Nilai terletak di bahagian utara Negeri Sembilan, iaitu bersempadan dengan Negeri Selangor. Antara ikon utama bagi Bandar Nilai adalah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Bila ada institute pengajian tinggi, automatik kawasan tersebut menjadi tumpuan penduduk. Maka banyaklah tempat-tempat makan yang best di sekitar Nilai.

Di sini, kami senaraikan 20 tempat makan best sekitar Nilai untuk anda cuba. Pasti kebanyakan menu makanan yang ditawarkan sangat-sangat menepati citarasa anda.

#1 Aunty Aini’s Garden Café

Aunty Aini’s Garden Café

Imej via foursquare

Nama Aunty Aini’s Garden Café bertambah terkenal dengan kehadiran chef terkenal dunia iaitu Anthony Bourdain dan Gordon Ramsay. Pemiliknya iaitu Aunty Aini berkongsi hidangan lazat yang diwarisi olehnya daripada ibu dan neneknya. Itulah kekuatan restoran ini yang membuatkan kita berasa seperti sedang menikmati air tangan ibu dalam suasana persis kampung halaman. Aunty Aini’s Garden Café menyediakan lebih 40 jenis masakan tempatan dan lebih 30 masakan Barat untuk pilihan para pelanggan mereka.

 

Alamat: Batu 16, Jalan Sepang, Kampung Chelet, Nilai

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (1130am – 1130pm), ditutup pada hari Ahad.

 

#2 Nasi Kandar Lawood

Nasi Kandar Lawood

Imej via foursquare

Waktu makan tengah hari adalah waktu yang paling sibuk di sini. Tidak cukup dengan tempat duduk di dalam restoran, ditambah pula dengan khemah di luar. Inilah suasana restoran yang dikatakan terbaik yang anda boleh temui selain di Pulau Pinang. Nasi, sayur dan ayam dengan kuah istimewanya iaitu kari ayam atau ayam berserta daging cukup meyakinkan pelanggan tentang rasanya yang sedap.

 

Alamat: Desa Cempaka, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai

Waktu Operasi: Setiap hari (10am – 530pm)

 

#3 The Windmill Station (TWS)

The Windmill Station (TWS)

Imej via foursquare

Ia mempunyai tujuh cawangan di seluruh negara. TWS menyediakan menu Barat dan tempatan. Hidangannya mempunyai pengaruh Belanda berikutan pengasasnya berasal dari Netherland. Matlamat TWS untuk menyediakan makanan Barat pada harga berpatutan dalam suasana makan yang selesa telah pun berjaya. Menu yang menarik, rasa yang sedap dan ruang makan yang luas dan selesa ini sering menjadi pilihan para pelanggan yang datang secara berkumpulan atau bersama-sama keluarga.

 

Alamat: 3&4 Kompleks Sukan Airport, PT 22318, Jalan Kolej, Desa Kolej, Putra Nilai, 71800 Nilai

Waktu Operasi: Setiap hari (8am – 1130pm)

 

#4 Watie’s Corner

Watie’s Corner

Imej via foursquare

Masyarakat tempatan lebih mengenalinya sebagai Kedai Makan Tepi Kubur. Ini kerana ia terletak bersebelahan dengan Tanah Perkuburan Kg. Bukit Kadir. Watie’s Corner terkenal dengan masakan Melayu seperti masak lemak cili api ayam kampung salai, patin masak tempoyak, udang sambal petai, ayam kampung goreng dan banyak lagi. Bagi sebahagian pelanggan, ini merupakan restoran masakan Melayu terbaik di Nilai. Jika anda mahu memperkenalkan masakan Melayu khususnya Negeri Sembilan kepada rakan dari tempat lain, ini adalah antara tempat yang sesuai.

 

Alamat: Jalan Nilai-Salak, Kg. Bukit Kadir, 71800 Nilai

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (11am – 230pm), ditutup pada hari Ahad

 

#5 Ayam Golek Dara

Ayam Golek Dara

Imej via foursquare

Melihat banyak ayam sedang dipanggang memang menarik perhatian sesiapa pun yang lalu di hadapan restoran ini. Ditambah pula dengan baunya yang membangkitkan selera. Jika mahu makan ia dengan nasi, Ayam Golek Dara turut menghidangkan ayam mereka dengan nasi lemak. Ini pun satu lagi hidangan yang terkenal di sini. Selain itu, sate turut dimasukkan ke dalam menunya.

 

Alamat: Tepi Jalan Labu, Batu 14, Nilai

Waktu Operasi: Khamis – Selasa (6pm – 11pm), ditutup pada hari Rabu

 

#6 Baba Nyonya Seafood Restaurant

Baba Nyonya Seafood Restaurant

Imej via foursquare

Masakan Cina Peranakan mungkin biasanya lebih dikenali di negeri Melaka. Tapi, anda juga boleh merasai hidangan tersebut di Nilai. Lebih menarik lagi adalah ia halal. Jadi, ramai pelanggan dari kalangan umat Islam yang makan di sini. Tambahan pula, masakan seperti sambal ikan bilis petai, sambal belacan, rendang dan kangkung belacan memang sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia. Ruangnya luas, bersih dan selesa dengan meja makan muat untuk 10 orang amat sesuai kepada mereka yang datang secara berkumpulan.

 

Alamat: PT5774, Taman Semarak, Fasa 2, Jalan TS 2/1, 71800 Nilai

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (11am – 3pm / 6pm – 11pm) | Ditutup pada hari Sabtu dan Ahad

 

#7 Amira Seafood

Amira Seafood

Imej via foursquare

Bagi mereka yang mahu masakan Melayu dari Timur, boleh datang ke Amira Seafood. Jadi, ada Nasi Dagang, Nasi Kerabu, dan Nasi Kukus di antara banyak pilihan menu mereka dan paling terkenal di sini. Menurut pelanggan, rasanya menyamai yang asli dari Kelantan. Jadi, hanya perlu ke sini jika merindui masakan Kelantan atau Terengganu. Selain itu, mereka turut menghidangkan mangga bersama-sama pulut sebagai pencuci mulut dan aneka kuih-muih Melayu.

 

Alamat: Jalan BBN ½, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai

Waktu Operasi: Setiap hari (7am – 1am)

 

#8 Willy Satay

Willy Satay

Imej via foursquare

Ada empat jenis sate di sini iaitu sate ayam, sate daging, sate kambing, dan sate perut. Satenya lembut, banyak air dan manis terutama sate ayam. Kuah satenya pula tidak terlalu pedas. Cuma ramai pelanggan berharap mereka mendapat lebih banyak kuah. Nasi impit pula bukan nasi impit segera. Ia nasi impit yang dibuat sendiri oleh Willy Satay. Willy Satay juga memasukkan lontong dalam menu mereka. Rasa lontong juga mendapat pujian dari pelanggan.

 

Alamat: PT9910, Jalan 1/3G, Putra Point, Fasa 2, Bandar Baru, 71800 Putra Nilai

Waktu Operasi: Setiap hari (1pm – 5pm)

 

#9 Wawa Seafood

Wawa Seafood

Imej via foursquare

Dekorasi restorannya ringkas tapi cukup menarik dan kemas. Lebih-lebih lagi dengan hiasan tudung lauk dari rotan pada dinding. Makanan yang terkenal di sini ialah Tom Yam dan mangga dengan pulutnya, di samping hidangan lain dari jenis masakan Melayu dan Thai. Harga yang dikenakan pula murah dan bagi sebahagian pelanggan ia boleh dikatakan murah. Ikuti akaun Facebook Wawa Seafood untuk mendapatkan promosi menarik yang ada di restoran mereka.

 

Alamat: PT 7263, Jalan BBN ½, Bandar Baru Nilai

Waktu Operasi: Setiap hari (1230pm – 1230am)

 

#10 Marhaban Bikum Nasi Arab

Imej via foursquare

Imej via foursquare

Nasi Arab bukan sesuatu yang asing di Malaysia. Bezanya, Marhaban Bikum turut memasukkan hidangan Barat dalam menu mereka. Ini termasuklah aneka pasta, kambing dan ayam bakar. Terdapat juga gabungan luar biasa seperti Nasi Arab Kabsah Gearbox Kambing dan Nasi Arab Kari Gearbox Kambing. Mungkin kerana kepelbagaian dan gabungan istimewa ini menjadikan Marhaban Bikum lebih mudah menarik ramai pelanggan.

 

Alamat: Dataran Nilai, Putra Point, 71800 Bandar Baru, Nilai

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (12pm – 12am), ditutup pada hari Isnin

 

#11 Chunburi Seafood

Chunburi Seafood

Imej via foursquare

Ini merupakan satu lagi restoran yang menggabungkan masakan Thailand dan Melayu dalam menu mereka. Ini termasuklah kuih-muih tempatan. Tom Yam dan Mee Celup adalah di antara hidangan yang menjadi pilihan pelanggan yang ke sini. Anda juga boleh cuba ketam masak telur masin dan kerabu mangga yang sama sedap.

 

Alamat: 10086, Jalan BBN 1/3I, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai

Waktu Operasi: Setiap hari (3pm – 1am)

 

#12 Restoran Al-Zahara

Restoran Al-Zahara

Imej via foursquare

Ramai yang kata makanan Arab di restoran ini sedap atau mungkin yang paling sedap di Nilai. Seperti biasa, kuantiti makanannya banyak, dan dagingnya lembut dan banyak air. Selain sambal yang biasa dihidangkan bersama-sama makanan Arab, mereka turut memberikan kuah kari yang kebiasaannya tidak diberikan di kedai makanan Arab yang lain. Bagi mereka yang hendak ke sini, Restoran Al-Zahara terletak tidak jauh daripada Kolej Inti.

 

Alamat: Jalan Melati Square Putra Nilai, 71800 Nilai

Waktu Operasi: Setiap hari (12pm – 2am)

 

#13 Semangkuk, Batang Benar

Semangkuk, Batang Benar

Imej via foursquare

Ada banyak makanan di sini. Dikatakan hampir 100 kesemuanya. Ini termasuk aneka mee, Gearbox Kambing, mee bandung ketam, mee bandung tulang, laksa claypot, kacang pool dan banyak lagi. Mee Bandung dan Mee Kari laris di sini. Tapi, yang paling terkenal adalah cendolnya yang dihidangkan di dalam tempurung kelapa. Cendol yang dicampur dengan aiskrim dan tapai ini dirasakan semakin sedap dalam bekas tempurung yang unik ini. Begitulah menurut kata pelanggan. Terdapat juga cendol pulut dan cendol durian bagi penggemar durian.

 

Alamat: 3265, Kawasan Perindustrian Nilai, 71800 Nilai

Waktu Operasi: Setiap hari (845am – 6pm)

 

#14 Bondi Melati

Bondi Melati

Imej via foursquare

Restoran Bondi merupakan sebuah restoran masakan Indonesia. Mungkin anda terbayang Ayam Penyet yang selalu ada dalam menu restoran Indonesia. Tapi di sini ada Nasi Mawut dan Nasi Itik Bakar untuk dicuba. Jadi, ini mungkin satu kelainan bagi yang suka mencuba sesuatu yang baru. Cuma sambalnya agak pedas bagi yang tidak biasa. Tapi, ini pun perkara biasa di mana-mana restoran Indonesia. Harga makanannya pula murah iaitu kira-kira RM5 sehingga RM5.50.

 

Alamat: No. 636, Jalan Melati 23, Taman Desa Melati Fasa 3, 71800 Bandar Baru Nilai

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (415pm – 3am) | Jumaat (4pm – 3am)

 

#15 D’Laila Claypot

D’Laila Claypot

Imej via Facebook

MMA Santai Corner adalah sebuah medan selera yang dikatakan terbesar di Nilai. Ada banyak gerai makan dengan pelbagai jenis hidangan di sini. Antaranya adalah Mee Udang dari gerai D’Laila yang cukup terkenal di MMA Santai Corner. Menurut ramai pengunjung, ini gerai wajib yang anda perlu tuju di sini. Turut mendapat perhatian pelanggan adalah telur ikan mayong lomak cili api. Oleh kerana gerai ini berada di medan selera, jadi anda juga berpeluang untuk mencuba hidangan dari gerai yang lain seperti ikan bakar, asam pedas, burger bakar dan Char Kuey teow.

 

Alamat: MMA Santai Corner, Jalan BBN 1/1f, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai

Waktu Operasi: Setiap hari (4pm – 1am)

 

#16 Pilot Cafe

Pilot Cafe

Imej via foursquare

Namanya menjelaskan keadaan di dalam restoran ini. Hiasan dalamannya bertemakan kapal terbang. Khabarnya, ini adalah restoran yang pertama seumpamanya di Malaysia. Jadi, makan di sini memberikan rasa yang berbeza daripada kebiasaannya. Sememangnya mereka yang datang ke sini adalah untuk merasai pengalaman itu. Bagi yang mahu mencuba, menu yang disediakan adalah gabungan Timur dan Barat. Makanannya sedap dan harganya pula berpatutan. Ia pilihan untuk melepak bersama-sama rakan dan ahli keluarga.

 

Alamat: Lot 9915, Jalan BBN 1/3f, Lagenda 2, 71800 Nilai

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (12pm – 12am), ditutup pada hari Isnin

 

#17 Riviera Kitchen Café

Riviera Kitchen Café

Imej via foursquare

Selesa dan sunyi. Itulah keadaan Riviera Kitchen yang dindingnya bercat hijau pucuk pisang dan merah jambu bandung. Sangat menarik dengan hiasan kamera, lampu penggambaran, dan hiasan lain pada dinding. Ada banyak pilihan makanan di sini kerana Riviera Kitchen Café menghidangkan tiga jenis masakan iaitu Melayu, Barat, dan Itali. Jadi, ada aneka mee, nasi, dan pasta serta stik dalam menu mereka. Pencuci mulut turut disediakan. Kerana kepelbagaiannya, ia menjadi tarikan kepada ramai orang dari pelbagai bangsa dan agama.

 

Alamat: LK3-G-05, Laman Komersil Areca, Jalan Persiaran Perdana, Kampung Baharu Nilai

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (1230pm – 11pm)

 

#18 Engineers Coffee Bar

Engineers Coffee Bar

Imej via foursquare

Adakah ini kedai kopi untuk para jurutera? Tidak. Tapi mereka melayan makanan mereka persis seorang jurutera. Kerana itulah anda akan jumpa Spageti Masak Lemak Cili Api dan Spageti Kari di sini. Walaupun ramai yang menyangkakan keutamaan mereka adalah aneka kopi, tapi Engineers Coffee Bar juga hebat dalam makanan-makanan yang disediakan. Anda boleh cuba BBQ Honey Chicken Chop, kek Red Velvet, dan Chilli Cheese Fries juga kerana ini adalah antara menu yang disyorkan pelanggan.

 

Alamat: 12165, 12155, Jalan BBN 1/f, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai

Waktu Operasi: Selasa – Jumaat (330pm – 1130pm) | Sabtu – Ahad (1230pm – 1130pm)

 

#19 Thoyyib Café

Thoyyib Café

Imej via foursquare

Ia kedai kopi yang dihias bergaya moden dengan menu yang disediakan berupa masakan barat dan tempatan. Tapi, keutamaan pelanggan yang datang ke sini sudah tentulah aneka kopinya yang dikatakan ada lebih daripada 25 jenis kesemuanya. Selain kopi yang biasa ditemui seperti Mocha dan Hazelnut White Coffee, Thoyyib Café juga ada kopi saffron yang dicampur dengan habbatus sauda.

 

Alamat: 7192, Jalan BBN 1/2e, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai

Waktu Operasi: Setiap hari (8am – 1130pm)

 

#20 Art Café Laundry (ACL)

Art Laundry Cafe

Imej via Facebook

Restorannya ringkas dengan perabot dan dinding dari kayu pallet. Suasana di sini amat baik untuk menjamu selera. Jika anda datang pada malam Sabtu, ada persembahan muzik secara live di sini. Hidangan istimewanya adalah Grilled Chicken di samping makanan barat lain serta beberapa menu tempatan. Tapi, anda pasti tak mahu melepaskan Nasi Lemak Sambal Petai mereka.

 

Alamat: Pekan Nilai, 71800 Nilai

Waktu Operasi: Setiap hari (6pm – 12pm)

 

Kesimpulan

Anda suka kedai makan yang mana? Atau anda ada cadangan tambahan lain? Jangan lupa untuk memberi cadangan tempat makan best di Nilai yang lain untuk kami masukkan dalam senarai ini.

Oh, yang penting jangan lupa share artikel ini ya.

Selain tempat makan best di Nilai, kami juga mempunyai artikel tempat makan menarik yang lain untuk anda baca.

 

Penulis: anis

anis

Seorang yang simple. Suka mencuba dan mencari tempat makan yang menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.