Bulan puasa menjelang tiba, kebanyakan tempat makan telah menyediakan buffet ramadhan dengan pelbagai jenis makanan, jadi kami akan senaraikan 15 buffet Ramadhan di Melaka 2023.

Peluang berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang di lokasi yang eksklusif dan hidangan makanan yang sedap. Dijamin puas hati senyum hingga ke telinga pada harga yang berpatutan.

Berikut ialah senarai buffet Ramadhan di Melaka 2023 yang boleh anda pergi bersama kawan mahupun keluarga sekitar Melaka.

Nama Tempat Lokasi Harga
Dewasa (RM)
Harga
Kanak-kanak (RM)
Info
Villa Istana MelakaLot 5913, Jalan TU1, Taman Tasik Utama, 75450 Ayer Keroh, Melaka69.0048.00Villa Istana Melaka
LeQamr GlasshallLot 6488, Mukim Balai Panjang, Daerah Melaka Tengah, 75350 Bachang, Melaka65.0045.00LeQamr Glasshall
AMES HotelJalan Pkak 2, Pusat Komersial, 75450 Ayer Keroh, Melaka118.0078.00 AMES Hotel
Mudzaffar Hotel Melaka Lot 5509, Jalan Wisma Persekutuan, Melaka International Trade Centre, 75450 Ayer Keroh, Melaka 88.00 52.00 Mudzaffar Hotel Melaka
Bayview Hotel MelakaJalan Bendahara, Kampung Bukit China, 75100 Melaka 88.00-98.00 48.00-58.00Bayview Hotel Melaka
A’Famosa Resort Melaka Jalan Kemus, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka 88.00 60.00A’Famosa Resort Melaka
Bufet Sajian Warisan ISDA 6, Jalan Ttc 12A-1, Taman Teknologi Cheng, 76520 Cheng, Melaka 29.90 15.90 Bufet Sajian Warisan ISDA
Ibis Melaka 249, Jalan Bendahara, Kampung Bukit China, 75100 Melaka 88.00-108.00 Ibis Melaka
Swiss Garden Hotel MelakaT2-4, The Shore @ Melaka River, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75300 Malacca88.00 58.00Swiss Garden Hotel Melaka
Holiday Inn Melaka 192, 75000 Malacca 118.0068.00Holiday Inn Melaka
Bayou Lagoon Park Resort M24, Bukit Katil, 75450 Malacca 78.00 55.00Bayou Lagoon Park Resort
The Pines Melaka 33, Jalan Tun Sri Lanang, 75100 Melaka 118.00 59.00 The Pines Melaka
Puteri Bay HotelPantai Puteri, Mukim, 76400 Tanjung Kling, Melaka 68.0035.00Puteri Bay Hotel Melaka
Tun Fatimah Riverside HotelNo 2, Jalan Munshi Abdullah, Kampung Jawa, 75100 Melaka70.0045.00Tun Fatimah Riverside Hotel
Hatten Hotel MelakaJln Merdeka, Banda Hilir, 75000 Melaka118.0056.00Hatten Hotel Melaka
Imperial Heritage HotelNo 1, 1, Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka98.0050.00
Seri Chendana Resort MerlimauKM23, Jln Melaka, Kampung Telok, 77300 Merlimau, Melaka48.0028.00Seri Chendana Resort Merlimau

Villa Istana Melaka

Mencari tempat berbuka puasa yang menawarkan harga bawah RM 100? Kami cadangkan anda untuk berbuka di Villa Istana Melaka yang terletak di Ayer Keroh. Pada Ramadan kali ini, mereka menawarkan lebih 50 jenis sajian enak serta 10 gerai yang memasak secara langsung buat pengunjung.

Antara menu menarik menanti anda adalah Nasi Beriyani, Nasi Minyak, Daging Masak Dendeng, aneka kerabu dan pelbagai menu tradisi yang lain. Bukan itu sahaja, ada juga gerai Dim Sum, Char Kuey Teow, Lamb Grill, Roti John dan lain-lain.

Jika berkesempatan, jangan lepaskan peluang untuk membuat tempahan awal dengan serendah RM 64 untuk dewasa manakala RM 43 untuk warga emas dan kanak-kanak. Namun, tawaran ini terhad sehingga 23 Mac 2023 sahaja.

Tempahan: Villa Istana Melaka

Alamat: Lot 5913, Jalan TU1 Taman Tasik Utama, 75450 Ayer Keroh, Melaka

LeQamr Glasshall

LeQamr Glasshall juga tidak ketinggalan dalam menyediakan buffet Ramadan yang menarik pada tahun ini. Harga semestinya berpatutan dan mampu milik iaitu sekadar RM 65 untuk dewasa manakala RM 45 untuk kanak-kanak dan warga emas.

Di sini pula terdapat lebih 40 sajian istimewa disediakan buat pengunjung sepanjang Ramadan ini. Nasi Beriyani, Ayam Masak Merah dan Ikan Keli Berlado antara menu utama yang pasti membuatkan anda berpuas hati berbuka di sini.

Anda berpeluang mendapatkan harga promosi serendah RM 59 untuk dewasa manakala RM 39 untuk kanak-kanak dan warga emas jika membuat tempahan sehingga 19 Mac 2023. Bukan itu sahaja, harga istimewa akan diberikan buat mereka yang membuat tempahan untuk kumpulan korporat melebihi 100 pax.

Tempahan: LeQamr Glasshall

Alamat: Lot 6488, Mukim Balai Panjang, Daerah Melaka Tengah, 75350 Bachang, Melaka

AMES Hotel

Buffet Ramadhan di AMES Hotel yang berkonsepkan Bufet Warisan Kampung bermula dari 23 Mac 2023 sehingga 21 April 2023. Nak harga yang lebih berbaloi? Buat tempahan segeran sebelum 18 Mac 2023 untuk mendapatkan harga serendah RM 108 sahaja!

Antara kelebihan berbuka bersama AMES Hotel adalah setiap pembelian 10 baucer akan mendapat 1 baucer percuma dan anda akan disajikan dengan persembahan secara langsung Caklempong dan Qasidah sepanjang buffet ramadan ini.

No telefon: +6012698 2957

Alamat: Jalan Pkak 2, Pusat Komersial Ayer Keroh, Malacca City, Malaysia

Mudzaffar Hotel Melaka

Buffet Ramadhan di Melaka 2023 seterusnya adalah Mudzaffar Hotel Melaka. Buffet Ramadhan ini akan bermula pada 24 Mac hingga 19 April 2023 bermula 6.30 petang sehingga 9.30 malam. Dapatkan harga promosi RM 70 sebelum 15 Februari 2023.

Lebih 100 menu ditawarkan buat pengunjung yang terdiri daripada makanan tradisi dan antarabangsa. Antara kelebihan berbuka di sini adalah terdapat surau yang luas dan selesa, parkir luas dan ruang makan selesa.

Tak cukup dengan itu, pelbagai aktiviti menarik sepanjang Ramadan yang boleh anda sertai dengan percuma seperti Tadarrus Al-Quran, Solat Terawih, Kelas Percuma Bahasa Al-Quran dan Qiyamul Lail.

Alamat: Lot 5509, Jalan Wisma Persekutuan, Melaka International Trade Centre, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Bayview Hotel Melaka

Seterusnya, buffet ramadhan di Melaka 2023 ialah Bayview Hotel. Buffet yang bertemakan Lambaian Desa ini mengetengahkan masakan tradisi namun ada juga makanan berkonsepkan antarabangsa. Seperti yang anda lihat, harga berbeza mengikut waktu.

Alamat: Jalan Bendahara, Kampung Bukit China, 75100 Melaka

A’Famosa Resort

Jom ‘Rasa-Rasa A’Famosa’ di Dewan Tulip, Freeport A’Famosa Outlet yang memulakan pakej buffet pada 23 Mac sehingga 21 April 2023. Nak lebih berbaloi, buat tempahan sebelum 20 Mac 2023 dan dapatkan harga early bird iaitu RM 65 untuk dewasa manakala RM 50 untuk kanak-kanak dan warga emas.

Yang pasti anda pasti akan rambang mata dengan lebih 100 pilihan menu yang enak!

Bufet Sajian Warisan ISDA

Seterusnya ialah Bufet Sajian warisan ISDA. Harga yang ditawarkan murah, berpatutan dan mampu milik iaitu RM 29.90 bagi dewasa, OKU dan warga emas manakala kanak-kanak RM 15.90. Tunggu apa lagi, jom datang bersama keluarga dan kawan-kawan.

Alamat: 6, Jalan Ttc 12A-1, Taman Teknologi Cheng, 76520 Cheng, Melaka

ibis Melaka

Di ibis Melaka, anda boleh berbuka dengan konsep Icip-Icip Sajian Madani bermula 27 Mac hingga 21 April 2023. Harga pakej berubah mengikut tiga waktu. Bukan sekadar berbuka puasa, pengunjung berpeluang memenangi cabutan bertuah dan hadiah menarik. Gulai Kawah, Roti John, Aneka Pasta, Sate dan Asam Pedas menanti anda di sana!

Lokasi: 249, Jalan Bendahara, Kampung Bukit China, 75100 Melaka

Swiss Garden Hotel Melaka

Nikmati buffet ramadhan Melaka 2023 di Swiss Garden Hotel Melaka yang berkonsepkan Muhibbah Ramadhan. Mereka yang merindui masakan kampung halaman boleh datang ke tempat ini bagi merasai masakan ala kampung yang dimasak oleh chef terkemuka dengan suasana yang meriah.

Pakej buffet diadakan bermula 23 Mac hingga 20 April 2023. The Terrace Garden di sini menawarkan lebih 150 juadah berbuka termasuk hidangan istimewa seperti Kambing Briyani, Ayam Masak Merah, Kari Ikan, Daging Salai Masak Lemak dan sebagainya.

Alamat: T2-4, The Shore @ Melaka River, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75300 Malacca

Holiday Inn Melaka

Di Holiday Inn Melaka, anda juga dapat merasai hidangan buffet yang bertemakan Rasa Madani. Pelbagai tawaran menarik sepanjang Ramadan di sini termasuklah harga early bird untuk 5 orang sekadar RM 530 sahaja dan percuma 1 lagi baucer. Dengan pembelian sebelum 24 Mac 2023, harga lebih berbaloi.

Alamat: 192, 75000 Malacca

Bayou Lagoon Park Resort

Bermula 25 Mac sehingga 20 April 2023, D’Bayou Lagoon mengadakan bufet Ramadan bertemakan Selera Kampung. Antara yang menarik berbuka di sini adalah pengunjung bakal disajikan dengan persembahan istimewa oleh Kumpulan Muzik Ghazal.

No telefon: +606 – 233 0888

Alamat: M24, Bukit Katil, 75450 Malacca

The Pines Melaka

The Pines Melaka membawakan Selera Ibunda untu pakej buffet pada tahun ini. Ia akan diadakan bermula 23 Mac sehingga 21 April 2023. Harga early bird juga ada iaitu serendah RM 106.20 sebelum 23 Mac ini!

Alamat : 33, Jalan Tun Sri Lanang, 75100 Melaka

Puteri Bay Hotel

Jika anda mencari pakej buffet bawah RM 100 dengan pelbagai menu lazat, kami cadangkan anda untuk merasainya di Puteri Bay Hotel. Bertemakan Selera Rasa Puteri, harga pakej serendah RM 68 sahaja untuk dewasa.

Hidangan kampung seperti Ayam Kerutuk, Kambing Bakar, Gulai Kawah Daging Cincang, Masak Lemak Siput Sedut, Perut Rebus Air Asam dan banyak lagi pasti dapat mengimbau nostalgia terhadap masakan ibu.

Alamat: Pantai Puteri, Mukim, 76400 Tanjung Kling, Melaka

Tun Fatimah Riverside Hotel

Buat tempahan segera sebelum 24 Mac ini untuk mendapatkan harga RM 60 untuk dewasa manakala RM 45 untuk kanak-kanak. Pakej ini bermula 25 Mac sehingga 19 April sahaja. Jom ajak keluarga atau rakan-rakan untuk berbuka di sini!

Alamat: No 2, Jalan Munshi Abdullah, Kampung Jawa, 75100 Melaka

Hatten Hotel Melaka

Disini juga pengunjung bakal disajikan dengan menu yang pasti dapat mengimbau nostalgia. Jika anda berkenan, dapatakan harga sebelum 23 Mac 2023 dengan kadar RM 98 sahaja untuk dewasa manakala RM 49 untuk kanak-kanak.

Pelbagai aktiviti bakal diadakan buat pengunjung seperti persembahan ghazal, gamelan, anyaman ketupat serta cabutan bertuah!

Alamat: Jln Merdeka, Banda Hilir, 75000 Melaka

Imperial Heritage Hotel

Terdapat dua promosi harga buffet di sini iaitu RM 78 untuk dewasa dan tempahan sehingga 23 Febuari manakala RM 88 untuk dewasa yang sah sehingga 23 Mac. Namun tawaran ini terhad untuk 1000 pax yang pertama sahaja.

Antara menu istimewa yang menanti anda adalah Udang Masak Lemak Cili Api, Pulut Mangga, Kupang Tiga Rasa, Daging Panggang Ala Thai dan Kambing Bakar!

Alamat: No 1, 1, Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka

Seri Chendana Resort Hotel

Seri Chendana Resort membawakan tema Bufet Citarasa Warisan untuk kali ini. Ia diadakan bermula 2 Ramadan sehingga 28 Ramadan ini.

Masih sempat untuk mendapatkan harga early bird iaitu serendah RM 38 untuk dewasa. Harga ini sah sehingga 20 Mac 2023 sahaja. Lebih 50 hidangan menanti anda!

Alamat: KM23, Jln Melaka, Kampung Telok, 77300 Merlimau, Melaka

Jadikan bulan ramadhan anda dipenuhi dengan kegembiraan dan kesyukuran dalam diri masing-masing. Jangan lupa like artikel buffet Ramadhan Melaka kami ya. Anda juga dijemput membaca artikel kami yang lain.

Oh ya, jangan lupa untuk kongsikan pengalaman buffet Ramadhan anda. Jika anda mempunyai tempat makan buffet Ramadhan yang lain, jangan segan untuk berkongsi juga.

Selain artikel ini, kami juga ada menulis artikel buffet Ramadhan di negeri lain. Jemput baca jika anda bercadang ke sana.

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.