Mencari tempat makan best di Kl?

Bandaraya Kuala Lumpur  dan Lembah Klang pastinya bukan asing kepada kita semua. Ia sememangnya merupakan kawasan tumpuan masyarakat dari seluruh negara malah luar negara.

Selain itu, area Kuala Lumpur turut menawarkan pelbagai makanan yang diilhamkan daripada resipi seluruh negara malah dari beberapa pelusuk dunia. Tidak dinafikan bahawa industri makanan merupakan antara industri berskala besar di Kuala Lumpur.

Oleh itu, di sini disenaraikan 25 tempat makan menarik di KL meliputi pelbagai genre makanan yang dirasakan antara yang terbaik bagi kami. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, teruskan membaca ya!

#1 Shell Out

Menu @ Shell Out

Imej via Foursquare

Ada banyak restoran shell out di Malaysia. Tapi ramai yang setuju kalau ini antara yang terbaik di Kuala Lumpur. Kalau anda baru hendak mencuba hidangan shell out, restoran ini dikatakan antara tempat paling bagus untuk anda mencubanya!

Majoriti memuji kuahnya yang sedap dan pilihan makanan laut yang segar. Ruang makan restorannya pula luas, bersih dan selesa. Tidak hairanlah ramai pelanggan yang pernah datang mengesyorkan restoran ini kepada orang ramai. Sekali cuba, pasti hendak lagi!

Alamat: 16-1, Jalan PJU 5/15, Dataran Sunway, 47810 Petaling Jaya

Waktu Operasi: Setiap hari bermula dari jam 11:30 pagi hingga 10 malam

#2 Restoran RSMY

Kalau sudah ke sini mesti beratur panjang punya sebab dah cukup viral dekat KL. Tapi penantian anda tentunya berbaloi bila dapat cheese nan yang penuh dengan keju. Lembut di dalam dan rangup di luar.

Pekena pula dengan kuah dal dan kari yang lazat dekat sini, memang power! Kalau rasa tak nak sambut hari jadi makan kek, dekat sini mereka boleh susun roti nan berlapis-lapis untuk dibuat kek. Mereka juga sediakan ‘cake topper’ dan lilin untuk mendapatkan ‘mood’ macam kek birthday.

RSMY

Imej dari RSMY Best Cheese Naan

Alamat : D-72A, Plaza Usahawan, Genting Klang, Jalan Danau Niaga 1, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi : Isnin hingga Khamis: 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, Jumaat : 11.00 pagi hingga 1.00 pagi

Sabtu : 4.00 petang hingga 1.00 pagi

Ahad dan Cuti Umum : 4.00 petang hingga 12.00 tengah malam.

#3 Satay Willy

Sate Kajang pastinya bukanlah nama yang asing dikalangan rakyat Malaysia. Daripada kanak-kanak sehinggalah yang tua pasti tahu dan pernah merasakan keenakan sate Kajang.

Apabila berbicara tentang sate Kajang, tidak dapat tidak nama Haji Samuri akan menjadi bualan. Namun di Sungai Ramal Food Junction, Satay Willy boleh dikatakan agak popular.

Sate yang dihidangkan di sini sangat ‘juicy’ dan lembut dan begitu mudah memikat selera siapa saja yang merasainya.

Sate willy

Gerai Satay Willy ini menawarkan aneka pilihan sate berserta set lengkapnya seperti timun dan bawang serta kuah yang pekat dan sedap. Juga terdapat lontong iaitu nasi impit berbalut daun pisang berbentuk lemang yang amat mengenyangkan.

Oleh kerana kedudukannya di ‘food junction’ maka makanan lain turut terdapat daripada gerai yang lain untuk variasi. Minuman juga boleh dipesan dari mana-mana gerai minuman yang ada di situ.

#4 Restoran Cheese Banjir Desa Pandan

Restoran Cheese Banjir

Imej dari Restoran Cheese Banjir

Restoran ini mulanya viral kerana minuman Cheese Durian Milo Kaww. Kunjungan anda tak lengkap kalau tak cuba Lamb Grill The Hulk Cheese Banjir. Keju cair yang disiram di atasnya melangkapkan lagi rasa lazat Lamb Grill.

Berbanding doh pizza, Cheese Banjir gunakan 100% isi daging untuk hidangan pizza daging Meatza. Keju juga diletak di dalam daging supaya setiap gigitan tidak akan terlepas rasa lemak keju. Pasta dan asam pedas dekat sini pun boleh tahan sedap!

Alamat : Lot 19, G-Village, Jalan 1.76, Desa Pandan, Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 10.00 pagi hingga 10.30 malam

#5 Warung Kita

Nasi Mmanggey @ Warung Kita

Imej via Foursquare

Nasi Manggey iaitu nasi kukus dengan lauk adalah satu daripada tiga jenis makanan yang dihidangkan di Warung Kita. Selain sedap, populariti Nasi Mmanggey tinggi mungkin kerana namanya yang unik dan jarang ditemui di mana-mana.

Selain Nasi Mmanggey, Warung Kita turut menghidangkan Nasi Belauk dan Nasi Lemak Ikan Tongkol. Semua makanan ini boleh digandingkan dengan pilihan minuman berasaskan kelapa seperti coconut shake dan ABC.

Untuk maklumat, ia merupakan warung layan diri di mana anda perlu ke kaunter untuk memesan makanan dan minuman. Harga makanannya pula murah iaitu RM4.50 sahaja sepinggan manakala RM3 sehingga RM3.50 untuk minuman.

Alamat: 95, Jalan Kusta, Kampung Melayu Batu 13, 47000 Sg. Buloh

Waktu Operasi: Setiap hari bermula dari jam 7 pagi hingga 7 malam

#6 Warung Dusun Gearbox

Terdapat beberapa premis masakan sup di Lembah Kelang yang menawarkan sup daging, sup tulang dan sup ayam yang terbaik. Namun sup gearbox warung Dusun di Bangi ini tidak boleh ditandingi mana-mana sup yang lain.

Sup tulang kaki atau gearbox di sini amat menyelerakan dan digemari penduduk tempatan mahupun pengunjung dari luar. Supnya yang berperisa, daging yang lembut membalut tulang serta sum-sum dalam tulang yang amat sedap.

Di sini, anda boleh melihat setiap meja pasti ada semangkuk besar sup gearbox lengkap dengan penyedut minuman untuk menyedut kuah dan sum-sum.

Ada pengunjung yang menyedut hingga pening lalat. Lupakan seketika masalah lain kerana sup di sini memang terbaik untuk dinikmati.

Warung Dusun Gearbox
Warung Dusun Gearbox

Bagi pelanggan yang tidak gemarkan sup, di sini juga terdapat makanan lain seperti mee, kueyteow, bihun malah nasi serta lauk pauk yang juga membuka selera. Ikan bakarnya juga tidak menghampakan.

Terdapat ikan siakap, kembung dan bermacam-macam lagi tetapi rata-rata pengunjung memilih ikan pari bakar yang dianggap paling istimewa. Tomyam di sini juga boleh dilabelkan sebagai antara yang terbaik.

Persekitaran warung ini amat menyegarkan dan menarik kerana ia di kelilingi oleh gerai-gerai otak-otak, tauhu bakar dan ikan bakar serta bermacam-macam lagi juadah untuk dinikmati secara santai.

Otak-otak di sini boleh diangkat setaraf dengan otak-otak Gelang Patah yang popular dari Johor tersebut. Ini juga adalah salah satu menu istmewa yang mesti dicuba di warung dusun bangi ini.

Harganya, pastinya lebih murah berbanding restoran tomyam yang lain di sekitar Bangi. jadi sekiranya anda di Bangi atau dalam perjalanan melalui Bangi, amat wajar untuk singgah dan menikmati sup gearbox dan otak-otak di Warung ini.

Alamat: Persiaran Jaya (Seksyen 9), 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

#7 Station 21

Station 21 terkenal dengan pelbagai hidangan Barat yang disediakan dalam kuantiti yang banyak. Restoran ini amat terkenal sehingga turut menjadi pilihan legenda rock Datuk Ramli Sarip. Hidangan paling diminati pelanggan adalah steak, dijamin lazat!

Steak @ Bangsar Village

Imej via Foursquare

Menurut pelanggan, steak mereka amat lazat seolah-olah makan di hotel. Harganya juga berpatutan, memang berbaloi! Restoran yang terletak di sebelah masjid ini juga memberi keselesaan kepada pelanggan yang mahu menunaikan solat sebelum atau selepas makan.

Alamat: Medan Selera Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Jalan Telawi, Bangsar

#8 Ilham Nasi Kukus

Nasi Kukus @ Nasi Kukus Ilham

Imej via Foursquare

Ilham Nasi Kukus menyediakan nasi kukus yang dihidangkan dengan ayam goreng berempah herba bersama kuah kari dan sambal belacan. Selepas cawangan yang pertama dibuka di Mutiara Damansara, Ilham Nasi Kukus dengan pantas dan mudah diterima ramai.

Ramai pelanggan menggemari nasi kukusnya. Bukan sahaja kerana ia sedap tetapi saiz ayamnya juga besar. Ada tiga jenis kari untuk anda pilih iaitu kari ayam, ikan dan daging kerutup. Keropok ikan juga boleh dipesan untuk menambah selera, pasti sedap!

Alamat: No.9, Lorong 51A/227A, Seksyen 51A, Petaling Jaya

Waktu Operasi: Setiap hari bermula dari jam 11:30 pagi hingga 9 malam

Alamat: No.2 Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

#9 Nasi Lemak Tanglin

Kedai nasi lemak dikatakan agak popular dan wajib cuba bagi ramai orang. Ianya dinamakan Nasi Lemak Tanglin kerana lokasi yang terletak di kompleks Makan Tanglin. Menu nasi lemak yang sangat mengliurkan.

nasi lemak tanglin

Waktu urusan di sini berbeza mengikut hari. Pada hari biasa, ianya dibuka dari 7 pagi sehingga tengahari, dan 3 petang hingga 7 malam. Ianya dibuka untuk sebelah pagi sahaja untuk hari minggu dan cuti umum.

Alamat: Kompleks Makan Tanglin, Jalan Cendrasari,, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

#10 SABA Restaurant (Cyberjaya)

Walaupun suda beberapa tahun berlalu, bagi kami nasi Arab Restoran Saba’ Cyberjaya yang dianggap sebagai nasi Arab terbaik di Lembah Klang. Makan di sini seolah-olah anda berada di Timur Tengah dengan menunya yang melambangkan keenakan makanan Arab. Cewah bunyinya!

Nasi Arab Saba Cyberjaya

Terdapat pelbagai menu yang boleh dicuba bermula daripada Thanoush, Kebab, Khabshah, Mandy sehinggalah kepada Hanith yang boleh dipilih samada ayam atau kambing, semuanya menyelerakan.

Pengunjung di sini tidak dapat bersatu memberikan saranan menu terbaik kerana semuanya boleh dianggap terbaik tetapi mereka bersatu menyatakan bahawa makanan di sini amat enak dan sangat terasa “arab”nya.

Hidangannya pula adalah di dalam saiz hidangan yang besar sehingga ada yang mencadangkan anda berkongsi pinggan. Kualiti masakan Arab di sini masih berbaloi untuk dicuba.

Alamat: 4800 Suite 0-2, G-Floor, Block A1 (Jalan Perdana), 63000 Cyberjaya, Selangor

#11 Zainul Nasi Kandar

Zainul Nasi Kandar terletak di Petaling Jaya dan terkenal dengan nasi kandarnya. Pelbagai menu pilihan boleh dipilih tetapi, yang menjadi kesukaan dan dicadangkan adalah kuah kari dan ayam gorengnya.

Zainul Nasi Kandar

Waktu operasi pula adalah setiap hari bermula pada pukul 11 pagi pada hari biasa serta 10 pagi pada hari minggu. Waktu tutup operasi kedai ini pula adalah pada pukul 4 petang pada hari-hari biasa dan 5 petang pada hari minggu.

Alamat: Gerai no. 90, Lorong Sultan, Seksyen 52, 46200 Petaling Jaya

#12 Mohd Yaseen Nasi Kandar

Sebenarnya terdapat beberapa kedai nasi kandar di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahmman. Jadi kami kisahkan tentang nasi kandar yang agak terkenal di sini iaitu Mohd Yaseen Nasi Kandar. Bolehlah singgah makan di sini jika datang ‘bershopping’ di sini.

Mohd Yaseen Nasi Kandar Pulau Pinang
Mohd Yaseen Nasi Kandar Pulau Pinang

Lokasinya tempat makan nasi kandar ini juga tidak skar dicari.Landmark mudah adalah kedai ini terletak bertentangan dengan Sony. Waktu operasi Mohd Yaseen Nasi Kandar adalah dibuka setiap hari pada waktu tengahari sehingga 11 malam atau 1 pagi pada hari Jumaat.

Betulkah sedap nasi kandar di sini? Adakah ianya sama seperti nasi kandar di Penang? Gerai ini pernah muncul di dalam akhbar The Star sebagai nasi kandar paling sedap yang pernah dimakan oleh penulisnya. Jadi, apa lagi, jom terjah tempat makan ini malam ini juga.

Alamat: No. 351 & 353, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur

#13 Nasi Lemak Bumbung

Untuk peminat nasi lemak, Nasi Lemak Bumbung patut berada dalam senarai tempat makan patut cuba. Nasi lemak dengan ayam goreng yang rangup dan isi yang lembut, serta sambal pedas manis, pasti membuat selera anda bertambah

Nasi Lemak Bumbung
Nasi Lemak Bumbung

Untuk mereka yang inginkan nasi lemak pada lewat petang ataupun lewat malam, tepat ini memang sesuai dengan ‘timing’ perut anda. Waktu operasi kedai makan ini adalah dari 5 petang sehingga 4 pagi.Restoran ini beroperasi 5 hari seminggu bermula Isnin.

Alamat: Jalan 21/11B, Seapark, 46300, Petaling Jaya, Selangor

#14 Restoran Sambal Hijau

Untuk yang inginkan nasi berlauk pelbagai, ini adalah tempatnya. Pelbagai menu anda dapat temui di sini. Asas menu mereka adalah masakan Melayu dan Minang, oleh itu anda turut boleh mencuba Patin Tempoyak serta Gulai Tunjang Ikan Bakar.

Restoran Sambal Hijau
Restoran Sambal Hijau

Waktu operasi pula bermula daripada puku; 7 pagi dan ditutup pada pukul 2 pagi. Masakan panas dan tom yam hanaya disediakan bermula jam 1 petang sehingga 1 pagi. Sangat disyorkan makan di sini.

Alamat Lot 2990, Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur

#15 Eye’s Steak

Bajet ketat namun masih mengidamkan makanan Barat yang enak-enak? Restoran ini pasti cocok dengan anda! Terkenal dengan menu Barat seperti Ribs Eye, Burger Bakar dan Chicken Chop, harga yang ditawarkan di restoran Eye’s Steak ini juga murah-murah!

Anda pasti tidak percaya jika kami katakan yang Chicken Chop di gerai Eye’s Steak ini harganya kurang RM 10 bukan? Harganya hanya RM 7.50! Sangat berbaloi dengan saiz hidangannya yang agak besar dan keenakan yang dijamin!

Isi ayam yang digoreng rangup yang dibanjiri dengan sos lada hitam yang pekat ini menjadi kunci utama menu Chicken Chop di sini digilai ramai. Dihidangkan bersama kentang goreng dan coleslaw, menu yang cukup mengenyangkan ini wajib anda cuba!

Alamat: GM05-09 & GM05-10, 2, Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, bermula dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam

Paksu Chicken Chop

Imej via Foursquare

Alamat: No.7, Jalan PJU7/16B, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya

#16 Nasi Lemak Royal Kedah Ampang

Uniknya di sini, warna nasi lemak di sini adalah kuning. Menu ini makan bersama dengan ayam goreng rempah dan juga kari yang pelbagai jenis. Melihat gambar sahaja, kami psati anda sudah terliur.

Nasi Lemak Royal Kedah

Bagi kami ianya bukanlah nasi lemak tetapi lebih kelihatan seperti nasi kandar. Adakah anda setuju dengan kami? Anda boleh lihat sahaja kuahnya yang pekat dan ayam gorengnya.

Ada sesiapa pernah makan di sini?

Alamat: Tiara Duta Clubhouse (Tiara Duta,Jalan Dagang 4,Taman Putra Sulaiman), 55100 Ampang, Selangor

#17 Kari Kepala Ikan Annuar

Gerai ini selalu diserbu pelanggan yang ramai kerana makanannya yang sedap dan murah. Mungkin kebanyakan gerai menawarkan harga yang mahal untuk menu ini namun di sini, harga yang ditawarkan memang berpatutan dengan kualitinya!

Menu @ Kari Kepala Ikan Annuar

Imej via Foursquare

Dengan harga di antara RM3 sehingga RM7, anda mendapat sepinggan nasi penuh dengan kuah kari ikan, bendi dan taugeh, ayam goreng atau ikan goreng atau sotong goreng.

Oleh sebab nama gerai ini sendiri ialah Kari Kepala Ikan Annuar, jadi anda haruslah cuba kari kepala ikannya! Ikan segar bersama kuah kari pekat ini memang sentiasa menjadi pilihan ramai pelanggan yang datang ke sini.

Alamat: Pusat Penjaja Taman Lucky, No.2, Lorong Ara Kiri 3, Bangsar

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang

#18 Sate Zainah Ismail

Untuk yang kepingin sate, kedai makan ini salah satu alternatifnya. Pelbagai ulasan yang positif tentang tempat makan ini. Kedai makan ini terletak berhampiran dengan mercu tanda seperti stesen minyak Esso dan Stesen LRT Damai.

sate zainah ismail

Keistimewaan sate ini terletak pada rempah yang diperap dan pilihan sate yang berbagai. Antaranya ialah sate daging, ayam, hati dan perut. Selain itu, kepekatan kuah kacang di sini juga menjadi punca utama sate di sini mendapat tempat yang istimewa di hati pelanggan.

Alamat: 3437, Jalan Keramat, 54000 Kuala Lumpur

#19 Nasi Ayam Hainan Taman Melawati

Ingin mencuba Nasi Ayam Hainan Singapore yang paling enak di KL? Anda patut terjah restoran Nasi Ayam Hainan Taman Melawati ini! Bukan sahaja menyajikan nasi ayam Hainan yang menggunakan resepi nasi ayam Hainan yang asli, malah harga yang ditawarkan juga murah – sekitar RM5 sepinggan sahaja!

Nasi Ayam Hainan @ Nasi Ayam Hainan Taman Melawati

Imej via Foursquare

Keistimewaan utama nasi ayam disini adalah rasa kuah sambal dan kicapnya yang enak dan manis. Ayamnya juga tidak terlampau rangup dan seimbang manis dan pedasnya. Dihidangkan bersama sup yang tidak terlalu masin dan tawar, tidak keterlaluan jika kami katakan yang nasi ayam Hainan di sini memang terbaik!

ABC @ Nasi Ayam Hainan Taman Melawati

Imej via Foursquare

Selain nasi ayam, minuman seperti ABC, Laici Kang dan Air Buah juga turut disediakan di sini. Cukup enak jika dikenakan bersama nasi ayam Hainan mereka yang istimewa semasa cuaca panas-panas!

#20 Karnivor Malaya

Karnivor Malaya

Imej dari Karnivor Malaya

Ini merupakan makanan kegemaran kami. Wajib cuba di sini adalah ‘smoked beef’ gaya Texas. Pemilik restoran amat menitikberatkan cara penyediaan daripada suhu, pilihan daging hingga ke kayu api bagi mendapatkan rasa istimewa untuk santapan pelanggan.

Antara menu paling popular termasuk smoked beef brisket, smoked chicken, dan rusuk burger. Dagingnya sungguh berjus dengan rasa salai yang memang lain daripada yang lain!

Alamat : No. J-G-95, Courtyard Plaza Jelutong, 5C, Persiaran Gerbang Utama, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi : Isnin hingga Khamis : 4.00 petang hingga 10.00 malam, Jumaat hingga Ahad 4.00 petang hingga 12.00 malam, DItutup pada Rabu.

Alamat: No 2 Lorong Ara Kiri 3, 59100 Kuala Lumpur

#21 Asam Pedas Sejati Melaka

Namanya sahaja sudah cukup untuk menggambarkan keaslian menu utama di restoran ini. Menggunakan resepi asli asam pedas Melaka, kami yakin anda pasti akan jatuh cinta dengan keaslian dan keenakan menu asam pedas di sini!

Antara menu yang disediakan di sini ialah asam pedas ikan pari, asam pedas ikan kembung, asam pedas ikan jenahak dan asam pedas daging tetel. Kuah asam pedas yang tidak terlampau pedas dan pekat menjadi tarikan istimewa menu ini.

Menu @ Asam Pedas Sejati Melaka

Imej via Foursquare

Menu-menu ini lebih enak jika dikenakan bersama telur masin dan ulam-ulaman bersama sambal belacan yang cukup enak. Dijamin mengenyangkan dan menyelerakan!

Alamat: 49, Jalan Pandan Kemajuan A, Kampung Pandan Dalam, 55100 Kuala Lumpur, Selangor

#22 Restoran Raso Omak Den

Terkenal dengan tagline ‘masakan Melayu asli’, restoran Rasa Omak Den yang bertempat di Taman Melawati yang menghidangkan makanan tradisi Negeri Sembilan ini cukup popular di sekitar sini.

menu @ raso omak den

Imej via Foursquare

Antara menu istimewa di restoran ini ialah masak lemak daging salai, ikan bakar, pucuk ubi masak tempoyak dan banyak lagi. Bukan sahaja enak dan menggunakan resepi tradisi yang asli, harganya juga sangat berpatutan!

Alamat: Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

#23 Restoran Dapur Sarawak

Tadi kami cadangkan makanan tradisi Negeri Sembilan, kali ini makanan tradisi Sarawak pula. Ada di kalangan pembaca di sini yang teringin untuk mencuba makanan tradisi Sarawak yang menggunakan resepi asli? Restoran Dapur Sarawak ini wajib anda serbu!

laksa sarawak @ dapur sarawak

Imej via Foursquare

kek lapis @ dapur sarawak

Imej via Foursquare

Menawarkan menu-menu istimewa seperti mi kolok, laksa sarawak dan kek lapis, harga yang ditawarkan di sini juga sangat berbaloi dengan keenakan dan keaslian resepi yang dijanjikan. Servis dan kebersihan di restoran ini juga sangat baik!

Alamat: No.19, Jalan Sarikei,, Off Jalan Pahang, Pekeliling, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

#24 Restoran Rosdet Tomyam

Sebut sahaja tentang Tomyam, siapa sahaja yang tidak menggemari masakan Thai yang cukup popular ini? Kami yakin ramai di kalangan pembaca yang menggemarinya. Jika anda ingin mencuba Tomyam kena dengan selera anda, anda wajib serbu restoran ini!

menu @ Rosdet Tomyam

Imej via Foursquare

Restoran Rosdet Tomyam yang bertempat di Chow Kit ini cukup terkenal dengan masakan Thai yang asli. Antara menu yang menambat hati ramai ialah Siakap Tiga Rasa, Tomyam Seafood, Lidah Masak Merah dan Lala Masak Pedas. Rasanya cukup memukau!

Alamat: 5, 160, Jalan Abdul Rahman Idris, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

#25 Ikan Bakar Kak Jat @ Bellamy

Ada penggemar ikan bakar di sini? Restoran Ikan Bakar Kak Jat @ Bellamy ini menghidangkan ikan bakar yang bukan sahaja enak, malah segar dari ladang!

Ikan Bakar Kak Jat @ Bellamy

Imej via Foursquare

menu @ Ikan Bakar Kak Jat @ Bellamy

Imej via Foursquare

Restoran Ikan Bakar Kak Jat @ Bellamy

Imej via Foursquare

Terletak berhampiran dengan Istana Negara, antara menu yang terlaris di sini ialah menu ikan bakar, kerang bakar dan sotong bakar. Ikan di sini juga berbagai jenis, dan ikan yang menjadi pilihan ramai ialah semestinya ikan pari. Enak dicicah bersama kicap yang istimewa!

Alamat: Lorong Bellamy & Jalan Istana, Bukit Petaling, 50460 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Kesimpulan

Tempat-tempat makan yang disenaraikan di atas bukanlah muktamad dan kemungkinan masih banyak tempat yang lebih baik. Namun sedikit sebanyak ia boleh memberi gambaran kepada penduduk mahupun pengunjung dari luar untuk mendapatkan makanan terbaik di Kuala Lumpur mengikut selera dan lokasi masing-masing.

Anda tidak perlu bimbang kerana Kuala Lumpur tidak pernah menghampakan untuk mendapatkan makanan terbaik yang berasal dari seluruh pelusuk negara.

Pendek kata, dari mana anda datang, apa saja yang anda idamkan, hanya perlukan sedikit kesungguhan mencarinya.Semoga anda menyukai 25 tempat makan menarik di KL dari kami ini. Ada cadangan tempat makan best di KL 2019 pandangan anda?

Artikel Menarik Lain:

Penulis: Awal Faiz

Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.