Tempat makan di Shah Alam yang patut anda terjah sebenarnya banyak. Selain Bangi, Shah Alam adalah bandar yang penuh dengan restoran-restoran yang mempunyai konsep menarik dan sedap.

Di sini kami kongsikan 25 tempat makan di Shah Alam antaranya. Ianya mungkin sedikit berlainan dengan apa yang anda ketahui. Tetapi tidak salah mencubanya bukan?

#1 Restoran Mee Ketam

Apabila bertanya sahaja kedai makan yang sedap di Seksyen 7 ini,pastinya restoran ini dalam senarai sebagai tempat jalan-jalan cari makan di Shah Alam. Menu yang unik menyebabkan ianya tempat yang patut diterjah.

restoran mee ketam
restoran mee ketam

Lokasi ini berdekatan dengan Unisel Shah Alam. Berdasarkan nama, sudah pasti anda sudah maklum apa yang special di sini.Ianya adalah mee ketam. Itulah menu wajib apabila anda terjah ke sini.

Sememangnya mee ketam di restoran ini merupakan antara mee ketam yang terbaik dan patut dicuba. Menurut pelangan, harga bagi semangkuk mee ketam ini pula sangat berpatutan.

Rasa karinya yang sedap, pedas dan berlemak dan cukup rasa mampu membuatkan anda tak pandang kiri kanan apabila menikmati mee ketam ini. Ketam yang digunakan juga segar dan banyak isi.

Alamat: No 11 Kompleks Anjung 7, Jalan Zirkon B 7/B, Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor

Waktu operasi : 12:30 tgh hari hingga 10:00 mlm pada hari Selasa – Ahad
5:00 ptg hingga 10 malam untuk hari Jumaat. Tutup pada hari Isnin.

#2 Pak Li Kopitiam

Restoran Pak Li Kopitiam yang terletak di Seksyen 7 ini merupakan tempat yang sesuai untuk anda bersantai bersama keluarga mahupun teman.

Terdapat pelbagai menu yang boleh dicuba disini. Tetapi menu yang dikatakan ramai patut dipesan adalah ‘Nasi Ayam Lemon’ dan ‘Golden Fried Rice’.

pak li kopitiam
pak li kopitiam

Manakala minuman yang disyorkan ialah semestinya kopi putihnya. Menu yang selalunya terdapat di kopitiam yang lain turut disediakan seperti roti bakar, telur separuh masak, dan nasi lemak. Cukup sesuai untuk dicuba sebagai menu sarapan!

Alaamt: 42, Jalan Kristal K7/7, Sekyen 7, 40000 Shah Alam

Waktu Operasi: Ahad -Khamis 8 pagi ke 1.30 pagi
Jumaat, Sabtu, Cuti Umum – 8 pagi ke 2.30 pagi

#3 Kedai Nasi JJ Kak Wok

Nasi Kak Wok adalah nasi berlauk versi Kelantan. Ianya merupakan menu yang membuatkan ramai orang sanggup beratur untuk makan di Kedai Nasi JJ Kak Wok ini, tiada siapa akan dapat menafikan keenakkannya!

kedai nasi jj kak wok
kedai nasi jj kak wok

Nasi Kak Wok adalah gabungan nasi berlauk antara gulai yang berlemak, serta beberapa ketulan kecil ayam goreng dan sambal. Sajian ini asalnya bermula daripada Mek Wok Hassan atau Kak Wok yang menyajikan masakannya di Kampung Lundang Kota Bahru pada 35 tahun dahulu.

Jika anda di sini, jangan hendak dicari benda lain sebagai . Ianya hanya ada satu sahaja hidangan utama dan satu-satunya sahaja. Kami percaya, sekali anda mencubanya, pasti anda akan tidak sabar untuk pergi untuk kali kedua.

Alamat: 50, Jalan Opera J U2/J, Taman TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, pada jam 8.30 pagi hingga 3 petang

#4 Burger Yazid

Burger Yazid terkenal dengan saiznya yang memang besar. Boleh dimakan bersama-sama 3-7 orang berdasarkan saiz yang dipilih. Bukan sahaja mengenyangkan, malah ianya juga enak!

burger yazid

Secara puratanya waktu menunggu dan memesan ialah sekitar 30 minit. Memang lama. Kenapa lama? Sebab memang ramai yang membeli dan sanggup beratur untuk makan disalah satu tempat makan menarik di Shah Alam ini.

Anda boleh mencuba pelbagai menu di sini. Dikatakan ‘Double Kambing Special’ dan ‘Twister Cheese’ adalah yang terbaik dan menarik untuk dicuba di sini.

Alamat: Jalan Pualam 7/32 (Persiaran Kayangan), Shah Alam, Malaysia 40460

#5 Restoran Ceria

Anda seorang yang tidak ceria? Sedang menghadapi masalah baik masalah kerja atau dengan pasangan? Kalau begitu ceriakan diri anda dengan makan di Restoran Ceria, dijamin akan ceria perut anda selepas itu!

restoran ceria
restoran ceria
restoran ceria

Contoh anda boleh cuba makan di sini adalah roti boom, cakoi, roti jala, roti tampal. Memang menarik! Kalau peminat nasi lemak, apa kata anda cuba juga nasi lemaknya yang dihidangkan bersama telur goyang, cukup mengancam!

Alamat: Jalan Ru 3/9a (Seksyen 3), Shah Alam, Selangor 40000

Waktu operasi: Setiap hari bermula dari jam 6 pagi hingga 11 malam

#6 Restoran Bisik Bisik

Orang Johor, ini mungkin menjadi restoran kegemaran anda nanti! Restoran Bisik-Bisik Seksyen 7 Shah Alam ini menawarkan pelbagai jenis sajian Johor dan juga menu lain seperti makanan Barat.

restoran bisik-bisik
restoran bisik-bisik
restoran bisik-bisik

Antara menu yang boleh dicuba adalah Kacang Pool. Mendengar Kacang Pool membuatkan kenangan makan di Kacang Pool di Johor Bahru mula terimbau, bukan? Jangan risau, resepinya asli! Dengar kata Kacang Pol ini dibawa khas dari Larkin!

Mee bandung udang galah juga menjadi pilihan pengunjung di sini. Tarikan mee ini adalah pada galah yang disediakan memang besar dan betul-betul segar. Sememangnya rasa kemanisan udang galah tersebut sangat sesuai digabung dengan mee bandung!

Alamat: Medan Selera Anjung7 No 9 & 10, Jalan Zirkon B7/B, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari bermula dari jam 12.30 tengah hari hingga 11 malam, manakala hari Khamis bermula dari jam 12.30 tengah hari hingga 11:30 malam

#7 Restoran Jemari

Mengidam masakan seperti tom yam yang sedap, pekat dan pedas? Pendek kata tomyam yang memang ‘kaw’? Lekaslah singgah di Restoran Jemari yang terletak di Seksyen 7 untuk mencuba tom yam seenak itu!

restoran jemari

Sekadar maklumat, restorannya ini terletak bersebelahan dengan butik tudung Pearl Haya. Bolehlah kaum Hawa membeli-belah sebentar.

Antara menu special yang terdapat di restoran ini ialah Nasi Goreng Ala-Thai. Kerabu mangga, keropok, daging masak merah, timun, bawang dan cili padi yang diletakkan dalam nasi goreng ini mampu membuat anda bertambah lapar.

Selain itu, jangan lupa untuk cuba menu kerabu kangkung di Restoran Jemari ini. Kerabu yang digoreng dengan tepung dan disiram dengan sos Thai. Ada yang mengatakan bahawa ianya terasa seolah-olah anda sedang makan keropok, rangup dan enak!

Alamat: No. 18A, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, Selangor, 40000 Shah Alam

#8 Big Brother Restaurant & Grill

Penggemar makanan Barat patut terjah restoran ini. Restoran  ini menyajikan makanan yang kebanyakannya bersaiz besar, memang berbaloi. Konsepnya juga santai, sesuai untuk anda yang ingin meluangkan masa bersama sahabat handai mahupun keluarga!

restoran big brother
restoran big brother

Lokasinya pula tidak sukar dicari. Ianya hanya terletak di PKNS Bizpoint Seksyen 7, Shah Alam, baris belakang sekali yang berhadapan dengan Hospital Shah Alam yang baru.

Menariknya menu di sini adalah rasanya yang memang sedap di samping keunikan namanya. Makanan yang dipanggang semuanya segar-segar dan ‘juicy’, memang boleh bikin sesiapa sahaja terliur!

Alamat: No.54-G Jalan Setia Perdana BB/U13 Seria 88 Business Centre Setai Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, pada hari minggu bermula dari jam 4 petang hingga 12 tengah malam manakala pada hujung minggu bermula dari jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam

#9 One Serambi Cafe

Kafe ini mempunyai ruang yang luas, cukup sesuai buat mereka yang menggemari konsep kafe yang santai dan nyaman. Menghidangkan makanan Barat dari makanan berat ke pencuci mulut, menunya juga cukup banyak dan beraneka.

menu @ One Serambi Cafe

Imej via Foursquare

pasta @ One Serambi Cafe

Imej via Foursquare

pencuci mulut @ One Serambi Cafe

Imej via Foursquare

Menu di sini memang berbagai. Ada menu sarapan, hidangan bersup, pasta pencuci mulut, salad, burger dan banyak lagi. Boleh bikin sesiapa sahaja rambang mata!

Kopi @ One Serambi Cafe

Imej via Foursquare

Selain makanan, minuman di sini juga apa kurangnya. Anda pasti terpegun dengan lukisan berbentuk hati pada kopi kegemaran anda bukan? Di sini juga ada kopi yang anda idam-idamkan. Bukan sahaja cantik, malah enak!

Alamat: 1-G, D’bayu Commercial Centre, Jalan Serambi U8/21, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari bermula dari jam 9.30 pagi hingga 12 tengah malam, manakala hari Jumaat bermula dari jam 9.30 pagi hingga 1 tengah hari dan dibuka semula pada jam 3 petang hingga 12 tengah malam

#10 Restoran Aroma Hijrah

Anda penggemar makanana Arab? Restoran Aroma Hijrah pasti cocok dengan citarasa anda! Tidak keterlaluan jika kami katakan yang restoran ini merupakan antara restoran yang cukup terkenal dengan makanan Arab yang asli resepinya dan terbaik kualitinya.

Umum mengetahui yang saiz hidangan makanan Arab semestinya besar. Jadi, anda tidak akan meninggalkan restoran ini dengan perut yang tidak kenyang!

menu @ Restoran Aroma Hijrah

Imej via Foursquare

Antara nasi Arab yang dihidangkan di sini ialah nasi Mandy, Maqlubah dan Kabsah. Untuk lauk pula ada berbagai jenis – ada ayam, kambing dan daging lembu. Ada juga yang menggabungkan kesemuanya sekali dalam sepinggan dulang besar, dijamin mengenyangkan!

Alamat: Jalan Opera H U2/H, Taman TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor

#11 Rumah Makan Cibiuk Shah Alam

menu @ Rumah Makan Cibiuk

Imej via Foursquare

Unik betul nama restoran ini. Agak-agak ianya menghidangkan makanan jenis apa ya? Rumah Makan Cibiuk Shah Alam ini menghidangkan makanan Sunda. Yang paling penting, mereka menggunakan resepi asli!

Anda pasti tertanya-tanya menu apa yang patut anda cuba di sini bukan? Kami cadangkan agar anda cuba Nasi Liwet mereka! Nasi Liwet ini seakan-akan nasi lemak. Aromanya yang harum memang boleh bikin sesiapa sahaja terliur!

menu @ RMC

Imej via Foursquare

Anda boleh mencuba Nasi Liwet ini bersama lauk-pauk seperti ayam kampung bakar dan lele goreng. Berganda keenakannya jika dikenakan bersama sambal mereka! Selain itu, sate mereka juga merupakan antara tarikan istimewa di sini, anda wajib cuba!

Alamat: Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari bermula dari jam 11 pagi hingga 11 malam, manakala pada hari Jumaat bermula dari jam 3 petang hingga 11 malam

#12 CRG Chicken Rice Guys

Nasi Ayam @ CRG

Imej via Foursquare

Nasi Ayam merupakan antara menu yang cukup digemari oleh orang kita tidak mengira bangsa. Jika anda berada di sekitar Seksyen 7, anda wajib singgah restoran CRG Chicken Rice Guys untuk mencuba nasi ayam mereka yang memang terbaik.

Wantan Mee @ CRG

Imej via Foursquare

white mee curry @ CRG

Imej via Foursquare

Selain nasi ayam, menu lain seperti mi kari dan mi wantan juga tidak kurang hebatnya. Kunci utama keenakan menu di sini ialah ayam yang dipanggang dengan sempurna. Rasanya yang seimbang dan isinya yang berjus memang boleh bikin ramai ketagih!

Alamat: 40, Jalan Zirkon 7f/F, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

#13 Teh Laris Cafe

Ingin mencuba makanan Johor dan Singapura? Tak perlu berjalan jauh, singgah sahaja di kafe Teh Laris yang terletak di Business Park ini! Terkenal dengan makanan Johor dan Singapura yang asli resepinya, tidak hairanlah ramai pelanggan yang memuji menu di sini.

nasi ambeng @ teh laris cafe

Imej via Foursquare

nasi lemak @ teh laris

Imej via Foursquare

Antara menu yang anda boleh cuba di sini ialah lontong Singapura, Mi Rebus, Nasi Ambeng dan Nasi Lemak. Cukup enak dikenakan bersama teh lemon madu mereka yang manis dan kena dengan tekak. Anda pasti sudah mula terliur, bukan?

Alamat: 13, Jalan Snuker 13/28, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor

#14 Gangnam Station

Asyik mencuba makanan Barat atau tempatan sahaja, apa kata anda mencuba makanan Korea pula? Gangnam Station yang terletak di Seksyen 13 ini dinamakan bersempena dengan Gangnam Station yang terletak di Seoul.

menu @ Gangnam Station

Imej via Foursquare

Kalau dah namanya restoran makanan Korea, pasti menunya menghidangkan makanan Korea. Antara menu yang anda boleh cuba di sini ialah Bulgogi, Haemul Japchae dan Nakji Bokkeum.

Alamat: No G45, Block 6, Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

#15 Mozer’s

Restoran Mozer’s ini merupakan antara restoran yang agak popular di Shah Alam. Menghidangkan makanan Arab dan Barat, menu di restoran ini jugak cukup beraneka. Boleh bikin ramai rambang mata!

churros @ mozers

Imej via Foursquare

chicken shawarma @ mozers

Imej via Foursquare

Antara menu istimewa di sini ialah Churros, Chicken Shawarma dan Lamb Shawarma. Churros nya dikatakan merupakan antara churros terbaik di situ, anda wajib cuba sendiri!

Alamat: 12G, D’Bayu Business Centre, 40160, Jalan Serambi U8/21, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

#16 Foodsbury Cafe

Nama kafe ini sudah tidak asing lagi di Shah Alam. Bukan sahaja di Shah Alam, malah di seluruh Selangor. Agak-agak apa yang membuatkan kafe Foodsbury ini begitu popular ya?

menu @ foodsbury

Imej via Foursquare

crepe cake @ foodsbury

Imej via Fousquare

burger @ foodsbury

Imej via Foursquare

Terkenal dengan menu yang cukup berbagai, hidangan utama di sini berkonsepkan makanan Barat. Sebut sahaja apa yang anda mahu – pencuci mulut, pasta, tortilla, burger, semuanya ada!

Alamat: 24, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A 9/A, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

#17 Fradoo ABC Madness

Gerai ini merupakan salah satu gerai di Medan Selera Seksyen 2. Namun, dalam banyak-banyak gerai, gerai ini yang acap kali dibanjiri pelanggan, sampai tak menang tangan! Apa yang istimewa sangat di Fradoo ABC Madness ini ya?

menu @ ABC Madness

Imej via Foursquare

abc milo @ fradoo

Imej via Foursquare

Tengok nama sahaja sudah tahu menu yang paling ‘best’ di sini – ABC! Ada pelbagai jenis ABC yang disediakan di sini. Ada Classic ABC, ABC Special dan ABC Milo. Bukan sahaja ABC malah cendol pun ada di sini tau!
Alamat: Stall No 14, Medan Selera Seksyen 2, Seksyen 2, 40000 Shah Alam, Selangor

#18 Mak Uda Selera Timur

Mengidam makanan Pantai Timur? Kami yakin pasti ramai di kalangan pembaca yang menggemari makanan Pantai Timur, bukan? Kaya dengan pelbagai lauk-pauk dan ulam-ulaman, makanan Pantai Timur bukan sahaja menyelerakan malah mengenyangkan!

ikan bakar @ mak uda selera timur

Imej via Foursquare

nasi kerabu @ mak uda selera timur

Imej via Foursquare

nasi dagang @ mak uda selera timur

Imej via Foursquare

Singgah sahaja di restoran Mak Uda Selera Timur! Ada berbagai menu yang disediakan di sini, namun antara menu yang paling popular ialah nasi dagang, ikan bakar dan nasi kerabu. Dijamin enak!

Alamat: No. 16, Jalan Boling Padang G 13/G, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

#19 Nasi Ayam Pak Mal

Sebut sahaja tentang nasi ayam, pasti ada di kalangan pembaca yang sudah mula terliur, bukan? Di Nasi Ayam Pak Mal, menu tersebut merupakan antara menu yang paling istimewa.

nasi ayam pak mal

Imej via Foursquare

Yang istimewa tentang nasi ayam di sini ialah sos cilinya yang dikatakan menggandakan keenakan ayam jika dicurahkan di atasnya. Bunyi macam menarik, jadi anda wajib cuba!

soto @ pak mal

Imej via Foursquare

nasi kerabu @ pak mal

Imej via Foursquare

Bukan sahaja nasi ayam, malah nasi kerabu dan soto juga turut disediakan di sini. Saiz hidangannya juga besar dan harganya juga berpatutan, cukup berbaloi.

Alamat: 2, Jalan Selendang 10/10, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor

#20 Grease

menu @ grease

Imej via Foursquare

Terkenal dengan hidangan Barat, restoran Grease ini juga ada aneka jenis menu, sebut sahaja apa yang terlintas di minda! Pasta, burger, snek, pencuci mulut dan cheesesteak, semuanya ada!

bacon cheesesteak @ grease

Imej via Foursquare

Antara menu yang anda boleh cuba di sini ialah semestinya dari hidangan Cheesesteak mereka! Ada Chili Cheesesteak, Bacon Cheesesteak dan Mushroom Cheesesteak. Memang boleh bikin sesiapa sahaja tergoda dengannya!

Alamat: Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

#21 Restoran Aidania

Teringin mencuba asam pedas yang ‘kaw’? Restoran Aidania lah tempatnya! Asam pedas sememangnya merupakan hidangan yang disukai ramai. Kaya dengan pelbagai rasa iaitu masam, manis dan pedas, hidangan ini cukup enak dimakan.

menu @ aidania

Imej via Foursquare

Antara menu yang boleh anda cuba di restoran Aidania ini ialah asam pedas ikan pari, asam pedas ikan keli dan asam pedas ikan kembung.

masak lemak @ aidania

Imej via Foursquare

Selain daripada asam pedas, hidangan lain seperti masak lemak, makanan bergoreng dan kari juga turut disediakan di sini, cukup beraneka!

Alamat: 44, Jalan Zirkon 7f/F, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

#22 Restoran Seri Soga

Kami yakin kesibukan waktu bekerja atau belajar pasti membuatkan anda terlupa beberapa perkara penting termasuk menyediakan sarapan sendiri. Usah gundah, singgah saja di Restoran Seri Soga untuk menikmati sarapan yang terbaik!

roti sarang burung

Imej via Foursquare

Anda pernah terdengar tentang Roti Sarang Burung? Menu unik ini boleh didapati di Restoran Seri Saga. Merupakan hidangan yang menggabungkan roti canai dan telur goyang, ianya sememangnya menyelerakan dan mengenyangkan.

Alamat: Jalan Niaga 16/3a, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor

#23 Kopimeo

spaghetti ikan masin @ kopimeo

Imej via Foursquare

Anda pernah terdengar tentang menu spaghetti ikan masin? Spaghetti dan ikan masin sememangnya menu Barat dan tempatan yang popular tapi bayangkan gabungan kedua-duanya, memang unik!

spaghetti gulai lemak @ kopimeo

Imej via Foursquare

Di Kopimeo, menu tersebut merupakan antara menu yang digemari ramai. Selain itu, menu lain seperti Churros dan Spaghetti Gulai Lemak juga merupakan antara menu yang laku keras di sini.

Alamat: 29, Jalan Tengku Ampuan Zabedah B 9/B, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

#24 Kueh Cafe

Nama kafe ini sahaja sudah cukup untuk menggambarkan menu utama mereka. Anda pasti rasa pagi anda tidak lengkap jika tidak ada kuih untuk menu sarapan, bukan? Singgahlah di Kueh Cafe, kerana di sini ada aneka kuih yang pasti anda suka!

kuih @ kueh

Imej via Foursquare

Antara kuih yang dihidangkan di sini ialah kuih cara berlauk, ketayap, donut, kek lapis, kuih keria dan apam ayu. Jika dikumpulkan dalam satu pinggan, memang boleh bikin sesiapa sahaja terliur!

nasi lemak @ kueh

Imej via Foursquare

Selain kuih, menu lain seperti mi kari dan nasi lemak turut dihidangkan di sini. Bolehlah anda nikmatinya bersama kuih-muih di sini, pasti lengkap menu sarapan anda!

Alamat: : Jalan Renang 13/26, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor

#25 Laman Grill Steak & Bar-B-Que Steakhouse

G33, Block 5, Laman Seri Business Park (Seksyen 13), 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
+60 3-5523 7386

Masih mencari restoran western yang menarik? Mari terjah ke Laman Grill yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam ini. Restoran ini terkenal kerana pengasasnya iaitu Chef Zubir.

restoran laman grillrestoran laman grill

Beliau merupakan salah seorang dari juri dalam rancangan Masterchef. Rakan kongsinya pula adalahChef Kamal Baharain.

Untuk kesemua yang dikongsikan, yang manakah membuat anda terliur?

Kredit : Foursquare

Artikel Menarik Lain

Penulis: Awal Faiz

Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.