Mencari tempat makan hipster di Melaka?

Melaka merupakan antara negeri yang sangat terkenal dari aspek pelancongannya. Negeri ini sememangnya dikenali dengan keunikan sejarah dan bangunan bersejarah yang penuh nostalgis.

Tempat makan di Melaka juga ada banyak, termasuklah tempat makan hipster. Untuk itu, berikut kami senaraikan 15 tempat makan hipster di Melaka buat anda. Teruskan membaca!

#1 The Daily Fix

Alamat: 55, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka

Waktu operasi: Setiap hari, 9.30 am – 5.30 pm

Kafe ini merupakan antara kafe hipster di Jonker Street yang paling popular – The Daily Fix. Ianya merupakan antara port brunch yang kerap disinggah ramai, walaupun semasa hari minggu! Agak-agaknya apa yang membuatkannya begitu terkenal?

Imej via Foursquare

The Daily Fix ini terkenal dengan hidangan lempeng mereka yang beraneka. Antara lempeng yang wajib anda cuba ialah lempeng pandan yang cukup gebu dan harum aromanya. Anda juga boleh cuba lempeng espresso mereka yang tidak kurang hebatnya.

#2 Geographér Café

Alamat: 83, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka

Waktu operasi: Setiap hari, hari minggu (11 am – 12 am), hujung minggu (10.30 – 12 am)

Kami yakin dekorasi Geographér Café ini pasti akan buat anda tertarik, tambahan pula jika anda peminat bangunan-bangunan lama. Kafe ini menggunakan konsep klasik yang cukup cantik dan elegan, sesuai juga dijadikan sebagai port bergambar.

Imej via Foursquare

Geographér Café ini menyajikan sajian tempatan dan Barat. Antara menu yang boleh anda cuba ialah sup tomyam, sate dan Geographer Ramen Curry. Untuk minuman pula, Gula Melaka Layered Tea merupakan antara yang wajib anda pesan, dijamin sedap!

#3 Calanthe Art Cafe

Alamat: 11, Jalan Hang Kasturi, 75250 Melaka

Waktu operasi: Setiap hari, 9 am – 11 pm manakala Sabtu 9 am – 10 pm

Calanthe Art Cafe – nama kafe yang kerap menjadi sebutan ramai pengunjung di Melaka terutamanya di kalangan pencinta kopi. Kafe ini sememangnya popular dengan kopi mereka yang dikatakan berkualiti tinggi, rugi jika anda tak singgah!

Imej via Foursquare

Yang paling menarik ialah kacang kopi mereka dinamakan sempena nama negeri seperi Johor, Perak dan Pahang. Green Tea Coffee ialah antara menu yang menjadi sebutan. Untuk makanan, Calanthe Laksa merupakan menu yang menjadi buruan ramai.

#4 Cofeology Cafe & Restaurant

Alamat: Lot 21 & 23, Ixora Condominium, Jalan Bukit Beruang, 75450 Bukit Beruang

Waktu Operasi: Setiap hari (8.30 am – 12 am)

Cafeology Cafe & Restaurant menyediakan aneka jenis kopi dan hidangan yang sesuai untuk anda bersantai bersama keluarga atau rakan-rakan anda. Ianya juga dibuka seawal 8.30 pagi, boleh juga singgah untuk bersarapan.

Imej via Foursquare

Menu yang mendapat sambutan ramai ialah pasta mereka – Creamy Carbonara. Ianya spageti yang tidak memuakkan dan mempunyai rasa lemak berkrim. Kek keju serta wafel mereka juga turut digemari ramai, memang wajib cuba!

#5 Backlane

Alamat: 129, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka

Waktu operasi: Setiap hari, 9 am – 11 pm

Kafe Backlane ini pasti akan memikat hati anda jika anda sukakan kafe berkonsepkan antik kerana Koleksi barangan antik boleh didapati di sini. Selain itu, minuman dan makanan yang sedap-sedap juga merupakan tarikan utama kafe ini.

Imej via Foursquare

Makaron di kafe ini merupakan antara menu yang terbaik. Anda boleh cuba makaron Gula Melaka yang dijamin enak. Minuman terlaris di sini ialah Mr. Owl Iced Latte, minuman yang menyajikan latte bersama kiub ais berbentuk burung hantu. Sangat unik!

#6 The Stolen Cup

Alamat:  21A Jalan Hang Jebat, 75200 Malacca, Malaysia

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 9 am – 9.30 pm

Seperti namanya, kami percaya secawan kopi yang anda cuba di sini pasti mampu mencuri hati anda! Kafe The Stolen Cup ini juga mempunya konsep dekor klasik yang cukup cantik namun minimal sangat sesuai jika anda ke sini untuk bersantai.

Imej via Foursquare

Minuman yang dikatakan terbaik di sini ialah Iced Gula Melaka Latte. Rasa kopi yang manis namun tidak terlampau ini membuatkan ramai ketagih dengannya. Selain itu, Salted Egg Crossaint mereka juga turut disukai ramai pelanggan.

#7 Kaya-Kaya Cafe

Alamat: 32, Jalan Tukang Besi, 75200 Melaka

Waktu operasi: Setiap hari, 9 am – 7 pm

Setelah melihat nama kafe ini, kami yakin anda pasti boleh meneka menu yang terkenal di kafe Kaya-Kaya ini – semestinya roti bakar kaya! Kedengaran biasa buat anda, namun menu ini ada keistimewaannya yang tersendiri.

Imej via Foursquare

Rotinya lembut dan bersaiz tebal dan ianya dibakar dengan sempurna. Untuk menu lain, anda boleh cuba Charcoal Toast with Scrambled Eggs & Smoked Salmon mereka yang juga dikatakan menu tersedap di sini.

#8 Truly Two Cafe

Alamat: No. 9, Jalan PNBB 2, Pusat Niaga Seksyen IV, Mukim Bukit Baru, 75150 Melaka

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 12 pm – 8.30 pm

Ada penggemar pencuci mulut di sini? Kami yakin pasti ramai di kalangan pembaca yang menggemarinya, jadi jika anda berpeluang ke Melaka, singgahlah di kafe Truly Two ini! Mereka terkenal dengan pencuci mulut yang sedap-sedap belaka.

Imej via Foursquare

Selain sedap, hidangan di sini juga bersaiz besar. Jadi, kekenyangan semestinya terjamin. Minuman boba yang menjadi fenonema akhir-akhir ini juga turut disediakan, memang berbagai! Patutlah ramai rambang mata memilih pesanan mereka.

#9 Halia Inc.

Alaamt: 1, Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 7.30 am – 11 pm

Alang-alang berjalan sekitar Sungai Melaka, singgahlah menikmati hidangan di kafe Halia Inc. , salah satu tempat makan hipster di Melaka yang menjadi tumpuan ramai dek kerana lokasinya yang strategik.

Imje via Foursquare

Jenis hidangan yang disediakan ada berbagai – burger, pizza, pasta, stik dan pencuci mulut, semuanya ada! Kopi mereka juga turut mendapat pujian ramai, memang nikmati apabila anda menghirup kopi sambil menghayati pemandangan sungai di depan restoran ini.

#10 The Street Kithen Kontena

Alamat: Lot 21553, Bandar Bukit Baru, Seksyen 5, 75400 Malacca

Waktu operasi: Setiap hari, 5 pm – 2 am

Medan selera atau restoran berkonsepkan kontena merupakan antara trend untuk kebanyakan tempat makan hipster zaman sekarang. Salah satunya juga terletak di Melaka – The Street Kitchen Contena!

Imej via Foursquare

Restoran ini menyajikan selera Asia dan Barat. Antara menu yang boleh didapati di sini ialah Asam Pedas Salmon, Duck Noodle, Pesto Baguatte, Sizzling Yeemee dan Chicken & Lamb grill. Berbagai betul menunya!

#11 Navy Cafe

Alamat:  Jalan Hang Kasturi, 75200 Melaka

Waktu operasi: Setiap hari, Isnin- Khamis 9 am – 10 pm manakala Jumaat – Ahad 9 am – 6 pm

Imej via Foursquare

Ada pembaca yang sukakan smoothie dim sini? Di Melaka, Navy Cafe ini ada menyediakan smoothie bowl yang dikatakan antara yang tersedap sekitar sini! Memang puas hati jika anda menikmatinya kerana saiz hidangan juga agak besar.

Selain smoothie bowl, Navy Cafe turut menyediakan hidangan lain. Roti bakar signature mereka, roti bakar telur masin yang rangup di luar dan lembut di dalam. Sos telur masinnya cukup banyak, dijamin best!

#12 LeQUE Melaka

Alamat: No. 14 Jalan Lagenda 3 ,Taman 1 Lagenda Melaka

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 12 – 11 pm

Nama restoran ini diinspirasikan daripada pahlawan Melayu Melaka iaitu Hang Lekiu, sangat menarik! Makanan yang disajikan di kafe ini berkonsepkan selera Itali, tempatan dan Barat.

Imej via Foursquare

Jenis hidangan seperti stik, pasta, nasi, burger dan nachos ada disediakan di sini. Yang penting, saiz hidangan untuk setiap makanan memang besar, jadi kekenyangan pasti dijamin. Nasi Lemak Cheese mereka yang pernah viral juga patut dicuba!

#13 Floyds Kitchen

Alamat:  No 5, Jln Lagenda 3, Taman 1 – Lagenda, 75400 Melaka

Waktu operasi: Setiap hari, Isnin – Khamis (4.30 – 11 pm), Jumaat (2.30 pm– 11.30 pm) manakala Sabtu & Ahad (12.30 pm – 11.30 pm)

Jika anda sukakan makanan Barat, Floyds Kitchen merupakan antara tempat makan hipster di Melaka yang patut anda terjah. Mereka sangat terkenal dengan menu Cheezy Nachos yang banjir kejunya,

Imej via Foursquare

Selain itu, Chicken Chop di sini juga turut digemari ramai pelanggan. Sos lada hitam yang membanjiri ayamnya serta isi ayam yang lembut merupakan antara punca menu ini mencuri perhatian ramai. Pasti sedap tak terkira!

#14 Eat at 18

Alamat: 18, Jalan Hang Lekiu, 75200 Melaka

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Selasa (9 am – 5 pm)

Satu lagi kafe moden di melaka yang menyajikan hidangan Barat yang berbagai pilihan dan sedap ialah Eat at 18. Selain konsep dekor yag cantik, kebersihan kafe ini juga turut dipuji.

Imej via Foursquare

Grilled Salmon Steak with Salad merupakan hidangan yang patut anda rasai, ikan salmon yang lembut isinya ini dipanggang dengan baik.Jadi, tidak hairanlah rasa dan kualitinya begitu bagus. Pencuci mulut mereka juga tidak kurangnya, pasti enak dinikmati bersama kopi!

#15 Limau-limau Cafe

Alamat: 9, Jalan Hang Lekiu, 75200 Melaka

Limau-limau Cafe ini sesuai disinggah buat anda yang ingin menikmati sarapan. Pilihan makanan yang berbagai seperti pasta dan set sarapan merupakan antara menu yang sentiasa menjadi rebutan ramai.

Imej via Foursquare

Untuk minuman pula, minuman berasaskan buah-buahan yang segar pasti mampu menyegarkan tekak anda. Kafe ini menggunakan buah-buahan segar, jadi rasanya pasti lebih sedap. Anda boleh cuba Dragon Fruit yogurt dan Fresh Durian Milkshake.

Kesimpulan

Sudah jumpa tempat makan hipster di Melaka yang ingin dituju? Tidak dinafikan, Melaka memang mempunyai banyak tempat makan hipster, jadi singgah sahaja di mana-mana tempat makan yang anda berkenan.

Jangan berlengah lagi, singgah sahaja jika berpeluang ke sini. Jika ada cadangan atau tambahan lain, komen sahaja di bawah. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain:

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.