The BBQ Garage terletak tidak jauh dari Tol Kamunting, kira – kira 500 meter sahaja jaraknya. Singboard restoran ini agak besar terpampang di bahu jalan memudahkan pelanggan tiba ke lokasi. Restoran ini sentiasa dipenuhi dengan para pelanggan yang terdiri daripada kumpulan family dan juga kumpulan rakan sejawat yang menikmati hidangan makan malam di sini.
Sekiranya anda ingin membuat sebarang majlis kecil – kecilan bersama keluarga ataupun rakan sepejabat, sebaiknya anda membuat tempahan lebih awal. Jika tidak, sudah tentu perancangan untuk mengadakan majlis di sini tidak Berjaya kerana sentiasa dipenuhi pelanggan.
Biarpun restoran ini mempunyai dua tingkat ruang makan buat para pelanggan, namun belum pasti anda berjaya mendapatkan tempat duduk jika tiba agak lewat untuk menjamu selera. The BBQ Garage menampilkan ruang makan berkonsep garaj yang pertama di Taiping.
Restoran ini sebenarnya menggunakan dekorasi ala – ala hipster menjadikan ia antara tarikan pelanggan yang berada di kawasan Taiping ini. Suasana santai turut diwujudkan di restoran ini membuatkan ia menjadi tarikan pelanggan yang datang.
Restoran ini menyajikan pelbagai hidangan makanan Barat seperi Lamb Chop, Seashell, Salmon, Spicy Seafood Shellout, Spaghetti, Spicy Fishout antara menu hidangan Barat yang boleh anda cuba. Ada juga menu Nasi Basmati, Nasi Ayam dan bermacam hidangan nasi turut disediakan di restoran ini.
Istimewanya hidangan kambing di sini dimasak menggunakan ‘chimney’ yang menjadikan daging kambing yang dimasak begitu lembut, empuk dan juicy. Hidangan yang disediakan diperap bersama bahan – bahan bermutu sahaja demi menjaga kualiti hidangan yang akan disajikan kepada pelanggan.
Sekiranya anda bersama rakan – rakan atau keluarga tidak mahu membuang masa menunggu hidangan yang dipesan siap, boleh juga anda membuat tempahan terlebih dahulu. Jadi, masa menunggu hidangan siap tidaklah mengambil masa yang lama.Tambahan pula, pada sebelah malam kehadiran pelanggan yang agak ramai tidak tentu masa membuatkan pelanggan terpaksa menunggu seketikauntuk hidangan siap dihidang.
The BBQ Garage juga turut menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis dengan harga yang berpatutan. Kebiasaannya pelanggan menempah kambing golek serta makanan Barat untuk perkhidmatan katering. Kualiti makanan yang disajikan untuk perkhidmatan katering ini tetap dijaga oleh pihak restoran bagi memberi kepuasan kepada pelanggan.
Selain itu, The BBQ Garage juga turut menyediakan makanan yang siap dibungkus mengikut tempahan pelanggan dan penghantaran makanan juga turut dilakukan di sekitar bandar Taiping ini. Bagi anda yang ingin membuat tempahan makanan siap dibungkus, perlu membuat tempahan lebih awal supaya pihak restoran boleh menyiapkan tempahan tersebut pada masa yang diinginkan.
Restoran ini memulakan operasi bermula jam 2.00 petang setiap hari. Harga makanan yang dikenakan pula adalah sangat berpatutan dengan hidangan yang disajikan.
Alamat : No. 62, Jalan Kamunting Lama, 34600 Kamunting, Perak