Semenyih meruapakan antara daerah di negeri Selangor yang cukup terkenal dengan sungai dan bukit yang cantik dan nyaman. Antaranya ialah Sungai Tekala dan Bukit Broga yang bukan sahaja cantik malah menenangkan jiwa.
Bagi yang menetap di Semenyih atau bercadang untuk berkunjung ke sana, adakah anda masih tercari-cari tempat makan sedap sekitar situ yang boleh anda singgah? Teruskan membaca kerana kami ada senarainya!
Nama gerai ini pasti buat anda terfikir yang ianya hanya menyajikan cendol sahaja, bukan? Jangan terkejut, di sini ada berbagai menu yang disediakan walaupun gerainya kecil sahaja!
Antara cendol yang disediakan di gerai Ara Cendol Sawit ini ialah Cendol Pulut, Cendol Biasa, Cendol Jagung dan Cendol Special yang sama istimewa seperti namanya.
Selain cendol, menu lain yang boleh anda cuba juga memang beraneka jenis. Antaranya bihun sup, laksa utara, mi kari dan nasi kukus ayam berempah, memang berbagai!
Alamat: Persiaran Tasik Kesuma, Bandar Tasik Kesuma, 43700 Semenyih, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, bermula dari jam 11 pagi hingga 6:30 petang
Ingin mencuba makanan Barat atau Thai yang sedap-sedap belaka? Restoran Selera Rose pasti cocok dengan citarasa anda. Restoran ini menghidangkan makanan Barat dan makanan Thai yang kena dengan selera ramai dan berpatutan harganya!
Antara makanan Barat yang boleh anda cuba di sini ialah Chicken Chop, Lamb Chop dan Meatball with Cheesy Wedges. Lamb Chop di sini juga disukai ramai. Bukan sahaja kerana keenakannya, malah saiz hidangannya juga besar. Menyelerakan dan mengenyangkan!
Selain makanan Barat, Boat Noodle yang merupakan makanan Thai juga turut dihidangkan di sini. Bagi yang teringin untuk mencuba Boat Noodle sesedap di negara Thailand, bolehlah anda cuba menu ini!
Alamat: 67,, 61, Jalan Tps 1/6, Taman Pelangi Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari, bermula dari jam 4 petang hingga 12 tengah malam
Nama restoran ini sudah tidak asing lagi di Selangor. Cawangan utamanya ialah di Kajang dan anda juga boleh mendapatinya sendiri di Semenyih yang tidak kurang hebat itik salainya seperti di cawangan utamanya.
Yang istimewa tentang itik salai di restoran Itik Salai Mastar ini ialah daging itiknya lembut dan tidak liat. Aroma itik salai juga boleh membangkitkan selera sesiapa sahaja yang terbaunya, belum lagi setelah anda mencubanya sendiri!
Selain itik salai, menu lain seperti masak lemak ikan keli dan ayam goreng juga turut disediakan di restoran ini. Ulam-ulaman juga ada, berganda keenakannya bila dimakan bersama nasi panas dan lauk-pauk di sini!
Alamat: Kg Rinching Hulu, Bandar Rinching Seksyen 6, 43500 Semenyih, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari, bermula dari jam 10 pagi hingga 7 malam, manakala pada hujung minggu bermula dari jam 10 pagi hingga 8 malam
Selalunya sebut sahaja tentang kafe yang menghidangkan makanan Barat, pasti anda terbayangkan kafe ‘hipster’ yang interiornya berkonsepkan moden, bukan?
Namun, lain pula dengan Maqbull Cafe. Kafe yang menghidangkan makanan Barat seperti Chicken Chop dan Lamb Chop ini mengetengahkan interior tradisional, seolah-olah anda sedang menikmati makanan anda di kampung halaman, cukup menarik!
Alamat: 43500 Semenyih, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Selasa, bermula dari jam 4:30 petang hingga 12:30 tengah malam
Pernah dengar Nasi Kukus Tonggek yang femes dengan Sotong King dan dengan lauk-lauk yang pedas? Nasi kukus ini mempunyai 30 cawangan dan salah satunya terletak di Mydin Semenyih!
Kedai ini bukan ada satu lauk sahaja. Ada banyak lauk boleh pilih.Tunggu apa lagi. Cepatttt.
Pilihan Nasi Kukus:
Alamat: Mydin Wholesale Hypermarket Mydin Mall, Kawasan Perindustrian Ria, 43500 Semenyih
Waktu operasi: 10 pagi – 10 malam setiap hari
Anda mengidamkan makanan Thai tapi masih tercari-cari restoran manakah sekitar Semenyih yang menyediakan makanan Thai yang enak dan asli resepinya? Restoran Na Sook Thai Kitchen ini pasti menepati citarasa anda!
Kalau dah namanya masakan Thai asli, kepedasan makanannya pasti tidak dapat dinafikan lagi. Jadi makanan Thai di restoran ini cukup cocok buat penggemar masakan Thai yang pedas.
Antara menu yang anda boleh cuba di sini ialah BBQ Saba Fish, Papaya Salad, Thai Fried Kang Kong dan Thai Style Mixed Tom Yum Soup. Cukup enak dikenakan bersama nasi putih panas dan Thai Tea yang cukup laris di restoran ini!
Alamat: 35, Jalan Semenyih Sentral 4, Taman Semenyih Sentral, 43500 Semenyih, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari, bermula dari jam 11:30 pagi hingga 10 malam
Sekali-sekala apa salahnya jika anda tukar selera anda ke makanan Arab yang tidak kurang hebatnya. Restoran Al-Reef merupakan antara restoran yang terkenal dengan makanan Arab yang enak-enak di Semenyih.
Antara menu yang anda boleh cuba di restoran ini ialah Kabsah Rice with Lamb, Mandy Chicken, Kebab Wrap dan Pizza. Rata-rata pelanggan memuji saiz hidangan menu-menu di sini yang cukup besar, berbaloi dengan harganya.
Alamat: Dato’ 43500, Dataran Dato’ Mohd Said, 43500 Semenyih, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari bermula dari jam 12 tengahari hingga 11 malam, manakala pada hari Jumaat bermula dari jam 2 petang hingga 11 malam
Jika anda menetap di Semenyih namun tidak pernah mencuba menu di gerai ini, anda kerugian besar! Gerai Nasi Ayam, Cucur Udang & Tauhu Bakar Semenyih ini cukup terkenal di kalangan pengunjung di sekitar Semenyih.
Seperti nama gerai ini sendiri, sudah semestinya menu yang laku keras di sini ialah nasi ayam, cucur udang dan tauhu bakar. Dijual pada harga yang sangat berpatutan, tidak hairanlah ramai pelanggan sentiasa membanjiri gerai ini, anda wajib cuba!
Alamat: Pekan Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari, bermula dari jam 10 pagi hingga 5 petang
Banyak juga tempat makan menarik yang boleh anda singgah di sekitar Semenyih ini ya. Kami yakin pasti ada di kalangan pembaca yang sudah mula keliru kerana tidak tahu hendak serbu yang mana satu dulu, bukan?
Bagi yang merancang untuk berkunjung ke tempat-tempat makan yang kami senaraikan ini, anda digalakkan untuk datang awal kerana dikhuatiri ruang parkir dan ruang dalam restoran penuh. Selamat menjamu selera!