Melaka sememangnya terkenal dengan tempat perlancongan untuk rakyat Malaysia dan juga luar negara. Sesiapa yang pergi ke Melaka, rasanya tidak sempurna perjalanan atau percutian itu jika tidak singgah sekejap untuk menikmati makanan laut.
Contoh makanan yang sering dikaitkan dengan Melaka adalah asam pedas Melaka ataupun ikan bakar. Ikan bakar merupakan salah satu daripada perkara menarik di Melaka.
Mencari port ikan bakar di Melaka yang sedap? Jangan risau, kami ada sediakan senarainya buat anda. Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!
Alamat: Jalan Padang Temu, 75050 Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari, 4.30 – 11.30 pm
Tempat ini tidak perlu diperkenalkan kepada penggemar ikan bakar. Kedai makan ini sememngnya terkenal dan dikatakan terbaik dan tersohor di Melaka.
Imej via Foursquare
Imej via Foursquare
Pelbagai menu seafood anda boleh pilih di sini. Antaranya seperti ikan siakap, ikan jenahak, kupang, sotong dan kepah. Sotong goreng tepungnya dan juga udang masak mentega pasti mengliurkan tekak anda.
Di sini ikan dan menu lautnya segar. Mungkin kerana lokasi kedai ini yang terletak berdekatan dengan jeti. Jadi sudah semestinya stok ikan segar sentiasa sahaja ada.
Harga juga dikatakan berpatutan dengan masakan dan ikan yang diterima. Sebab itulah mungkin tempat ini semakin dikenali ramai. Servis juga dikatakan cepat dan memuaskan hati.
Alamat: Medan Ikan Bakar, Pengkalan, 75460, Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 5 pm – 12 am
Tempat makan ini dikenali sebagai tempat Ikan Bakar Umbai Melaka ataupun sebagai Ikan Bakar Parameswara. Ianya juga dikenali sebagai Medan Ikan Bakar Pernu Umbai Merlimau Melaka kerana lokasi yang terletak di Merlimau.
Imej via Foursquare
Imej via Foursquare
Apa yang membezakan medan ikan bakar ini terletak pada cara membakar dan sos/sambal yang disediakan. Ramai memuji kepelbagaian makanan lauk dan kesegaran ikan bakarnya. Aromanya sahaja memang cukup memikat!
Di sini sama juga seperti medan ikan bakar yang lain. Hanya perlu datang ke kaunter, pilih ikan yang berkenan dan timbang. Kemudian pilih sahaja masakan yang berkenan pada hati.
Antara lauk yang boleh dipesan ialah ikan bakar, sotong goreng tepung dan udang bakar. Jangan lupa pesan sayur campur bersama, pasti menyelerakan dan mengenyangkan!
Alamat: Mukmin Ikan Bakar Alai Jalan Alai Perdana 8 Melaka, 75460 Alai, Melaka
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 4.30 – 11.30 pm
Medan ikan bakar yang dikenali sebagai Ikan Bakar Alai ataupun Ikan Bakar Crystal Bay ini juga sering menjadi tumpuan ramai. Ianya terletak di Crystal Bay, Alai, Melaka.
Ada pelbagai gerai di sini yang menjadi pilihan yang boleh anda cuba. Gerai no. 3 merupakan antara gerai yang menjadi sebutan ramai pelanggan.
Imej via Foursquare
Menu yang dicadangkan ialah sotong goreng tepung, ketam blackpepper dan semestinya ikan bakar. Ramai pelanggan memuji kesegaran dan keenakkan lauknya. Anda wajib cuba!
Lokasi ini terletak sedikit jauh daripada bandar Melaka jika dibandingkan tempat ikan bakar Melaka yang lain kerana ianya berdekatan dengan Muar. Alang-alang singgah di Muar, jangan lupa datang ke sini.
Konsepnya juga hampir sama sahaja dengan medan ikan bakar yang lain yang biasanya terletak berdekatan dengan jeti. Antara restoran ikan bakar yang terkenal di sini ialah Mohd Nasir & Sharifah.
Imej via Foursquare
Ramai pelanggan menggemari restoran tersebut kerana harga yang ditawarkan sangat berpatutan dengan kualiti makanan laut yang terbaik. Memang rugi kalau tak singgah!
Alamat: 8, Jalan Km 2, 75460 Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari 6 pm – 12 am
Kebanyakan tempat makan yang kami senaraikan ini merupakan medan selera. Kalau anda jenis yang rambang mata dan mahu mencuba restoran biasa, anda juga boleh singgah di restoran Seri Muara Alai Hj.Nasir Ikan Bakar.
Jika anda baca ulasan pelanggan tentang restoran ini di Internet, ramai memuji harga makanan laut yang ditawarkan kerana ianya sangat murah dan berpatutan.
Imej via Foursquare
Walaupun harganya murah, kualiti dan kesegarannya masih terjaga. Cara masakan juga boleh dipilih, anda boleh cuba sambal udang, sotong goreng tepung dan semestinya ikan bakar.
Alamat: Restoran Deli Muara Ikan Bakar KM10, Muara Sungai Punggor, 75460, Melaka
Waktu operasi: Setiap hari, 5.30 – 11 pm
Satu lagi restoran ikan bakar yang wajib anda kunjungi ialah restoran Deli Muara Ikan Bakar. Ada pelbagai jenis makanan laut dan ikan yang boleh didapati di sini.
Imej via Foursquare
Untuk ikan, ada ikan pari, siakap, jenahak, kerapu, terubok, kembung dan cencaru. Untuk makanan laut pula, ada sotong, udang, lala, kerang, ketam dan banyak lagi!
Cara masakan juga boleh anda pilih, memang terbaik! Sementara menunggu makanan untuk disiapkan, boleh juga anda cuba nasi lemak mereka yang disukai ramai!
Alamat: Perkampungan Ikan Bakar Terapung, Umbai Baru,, 77300 Melaka
Waktu operasi: Setiap hari, 12 am – 12 pm, 4 pm – 12 am manakala pada Isnin bermula 4 pm – 12 am
Teringin untuk menikmati ikan bakar di perkampungan nelayan yang menyamankan? Singgah sahaja di restoran Ikan Bakar Klasik Terapung Umbai Baru ini. Ya, restorannya memang terapung!
Kalau dah terletak di perkampungan nelayan, semestinya kesegaran makanan laut di restoran ini tidak dinafikan lagi. Buktinya, anda tidak akan terbau bau yang hanyir jika singgah di sini.
Imej via Foursquare
Antara makanan laut yang boleh didapati ialah sotong, lala, udang, ketam, kerang dan berbagai jenis ikan. Pilih sahaja cara masakan yang anda berkenan, dijamin sedap!
Alamat: Kompleks Nelayan Sungai Duyong, 75050 Melaka
Waktu operasi: Setiap hari, 5 – 11.30 pm
Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki ke restoran ini, kami yakin anda pasti akan rambang mata dengan aneka jenis makanan laut yang disediakan. Memang berbagai!
Imej via Foursquare
Cara masakan juga boleh anda pilih. Antara menu yang popular ialah kupang goreng cili, sotong goreng tepung, kerang bakar dan ikan bakar. Sambil menunggu makanan untuk sampai, cubalah otak-otak, sata atau nasi lemak di sini.
Imej via Foursquare
Ikan bakar di restoran ini sangat dipuji. Isinya lembut dan juicy. Jika dimakan bersama nasi putih panas dan sambal kicap yang pedas, memang padu!
Alamat: Jalan TU 40, Ayer Keroh, 75350 Ayer Keroh, Melaka
Waktu operasi: Setiap hari, 7.30 am – 6 pm
Tempat makan yang kami senaraikan ini kebanyakannya dibuka seawal 5 petang sahaja. Jika anda ingin menikmati ikan bakar untuk makanan tengah hari, lekaslah terjah restoran ini – Restoran ikan Bakar Malim!
Imej via Foursquare
Ikan bakar di sini memang mendapat pujian ramai. Aromanya juga sangat harum, boleh bikin sesiapa sahaja kecur air liur! Kesegaran ikannya juga memang terjamin, jadi kualitinya terbaik!
Antara jenis ikan yang kerap dipesan ialah pari dan siakap. Jika dimakan begitu sahaja pun sudah enak, inikan pula dimakan bersama sambal kicapnya.
Alamat: Restoran Ikan Bakar Terapung Fort Supai, Kampung Kuala Linggi, Melaka
Waktu operasi: Setiap bari, 5.30 pm – 12.30 am
Satu lagi restoran ikan bakar terapung yang boleh anda kunjungi ialah Restoran Ikan Bakar Terapung Fort Supai. Dekorasi restoran yang santai dan cantik memang menarik perhatian ramai pengunjungnya.
Imej via Foursquare
Antara menu yang terlaris di sini ialah udang telur masin, sotong telur masin dan ikan bakar. Sambil anda menikmati makanan laut yang sedap, anda juga boleh menghayati pemandangan laut yang menenangkan. Terbaik!
Anda pasti rambang mata dengan senarai tempat makan ikan bakar yang kami sediakan ini, bukan? Jangan lupa singgah jika berpeluang, pasti anda akan berpuas hati!
Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini ya kepada kenalan atau jadikan simpanan masa hadapan. Anda juga digalakkan untuk datang pada waktu yang sesuai agar tidak berebut ruang parkir di kemudian hari.
Selamat mencuba dan jangan lupa dan kongsikan pengalaman anda di bawah.