Mencari tempat makan malam di Melaka?

Melaka merupakan negeri yang kaya dengan pelbagai tarikan. Baik dari tempat bersejarah, hiburan dan tempat makan, semuanya ada. Tidak hairanlah negeri ini kerap dibanjiri dengan pelancong.

Masih tercari-cari tempat makan malam di Melaka? Jangan risau, berikut kami senaraikan 10 tempat makan malam di Melaka buat anda. Teruskan membaca!

#1 Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung

Alamat: KM4-5, Jalan Padang Temu, 75460 Permatang Pasir, Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari, 4:30 – 11:30 pm

Nama restoran ini tidak perlu kami perkenalkan lagi. Ianya merupakan antara tempat makan malam di Melaka yang sangat terkenal terutamanya di kalangan peminat ikan bakar dan makanan laut.

tempat makan malam melaka
Imej via Foursquare

Ada pelbagai hidangan makanan laut yang disajikan. Antaranya ialah aneka jenis ikan seperti ikan siakap, ikan jenahak, kupang, sotong dan kepah. Pilih sahaja cara masakan kesukaan anda, pasti dapat disediakan dengan sempurna.

#2 Hadramawt Palace

Alamat: No. 15, Jalan PNBB 2, Pusat Niaga Bukit Baru, Mukim Bukit Baru, Seksyen IV, 75150 Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari, 11am – 11.45 pm

Mengidam makanan Arab? Hadramawt Place ini merupakan restoran makanan Arab yang sangat popular di Melaka. Keaslian dan keenakkan makanan di sini turut diakui oleh ramai pengunjung mereka.

tempat makan malam melaka
Imej via Foursquare

Ada banyak menu yang boleh dicuba, memang bikin rambang mata. Antaranya ialah Chicken Kabsah, Lamb Mandi, Chicken Kebab, Shawarma dan banyak lagi. Saiz hidangan juga besar, pasti ianya akan menjanjikan kekenyangan!

#3 Nasi Ayam Baba

Alamat: No. 30, Jalan Pegaga, Taman Merdeka, 75350 Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 12 am

Ada penggemar nasi ayam di sini? Jika anda peminat nasi ayam, anda wajib singgah di restoran Nasi Ayam Baba yang terletak di Taman Merdeka ini. Ada pelbagai hidangan yang disajikan namun menu terlaris ialah nasi ayam.

tempat makan malam melaka
Imej via Foursquare

Selain nasi ayam, menu lain seperti wantan goreng, mi cili kering, dim sum dan mi kari turut disajikan. Harga untuk setiap menu juga tidak melebihi RM 10, memang berbaloi!

#4 Asam Pedas Claypot

Alamat: 86, Jalan Laksamana 5, Taman Kota Laksamana, Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, (6 pm – 4 am)

Tak sahlah singgah di Melaka jika anda tidak mencuba asam pedas mereka. Jadi, singgah sahaja di restoran Asam Pedas Claypot yang cukup terkenal ini. Mereka menyajikan pilihan asam pedas yang sedap dan berbagai.

tempat makan malam melaka
Imej via Foursquare

Antara menu yang boleh dicuba ialah asam pedas ikan pari,asam pedas daging tetel, asam pedas ikan kembong, asam pedas ikan tenggiri, asam pedas ikan jenahak dan banyak lagi.

#5 Pampas Sky Dining Steakhouse

Alamat: Swiss Garden Residence, Jalan Persiaran Bunga Raya, Kampung Bunga Paya Pantai, 75100 Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 4 – 11.30 pm

Jika anda berada di Melaka, singgah sahaja di Pampas Sky Dining Steakhouse. Ini merupakan restoran stik yang terkenal dengan stik yang berkualiti tinggi dan mempunyai pemandangan yang cantik.

tempat makan malam melaka
Imej via Foursquare

Antara stik yang boleh anda pesan ialah Black Angus Rib Eye, Black Angus Beef Tenderloin dan Grilled T-Bone Steak. Stik di sini lembut dan keenakkan memang boleh bikin ketagih, rugi jika anda tak cuba.

#6 Pak Putra Restaurant

Alamat: 56 & 58, Jalan 4, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 5.30 pm – 1 am

Dari luar, restoran Pak Putra ini kelihatan seperti restoran Mamak biasa. Namun, jika anda cuba menu-menu terhangat di restoran makanan Pakistan ini, pasti anda akan teruja!

tempat makan melaka
Imej via Foursquare

Restoran Pak Putra sangat terkenal dengan hidangan Naan Tandoori mereka. Selain itu, Garlic Naan Cheese juga turut mencuri perhatian ramai. Dijamin sedap, anda wajib cuba untuk makan malam.

#7 Burger Bakar Abang Burn Melaka

Alamat: Medan Selera Sungai Melaka, No.1 Gerai Dewan Hang Tuah, 75300 Jalan Hang Tuah, Malacca

Waktu operasi: Setiap hari, 5 pm – 12.30 am

Ada pembaca yang sukakan burger bakar di sini? Burger bakar merupakan hidangan yang sangat menyelerakan, tidak hairanlah menu ini disukai ramai. Di Melaka, salah satu restoran burger bakar yang popular ialah Burger Bakar Abang Burn Melaka.

Imej via Foursquare

Ada pelbagai jenis burger yang disajikan. Antaranya ialah Burger Supreme, Burger Supreme Lamb, Burger Supreme Special dan Burger Supreme Burn. Jangan lupa untuk mencuba bebola daging mereka yang turut mendapat pujian ramai!

#8 Restoran Klasik Terapung (Tom Yam Klasik) Garden Restaurant Melaka

Alamat: No. 2C, Jalan Batu Berendam, Taman Pertama, 75350 Batu Berendam

Waktu Operasi: Rabu – Isnin (6pm – 12am), ditutup pada hari Selasa

Restoran ini dikenali dengan nama restoran terapung disebabkan oleh kedudukannya yang berada di atas tasik. Ianya merupakan antara tempat makan malam di Melaka yang sentiasa dibanjiri pelanggan.

Imej via Foursquare

Restoran Klasik Terapung terkenal dengan hidangan Melayu, Thai Cina dan Barat. Kami sarankan agar anda cuba hidangan set yang bukan sahaja berbagai menu, malah berbaloi harganya.

#9 Calanthe Art Cafe

Alamat: 11, Jalan Hang Kasturi, 75250 Melaka

Waktu operasi: Setiap hari, 9 am – 11 pm manakala Sabtu 9 am – 10 pm

Mahu menikmati makan malam di kafe moden yang santai dan menyajikan hidangan yang berbagai? Calanthe Art Cafe merupakan antara pilihan kafe yang pasti cocok dengan citarasa anda.

Imej via Foursquare

Kafe ini menyajikan hidangan yang berbagai pilihan. Antaranya ialah Calanthe Laksa, Asam Pedas Claypot, wafel, Chicken Chop dan banyak lagi. Minuman yang wajib anda pesan jika ke sini ialah Ice Blended Coffee mereka, memang padu!

#10 Restoran Ole Sayang

Alamat:  198 & 199, Taman Melaka Raya, 75000, Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 11:30 am – 2:30 pm, 6 – 9:30 pm

Jika singgah ke Melaka, memang tak sahlah kalau anda tak cuba hidangan Peranakan. Di Taman Melaka Raya, Restoran Ole Sayang ada menyajikan sajian Peranak yang asli, halal dan enak.

Imej via Foursquare

Menu-menu yang boleh dicuba termasuklah Ayam Pong Teh, Sambal Udang Petai dan Assam Fish. Teringin untuk menikmati minuman pencuci mulut yang menyegarkan? Cubalah cendol mereka yang lazat!

Kesimpulan

Sudah jumpa tempat makan malam di Melaka yang ingin dikunjungi? Jika berpeluang, singgah sahaja satu persatu tempat makan ini kerana semuanya memang menarik.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.