Mencari lokasi sarapan pagi di Melaka?
Melaka merupakan negara yang kaya dengan pelbagai tarikan pelancongan. Bukan sahaja kerap dikunjungi oleh pelancong luar, malah pelancong dari Malaysia sendiri pun ramai.
Semestinya tempat makan di sini juga berbagai. Jadi, berikut kami senaraikan 10 lokasi sarapan pagi di Melaka untuk anda. Teruskan membaca!
Alamat: 459, Kampung Bakar Batu, 75350 Bachang, Melaka
Waktu operasi: Setiap hari (7am – 12pm, 8 – 11:45pm)
Nama gerai Roti Canai Kayu Arang ini memang sentiasa menjadi sebutan ramai di Melaka. Ianya merupakan antara gerai roti canai yang diakui sedap oleh ramai.
Yang istimewanya, cara penyediaan roti canai di sini ialah menggunakan dapur arang. Jadi, roti canai di sini dikatakan harum, rangup dan lembut oleh pelanggan yang mencubanya. Selain roti canai, sate dan nasi lemak juga turut disajikan di sini.
Alamat: 3123C, Jalan Limbongan, Kampung Kolam Limbongan, 75250 Melaka
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 7 am – 11 am
Tidak keterlaluan jika kami katakan yang Warung Hajjah Robiah ini merupakan antara lokasi sarapan pagi di Melaka yang terbaik. Hal ini jelas dibuktikan apabila ianya kerap dikunjungi ramai pelanggan.
Jenis makanan di sini memang berbagai, semuanya berasaskan selera tempatan. Antaranya termasuklah kuih-muih, makanan bergoreng, makanan bersup, roti jala dan banyak lagi yang sedap-sedap!
Alamat: 409, Jalan Kenanga 3/21, Taman Kenanga Mewah, 75200 Melaka
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 7 am – 6 pm
Nama sebenar restoran ialah Nasi Lemak Warisan. Namun, oleh sebab lokasinya yang terletak di hadapan sebuah tokong, ianya lebih dikenali dengan jolokan ‘Nasi Lemak Tokong’.
Semestinya makanan yang popular di sini ialah nasi lemak. Sambalnya memang sedap dan harga nasi lemak di sini juga berpatutan. Pilihan lauk juga ada banyak, kami sarankan anda cuba sambal sotong dan ayam goreng mereka!
Alamat: 75450, 620, Jalan Delima 10, Taman Bukit Melaka, 75450 Melaka
Waktu operasi: Setiap hari, 7 am – 11 am
Restoran roti canai ini mula beroperasi sejak lebih 25 tahun yang lalu, jelas membuktikan yang ianya restoran legend di Melaka. Semestinya menu yang terkenal di sini ialah roti canai.
Yang lebih menarik, roti canai di sini disajikan dengan kuah seperti samal sotong dan kari ikan yang pekat dan beraroma. Jenis roti juga ada berbagai, boleh pilih roti telur, roti bawang dan banyak lagi.
Alamat: Taman Bukit Piatu Mutiara, 75150 Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 8pm)
Satu lagi restoran yang wajib anda serbu jika ingin bersarapan di Melaka ialah Restoran Rashid Corner. Restoran yang beroperasi seawal jam 9 pagi ini terletak berdekatan dengan Lebuhraya AMJ.
Antara menu sarapan yang boleh anda cuba di sini ialah capati, nasi lemak, cakoi, lontong dan roti canai. Selain daripada menawarkan aneka makanan yang sedap, servis restoran yang pantas juga turut dipuji ramai.
Alamat: 390, Jalan Tengkera, 75200 Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Khamis, 7.30 am – 10.45 am
Ingin menikmai mi goreng yang sedap dan murah untuk sarapan? Singgah sahaja di restoran Mee Goreng Hassan yang terletak di Jalan Tengkera ini.
Mee goreng di sini dikenali sebagai Mee Bodoh, dan ianya dikenali dengan jolokan itu kerana penggunaan bahan-bahan yang ringkas. Namun, rasanya masih sedap. Sambalnya juga digilai ramai, rugi jika tak cuba!
Alamat: 13891, Jalan Bukit Katil, Kampung Tengah, 75460 Melaka
Waktu operasi: Setiap hari, 8 am – 1pm
Warung yang terletak di Jambatan Duyung ini juga merupakan antara tempat sarapan pagi di Melaka yang sering diserbu orang ramai – Warung Caun.
Menu yang menjadi tarikan ramai di sini ialah lempeng balak. Lempeng Balak ini disalut dengan parutan kelapa dan dibanjiri dengan sirap gula melaka, memang sedap! Selain itu, menu lain seperti lontong goreng dan nasi lemak juga boleh didapati.
Alamat: 73, 55, Jalan PJ 1, Taman Pertam Jaya, 75050 Melaka
Waktu operasi: Setiap hari, 9 am – 4 pm
Ingin menikmati makanan berat untuk sarapan? Kami sarankan agar anda singgah menikmati nasi beriani di restoran Nasi Beriani Haji Tamby yang terletak di Taman Pertam Jaya ini.
Antara beriani yang boleh dicuba ialah Beriani Daging, Beriani Ayam dan Beriani Kambing. Saiz hidangan yang besar pasti menjanjikan kekenyangan kepada anda! Menu lain seperti murtabak juga ada disajikan.
Alamat: Lot 21 & 23, Ixora Condominium, Jalan Bukit Beruang, 75450 Bukit Beruang, Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari (8.30 am – 12 am)
Teringin untuk menikmati sarapan di kafe moden? Singgah sahaja di Cofeology Cafe & Restaurant yang ter;etak di Bukit Beruang ini.
Restoran ini terkenal dengan kopi dan pilihan makanan Barat yang berbagai. Interior kafe yang moden dan santai juga merupakan antara punca ramai pelanggan kerap mengunjungi restoran ini.
Alamat: Tanjong Kling, 76400 Tanjung Kling, Malacca
Waktu operasi: Setiap hari kecuali isnin, 7.45 am – 11 pm
Nasi lemak merupakan hidangan sarapan pagi yang sinonim dengan orang kita. Tambahan pula jika sambalnya ‘padu’, pasti boleh bikin sesiapa sahaja ketagih dengannya.
Untuk mencuba nasi lemak yang dijamin sedap, kami sarankan agar anda singgah di restoran Nasi Lemak Lereh. Restoran ini menyajikan nasi lemak sambal sotong yang menjadi rebutan ramai!
Sudah jumpa tempat sarapan pagi di Melaka yang ingin dikunjungi? Jika berpeluang, singgah sahaja satu persatu tempat makan ini kerana semuanya memang menarik.
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!