menggaul sehingga betul – betul sebati.
  2. Tambah gelatin yang telah dibancuh bersama suku cawan air panas.
  3. Masukkan gelatin itu kedalam adunan keju tadi.
  4. Celup biskut Hup Seng kedalam susu satu demi satu dan susun di atas kek batik tadi. Letakkan adunan keju di atasnya dan kemudian, letakkan nestum.
  5. Buat beberapa lapisan dan siap!
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.