Mencari resepi biskut raya terbaru untuk dicuba?

Kuih raya merupakan menu wajib ada semasa sambutan hari raya. Tak best jika di rumah ada beberapa jenis sahaja kuih raya klasik sahaja. Apa kata anda cuba kelainan untuk kuih raya kali ini?

Walaupun kuih raya yang viral  ini lain daripada yang lain, ianya tetap sedap. Jadi, berikut kami senaraikan 10 resepi biskut raya terbaru untuk anda cuba.

#1 Tart Cadbury

resepi biskut raya terbaru

Imej via Facebook

Biasanya kita dengar nama tart nanas, kali ini ada yang mencipta kelainan untuk tart ini menjadi tart Cadbury! Resepi ini dikongsikan oleh Norislinah Mahfar di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 250g mentega
  • 2 sudu besar gula aising
  • 1 sudu besar minyak sapi *optional
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 bji kuning telur
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 3 cawan tepung gandum

Inti:

  • Bar coklat Cadbury

Cara-cara:

  1. Pukul perlahan minyak, gula, minyak sapi, esen vanila dan kuning telur hingga sebati.
  2. Ayakkan semua tepung dan susu tepung.
  3. Masukkan ke dalam bahan (1) sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
  4. Bentukan kulit tart mengikut kesukaan.
  5. Letakkan bar coklat di tengah tat dan lipat dua tart tersebut.
  6. Sapukan kuning telur dan setitik pewarna kuning di bahagian atas tart.
  7. Bakar pada suhu  160°C selama 20-25 minit menggunakan api atas bawah.

#2 Biskut Florentine

resepi biskut raya terbaru

Imej via Facebook

Biskut Florentine merupakan biskut yang berasal dari Itali. Anda juga boleh memasukkan biskut ini ke dalam koleksi kuih raya tahun ini! Resepi ini dikongsikan oleh Anith Syazwani di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 500 g tepung florentine
  • 500 g almond flakes
  • 200 g biji labu
  • 200 g biji bunga matahari
  • 20 g bijan hitam

Cara-cara:

  1. Bakar kekacang selama 5 minit. Sejukkan sebentar.
  2. Masukkan semua kekacang dan gaul sebati.
  3. Masukkan tepung florentine dan gaul semuanya sehingga sebati .
  4. Sudukan ke dalam cawan kertas yang nipis (sekadar menutupi dasar).
  5. Bakar pada suhu 160°C selama 10-15 minit.
  6. Keluarkan dan biarkan sejuk.
  7. Simpan dalam bekas kedap udara.

#3 Sea Salt Chocolate Chip Cookies

resepi biskut raya terbaru

Imej via Facebook

Biskut ini sedap namanya. Anda juga boleh menjadikan ia sebagai kuih raya, pasti menarik! Resepi ini dikongsikan oleh Helena Rizanie Abdullah di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 2 ½ cawan tepung gandum
  • 1 cawan unsalted butter
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • ½ cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 biji telur, gred A
  • 2 cawan semi-sweet cip coklat
  • Serpihan sea salt untuk taburan

Cara-cara:

  1. Satukan tepung dan baking soda didalam mangkuk, kacau rata dan ayak.
  2.  Pukul gula pasir, gula perang dan mentega hingga kembang.
  3. Masukkan telur satu persatu, dikuti dengan esen vanila.
  4. Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit, gaulkan hingga semua tercampur rata.
  5. Masukkan chocolate chips, kaup rata.
  6. Balut adunan dengan wrap plastik, simpan di dalam peti ais selama 1 jam.
  7. Ambil sedikit doh, susun diatas loyang yang dilapik dengan baking paper.
  8. Bakar pada suhu 180°C selama 10-15 minit (mengikut ketuhar masing-masing).
  9. Bakar sehingga hujung biskut agak kecoklatan dan tengahnya masih nampak lembut.
  10. Semasa biskut masih panas dan lembut, cepat-cepat tambahkan sedikit cip coklat di atasnya dan taburkan sedikit serpihan sea salt.
  11. Biarkan sehingga sejuk, simpan di dalam balang kedap udara.

#4 Nutella Pod

resepi biskut raya terbaru

Imej via Facebook

Tadi kita guna ba coklat Cadbury, kali ini apa kata anda cuba guna Nutella untuk resepi pod Nutella ini. Resepi ini dikongsikan oleh Nor Hidayah Russlan di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • ½ cawan marjerin
  • 3 sudu besar gula halus
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji kuning telur
  • 1½ cawan tepung gandum
  • ½ sudu kecil soda bikarbonat
  • ½ sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar serbuk badam

Cara-cara:

  1. Kacau sebati marjerin, gula halus dan esen vanila.
  2. Masukkan kuning telur dan kacau sebati.
  3. Ayak tepung gandum, serbuk bikabonat, serbuk penaik dan tepung beras.
  4. Masukkan di dalam bahan (2) tadi.
  5. Uli sebati.
  6. Bulatkan doh dan tekan pada bahagian tengah. Boleh masukkan doh ke dalam shell tart.
  7. Bakar pada suhu 160°C selama 30 minit.
  8. Siap bakar, pipe nutelle di bahagian tengah dan hiaskan dengan serbuk badam.

#5 Badam Kluster

resepi biskut raya terbaru

Imej via Facebook

3 bahan 3 cara untuk resepi biskut raya ini, namun keunikan dan keenakannya berjaya memikat hati ramai. Jadi, anda wajib mencuba resepinya! Resepi ini dikongsikan oleh Lyla Qaishah di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Badam potong
  • Coklat susu Beryl’s
  • 1 sudu kecil shortening(fungsi melambatkan proses pembekuan)

Cara-cara:

  1. Menggunakan teknik double boil, masukkan semua bahan dan gaul sebati.
  2. Panaskan oven selama 15 minit.
  3. Bakar adunan tadi dalam oven selama 5 minit pada suhu 230°C.

#6 Biskut Red Velvet

resepi biskut raya terbaru

Imej via Facebook

Asyik biskut coklat sahaja, teringin juga untuk mencuba resepi biskut raya terbaru yang lain. Tidak mengapa, cubalah resepi biskut red velvet ini. Resepi ini dikongsikan oleh Atie Watie di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan mentega/planta
  • 1 cawan minyak maska
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu besar golden syrup *optional
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • Sedikit pewarna merah
  • Secubit garam
  • 1 cawan badam hancur (digoreng tanpa minyak)
  • 1 cawan cip coklat
  • 1 cawan chocolate rice

Bahan tepung:

  • 1 sudu teh krim tartar
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar susu tepung

Cara-cara:

  1. Kacau mentega/planta menggunakan senduk hingga lembut.
  2. Masukkan gula perang dan telur. Kacau sebati.
  3. Ayak semua bahan tepung dan gaul sebati.
  4. Masukkan ke dalam adunan tadi.
  5. Akhir sekali, masukkan badam, cip coklat dan chocolate rice. Gaul sebati.
  6. Bentukkan adunan menggunakan sudut atau jari dan usun adunan dalam loyang. Jarakkan setiap adunan.
  7. Menggunakan api atas bawah, panaskan ketuhar pada suhu  170°C  selama 10 minit (bergantung kepada ketuhar).
  8. Bakar adunan pada suhu 170°C selama 15-20 minit,
  9. Sejukkan dan simpan dalam bekas tertutup.

#7 Biskut Alien

resepi biskut raya terbaru

Imej via Facebook

Comel nama dan rupa biskut yang pernah viral ini. Selain itu, rasanya juga sedap, pasti menarik jika anda jadikannya sebagai koleksi kuih raya. Resepi ini dikongsikan oleh MariaKhalisya Khalis di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • ½ buku Buttercup
  • ½ tin susu pekat manis
  • 400 g tepung jagung
  • 4 sudu makan susu tepung
  • Cip coklat

Cara-cara:

  1. Satukan Buttercup bersama tepung dan susu tepung.
  2. Masukkan susu pekat manis dan gaul sebati.
  3. Adun semua bahan kecuali cip colat sehingga menjadi doh. Jika keras, masukkan 2 sudu besar Buttercup.
  4. Setelah menjadi doh, bentukkan adunan mengikut kesukaan.
  5. Boleh tambah cip coklat jika suka.
  6. Menggunakan api bawah, bakar pada suhu 165- 170°C selama 25 minit.

#8 German Cookies

german cookies

Imej via Facebook

Nama biskut ini dalam bahasa German ialah Deutsche Kekse, dan biskut ini pernah viral suatu ketika dahulu. Apa kata raya kali ini anda cuba membuatnya? Resepi ini dikongsikan oleh Azura Felula di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 350 g mentega
  • 375 g tepung kentang/potato starch
  • 200 g tepung gandum (diayak)
  • 100 g gula aising (diayak)
  • Secubit garam

Cara-cara:

  1. Satukan tepung kentang dan tepung gandum, ayak dan ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam.
  3. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan sekejap.
  4. Bahagikan doh kepada 7 bahagian dan masukkan warna yg disukai
  5. Ambil sedikit adunan, kemudian bulat-bulatkan dan susuh atas dulang pembakar.
  6. Guna garfu dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
  7. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaakan pada suhu 175°C selama 20 minit.
  8. Setelah siap, sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

#9 Brownie Cookies

brownie cookies

Imej via Facebook

Bayangkan biskut yang digabungkan bersama brownies – bunyinya menarik, bukan? Rasa yang enak dan tekstur yang kenyal pasti akan memikat hati anda. Resepi ini dikongsikan oleh Rin Norin di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 700 g coklat gelap
  • 200 g Buttercup
  • 7 biji telur gred B
  • 400 g gula perang
  • Esen vanila (saiz 1 penutup)
  • 200 g tepung gandum

Cara-cara:

  1. Menggunakan kaedah double boil, cairkan Buttercup dan coklat. Setelah cair, biar coklat sejuk.
  2. Pukul rata telur, gula perang dan esen vanila.
  3. Setelah gula hancur, masukkan adunan coklat yang dicairkan tadi. Kacau sebati.
  4. Masukkan tepung gandum. Gaul sebati.
  5. Masukkn adunan dalam beg piping dan picit di atas loyang.
  6. Bakar di dalam ketuhar menggunakan suhu 150°C selama 15 minit.

#10 Biskut Bangkit Cheese

bangkit

Imej via Facebook`

Satu lagi resepi biskut raya terbaru yang wajib anda cuba tahun ini ialah biskut bangkit keju. Bayangkan keenakan kuih bangkit dan keju yang mencair di dalam mulut, memang padu! Resepi ini dikongsikan oleh SuiSan Aliezsha di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  •  3 cawan tepung ubi (sangai sehingga tepung menjadi ringan) (diayak)
  • 3 cawan tepung jagung (diayak)
  • 1 ketul Buttercup
  •  250 g krim keju
  •  1 cawan gula halus (bergantung kepada kemanisan)
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil serbuk penaik  (diayak)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 ketul keju Cheddar (diparut)

Cara-cara:

  1. Putar Buttercup dan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan krim keju, esen vanila dan kuning telur. Putar hingga adunan kembang dan sebati.
  3. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar seketika,
  4. Uli sehingga doh tidak melekat pada tangan.
  5. Masukkan keju parut dan gaul sebati.
  6. Jika doh kekurangan, tambah tepung ubi.
  7. Biarkan doh selama beberapa minit, kemudian tekap acuan.
  8. Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 170°C selama 30 minit mengikut ketuhar masing-masing.

Resepi Menarik Lain

Selain koleksi resepi biskut raya terbaru, kami juga ada menulis tentang koleksi resepi menarik yang lain. Jangan lupa untuk memberi komen dan berkongsi dengan rakan. Selamat mencuba!

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.