Anda mencari kedai makan di Cyberjaya?

Cyberjaya merupakan sebuah bandar yang dipenuhi dengan syarikat-syarikat berstatus MSC, syarikat ICT dan teknologi dari dalam dan luar negara. Di samping itu, banyak juga universiti yang ada dan jumlah pelajar mereka juga amat ramai.

Senarai 15 kedai makan di Cyberjaya ini akan membantu anda mencari kedai makan yang sedap dan menjadi tumpuan di Cyberjaya. Mari kita lihat!

#1 Saba Restaurant

Alamat: 4800 Suite 0-2 Ground Floor, Block A1, Jalan Perdana, CBD Perdana, 63000 Cyberjaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11.30 am – 11.30 pm

Sukakan nasi Arab? Saba Restaurant ini merupakan salah satu restoran makanan Arab yang paling terkenal sekitar sini. Jumlah pelanggan yang ramai jelas membuktikan popularitinya.

kedai makan cyberjaya saba

Imej via Foursquare

Lauk yang menjadi pilihan ramai ialah Lamb Kabsah dan Hanith Chicken. Saiz hidangannya juga besar, kalau makan beramai-ramai pun kekenyangan masih terjamin.

Tidak mahukan nasi? Cubalah Mixed BBQ Platter! Isi daging dan ayam yang dipanggang dengan sempurna membuatkan menu ini disukai ramai. Rugi tak cuba!

#2 Salam Noodles – Shaftsbury Square

Alamat: P2, 17, Persiaran Multimedia, Shaftsbury Square, 63000 Cyberjaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 10 pm

Salam Noodles adalah antara Restoran Mi Tarik Chinese Muslim yang popular di Cyberjaya dan mereka menyediakan pelbagai pilihan mi dengan harga yang bermula dari RM7.90.

salam noodles

Imej via Foursquare

Anda boleh juga membuat pilihan set mi tarik beserta dengan air dan sayur dengan harga RM10.90 sahaja. Berpatutan dengan kualiti dan kekenyangan yang dijanjikan!

#3 Mad Ayam Kampung

Alamat: Cyberjaya No.102-G, Biz Avenue II @NeoCyber, Lingkaran Cyber Point Barat, Cyber 12, 63000 Cyberjaya

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 11 am – 4 pm

Bagi para penggemar ayam kampung serta masakan Melayu, tempat ini memang sangat kami syorkan untuk anda terjah. Makanan-makanan yang disediakan memang sedap-sedap belaka!

mad ayam kampung

Imej via Foursquare

Mad Ayam Kampung cukup popular dengan ayam kampung goreng dan bermacam-macam lagi pilihan lauk-pauk yang menyelerakan. Bergantung pada lauk yang anda pilih, anda boleh makan tengah hari di sini dengan berbelanja lebih kurang RM8 ke RM12 sahaja!

#4 Nasi Kak Wok – Glomac Cyberjaya

Alamat: Jln GC 3, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 12 am

Nasi Kak Wok sangat dikenali di Negeri Kelantan. Kini anda boleh menikmati nya di Glomac Cyberjaya, tak perlu jauh-jauh ke Pantai Timur!

kedai makan cyberjaya nkw

Nasi Kak Wok ini sesuai untuk dimakan pada waktu tengahari. Ayam goreng berempah yang dicincang serta kuah gulai dan sambal belacan pastinya membuat anda tersandar kekenyangan! Hidangan ini dijual serendah RM5!

#5 Makang – Jalan Perdana

Alamat: Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecualiAhad, 8 am – 3 pm manakala Sabtu ( 8 am – 1 pm)

Anda peminat masakan Terengganu? Sebungkus Nasi Dagang di Restoran Makang ini bermula serendah RM4.Anda tidak perlu pergi jauh ke Terengganu untuk menikmati hidangan asli seperti Nasi Dagang!

kedai makan cyberjaya makang

Imej via Foursquare

Selain Nasi Dagang, Restoran Makang juga turut menawarkan pelbagai pilihan sarapan pagi seperti nasi lemak, nasi minyak dan beraneka jenis kuih-muih dengan harga yang berpatutan.

#6 Puffy Buffy Cyberjaya

Alamat: Suite G-32-4809,, Cyberjaya Business District Perdana 2, 63000 Cyberjaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 7 am – 10 pm

Comel betul nama restoran ini, secomel dekorasinya sendiri! Walaupun namanya ke arah Barat, restoran ini juga ada ada menyajikan aneka jenis hidangan tempatan!

kedai makan cyberjaya

Imej via Foursquare

Antaranya ialah nasi lemak, nasi kerabu, roti canai, mi goreng dan aneka jenis kuih-muih. Sesuai dinikmati semasa sarapan mahupun minum petang. Suasanya juga cukup rileks dan santai.

Hidangan Barat seperti Lamb Chop dan pasta juga turut disediakan. Yang pasti, kebanyakan menu di sini memang kena dengan citarasa orang kita.

#7 Volcano Shabu Shabu Cyberjaya

Alamat: P3, 10, Persiaran Multimedia, Shaftsbury Square, 63000 Cyberjaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, Isnin – Khamis 11.30 am – 10 pm manakala Jumaat – Ahad 11.30 am – 10.30 pm

Restoran ini merupakan antara restoran steamboat yang terbaik di Cyberjaya – Restoran Volcano Shabu Shabu! Dekorasi moden yang penuh santai membuatkan ia dipuji ramai.

kedai makan cyberjaya

Imej via Foursquare

Makanan lautnya segar dan dagingnya juga lembut. Bila dibakar, aromanya cukup memikat! Sup tomyam juga cukup digemari ramai – rasa pedas dan masamnya memang seimbang. Sedap yang amat!

#8 Restoran Sebulek

Alamat: Persiaran Multimedia, Shaftsbury Square, 63000 Cyberjaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 7 am – 6 pm

Ada banyak port sarapan yang boleh didapati sekitar Cyberjaya. Salah satu yang wajib anda tuju ialah Restoran Sebulek yang menyediakan aneka jenis menu sarapan.

kedai makan cyberjaya sebulek

Imej via Foursquare

Antara yang anda boleh pesan ialah nasi kerabu dan lontong. Restoran ini juga turut menyediakan masakan kampung untuk menu tengah hari. Lauknya sangat beraneka, bikin rambang mata!

#9 Bawal Power Sempoi – Food Court TSI Sports Arena

Alamat: Futurise Centre, Block 3710, Persiaran Apec, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 5 pm

Anda wajib singgah di kedai makan Bawal Power Sempoi sekiranya anda penggemar makanan laut! Menurut ramai, makanan laut dan ikan bawal di sini memang segar-segar belaka.

bawal power

Imej via Foursquare

Selain daripada set Ikan Bawal Bakar (berharga RM11), anda juga boleh mencuba set Sotong Goreng Berempah XXL (berharga RM12) yang sememangnya lazat. Rugi tak cuba!

#10 Padi House

Alamat: Jalan Teknokrat 5, Cyber 5, 63000 Cyberjaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 12.30 am

Restoran Padi House ini mempunyai dua cawangan, di Putrajaya dan di Cyberjaya. Jadi, alang-alang singgah di Cyberjaya, singgah sahaja di restoran ini untuk mengisi perut.

padi

Imej via Foursquare

Restoran ini menyediakan masakan Asia dan Barat. Antara yang boleh anda cuba ialah Padi House Chicken Chop Rice, Thai Style Rice & Vietnamese Chicken Chop Rice.

#11 Sanaa Restaurant

Alamat: Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11.30 am – 12 am

Satu lagi restoran makanan Arab yang wajib anda singgah ialah Sanaa Restaurant. Restoran ini bukan sahaja menyediakan makanan Arab, malah makanan Yaman pun ada.

kedai makan cyberjaya

Imej via Foursquare

Menu-menu yang boleh didapati ialah Kabsah Lamb, Hanith Lamb dan Shawarma Plate. Lauk seperti kambing ini cukup enak dinikmati bersama nasi Arab yang sangat digemari ramai!

#12 Restaurant Sana Sini

Alamat: Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, 10 am – 9.30 pm

Selalunya bila singgah di kedai makan yang terkenal, saiz hidangannya pasti kurang memuaskan hati. Isu sebegini tidak akan anda hadapi jika anda singgah di Restaurant Sana Sini.

kedai makan cyberjaya

Imej via Foursquare

Saiz hidangan untuk setiap menu memang dipuji ramai. Ianya cukup untuk memuaskan sesiapa sahaja yang datang walau dengan perut kosong.

Restoran ini menyediakan makanan tempatan dan Barat. Yang wajib anda cuba ialah Butter Chicken dan Salted Egg Squid, dijamin enak!

#13 myBurgerLab Cyberjaya

Alamat: Prima Avenue, Prima 4, 3513, Jalan Teknokrat 5, Cyber 5, 63000 Cyberjaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 11:30 am – 2 pm, 5:30 – 10 pm

Ingin menukar citarasa untuk mencuba burger? Singgah sahaja di restoran myBurgerLab Cyberjaya ini. Bukan sebarang burger yang disediakan tau!

myBurgerLab Cyberjaya

Imej via Foursquare

Ada berbagai jenis burger yang boleh dicuba – The Juicy Lucy, Joe’s Dirty Burger, Ultraman, Vivien’s Husband dan Captain Hook. Namanya unik, rasanya pula enak!

#14 Campur Campur Kitchen

Alamat: UG18, Dpulze Shopping Centre,, Lingkaran Cyber Point Timur, Cyber 12, 63000 Cyberjaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 10 pm

Mengidamkan makanan Cina-Muslim yang bukan sahaja halal, malah sedap? Singgah sahaja di Campur Campur Kitchen, pasti anda akan teruja dengan keenakkan sajian Cina-Muslim di sini.

campur campur kitchen

Imej via Foursquare

Menu yang disajikan cukup beraneka, namun ada satu menu yang berjaya memikat hati ramai pelanggannya – Salted Egg Chicken. Berkrim, berlemak namun tidak memuakkan. Malah menyelerakan!

#15 Hutan Cafe

Alamat: Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya, Jalan Kelab Off Persiaran Semarak Api, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 10 pm – 10 am

Kebanyakan pengunjung yang singgah di sini menggelar kafe ini sebagai hidden gem, berkemungkinan kerana walaupun lokasinya tidak mudah dicari, kafe ini bukan biasa-biasa hebatnya.

hutan cafe

Imej via Foursquare

Suasana restoran yang santai membuatkan ramai pelanggan selesa jika ke sini. Restoran ini menyediakan makanan tempatan dan Barat yang bukan sahaja sedap rasanya, malah berpatutan harganya.

Kesimpulan

Bagaimana? Tidak tahu mana satu kedai makan di Cyberjaya yang patut anda serbu? Jangan gelojoh, serbu sahaja satu-satu.

Selain tempat makan menarik di Cyberjaya, kami juga menulis artikel tempat makan menarik tempat lain yang patut anda cuba. Jom baca. Oh ya, jangan lupa untuk share dan like artikel kami!

Artikel Tempat Makan Lain

Selain tempat makan menarik di Penang, kami juga menulis artikel tempat makan menarik tempat lain yang patut anda cuba. Jom baca. Oh ya, janagn lupa untuk share dan like artikel kami.

Penulis: Ahmad Munawar Mohamad

Avatar

Penggemar nasi arab dan apa jua makanan yang ada kambing. Suka memasak dan seringkali bereksperimentasi dengan makanan!

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .