Mencari tempat makanan western di Bangi?

Bangi merupakan bandar yang memang menjadi tarikan ramai. Baik dari segi hiburan dan tempat makan, semuanya menarik. Jadi, tidak hairanlah ianya sering dibanjiri dengan pengunjung terutamanya pada hujung minggu.

Kekeringan idea mencari tempat makanan western di Bangi yang menarik? Berikut kami senaraikan 10 tempat makanan western di Bangi untuk anda. Teruskan membaca.

#1 Grato Plus

Alamat: 6, Jalan 3/7, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 4 – 11 pm

Ada yang menggemari makanan Itali? Jika anda ingin menikmati makanan Itali dan Barat yang asli dan menyelerakan, anda boleh singgah di Grato Plus yang terletak di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi ini.

makanan western bangi
Imej via Foursquare

Antara jenis hidangan yang menjadi kegemaran ramai ialah pasta. Antara yang boleh anda cuba ialah Chicken Steak with Pasta, Lamb Chop with Pasta, Spicy Italian Prawn with Pasta dan Spicy Meatball with Pasta. Dijamin sedap dan mengenyangkan!

#2 Mixwell Garage

Alamat: Lot 1065, Plot 27, Jalan Kelisa 4, Kampung Sungai Tangkas, 43000 Kajang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 6 – 10 pm

Ini merupakan salah satu restoran western di Bangi yang cukup popular – Mixwell Garage. Menu berkonsepkan selera Barat yang berbagai dan enak-enak merupakan antara tarikan istimewa restoran ini.

makanan western bangi
Imej via Foursquare

Antara jenis hidangan yang boleh didapati di sini ialah salad, snek, sup, burger, hidangan utama dan pasta. Yang menariknya, pasta di sini akan dimasak mengikut kehendak pelanggan. Pilih sahaja cara dan bahannya, pasti dapat disediakan.

#3 Jahhet Fine Meat Bangi

Alamat: E—G-09, Streetmall Bangi Gateway, Jalan GE, Bangi Gateway, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 12- 10 pm manakala Jumaat 3 – 10 pm

Buat pencinta stik, restoran Jahhet Fine Meat ini pasti akan memuaskan hati anda kerana stik yang disajikan di sini memamng berkualiti tinggi. Selain itu, terdapat aneka jenis stik yang disajikan yang pasti akan bikin anda rambang mata.

makanan western bangi
Imej via Foursquare

Antara jenis stik yang anda boleh cuba sirloin, tenderloin, rib finger & tomahawk. Selain stik, restoran ini juga turut menyajikan makanan Barat lain seperti pasta dan hidangan berat. Dijamin sedap!

#4 Salt & Pepper Restaurant

Alamat: 11, Jalan 15/1d, Seksyen 15 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali, 3 – 10.45 pm

Ada penggemar makanan pedas di sini? Restoran Salt & Pepper ini wajib anda singgah jika anda peminat tegar makanan pedas. Burger, kepak ayam dan pasta mereka merupakan jenis makanan yang paling pedas.

Imej via Foursquare

Terkenal dengan jolokan ‘burger paling pedas’, Explosive Burger ini disajikan bersama Carolina Reaper yang merupakan lada terpedas di dunia. Jika anda berani, cuba sahaja burger ini untuk menguji tahap kepedasan yang mampu anda rasai!

#5 Denali & Pinnacles The Wanderer’s Cafe

Alamat: Lot 1-4, Tingkat 1, Pusat Perniagaan Seksyen 3, off, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari. 5 pm – 2 am

Nama kafe ini sudah tidak perlu kami perkenalkan lagi, kerana ianya merupakan antara kafe hipster yang sangat terkenal di Bangi dan Selangor.

Imej via Foursquare

Menu yang dihidangkan di kafe ini semestinya berkonsepkan makanan Barat. Ada pelbagai jenis menu yang boleh anda pilih. Antaranya ialah pasta, pencuci mulut, burger dan hidangan utama. Suasana kafe ini juga sangat romantis dan santai!

#6 Cartel Coffee Shop

Alamat: 11, Jalan 15/1d, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 4 pm – 12 am

Ingin menikmati kopi yang sedap di samping makanan Barat yang kena dengan citarasa anda? Kami cadangkan agar anda singgah di Cartel Coffee Shop yang terletak di Seksyen 15 ini.

Imej via Foursquare

Restoran ini terkenal dengan pilihan kopi yang sedap dan berbagai. Untuk makanan Barat, anda boleh cuba menu-menu seperti Cartello Skewer Spicy, Rib Eye Steak, Tycoon Chicken, Peperoncino dan banyak lagi. Jangan lupa untuk cuba kopi hazelnut mereka!

#7 Red Card

Alamat: 17 & 18, Jalan Medan Pusat Bandar 4A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 12 – 10.30 pm manakala Jumaat 4.30 – 10.30 pm

Red Card merupakan antara restoran yang sangat terkenal di Bangi. Jika anda baca ulasan di Internet, rata-rata pelanggan berpuas hati dengan hidangan dan servis yang ditawarkan di restoran ini.

Imej via Foursquare

Jenis hidangan yang mendapat sambutan ramai ialah pasta. Antara yang boleh dicuba termasuklah Teriyaki Chicken Pasta, Creamy Cheese Beef Pasta dan Salmon Aglio Olio.

#8 D’ One Steak Restaurant

Alamat: Persiaran Pusat Bandar 1, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 12 pm – 1 am manakala Jumaat 4 pm – 1 am

Satu lagi restoran yang terkenal dengan stik di Bangi ialah D’One Steak Restaurant. Makanan yang sedap, saiz hidangan yang besar dan harga yang berpatutan merupakan antara faktor utama restoran ini menambat perhatian ramai.

Imej via Foursquare

Antara makanan Barat yang boleh anda cuba ialah Chicken Chop, T-Bone Steak, Salmon with Butter Rice, Chicken Cordon Bleu dan Fish & Chip. Servis yang ditawarkan juga baik dan mendapat pujian.

#9 Putra Permai Chicken Chop

Alamat: 20-28, Jalan 15/1f, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 11.15 am – 10.15 pm

Kebanyakan restoran makanan Barat kerap menawarkan harga yang tinggi untuk menu mereka. Tambahan pula jika restoran itu terkenal dan viral. Hal yang berlainan berlaku pada Putra Permai Chicken Chop, kerana harga Chicken Chop di sini cuma RM 5!

makanan western bangi
Imej via Foursquare

Walaupun harganya terlajak murah, Chicken Chop di sini masih enak dan saiz hidangannya juga sederhana, cukup untuk dinikmati seorang. Sos lada hitam yang disajikan juga enak dan ayamnya rangup, sangat berbaloi!

#10 A&J Burger Grill & Western (Sg Merab)

Alamat: Lot A24549ARMA, Jalan Sungai Merab, 43000 Kajang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, Isnin – Khamis (1 – 11 pm), Jumaat – Sabtu (4 – 11 pm)

Jika anda sukakan burger dan makanan Barat, anda wajib singgah di A&J Burger Grill Western yang terletak di Sungai Merab ini. Mereka ada menyajikan pelbagai jenis burger yang digilai ramai.

Imej via Foursquare

Antara burger yang boleh anda cuba ialah Bob Burger, Monster Big Burger dan Cheezy Hot Burger. Untuk makanan Barat, kami sarankan agar anda cuba set Talam 4 yang menyajikan Lamb Grill, Spaghetti, Nasi Goreng dan Cheesy Wedges dalam satu talam. Sesuai dimakan beramai-ramai!

Kesimpulan

Sudah jumpa tempat makanan Western di Bangi yang ingin dikunjungi? Jika berpeluang, singgah sahaja satu persatu tempat makan ini kerana semuanya memang menarik.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.