Mencari tempat makan menarik di Melaka?
Melaka terkenal dengan kepelbagaian resipi. Resipi baba nyonya yang terkenal sejak dulu, juga resipi Melayu, Cina dan India yang sememangnya terkenal di negeri kita juga digemari ramai.
Kini Melaka dibanjiri dengan masakan dari Sumatera, bahkan masakan Barat juga ada. Pendek kata memang berbagai jenis masakan yang anda boleh cuba di sini!
Sambil melancong menikmati susur galur sejarah negara di Melaka, kita boleh menikmati pelbagai makanan sedap di MElaka daripada asam pedasnya yang amat popular. Di sini, disenaraikan 50 tempat makan best di Melaka tanpa mengikut ranking dan populariti.
Alamat: G2, Jalan P.M.3 Plaza Mahkota Square, Bandar Hilir, Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari (7am – 6pm)
Melaka dan asam pedas adalah satu gabungan yang tidak langsung boleh dipisahkan. Menyebut Melaka, penggemar makanan akan terbayangkan asam pedasnya yang amat digemari bukan saja masyarakat setempat malah juga pengunjung dari luar.
Antara restoran asam pedas yang agak popular adalah Asam Pedas Selera Kampung yang terletak di Bandar Hilir. Mungkin kerana kedudukannya maka ia amat mudah menarik perhatian pengunjung dari luar termasuk dari Singapura yang begitu ramai di sini.
Asam pedasnya meliputi pelbagai jenis ikan seperti ikan parang, pari, jenahak dan sebagainya. Dengan kuah yang pekat dan merah, rasanya amat sedap dimakan pula dengan nasi panas serta iringan ulam-ulaman segar.
Selain asam pedas terdapat juga gulai masak lemak cili api ketam, masak lemak cili api udang galah, masak lemak daging salai, kerabu mangga, ayam kampung goreng berempah dan ikan bakar yang amat sedap.
Malah ada yang mengatakan menu-menu ini lebih sedap daripada asam pedas itu sendiri terutamanya sambal pencicah ikan bakarnya. Memang patut singgah di Restoran Asam Pedas Selera Kampung ini!
Alamat: Jalan Alai / Kandang, 75460 Melaka
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (10:30am – 6pm) ditutup pada hari Jumaat
Jika anda sudah kenyang dengan asam pedasnya, Coconut Chake Alai ini boleh dicari untuk melegakan kepedasan dan kepanasan asam pedas. Kualitinya juga tidak mengecewakan malah setanding dengan hidangan di Coconut Shake Klebang yang cukup terkenal.
Terdapat juga makanan sampingan yang lain untuk dimakan seperti nasi lemak dan sebagainya. Jika anda ke Melaka bolehlah mencuba coconut shake di sini!
Alamat: Hadapan Muzium Belia Malaysia, Bandar Hilir, Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 6pm)
Cendol Jam Besar ini terletak di tengah-tengah Bandar Hillir dan di tebing Sungai Melaka. Anda bukan saja boleh menikmati cendol, tetapi juga keindahan Sungai Melaka dan tiupan angin yang mendamaikan di tengah kepanasan Bandaraya Melaka.
Cendol dengan jagung, kacang merah, pulut, aiskrim dan pelbagai lagi pilihan untuk dipilih. Antara cendol yang menjadi pilihan ialah cendol durian.
Santan yang lemak berkrim, gula Melaka asli yang wangi, ditambah pula cendol yang lembut, jagung yang rangup memang mudah sekali menangkap selera anda, tambahan pula jika anda kehausan semasa cuaca panas terik.
Alamat: 213, Jalan Ujong Pasir, 75050 Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 7pm)
Kedai ini juga dikenali sebagai kedai bawah pokok kerana kedudukannya berhampiran sebatang pokok angsana yang besar. Perhentian Kuih Kampung amat terkenal dengan kepelbagaian kuih muihnya – dari kuih tradisional sehinggalah yang moden.
Malah kepelbagaiannya melangkaui sempadan negeri. Tetapi yang lebih penting adalah semua kuih-muih yang dijual di sini begitu sedap. Tidak hairanlah jika anda akan mendapati agak ramai pelancong asing yang menjamu selera di kedai ini.
Di sebelah yang lain kedai pula dikhaskan untuk kuih muih manis dan pelbagai jenis kuih talam. Terdapat juga mee hailam dan juga mee kari. Malahan asam pedas disini juga sangat sedap dan mampu menyaingi asam pedas yang lebih popular dengan mudah.
Alamat: Medan Selera Pasar Menggong, Jalan Dato Dol Said, 78000 Alor Gajah, Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari (11am – 6pm)
Gerai no.1 di Medan Selera Menggong yang tertulis Perniagaan Cucur Udang Alor Gajah amat popular dengan menu cucur udangnya yang amat sedap. Ia menjadi buah mulut penduduk tempatan mahupun juga pengunjung dari dalam dan luar negara.
Apa yang sebenarnya menjadikan cucur udang ini istimewa adalah gabungan komponennya yang pelbagai daripada cucur udang , fish cake, sosej, nugget, timun, tauhu dan pelbagai lagi sehinggalah kepada popia.
Ada pelanggan yang memberikan kredit kepada fish cake yang amat sedap. Kuahnya juga amat sedap dan pekat serta ada terasa sedikit manis gula Melaka dan kepedasannya begitu serasi dengan cucur udang dan komponen yang lain.
Harganya amat berpatutan, namun servisnya boleh dipertingkatkan kerana pelanggan mereka yang semakin ramai akan memperlahankan servis mereka.
Terdapat nasihat yang baik daripada pelanggan iaitu cucur udang ini lebih sedap dimakan di sini berbanding dibungkus kerana lebih segar dan rangup.
Alamat: 459, Kampung Bakar Batu, 75350 Bachang, Melaka
Waktu Operasi:Setiap hari (7am – 12pm, 8 – 11:45pm)
Nak susuatu yang unik? Jom kita terjah gerai Roti Canai Kayu Arang! Kedai makan ini dibuka hampir setiap hari dari Isnin sehinggalah hari Ahad. Jadi, tiada masalah untuk datang pada bila-bila waktu. Waktu operasi pula daripada pukul 7 pagi sehinggalah 12 tengah hari.
Imej via Foursquare
Roti Canai Kayu Arang ini terletak betul-betul di tepi Jalan Malim-Bachang. Jadi, tidaklah susah untuk singgah sarapan pagi.
Sebut sahaja ‘breakfast’ dan ‘local food’, kedai ini wajib anda terjah. Gerai ini menjadi semakin popular sejak mendapat liputan daripada program TV popular iaitu Jalan-Jalan Cari Makan yang disiarkan di saluran TV3. Bukan calang-calang tau!
Alamat: 86, Jalan Laksamana 5, Taman Kota Laksamana, Melaka
Waktu Operasi: Rabu – Isnin (6pm – 4am), ditutup pada hari Selasa
Image via Foursquare
Asam Pedas Claypot menyediakan pelbagai pilihan asam pedas kepada pelanggan mereka. Ada asam pedas ikan pari, asam pedas ikan kembong, asam pedas ikan tenggiri, asam pedas ikan jenahak dan macam-macam lagi.
Asam pedas dimasak di dalam claypot yang mana dihidangkan kepada pelanggan dalam keadaan panas mendidih bersama-sama telur masin dan kubis, memang boleh bikin sesiapa sahaja terliur!
Alamat: No. 12, Jalan KPKS 1, Kompleks Perniagaan Kota Syahbandar, 75200 Melaka, Malaysia
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Rabu (12pm- 12am)
Imej via Foursquare
Bosan dengan makanan ala-ala Melayu? Mari kami kongsikan tempat makan steak yang meanrik di Melaka. Tempat makan yang dimaksudkan adalah Melantak Steak Hub melaka. Tempat makan western di Melaka untuk dicuba oleh anda.
Kedai makan ini dibuka hampir setiap hari kecuali hari Isnin. Ianya beroperasi daripada pukul 12 tengah hari sehinggalah 12 tengah malam. Tetapi menjelang 8 malam, waktu puncak di kedai makan ini. Pelbagai jenis bahagian steak boleh dipilih.
Alamat: 5, 75200 Klebang, Melaka
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (11 – 6:30 pm), Jumaat (2:30 – 6:30pm)
Imej via Foursquare
Bagi kami, kedai viral ini tidak perlu lagi diperkenalkan. Antara tempat makan yang selalu termasuk dalam senarai wajib-singgah diceritakan di website atau media sosial.
Tempat ini sememangnya tempat wajib untuk peminat ‘coconut shake’ jika anda datang ke sini. Memang coconut shake yang asli di Melaka.
Alamat: 56 & 58, Jalan 4, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (5:30pm – 1am), ditutup pada hari Isnin
Untuk peminat roti nan, kedai ini wajib anda pergi jika di Melaka. Pelbagai roti naan anda dapat pilih di sini. Antaranya yang sangat dicadangkan adalah roti nan cheesenya dan juga roti nan garlic, memang terangkat!
Imej via Foursquare
Jangan lupa untuk pesan ayam tandoorinya. Dikatakan ayam tandoorinya memang terbaik kerana ianya memang mempunyai resepi rahsia dan sangat disyorkan oleh peminat yang cuba makan di sini. Tengok gambar pun sudah terliur!
Jom kita cuba dan makan mi sup yang terkenal di Melaka iaitu Mee Sup Tengkera. Gerai Mee Sup Tengkera ini terletak berhampiran dengan Masjid Lama Tengkera.
Imej via Foursquare
Sudah semestinya apabila di sini, anda patut cuba mee supnya. Selain mee sup, menu lain yang boleh dicuba di sini adalah popia basahnya serta popia kering. Air minuman pula, jangan lupa cuba air mata kucing atau barli, menyejukkan tekak!
Alamat: 12, Jalan Iks.M4, 75350 Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari (6pm – 5am)
Gerai ini terletak di Pasar Borong Batu Berendam. Masakan asam pedas di sini dijamin terbaik dan segar . Sekiranya anda lalu kawasan batu berendam jangan lupa singgah kawasan sini .
Waktu operasi bermula daripada 6 petang sehinggalah 12 tengah malam. Kami galakkan anda supaya datang lebih awal kerana selalunya bilangan pelanggan di sini memang ramai.
Alamat: KM4-5, Jalan Padang Temu, 75460 Permatang Pasir, Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari (4:30 – 11:30pm)
Medan bakar ini bagi kami tidak perlu diperkenalkan lagi. Sebut sahaja Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyong, ramai rasanya boleh memberikan komen tentang kesedapan ikan bakarnya yang menjadi pilihan ramai.
Pelbagai menu seafood seperti ikan siakap, ikan jenahak, kupang, sotong dan kepah anda boleh jumpa di sini. Pilih sahaja masakan atau bakar mengikut kesukaan anda.
Jika anda menjadi ikan bakar yang dimasak segar, di sinilah tempatnya. Hal ini mungkin kerana lokasi kedai ini yang terletak berdekatan dengan jeti. Stok sudah semestinya nampak seperti tiada masalah.
Alamat: KM 12, Jalan Pengkalan, Pulau Besar, 75460 Ayer Molek, Melaka
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (5pm – 12am), ditutup pada hari Isnin
Imej via Fousquare
Ini satu lagi tempat makan ikan bakar yang tidak perlu diperkenalkan lagi jika anda berada di Melaka. Terdapat pelbagai gerai ikan bakar di medan ikan bakar ini, tetapi yang sering diterjah ramai adalah Ikan Bakar Parameswara.
Imej via Foursquare
Selain ikan bakar, anda boleh mencuba menu lain seperti sotong goreng tepung, udang goreng tepung dan ketam sambal, dijamin enak!
Alamat: Crystal Bay, Alai, Sungai Punggur Melaka
Waktu Operasi: Rabu – Isnin (4:30–11:30pm), ditutup pada hari Selasa
Dikenali sebagai Ikan Bakar Alai ataupun Ikan Bakar Crystal Bay. Pelbagai menu menarik yang boleh dicuba. Tetapi biasanya tentulah menu cadangan adalah seperti sotong goreng tepung, sup ketam dan kelah masak masam manis apabila anda makan di sini.
Medan ikan bakar ini juga sering menjadi tumpuan ramai selain ikan bakar Umbai. Pelbagai gerai anda dapat pilih di sini, jadi singgahlah gerai yang mana berkenan di hati.
Alamat: Jalan Medan Ikan Bakar, 77300 Merlimau, Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari (4pm – 12:30 am)
Konsep ikan bakar di medan sini, sama sahaja dengan medan ikan bakar yang lain. Biasanya, medan ini akan berada berdekatan dengan jeti.
Ada pelbagai jenis ikan di sini – pari, jenahak, kerapu, cencaru, kembong dan banyak lagi. Lauk lain seperti udang dan sotong juga boleh didapati di sini. Jenis masakan boleh dipilih sama ada goreng tepung, sweet sour, tiga rasa, black pepper dan goreng kunyit.
Alamat: No.14 Jalan Lagenda 3, Taman 1 Lagenda, 75400 Melaka
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (5pm – 11pm), ditutup pada hari Ahad
Namanya unik dan membuatkan kita ingin tahu apa yang ditawarkan oleh mereka. Restorannya dihias ringkas dengan lukisan dan gambar pada dinding.
Tempatnya sesuai dijadikan ruang untuk lepak dengan rakan-rakan. Ia juga sesuai untuk keluarga kerana makanan yang disediakan sesuai untuk semua peringkat umur.
Imej via Foursquare
Bunga & Tembok dikenali kerana Nasi Beriani Kambing dan Ayam serta pelbagai makanan baratnya. Tidak ramai pelanggan yang merungut mengenai harga yang dikenakan kerana rasanya yang sedap dikatakan berbaloi dengan harganya.
Alamat:No. 14 Taman 1 Lagenda (Jalan Lagenda 3), Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari (5pm – 1 am)
Restoran yang menyediakan gabungan makanan tempatan dan barat ini ada berkongsi video penyediaan makanan di laman Facebook. Melihatnya pasti akan membuatkan anda tertarik untuk mencuba hidangan unik mereka yang dipersembahkan dengan amat baik.
Imej via Foursquare
Anda pasti mahu mencuba Spaghetti bersama Tom Yam Goong, dan Chicken Garlic Cream. Walaupun agak berbeza, restoran ini ternyata berjaya dalam eksperimen mereka. Pelanggan amat menyukai apa yang disediakan.
Restorannya cantik, kemas dan selesa, sesuai bagi mereka yang datang sama ada bersendirian, bersama keluarga dan juga rakan-rakan.
Alamat: Taman Bukit Piatu Mutiara, 75150 Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 8pm)
Lokasinya berdekatan dengan Lebuhraya AMJ. Restorannya besar, luas dengan kerusi serta meja yang cukup untuk para pelanggan mereka.
Imej via Foursquare
Imej via Foursquare
Ia dibuka seawal 8 pagi khas buat mereka yang mencari sarapan seperti nasi lemak, cakoi roti canai, dan lontong. Pelanggan suka makan di sini kerana mereka mempunyai pelbagai jenis makanan untuk dipilih.
Jadi, ia selalu menjadi pilihan terutama kepada mereka yang datang bersama keluarga. Walaupun restoran ini sering dikunjungi ramai orang, pemilik restoran memastikan layanan diberikan mereka pantas dan cekap.
Alamat: 1336, Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari (1130am – 11pm)
Bagi mereka yang ingin mencuba makanan Indonesia, dijemput datang ke Wong Solo.
Imej via Foursquare
Hidangan terkenal mereka ialah Ayam Penyet iaitu ayam goreng yang dihidangkan bersama-sama sambal, hirisan timun, tauhu dan tempe goreng.
Sambalnya boleh dikatakan agak pedas berbanding kebiasaannya. Restoran Wong Solo dihias kemas dan bersih. Malah, ada surau disediakan untuk umat Islam yang mahu menunaikan solat.
Alamat: Jalan Limbongan, Kampung Limbongan, 75250 Melaka
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (130pm – 7pm), ditutup pada hari Jumaat
Apa yang istimewa di sini? Sudah tentulah kuih kerianya. Rangup di luar, manis dan lembut di dalamnya. Harganya cuma 60 sen sebiji.
Imej via Foursquare
Ramai yang menyukai kuih keria di sini terutama semasa ia masih panas. Jadi, usah terkejut dengan barisan panjang manusia yang mahu membeli kuih keria.
Imej via Foursquare
Menurut pelanggan, kuih keria kebiasaannya habis kira-kira pukul 5 petang. Jika mereka kehabisan kuih keria semasa anda tiba, jangan bimbang kerana anda masih boleh mencuba laksa mereka pula.
Alamat: No. 33, Jalan Bertam Perdana 9, Taman Bertam Perdana, 75250 Melaka
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (6pm – 12am), ditutup pada hari Isnin
Imej via Foursquare
Dapatkan Yong Tau Fu kegemaran anda di sini jika anda berada di Melaka. Ada banyak pilihan bahan untuk anda pilih. Supnya cukup baik dan memuaskan hati.
Walaupun begitu, Yong Tau Fu Gelombang Biru sudah menerima ramai pelanggan dan rata-rata memberikan komen yang positif terhadap rasa, lokasi, dan keadaan kebersihan restoran. Paling penting, ia halal, lazat dan dengan harga yang berpatutan.
Alamat: 54, Jalan TU 42, Taman Tasik Utama, 75350 Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari (12pm – 11pm)
Dindingnya dihias dengan doodle menarik berwarna hitam dan putih. Aida Rich Café dikatakan mempunyai konsep menyerupai Old Town White Coffee dengan menekankan kepada makanan Melayu termasuk pilihan masakan Baba dan Nyonya.
Imej via Foursquare
Antara menu yang mendapat komen baik daripada pelanggan ialah Asam Pedas, Sambal Udang Petai, Ayam Cili dan Nyonya Laksa, dijamin enak!
Alamat: KM8, 75460 Alai, Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari (6pm – 12am)
Imej via Foursquare
Nama kawasan ini ialah Alai dan restorannya bernama Hj Nasir Ikan Bakar. Letaknya hanya kira-kira 15 minit dari bandar jika anda memandu.
Pelanggan disyorkan untuk datang awal kerana ia selalu dipenuhi pelanggan. Ia terletak berhampiran dengan laut, lantas memudahkan restoran ini mendapatkan hidupan laut yang segar untuk dihidangkan kepada pelanggan.
Imej via Foursquare
Sambil menunggu makanan laut yang lazat, makan dahulu otak-otak dan nasi lemak. Pilih sama ada mahu makan di dalam restoran berbumbung atau duduk di luar berbumbungkan langit dengan udara segar.
Alamat: No. 60, Jalan Kenangan 1/24, Taman Kenanga Seksyen 1, 75200 Tengkera
Waktu Operasi: Setiap hari (530pm – 130am)
Pelanggan datang ke restoran ini dengan tujuan untuk makan Roti John dan Ayam Golek walaupun mereka turut menghidangkan menu yang lain.
Pelanggan berpendapat yang Roti John dan Ayam Golek sememangnya kepakaran mereka dan bukan hidangan mereka yang lain.
Imej via Instagram
Rotinya lembut dengan inti yang banyak, sedap dan pedas. Selera bertambah ketika ia dihidangkan panas-panas. Untuk pengetahuan anda, mereka juga mempunyai cawangan yang lain iaitu di Tanjung Kling.
Alamat: Jalan Tun Hamzah, 75450 Bukit Katil
Waktu Operasi: Setiap hari (11am – 2am)
Satu lagi restoran Asam Pedas yang ada di Melaka. Letaknya berhampiran dengan Bayou Lagoon, di laluan keluar dari Bandar Melaka ke Ayer Keroh.
Imej via Foursquare
Berkat Salam memberikan anda pilihan ikan dari tenggiri, pari, ikan duri, daging tetel dan telur ikan. Tempahan anda datang dengan sepinggan nasi bersama sambal dan telur masin. Tom Yam mereka juga mendapat komen positif daripada pelanggan.
Restoran juga sentiasa dalam keadaan bersih. Jangan terkejut jika ada ramai orang di restoran. Jadi, datanglah awal jika tidak mahu terlepas peluang ya!
Alamat: No. 2C, Jalan Batu Berendam, Taman Pertama, 75350 Batu Berendam
Waktu Operasi: Rabu – Isnin (6pm – 12am), ditutup pada hari Selasa
Restoran ini terletak di Sungai Putat, Melaka. Dahulunya ia dikenali sebagai Restoran Tom Yam Klasik Thai Seafood yang beroperasi di Ayer Keroh sejak tahun 1993.
Imej via Foursquare
Ia dinamakan sebagai Restoran Klasik Terapung kerana senibina Melayu pada restorannya serta kedudukannya yang berada di atas tasik. Anda pasti tertarik dengan ukiran indah di dalam restoran ini.
Imej via Foursquare
Restoran Klasik Terapung menghidangkan makanan Melayu, Thai, Cina dan Barat. Ini pastinya memberikan anda banyak pilihan. Restoran ini juga menerima perkhidmatan bagi majlis-majlis keramaian seperti perkahwinan.
Alamat: 17, Jalan PNDD 1, Kampung Durian Daun Dalam, 75200 Melaka
Waktu Operasi: Selasa – Sabtu (330pm – 10pm), Ahad (330pm – 12am), ditutup pada hari Isnin
Namanya pasti akan membuatkan anda tertanya-tanya bagaimanakah rupanya? Ia membezakan restoran ini dengan restoran lain yang menghidangkan menu serupa.
Imej via Foursquare
Mee besen sebenarnya ialah mee yang dihidangkan dalam mangkuk yang besar. Satu hidangan mee besen boleh dimakan atau dikongsi bersama 2 sehingga 6 orang. Harga untuk semangkuk mengikut saiznya.
Imej via Foursquare
Selain mee dalam mangkuk besar, Mee Besen Original juga ada menu lain yang dihidangkan dalam kuantiti yang sama iaitu Talam Western. Ya, makanan barat dihidangkan di dalam talam yang besar, memang menarik!
Alamat: Jalan Putri Hang Li Poh, Kampung Durian Daun Dalam, 75400 Melaka
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (9am – 5pm), ditutup pada hari Ahad
Papan tanda mereka tertulis menu-menu seperti Nasi Beriyani, Kari Kepala Ikan, Ayam Goreng, Rojak, dan Asam Pedas. Namun, mereka lebih dikenali kerana Asam Pedas Daging Tetelnya.
Imej via Foursquare
Namun, itu tidak bermakna makanan yang lain tidak disukai pelanggan. Rata-rata pelanggan datang kerana menyukai hidangan mereka yang pelbagai terutama ketika waktu makan tengah hari.
Imej via Foursquare
Jadi, ada yang mengatakan nasi biryani Restoran Lot 85 merupakan yang terbaik di Melaka dan ada yang mencadangkan agar anda mencuba kari ikan. Anda juga disyorkan untuk tidak mengenepikan ayam goreng mereka.
Alamat: Jalan Bukit Katil, Kampung Duyong, 75460 Melaka
Waktu Operasi: Rabu – Isnin (5pm – 2am), ditutup pada hari Selasa
Imej via Foursquare
Ia dikenali juga sebagai Dapur Rita – Tulang Merah Power Original. Ini kerana tulang merah dari restoran ini amat terkenal di kalangan pelanggan.
Menurut hantaran dari laman Facebook mereka, pelanggan disyorkan untuk datang awal kerana tulang merah akan habis cepat setiap hari.
Jadi, anda dicadangkan untuk datang awal pada waktu ia dibuka. Pelanggan turut bersetuju dengan cadangan ini kerana mereka juga amat berpuas hati dengan makanan yang dihidangkan, memang lazat katanya!
Alamat: 4040, Jalan Bukit Katil, 75460 Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari (730am – 430pm)
Letaknya di tepi jalan besar Bukit Katil – Duyong. Ia lokasi yang sering dikunjungi kumpulan pelancong untuk makan di sini. Usah bimbang dengan tempat meletak kereta. Ruang meletak kereta yang luas mampu memuatkan beberapa bas pelancong!
Imej via Foursquare
Imej via Foursquare
Jadi ia tempat sesuai untuk pelancong terutama kerana mereka menyediakan pelbagai jenis masakan tempatan. Mereka ada nasi lemak, lontong, nasi campur, dan kuih-muih.
Harganya juga berpatutan dan dikatakan lebih rendah berbanding di tempat lain. Anda dicadangkan untuk menyudahi makanan anda dengan coconut shake yang sedap dan menyegarkan tekak.
Alamat: 390, Jalan Tengkera, 75200 Melaka
Waktu Operasi: Jumaat – Rabu (730am – 1045am), ditutup pada hari Khamis
Mee yang terkenal dihidangkan di sini dikenali sebagai Mee Hassan atau lebih dikenali dengan Mi Bodoh yang hanya dibuka pada waktu pagi. Jadi, gerai ini memang port sarapan yang terbaik.
Apa yang menarik adalah anda bukan sahaja akan melihat bangsa Melayu bersarapan di sini, malah ia dipenuhi dengan pelanggan berbangsa Cina dan India.
Imej via Foursquare
Mee goreng di sini dikenali sebagai Mee Bodoh kerana ia merupakan mee yang disediakan dengan penuh ringkas dari segi bahan-bahan masakannya iaitu mi dan tauge bersama dengan sambal istimewa resepi pemiliknya.
Harganya juga sangat murah, sekitar RM2 sepinggan sahaja!
Alamat: No. 103 & 105, Jalan TU 41, Taman Tasik Utama, 75450 Ayer Keroh
Waktu Operasi: Setiap hari (7am – 12am)
Imej via Foursquare
Imej via Foursquare
Restoran Ida Murni menyediakan masakan kampung dan tradisional. Ia dikunjungi ramai pelanggan yang mahu mempunyai pelbagai jenis pilihan lauk-pauk terutama untuk nasi campur semasa waktu tengah hari.
Antara juadah yang menjadi p[ilihan ialah masak lemak cili padi dan shellout. Mereka juga ada menyediakan roti canai yang sesuai untuk sarapan anda.
Harga yang dikenakan pula berpatutan. Kebersihan kedai dijaga dengan baik lalu memberikan keselesaan kepada pelanggan yang makan di sini.
Alamat: Kampung Sungai Putat, 75350 Batu Berendam, Melaka
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (2pm – 1130pm), Ahad (11am – 6pm)
Imej via Foursquare
Sungai Putat mempunyai beberapa tempat menjamu selera yang menarik. Salah satunya ialah Mango Float Royale. Mangga segar dan ais yang dikisar ditambah pula dengan ais krim perisa jagung serta hirisan mangga di atasnya, memang terliur dibuatnya.
Disebabkan itulah ramai orang sanggup beratur untuk membelinya walaupun mengambil masa. Mango Royale juga mempunyai satu lagi cawangan iaitu di Jalan Jonker.
Alamat: Jalan Laksamana, Bandar Hilir, 75100 Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 11pm)
Imej via Foursquare
Dutch Harbour telah banyak menerima pelanggan bukan sahaja dari Malaysia tapi luar negara juga. Makan sambil menyaksikan bot yang lalu di Sungai Melaka menjadikan tempat ini dekat di hati ramai pelanggannya.
Imej via Foursquare
Ini juga merupakan sebab utama pelanggan memilih lokasi ini. Mereka menyediakan kebanyakannya masakan Barat seperi Chicken Chop dan Spaghetti serta kek dan minuman yang sedap-sedap semuanya.
Alamat: 123, Jalan Temenggong, Kampung Bukit Cina, 75100 Melaka
Waktu Operasi: Dibuka 24 jam
Jika anda merindui makanan di restoran mamak atau kelaparan ketika orang lain sedang tidur, jemput datang ke Restoran Tiga Ros.
Ini lokasi rakyat Malaysia melepak di malam hari. Ruang restoran luas dan ada pelbagai pilihan masakan India Muslim yang menarik.
Imej via Foursquare
Imej via Foursquare
Sebagaimana kebiasaannya, biryani yang dihidangkan dapat memukau pelanggan selain capati, roti canai dan roti naan. Chicken Chop juga ada di sini. . Jangan lupa pekena menu ini bersama teh tarik yang memang ‘kaw’ rasanya!
Alamat: Lot 1846, 2, Jalan Bukit Beruang Utama, 75450 Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari (12pm – 1158pm)
Imej via Foursquare
Daging dimasak sehingga lembut dan tidak kering, bersama-sama dengan rempah –ratus khas merupakan keunikan yang ada di restoran masakan Timur Tengah seperti Restoran Dima.
Imej via Foursquare
Imej via Foursquare
Restoran Dima dikatakan restoran yang menghidangkan makanan Timur Tengah yang terbaik di Melaka. Kebab, Shawarma, sebut apa sahaja hidangan dari Timur Tengah, semuanya ada dan. mendapat rating yang bagus di kalangan para pelanggan.
Harganya yang berpatutan adalah satu lagi tarikan kepada pelanggan untuk makan di sini. Tip dari pelanggan? Lebih sedap jika diakhiri dengan minum teh panas.
Alamat: 15, Jalan Puncak 2, Taman Puncak Bukit Katil. 75450 Melaka
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (3pm – 12am), Ahad (12pm – 915pm)
Imej via Foursquare
Mee Racun – namanya menakutkan tapi rasanya pula sebaliknya. Ini menu istimewa di Qasreena Café. Kebanyakan pelanggan datang ke restoran ini bagi mendapatkan Mee Racun ini.
Bagi penggemar makanan pedas, Mee Racun ini pasti kena dengan citarasa anda. Pelanggan berpendapat sambal di restoran ini sedap dan pedas.
Imej via Foursquare
Bagi yang tidak mahu mee racun, cuba hidangan lain daripada menu tempatan dan barat yang ada di sini. Hidangan yang lain tidak kurang hebatnya. Selain itu, Qasreena Café juga memastikan yang kebersihan dan layanan pelanggan diberikan sebaiknya.
Alamat: 8 & 10, Lingkaran MITC, Kompleks Perniagaan MITC Perdana, 75450 Ayer Keroh
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (11am – 11pm), Jumaat (230pm – 11pm)
Restoran Rumah Makan Cibiuk ini berasal dari Indonesia. Perniagaan mereka berkembang dan mula membuka cawangannya di Malaysia.
Imej via Foursquare
Imej via Foursquare
Mungkin ada yang berasa asing dengan nama masakan mereka seperti Nasi Liwet, Nasi Timbel dan Ayam Bakakak. Ini kerana Rumah Makan Cibiuk membawa hidangan Sunda dalam menu mereka.
Hidangan bukan sahaja dipersembahkan dengan cantik, malah rasanya juga seiring dengan persembahannya. Sambal Cibiuk menjadi sebutan tapi agak pedas bagi mereka yang tidak biasa dengan makanan pedas.
Alamat: No. 5, Tingkat Bawah, Jalan Kanan Satu, Taman Ria, 75350 Batu Berendam
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (930am – 1030pm), Ahad (930am – 8pm)
Imej via Foursquare
Cuaca panas di Malaysia ketika ini adalah waktu yang sesuai untuk anda minum air kelapa. Apa lagi jika ia dimodenkan menjadi Coconut Shake.
Kalau anda makan di restoran ini, anda dibenarkan untuk menambah air kelapa. Anda di sini bukan sahaja untuk minum Coconut Shake pada harga bermula RM3.70.
Imej via Foursquare
Imej via Foursquare
Anda juga boleh makan pelbagai pilihan makanan dari senarai menu mereka seperti rojak, yong tau foo, mi kari dan kuih keria.
Alamat: 202, Perhentian Kuih Kampung, Ujong Pasir, 75050 Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari (8am – 7pm)
Jangan lupa makan Asam Pedas jika anda ke Melaka kerana Melaka terkenal dengan Asam Pedasnya. Ada pelbagai jenis ikan boleh dipilih mengikut kegemaran anda.
Imej via Foursquare
Asam Pedas Pak Man adalah salah satu restoran yang menghidangkan Asam Pedas. Ada berbagai jenis lauk di sini. Antara lauk yang anda boleh cuba ialah ikan kembung dan ikan pari, enak dimakan bersama nasi panas-panas!
Alamat: No. 15, Jalan PNBB 2, Pusat Niaga Bukit Baru, Mukim Bukit Baru, Seksyen IV, 75150 Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari (11am – 1145pm)
Teringin untuk menikmati makanan Timur Tengah? Hadramawt Place ini wajib anda singgah! Harganya serupa dengan harga makanan di restoran makanan Timur Tengah yang lain, begitu juga dengan kuantiti makanannya.
Apa yang lebih meyakinkan untuk pergi ke restoran ini adalah para pelanggannya sering memberikan ulasan yang positif mengenai keenakan makanannya.
Imej via Foursquare
Imej via Foursquare
Pilih sama ada ayam atau kambing, dimasak dalam apa jua resepi, semuanya dihidangkan dengan bagus dan sedap! Shawarma dan kebab di sini juga tidak kurang enaknya.
Alamat: 8 & 10, Jalan Keris Emas 1, Taman Keris Emas, 76300 Sungai Udang
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (10am – 4pm), ditutup pada hari Ahad
Imej via Foursquare
Kepakaran mereka adalah Nasi Ayam dan menjadikan hidangan Nasi Ayam sebagai menu keutamaan mereka. Bagi pelanggan, apa yang dihidangkan adalah ringkas tetapi sangat sedap.
Harga yang dikenakan pula berpatutan. Restoran ini menyediakan ruang yang dilarang untuk merokok. Jadi, ia digemari mereka yang datang secara berkumpulan khususnya keluarga yang mempunyai kanak-kanak.
Alamat: Kampung Jambatan Duyong, 75460 Melaka
Sebagaimana restoran Asam Pedas yang lain, Asam Pedas Kak Su juga menyediakan pelbagai jenis ikan untuk pilihan pelanggan.
Imej via Foursquare
Antara pilihan yang ada ialah ikan kembung, pari, siakap dan tongkol. Selain itu, mereka juga ada menyediakan menu lain seperti Ikan Keli Masak Lemak Cili Api.
Alamat: Melaka International Trade Centre (MITC), 75450 Ayer Keroh
Ini merupakan satu lagi restoran yang menyediakan masakan Indonesia di MITC. Melihat kepada namanya, Ayam Penyet semestinya adalah menu istimewa mereka.
Imej via Foursquare
Keistimewaannya turut diakui para pelanggan yang pernah makan di sini. Sambalnya sedap dan pedas, penggemar makanan pedas pasti akan menyukainya.
Imej via Foursquare
Jika tidak mahu ayam, pilih ikan keli yang digoreng rangup. Kelebihan kemudahan restoran ini adalah lokasinya yang mudah ditemui dan tempat meletak kereta yang luas.
Alamat: No. 10, Jalan KLJ 1A, Taman Kota Laksamana Jaya, 75250 Melaka
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (5pm – 11pm), ditutup pada hari Isnin
Imej via Foursquare
Udang, ketam, mentarang, belangkas merupakan sebahagian hidupan laut segar yang mereka ada untuk anda. Ianya selalunya dihidangkan untuk menu ‘shell out’. Jadi, anda dapat makan dengan lebih santai.
Disebabkan itulah, Cengkerang Seafood Jumble dikatakan berbeza berbanding restoran makanan laut yang pernah anda kunjungi atau ketahui. Anda juga boleh menikmatinya bersama kuih-muih di sini. Rugi kalau tak cuba!
Alamat: Lot 21 & 23, Ixora Condominium, Jalan Bukit Beruang, 75450 Bukit Beruang
Waktu Operasi: Setiap hari (830am – 12am)
Cafeology menyediakan pelbagai jenis kopi dan makanan yang sesuai untuk anda lepak bersama-sama rakan anda. Interior restoran yang santai juga amat sesuai bagi tujuan itu.
Imej via Foursquare
Imej via Foursquare
Minum kopi kegemaran anda bersama makanan ringan seperti waffle, sandwich dan burger. Atau, jika anda mahu mengisi perut yang sedang lapar, mereka juga menyediakan makanan Barat yang lain seperti Spaghetti Bolognese, Lamb Chop dan Chicken Chop.
Alamat: Batu 17, Jalan Solok Duku, 78300 Masjid Tanah, Melaka
Waktu Operasi: Ahad – Khamis (5pm – 12am), Jumaat – Sabtu (5pm – 1230am)
Restorannya sudah pun menarik perhatian sejak kali pertama melihatnya. Suasananya terutama pada waktu malam amat mendamaikan.
Ruang restoran amat luas dan bersih. Tambahan pula, ia menonjol dengan asas cat dinding dan perabotnya yang didominasi warna putih.
Imej via Foursquare
Restoran Astana Putih menyediakan dua jenis hidangan iaitu tempatan atau Melayu dan Barat. Mereka turut menyediakan kuih-muih dan buah-buahan sebagai pencuci mulut. Harga yang dikenakan pula adalah harga mampu untuk para pelanggan.
Alamat: Kampung Pulau Sebang, 78000 Alor Gajah
Waktu Operasi: Jumaat – Rabu (630pm – 1230am), ditutup pada hari Khamis
Suasananya membuatkan anda terasa seperti berada di rumah. Ini kerana ia adalah banglo yang dimiliki pemilik yang kemudiannya dijadikan restoran.
Imej via Foursquare
Pelanggan suka makan di sini kerana harga makanannya yang terdiri daripada tempatan dan Barat boleh dikatakan murah. Antara menu yang boleh anda cuba di sini ialah Chicken Chop.
Alamat: 63, Jalan Bpm 1, Taman Bukit Piatu Mutiara, 75400 Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari (4pm – 1130pm)
Sate R&K pastinya lokasi untuk peminat sate yang berada di Melaka. Ia terletak di kawasan rumah kedai bersebelahan dengan lebuhraya.
Anda boleh nampak restoran ini dari jalan utama Bukit Piatu. Pelanggan suka datang ke sini kerana harganya boleh dikatakan murah tanpa mengurangkan kualitinya.
Imej via Foursquare
Dagingnya lembut dihidangkan bersama kuah kacang yang sedap. Ramai pelanggan menganggap ia lokasi sate yang terbaik di Melaka. Selain sate, mereka turut menghidangkan makanan lain seperti nasi goreng, mee bandung dan kue tiaw Kantonis.
Alamat: No. 30, Jalan Pegaga, Taman Merdeka, 75350 Melaka
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (7am – 7pm), ditutup pada hari Jumaat
Imej via Foursquare
Ini antara nasi ayam yang dikatakan paling sedap di Melaka. Itulah pendapat sebahagian besar pelanggan yang datang di Nasi Ayam Baba. Kekuatannya adalah pada ayamnya yang dikatakan amat lembut.
Harganya yang murah dan layanan pantas pula adalah daya tarikan tambahan kepada pelanggan mereka. Tapi, Nasi Ayam Baba juga ada hidangan lain seperti mee kari dan dim sum.
Ramai pelanggan menyukai Asam Pedas Gear Box di sini, selain daripada Nasi Ayam yang menjadi hidangan utama mereka.
Tempat-tempat di dalam senarai ini sememangnya sengaja dipilih untuk menampilkan kelainan berbanding banyak lagi tempat-tempat yang lebih popular. Mungkin anda mempunyai pendapat yang berbeza tentang makanan-makanan tersebut, namun semuanya bergantung kepada citarasa masing-masing.
Apapun, berkunjung ke Melaka pasti tidak akan membuatkan anda kelaparan malah pastinya anda akan kekenyangan daripada pagi sehingga ke malam. Jangan lupa share dan like artikel tempat makan menarik di Melaka ini.