Mencari tempat makan malam di Ipoh?

Ipoh merupakan ibu negeri di Perak yang kaya dengan pelbagai tarikan dan ini termasuklah dengan tempat makan menarik.

Sebut sahaja tempat makan apa yang dicari. Dari tempat sarapan pagi, makan tengah hari hingga ke makan malam, semuanya ada.

Tempat makan malam di sini juga ada banyak. Untuk itu, berikut kami senaraikan 17 tempat makan malam di Ipoh untuk anda. Teruskan membaca!

#1 Konda Kondi Cafe & Bistro

Alamat: 183, Jalan Sultan Idris Shah, Taman Jubilee, 30000 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 6 pm – 12 am

Ingin menikmati makan malam di kafe moden yang menggabungkan konsep moden dan tradisional? Singgah sahaja di Konda Kondi Cafe & Bistro.

tempat makan malam ipoh
Imej via Foursquare

Kafe ini menyajikan selera Barat. Antara menu yang popular ialah Spaghetti Creamy Fireball, Grilled Chicken Chop dan Nachos.

Mereka juga turut menyajikan pencuci mulut yang menggamit selera. Pesan sahaja Brownies with Ice Cream di sini, pasti anda jatuh hati!

#2 Restoran Simpang Tiga

Alamat: D-G, Jalan Dato Seri Ahmad Said, Kampung Kastam Greentown, 30450 Ipoh, Negeri Perak

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 11 pm

Makanan Indonesia cukup digemari oleh orang kita. Hal ini jelas terbukti apabila restoran makanan Indonesia ada banyak di Malaysia.

tempat makan malam ipoh - restoran simpang tiga
Imej via Foursquare

Salah satu restoran makanan Indonesia, khususnya hidang Padang yang paling popular di Ipoh ialah Restoran Simpang Tiga.

Anda boleh pesan Nasi Padang yang didatangkan dengan aneka jenis pilihan lauk-pauk seperti ikan bakar, rendang daging dan ayam penyet.

#3 Laksa Saranghae

Alamat: 1374, Jalan Merak, Kampung Dato’ Ahmad Said, 30020 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 4.30 – 11 pm

Kalau anda berada di Ipoh namun tidak mencuba laksa telur bersarang mereka, anda memang rugi.

tempat makan malam ipoh - laksa saranghae
Imej via Foursquare

Ianya merupakan hidangan yang cukup popular di Ipoh. Antara tempat makan malam yang menyajikan hidangan ini ialah Laksa Saranghae.

Ramai pelanggan memuji rasa laksa yang secukup rasa serta telur bersarang yang rangup di luar dan lembut di dalamnya. Dijamin enak!

#4 Miker Food

Alamat: Jalan Padang, 30020 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 7.30 am – 12 am

Tempat makan yang menyajikan selera tempatan dan Barat sememangnya mantap. Untuk menikmatinya, anda wajib singgah di Miker Food.

Menu utama yang terlaris di sini ialah piza buatan sendiri yang mempunyai banyak topping dan semuanya sedap-sedap belaka.

miker food ipoh
Imej via Foursquare

Untuk menu tempatan, anda boleh cuba mi bandung dan tomyam nyior. Tomyam mereka dihidangkan dalam buah kelapa, ala-ala tomyam asli Thai!

#5 Gerai Nasi Goreng Udang

Alamat:  SSI Corner, No. 24, Medan Selera, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari, 4 pm – 12.15 am

Nasi goreng udang – satu hidangan yang kedengaran biasa namun jika dicuba di Gerai Nasi Goreng Udang, anda pasti akan ketagih dengannya.

Nasi goreng udang yang disajikan di restoran ini telah mendapat pujian ramai. Jumlah udang yang banyak dan segar-segar adalah tarikan utamanya.

gerai nasi goreng udang
Imej via Foursquare

Selain itu, nasi goreng sotong, rojak sotong dan kerang rebus juga turut menjadi rebutan. Saiz hidangannya juga banyak, memang best!

#6 Pakeeza Restaurant & Catering

Alamat: 15-17, Jalan Dato’ Seri Ahmad Said, 30450 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 3 pm, 6 pm – 10.30 pm

Mahu menikmati makanan India yang asli dan halal? Singgah sahaja di Pakeeza Restaurant & Catering!

Antara sajian yang menjadi kegemaran ramai ialah naan keju. Berkeju dan tidak memuakkan, malah menyelerakan.

=

Selain itu, anda juga boleh menikmati poori, kari kambing, ayam butter versi India dan briyani.

#7 Eight Miles Burger Banjir

Alamat: Kampung Melayu, 31250 Tanjung Rambutan, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 6 pm – 1 am

Tempat makan hipster merupakan salah satu tarikan di Ipoh. Untuk singgah di tempat makan sebegini, anda boleh sahaja ke Eight Miles Burger Banjir.

Restoran ini menyajikan makanan Barat. Sajian yang paling terkenal ialah burger banjir mereka yang bukan sahaja banjir, malah bersaiz besar.

eight miles
Imej via Foursquare

Selain burger, mereka turut menyediakan makanan Barat lain seperti lamb steak dan chicken chop.

#8 Restoran Hj Sharin Low Grand

Alamat: 16, Persiaran Greenhill, Kampung Jawa, 30450 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: 11 am – 11 pm

Ada peminat masakan Cina-Muslim di sini? Jika anda berada di Ipoh, anda wajib terjah Restoran Hj Sharin Low Grand dan makan malam di situ.

hj sharin
Imej via Foursquare

Untuk makan malam, restoran ini menyediakan hidangan seperti ayam madu lemon, itik panggang, ayam kung pao dan udang butter yang sangat lazat.

#9 Nan Station 18

Aamat: 37, Jalan Pengkalan Utama 1, Taman Pengkalan Jaya, 31650 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Khamis, 4 – 11 pm

Satu lagi tempat makan malam di Ipoh yang menyajikan makanan Barat ialah Nan Station 18. Terletak di Taman Pengkalan Jaya, restoran ini berkonsepkan moden dan terkenal dengan aneka jenis menu.

nan station 18
Imej via Foursquare

Anda boleh menikmati set Dulang mereka seperti Cheesy Tarik Monster, Malaysian Captain Grilled, Pasta Laguna dan Nachos Mountain.

#10 Warteg Ipoh

Alamat: 73, Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari, 3 – 11.30 pm

Hidangan shell out pasti merupakan antara jenis hidangan kegemaran anda, bukan? Untuk menikmatinya, singgah sahaja di Warteg Ipoh.

warteg ipoh
Imej via Foursquare

Bukan sahaja menyajikan set shell out yang berbagai, malah kesegaran dan kualiti makanan laut di sini juga turut diakui ramai.

Cuba sahaja set shell out ini – Javanese Set, hidangan berkonsepkan Jawa yang menyajikan ketam, udang dan sotong. Pasti puas hati!

#11 Assam House

Alamat: 2, Jalan Raja Dr. Nazrin Shah, Medan Gopeng, 31350 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 11 am – 3 pm, 5.30 – 9.45 pm

Restoran Assam House – nama restoran yang boleh dikatakan legend di Ipoh kerana ianya telah beroperasi sejak 30 tahun lepas.

Restoran ini menyediakan hidangan Baba Nyonya yang asli dan Halal. Menu-menu yang ditawarkan juga ada beraneka.

assam house - tempat makan malam ipoh
Imej via Foursquare

Anda boleh cuba Salted Egg Yolk Squid, Assam Lotus Chicken, Sizzling Bean Curds dan Green Curry Fish Fillet, dijamin sedap!

#12 Zul Yahya Steamboat & BBQ

Alamat: No 1, 1A & 1B, Jln Meru Bestari A8, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 2 pm – 12 am

Mencari restoran steamboat yang sesuai disinggah untuk bersantai? Jika anda berada di Ipoh, lekas singgah di Zul Yahya Steamboat & BBQ.

zulyahya steamboat ipoh
Imej via Foursquare

Kepelbagaian makanan laut dan kualitinya yang bagus merupakan antara keistimewaan utama restoran ini.

Rata-rata pelanggan yang singgah menjamu selera di sini mengakui bahawa kuah tomyam mereka cukup sedap, rugi jika tak cuba!

#13 Thumbs Cafe

Alamat: 133, Jalan Sultan Abdul Jalil, 30000 Ipoh, Negeri Perak

Waktu Operasi: Setiap hari, 6 pm – 1 am

Ipoh sememangnya terkenal dengan jumlah kafe moden yang banyak. Salah satunya ialah Thumbs Cafe yang terletak di Jalan Sultan Abdul Jalil.

thumbs cafe ipoh
Imej via Foursquare

Kafe ini menyajikan hidangan Barat dan tempatan. Untuk hidangan Barat, anda boleh cuba Chicken Chop dan Macaroni & Cheese. Untuk sajian tempatan, kuetiau goreng serta sate merupakan antara yang terlaris.

#14 Mee Kari Kak Yah (Silibin)

Alamat: 12, Jalan Jelapang Selatan 1, Taman Keledang Jaya, 30100 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 6.30 am – 12 pm, 5 – 10 pm

Mahu cuba mi kari yang cukup popular di Ipoh? Lekaslah singgah di restoran Mee Kari Kak Yah yang terletak di Taman Keledang Jaya.

mee kari kak yah silibin
Imej via Foursquare

Kuah kari yang secukup rasa dan isi seperti ayam dan tauhu goreng yang banyak merupakan antara punca ianya begitu digemari. Rugi tak cuba!

#15 Mee Udang Ketam Sempoiii Diraja

Alamat: 51, Lorong Sungai Choh 10, 31250 Ipoh, Negeri Perak

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 4.30 – 11.45 pm

Tadi kita bercakap tentang mi kari, kali ini kita cuba mi udang pula. Yang penting, mi udang di sini sememangnya sempoi seperti namanya.

mee udang sempoii ipoh
Imej via Foursquare

Kuah mi udang ini memang sangat digemari ramai, lebih banyak lebih enak. Udang dan ketam yang disajikan juga segar, patutlah ramai suka!

#16 Tomyam Batu 6

Alamat: Tambun, Lorong Delima 4/3, Kampung Tersusun Batu 5, 31400 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari, 6 pm – 3 am

Ada peminat makanan Tha di sini? Jika anda suka hidangan Thai, anda patut singgah di restoran Tomyam Batu 6.

tempat makan malam ipoh - tomyam batu 6
Imej via Foursquare

Hidangan Thai di sini bukan sahaja dikatakan enak, malah asli. Tomyam mereka juga mendapat pujian yang tidak putus-putus daripada pelanggan.

Selain tomyam, shidangan pencuci mulut Thai iaitu pulut mangga juga turut disajikan. Manis dan berlemak, anda pasti suka!

#17 Mr Steak House at Ipoh

Alamat: Komplek Mutiara Pernama, Pernama Ipoh, Jalan Hospital, 30450 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 12 pm – 12 am

Stik merupakan hidanagn makan malam yang cocok kerana ianya cukup mengenyangkan. Di Ipoh, antara restoran stik yang popular ialah Mr Steak House.

mr steak house ipoh
Imej via Foursquare

Antara variasi stik yang dihidangkan ialah Sirloin Steak dan Rib Eye Steak. Selain itu, Baked Salmon dan Lamb Chop mereka juga turut terjual laris.

Kesimpulan

Sudah jumpa tempat makan malam di Ipoh yang ingin diserbu? Jika berpeluang ke sini, singgah sahaja satu persatu kerana semuanya menarik.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.