Mencari restoran ikan bakar di Bangi?

Bang merupakan sebuah bandar di Selangor yang mempunyai pelbagai tarikan baik dari segi hiburan mahupun tempat makan yang menarik. Tidak hairanlah bandar ini kerap dibanjiri orang ramai.

Tarikan di Bangi termasuklah restoran ikan bakar. Jadi, berikut kami senaraikan 7 restoran ikan bakar di Bangi untuk anda. Teruskan membaca!

#1 Restoran d’ Limau Nipis IKAN BAKAR SEGAR BANGI

Alamat: No. 201 & 205, Jalan 8/1, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, 7 am – 5.30 pm

Melihat nama restoran ini sahaja anda pasti yakin yang ikan bakar di Restoran D’Limau Nipis ini pasti berkualiti tinggi. Ikan bakar di restoran ini sememangnya merupakan antara menu terlaris di samping hidangan yang lain.

ikan bakar bangi
Imej via Foursquare

Ada pelbagai jenis ikan yang boleh anda cuba, namun ikan pari bakar merupakan jenis ikan bakar yang terhangat. Ikan parinya cukup segar dan dibakar dengan baik, jadi semestinya rasanya memang lazat.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mencuba menu lain seperti sotong bakar dan lauk-pauk lain yang berasaskan masakan kampung. Kualiti makanan di sini memang tinggi, jadi jangan lupa singgah!

#2 Restoran Ana Ikan Bakar Petai

Alamat: Lot 29991, Persiaran Kemajuan, (Bersebelahan Balai Bomba BB Bangi), 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Waktu operasi: Setiap hari, 5 pm – 12 am

Ini merupakan salah satu restoran ikan bakar di Bangi yang namanya menjadi sebutan ramai – Restoran Ana Ikan Bakar Petai. Restoran yang terletak di Bandar Baru Bangi ini sering dikunjungi ramai untuk makan malam.

ikan bakar bangi
Imej via Foursquare

Hidangan yang disajikan berkonsepkan selera tempatan dan Thai. Anda pilih sahaja jenis makanan laut yang anda mahu. Jenis ikan di sini juga ada beraneka seperti ikan pari, jenahak, bawal, cencaru dan ikan merah.

Untuk cara masakan, anda wajib cuba ikan bakar petai, udang butter, ketam masak telur masin dan sotong goreng tepung. Pasti berganda keenakannya jika anda cuba menu-menu ini!

#3 Medan Ikan Bakar Tok Bali

Alamat: Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, 5 pm – 1 am

Restoran ini terletak di Kajang, namun ianya berhampiran sahaja dengan Bangi. Jika anda berada sekitar sini, anda wajib singgah di Medan Ikan Bakar Tok Bali untuk mencuba ikan bakar yang sangat menyelerakan.

Imej via Foursquare

“Harga yang murah dan makanan laut juga segar-segar’ merupakan antara ulasan positif yang ditinggalkan oleh pelanggannya. Makanan laut di sini juga ada berbagai jenis dan cara masakan boleh dipilih oleh pelanggan.

Antara hidangan yang boleh anda cuba ialah ikan bakar, siakap stim limau, tomyam seafood, kerang bakar dan sotong goreng tepung. Servis restoran yang pantas juga merupakan antara keistimewaan restoran ini.

#4 Restoran Mak Kimbong

Alamat: No 17, Jalan 4/1a, Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, 6 pagi – 11 malam

Restoran Mak Kimbong yang terletak di Seksyen 4 ini terkenal dengan sotong bakar yang bersaiz besar dan sedap, namun ikan bakar di restoran ini juga turut mencuri perhatian ramai.

ikan bakar bangi
Imej via Foursquare

Ada pelbagai jenis ikan yang boleh anda pilih. Antaranya ialah ikan keli, ikan cencaru dan ikan bawal. Ikan bakar di sini disajikan dengan sambal di atasnya yang sangat sedap, membuatkan ianya enak dimakan begitu sahaja.

Selain ikan bakar, sotong bakar di sini juga wajib anda cuba. Sotongnya bersaiz besar dan cukup besar. Sotong ini dibakar dan diperap menggunakan ramuan istimewa, jadi jangan lupa cuba!

#5 D’Kenali Ikan Bakar

Alamat: dekat dgn Persiaran Kemajuan, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, 5.30 pm – 3 am manakala Ahad 5.30 pm – 12 am

Nama restoran ini cukup melambangkan popularitinya, kerana restoran D’Kenali Ikan Bakar sememangnya dikenali ramai dan terkenal dengan ikan bakar yang menjadi kegemaran pelanggannya.

Imej via Foursquare

Ianya kerap dibanjiri pelanggan pada waktu malam. Jenis hidangan yang disajikan di restoran ini ialah hidangan tempatan dan Thai. Ada banyak jenis makanan laut yang boleh anda pilih jika berkunjung ke sini.

Antaranya ialah ikan, sotong, kerang dan banyak lagi. Ikan bakar pedas merupakan hidangan yang wajib anda cuba jika anda merupakan penggemar makanan pedas. Selain itu, anda juga boleh pesan menu lain seperti kerang bakar berempah dan tomyam campur.

#6 Restoran Azura Seksyen 3 Bandar Baru Bangi

Alamat: 14, Jalan 3/69, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: 24 jam

Adakah anda berada sekitar Seksyen 3? Jika anda ingin menikmati ikan bakar yang lazat sekitar situ, singgahlah di Restoran Azura. Restoran ini beroperasi selama 24 jam, jadi singgah sahaja bila-bila anda mahu.

Imej via Foursquare

Sajian tempatan merupakan hidangan utama di restoran ini. Ada pelbagai jenis lauk-pauk yang boleh anda pilih, dan ikan bakar merupakan menu yang dikatakan ‘padu’!

#7 Bawal Power Sempoi Teras Jernang

Alamat: Lot 5939, Jalan Taman Sentosa, Taman, Desa Sentosa Fasa 2, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, 11 am – 5 pm

Ini merupakan antara restoran yang paling terkenal di Selangor – restoran Bawal Power Sempoi Teras Jernang. Melihat namanya yang ‘power’ ini sahaja anda boleh teka bahawa ikan bawal di sini memang sedap.

Imej via Foursquare

Cara masakan untuk ikan bawal di restoran ini ialah dibakar dan digoreng. Ikan bawal bakar mereka memang popular dan ianya sangat lazat jika dimakan bersama air asam.

Selain itu, mereka juga ada menyajikan menu lain seperti sotong bakar dan asam pedas ikan yang tidak kurang hebatnya. Servis restoran yang cemerlang juga patut dipuji!

Kesimpulan

Sudah jumpa restoran ikan bakar di Bangi yang ingin dikunjungi? Jika berpeluang, singgah sahaja satu persatu tempat makan ini kerana semuanya memang menarik.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.