Mencari tempat makan di Taiping?

Taiping merupakan ibu kota yang lama seperti Penang dan Ipoh. Jika anda berpeluang ke sini, anda akan melihat bangunan-bangunan lama yang cantik sekitar Taiping.

Ada banyak tempat makan menarik di Taiping dengan menu pelbagai. Untuk itu, berikut kami senaraikan 15 tempat makan menarik di Taiping buat anda.

Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

#1 Nasi Lemak Rendang Roti Bakar Arang Fadzil

Alamat: 1, Jalan Perusahaan 2, Kampung Sungai Tupai, 34000 Taiping, Perak, Malaysia

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 6:30 am – 12:45 pm

Jika anda mencari masakan sarapan yang menarik di Taiping, kedai makan ini boleh anda pergi. Banyak menu sarapan menarik dapat anda cuba di sini.

tempat makan taiping

Imej via Foursquare

Mendapat pujiaan untuk roti bakar arangnya, nasi lemak rendang juga wajib ambil jika makan di sini. Antaranya nasi lemak rendang paru yang pasti membuat anda terliur.

#2 Ansari Famous Cendol

Alamat: 92, Jalan Barrack, 34000 Taiping, Perak

Waktu operasi: Setiap hari, 10 am – 6:30 pm

ansari
Imej via Foursquare
Cuaca Malaysia yang panas memang satu kelebihan buat Ansari Famous Cendol. Kita boleh mengimbau kenangan lalu dengan cendol tradisi atau tambahan pulut bakar untuk citarasa baru.

Peniaganya tidak lokek dengan santan dan gula Melaka serta bahan-bahan yang lain dalam resepi mereka. Lebih menggiurkan dengan bau daun pandannya. Harganya pula sangat murah iaitu kira-kira RM1.60 sahaja semangkuk!

Ada beberapa menu lain disediakan seperti pasembor. Boleh juga dinikmati bersama cendolnya untuk minum petang.

#3 Restoran Doli Kuey Teow Goreng

Alamat: Jalan Tupai, 34000, Taiping, Perak

Waktu operasi: Setiap hari, 10 am – 11:30pm

Restoran Doli terletak di deoan Hospital Taiping. Dikatakan ia telah wujud sejak bertahun lamanya dan kini mempunyai penampilan baru dengan tempat duduk yang lebih banyak. Namun begitu, rasanya masih dikekalkan.

doli kuey teow

Imej via Foursquare

Menu utama mereka ialah kue tiaw dan ia tidak mengecewakan. Rata-rata terkejut dengan isinya yang banyak dan udang dengan jumlah yang banyak juga. Walaupun begitu, sebenarnya ia datang dalam 3 pilihan saiz.

Selain char kuey teow, anda juga boleh menikmati nasi ayam yang tak kurang hebatnya. Mengenyangkan dan menyelerakan juga!

#4 Pusat Penjaja Taiping

Alamat: Jalan Tupai Gerai No 20 – Gerai Hidayah, 34000 Taiping, Negeri Perak

Waktu operasi: Setiap hari, 3 pm – 12 am

Medan selera ini cukup popular di Taiping. Jumlah pelanggan yang berkunjung ke sini memang sentiasa ramai, jelas membuktikan yang ianya bukan medan selera yang biasa-biasa.

tempat makan taiping

Imej via Foursquare

Ada berbagai jenis gerai yang boleh didapati di sini. Ada gerai yang menjual yong tau foo, nasi ayam, mi kari, roti canai, char kuey teow dan ABC. Memang beraneka selera!

#5 The Gate Cafe

Alamat: Jalan Kampung Maharaja Lela, 34000 Taiping, Perak, Malaysia, Negeri Perak

Waktu operasi: Setiap hari, 10 am – 12 am
Kafe ini cukup sesuai dikunjungi jika anda ingin menikmati makan malam beramai-ramai, baik bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Suasana yang santai dan ruang yang luas membuatkan ramai pelanggannya selesa.

tempat makan taiping

Imej via Foursquare

Makanan yang disajikan di sini berasaskan makanan tempatan dan Barat. Antara menu yang boleh dicuba ialah Sizzling Mee, Nasi Goreng USA dan Butter Chicken Rice.

#6 Bismillah Cendol

Alamat: 233, Jalan Barrack, 34000 Taiping, Negeri Perak

Waktu Operasi:  Setiap hari, 8 am – 6 pm

Satu lagi gerai cendol di Taiping yang wajib anda terjah ialah Bismillah Cendol. Dari luar nampak seperti gerai cendol biasa sahaja. Namun, cendol di sini sebenarnya sangat popular sekitar Taiping.

bismillah cendol tempat makan taiping

Imej via Foursquare

Buktinya, ramai pelanggan sanggup beratur panjang pada waktu kemuncak demi mencuba cendolnya. Jika dilihat, cendol di sini lebih kurang cendol di Penang.

Ramai memuji rasa lemak-lemak manis cendolnya yang bikin ketagih. Selain cendol, Laksa Penang dan pasembor juga turut disajikan. Cendol biasa berharga sekitar RM 1.60 sahaja, sangat berbaloi!

#7 Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang

Alamat: Kampung Menteri, 34650, Taiping, Perak

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 12 – 10 pm

Perkara penting bila kita makan mee udang ialah udangnya. Jadi, Mak Jah Mee Udang telah berjaya menawan ramai orang dengan udang-udangnya yang segar.Ia mengambil masa kira-kira 20 minit jika anda memandu dari bandar. Hendak menemui lokasinya juga mudah. Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetang ini memang muncul di kebanyakan ‘review’ di internet.

Mungkin sebab itulah pengunjung berpuas hati dengan harganya juga iaitu RM13 dengan 5 ekor udang bersaiz sederhana dan besar. Restoran ini boleh menampung kira-kira 100 orang pada satu-satu masa kerana ruangnya agak luas.

 

#8 Le’pak Kitchen

Alamat : Jalan Taman Kaya, Taman Sungai Mas, 34000 Taiping, Perak, Malaysia

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 5 pm – 12 am

Untuk peminat-peminat makanan Barat, anda mungkin suka akan kedai makan ini. Anda boleh dapatkan chicken chop pada harga yang cukup murah. Antara menu yang mendapat pujian adalah lamb chop dan juga nasi goreng chicken chop.

lepak @ tempat makan taiping

Imej via Foursquare

Seperti namanya, konsep restoran ini memang sesuai untuk mereka yang ingin meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan kerana ianya santai. Kebersihan juga terjaga, memang terbaik!

#9 Taiping Bomba Yong Tau Foo

Alamat: Pusat Penjaja Taiping (Medan Selera Belakang Bomba) 1390 Jalan Tupai, 34000 Taiping, Perak

ytf tempat makan taiping

Imej via Foursquare

Tidak sah kalau datang ke Taiping kalau tidak makan di sini. Tempat makan Yong Tau Foo adalah menu wajib jika anda berada di sini. Boleh dikatakan tempat makanan kebanggaan orang Taiping.

Disini terdapat deretan yang menjual Yong tau Foo. Semuanya terserah pada anda untuk memilih kedai yang berminat. Sudah tentu menu wajib dicuba di sini adalah Yong tau Foo, iaitu sotong kangkung dan ABC.

#10 Selera Azrorasa

Alamat: Gr 131 B, Kampung Matang Gelugor, 34750, Taiping, Perak, Malaysia, 34750 Taiping
Waktu operasi: Setiap hari kecuali isnin, 12 – 10 pm

Kelihatan seperti kedai makan yang menghidangkan masakan kampung biasa, namun di sebaliknya anda tidak tahu yang restoran Selera Azrorasa ini ada menyediakan hidangan istimewa.

selera azrorasa @ tempat makan taiping

Imej via Foursquare

Restoran ini sangat terkenal dengan hidangan kari ikan sembilangnya. Ianya dihidangkan di dalam claypot, jadi memang sedap bila dimakan panas-panas. Rugi tak cuba!

#11 Nafis Kitchen Restaurant

Alamat: Jalan Kota, 34000 Taiping, Negeri Perak

Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 1 am

Untuk makan malam, makanan Thai pasti mula terlintas di minda anda bila perut mula berbunyi, bukan? Jadi, singgah sahaja di  Nafis Kitchen Restaurant untuk mencubanya.

tempat makan taiping

Imej via Foursquare

Restoran ini ada menyediakan berbagai jenis menu terutamanya masakan panas. Nasi Goreng Seafood merupakan antara menu yang laku keras di sini.

#12 Chacibor

Alamat: Kampung Asam Kumbang, 34000 Taiping, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari, 5 pm – 12 am

Sukakan makanan Barat dan Thai? Singgah sahaja di restoran Chacibor ini. Unik namanya, bukan? Chacibor ini diambil dari perkataan ‘cakcibor’, yang bermaksud ‘pepatung’ dalam dialek Perak.

tempat makan taiping

Imej via Foursquare

Menu-menu yang boleh dicuba ialah pizza, makaroni, nasi goreng dan nasi lemak. Berbagai betul citarasanya, pasti kena dengan selera anda!

#13 Nasi Lemak Warung Muhibbah

Alamat: Taman Tupai Mas, 34000 Taiping, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 6.30 am – 12 pm

Untuk sarapan, semestinya nasi lemak menjadi pilihan anda sebagai menu utamanya, bukan? Singgah sahaja di restoran Nasi Lemak Warung Muhibbah ini untuk mencuba nasi lemak yang enak sekali!

nasi lemak warung muhibbah

Imej via Foursquare

Ada beberapa jenis lauk yang boleh anda nikmati bersama nasi lemaknya. Sambal sotong merupakan lauk pilihan ramai. Sambalnya manis dan pedas, memang secukup rasa.

#14 Tomyam Sejati

Alamat: 1A, Taiping Business Centre, Lorong, 34000 Taiping, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 2.30 am

Kalau dah di nama restoran itu sendiri tertulis perkataan ‘sejati’, jelas menunjukkan yang tomyam di sini menggunakan resepi tomyam Thai yang asli.

tomyam sejati

Imej via Foursquare

Selain tomyam, hidangan bersup seperti sup daging dan sup perut juga turut terjual laris. Memang sedap dimakan bersama nasi putih panas-panas.

#15 Selera Warisan Abah

Alamat:  Jalan Kamunting Lama, 34000 Taiping, Negeri Perak

Restoran ini cukup sesuai dikunjungi buat mereka yang ingin menikmati masakan kampung untuk makan tengah hari. Ada berbagai jenis lauk-pauk yang boleh didapati.

tempat makan taiping

Imej via Foursquare

Ikan bakar merupakan antara menu yang kerap dipilih oleh pelanggan restoran Selera Warisan Abah. Bau ikan yang dibakar memang cukup memikat, patutlah ramai tergoda!

Kesimpulan

Bagaimana? Sudah menemukan tempat makan di Taiping yang ingin anda terjah jika berpeluang ke sini? Jangan lepaskan peluang ini, singgah sahaja sebelum rugi.

Kami juga ingin menasihatkan anda agar datang pada waktu yang sesuai. Takut nanti berebut ruang parkir dan ruang dalam restoran pula. Selamat menjamu selera!

 

Penulis: Awal Faiz

Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .