14 Tempat Makan Sarapan di Shah Alam Yang Menarik
Mencari tempat makan sarapan di Shah Alam? Shah Alam merupakan salah satu bandar di Selangor yang cukup maju. Bukan sahaja terkenal dengan tempat menarik,…

Mencari tempat makan sarapan di Shah Alam?
Shah Alam merupakan salah satu bandar di Selangor yang cukup maju. Bukan sahaja terkenal dengan tempat menarik, malah tempat makan juga ada berbagai.
Sebut sahaja tempat makan jenis yang anda mahu - sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan supper, semua ada.
Masih tercari-cari tempat makan sarapan di Shah Alam? Jangan risau, berikut kami senaraikan 14 tempat makan sarapan di Shah Alam untuk anda. Teruskan membaca!
#1 Restoran Hatinie
Alamat: 18 & 20, Jalan Selendang 10/10, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am - 6 pm
Mengidamkan roti canai sarang burung untuk sarapan paagi? Jika ya, salah satu restorn yang boleh anda kunjungi ialah Restoran Hatinie.

Imej via Foursquare
Roti canai yang disajikan dengan telur separuh masak di atasnya ini sememangnya enak. Kuahnya pula menyerlahkan rasanya.
Restoran yang terletak di Seksyen 10 ini bukan sahaja menyajikan roti canai sarang burung, malah menu sarapan lain juga terjual laris.
Anda boleh pesan menu-menu seperti soto, nasi kerabu, nasi dagang dan nasi lemak.
#2 Pak Li Kopitiam
Alamat: 2, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Ahad - Rabu, 9 am - 9.30 pm
Di Seksyen 7, ada satu lokasi sarapan dan bersantai yang namanya menjadi sebuta ramai - Pak Li Kopitiam.

Imej via Foursquare
Menyajikan hidangan tempatan, anda boleh mencuba menu sarapan seperti Asam Laksa, Mi Goreng Mamak, Nasi Lemak dan Asam Laksa.
Nasi Ayam Lemon juga merupakan menu yang wajib anda cuba. Kuah lemon yang seimbang rasa manis dan masamnya memang bikin ketagih!
#3 Nasi Lemak Cinta Sayang
Alamat: 2, Jalan Renang 13/26, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 6 am - 2 am
Nasi lemak merupakan hidangan yang sebati dengan jiwa rakyat Malaysia. Ianya juga sesuai dinikmati semasa sarapan pagi.
Untuk itu, lekaslah singgah di restoran Nasi Lemak Cinta Sayang untuk mencuba nasi lemak yang mendapat pujian ramai.

Imej via Instagram
Sambalnya yang manis dan pedas merupakan keistimewaan utama hidangan ini. Lauk-pauknya juga berbagai dan sedap-sedap belaka.
Antara lauk yang boleh anda nikmati bersama nasi lemak ialah sambal paru, ayam masak merah, daging masak kicap dan ikan bilis petai.
#4 Restoran Soto Shah Alam
Alamat: No. 12, Jalan Liku B 8/B, Seksyen 8, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am - 10 pm
Ini merupakan antara lokasi sarapan yang paling popular di Shah Alam - Restoran Soto Shah Alam.
Terletak di Seksyen 8, restoran ini menyajikan hidangan sarapan berasaskan selera tempatan.

Imej via Foursquare
Hidangan yang laku keras ialah nasi lemak, soto nasi impit, nasi dagang, nasi kerabu dan nasi berlauk.
Setiap hidangan juga turut mempunyai set tersendiri, dan anda akan disajikan dengan minum berais seperti Teh O Ais yang cukup padu!
#5 Lontong Klang
Alamat: 20, Jalan Zirkon E7/E, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 7.30 am - 3 pm manakala Jumaat 7.30 am - 12.30 pm
Lontong merupakan hidangan sarapan yang popular, terutamanya di Johor. Tak perlu susah-susah ke Johor, singgah sahaja di Lontong Klang di Shah Alam.
Lontong yang disajikan di sini bukan sahaja asli resepinya, malah rasanya cukup enak.

Imej via Foursquare
Kuahnya mempunyai tekstur yang tidak terlampau pekat, namun masih berlemak. Sambal sotong yang manis serta tempe gorengnya melengkapkan hidangan!
#6 Medan Selera Seksyen 2
Alamat: Jalan Bunga Melur 2/18, Seksyen 2, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 6 am - 1 am
Menikmati sarapan pagi di medan selera merupakan satu idea yang menarik, kerana anda boleh menikmati hidangan kegemaran dari pelbagai gerai.
Medan Selera Seksyen 2 ini mempunyai gerai-gerai yang menawarkan hidangan sarapan yang berbagai jenis dan selera.

Imej via Foursquare
Antara menu sarapan yang boleh anda pesan ialah nasi lemak, nasi dagang, nasi goreng dan aneka jenis kuih-muih.
Harga yang ditawarkan juga dikatakan berpatutan, sesuai juga disinggah oleh para pelajar sekitar sini.
#7 Warung Nasi Lemak Pak Ayob Warisan
Alamat: 31, Jalan Singa G 20/G, Seksyen 20, 40300 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 6.30 am - 12 pm, 6 pm - 12 am
Satu lagi restoran nasi lemak di Shah Alam yang terkenal ialah Warung Nasi Lemak Pak Ayob Warisan.
Terletak di Seksyen 20, restoran ini dibuka seawal jam 6.30 pagi untuk sarapan. Bolehlah anda singgah sebelum ke tempat kerja!

Imej via Foursquare
Nasi lemak di sini disajikan dengan lauk-pauk seperti rendang daging, ayam goreng, sambal udang petai dan paru.
Harganya pula sangat berpatutan, serendah RM 1.50 untuk nasi lemak biasa.
#8 One Serambi Cafe
Alamat: 1-G, D’bayu Commercial Centre, Jalan Serambi U8/21, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 9.30 am - 12 am
Ingin mencuba hidangan sarapan berasaskan selera Barat? Singgah sahaja di One Serambi Cafe yang terletak di Bukit Jelutong ini.
Antara menu sarapan yang boleh anda cuba ialah pancake, Egg Sandwich, French Toast dan Omelette.

Imej via Foursquare
Untuk set sarapan, The Big Eggie Brekkie merupakan menu bersaiz besar yang patut anda cuba.
#9 Kueh Cafe
Alamat: No 6 Jalan Renang 13/26 Seksyen 13, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 9 am - 8 pm manakala Jumaat 9 am - 1 pm, 2 - 8 pm
Antara kafe moden yang menyajikan selera tempatan di Shah Alam ialah Kueh Cafe.

Imej via Foursquare
Mula dibuka pada jam 9 pagi, antara hidangan sarapan yang disajikan ialah roti jala, laksa, soto dan mi kari.
Mereka juga ada menyajikan kuih-muih tempatan seperti kuih seri muka, ketayap, puteri ayu dan kuih bingka.
#10 Brew N Bread
Alamat: 10, Jalan Anggerik Vanilla M 31/M, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 9 am - 10 pm
Satu lagi lokasi sarapan di Shah Alam yang berasaskan selera Barat ialah kafe Brew N Bread.
Sama seperti namanya, kafe ini terkenal dengan pilihan minuman jenis kopi serta roti yang enak dan berbagai pilihan.

Imej via Foursquare
Antara yang boleh anda pesan ialah Big Breakfast, French Toast, Egg Benedict, Avocado Toast dan Croissant Sandwich.
Untuk minuman pula, Espresso, Mocha, Long Black, Americano dan Latte merupakan antara jenis kopi yang laku keras.
#11 Restoran Seri Soga
Alamat: Jalan Niaga 16/3a, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 6.30 am - 4 pm, Sabtu 6.30 am - 3.30 pm dan Ahad 6.30 am - 2 pm
Mahu mencuba pelbagai jenis roti untuk sarapan? Jika ya, anda wajib serbu Restoran Seri Soga yang terletak di Seksyen 16.

Imej via Foursquare
Anatara roti yang boleh anda nikmati ialah Roti Boom, Roti Sarang Burung, Roti Bawang, Roti Sardin, Roti Tampal Goyang dan Roti Telur.
Selain itu, hidangan tempatan lain seperti laksa Sarawak, soto ayam, cakoi mi kolok dan mi rebus turut disediakan di sini. Boleh buat sesiapa sahaja rambang mata!
#12 Teh Laris Kafe
Alamat: 21, Jalan Snuker 13/28, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am - 6 pm
Kafe comel yang menyajikan hidangan tempatan - bunyinya menarik, bukan?

Imej via Foursquare
Jika berkesempatan, singgahlah bersarapan di Teh Laris Kafe. Anda boleh cuba hidangan sarapan seperti mi rebus, lontong dan nasi lemak.
Bukan itu sahaja, roti bakar kacang pool juga turut disajikan di sini. Sepinggan pun sudah mengenyangkan!
#13 Restoran Ceria
Alamat: 12, Jalan RU 3/9a, Seksyen 3, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 6 am - 11 pm
Kepelbagaian hidangan sarapan di sesuatu restoran pasti dapat menceriakan pelanggan, bukan?
Restoran Ceria ini ada menyajikan hidangan sarapan yang bervariasi. Nasi lemak dan roti adalah antara menu yang menjadi rebutan ramai.
Untuk nasi lemak, anda boleh cuba nasi lemak paru, ayam, rendang, sotong dan biasa.

Imej via Foursquare
Untuk roti pula, roti canai, roti boom, roti planta, roti planta, roti kahwin, Jangan lupa untuk cuba cakoi mereka, paling sedap!
#14 Tanah Aina Cafe
Alamat: Wisma Tanah Aina, Jalan Mesra 1, Batu Tiga, 40150 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 8.30 am - 10.30 pm
Pernah lihat hidangan yang dihidangkan di atas papan congkak? Jarang didengari, jadi anda wajib singgah di Tanah Aina Cafe jika berada di Shah Alam.

Imej via Google
Untuk set congkak, anda akan disajikan dengan pelbagai jenis pilihan kuih-muih tempatan dan Barat.
Antaranya ialah karipap, kek cawan, popia goreng, cucur udang, churros dan burito.
Kesimpulan
Sudah jumpa lokasi sarapan di Shah Alam yang ingin anda lawati? Semua tempat makan yang kami senaraikan ini memang terbaik, jadi singgah sahaja satu-persatu.
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!
