Restoran ini bukan terletak jauh di gurun Sahara, tetapi terletak di Shah Alam sahaja. Sesekali kalau teringinkan kambing bakar dan tak tahu hendak makan di mana, datang sahaja ke Setia Alam. Tidak perlu lagi menanti jemputan majlis kenduri yang biasanya turut menyajikan kambing bakar atau kambing golek.

Setia Alam, Shah Alam turut memiliki sebuah restoran yang  menghidangkan kambing bakar sebagai menu utamanya. Nama restoran yang menghidangkan menu ini adalah Restoran Cik Tri Sahara. Restoran ini dimiliki oleh Tri Turyanah dan mula beroperasi sejak tahun 2013 lagi.

Kambing Bakar

Imej via facebook

Awal perniagaan, pemilik restoran ini memulakan perniagaan hanya dengan sebuah gerai sahaja di kawasan Meru. Apabila perniagaan semakin maju, maka terhasil lah sebuah restoran yang semakin mendapat tempat di hati para pelanggan.

Restoran ini telah berpindah ke tempat baru iaitu di Setia Alam pada tahun 2017. Saiz restorannya pula lebih besar berbanding gerai dahulu. Ia turut memberi keselesaan kepada para pelanggan. Biarpun dekorasi restoran agak ringkas dan kelihatan biasa sahaja, namun ia cukup dengan pelbagai kemudahan.

Pelanggan yang datang menjamu selera di sini boleh menunaikan solat kerana ruang solat berasingan turut disediakan untuk kemudahan pelanggan. Tempat meletakkan kereta yang agak banyak  juga memudahkan pelanggan menjamu selera di sini. Walau bagaimanapun, sekiranya datang pada waktu kemuncak, tempat letak kereta ini juga akan penuh dengan kenderaan pelanggan.

Keunikan Kambing Bakar

Restoran ini menyediakan hidangan set kambing bakar yang dihidangkan bersama nasi putih, sup kosong dan kambing bakar. Harga satu set hidangan cumalah RM 14.00 dan air minuman adalah percuma untuk pilihan samada air teh, air limau atau air sirap.

Kambing Bakar

Imej via facebook

Uniknya hidangan kambing bakar di sini diperap menggunakan rempah khas yang didatangkan dari Indonesia. Sos pencicah atau kicapnya yang agak pedas sememangnya berbeza dengan hidangan masyarakat Malaysia. Ia merupakan resepi rahsia tersendiri dari keluarga pemilik yang berketurunan Jawa.

Bagi yang  inginkan hidangan lain, anda boleh mencuba nasi ayam penyet, lele penyet, soto, bakso, sup tulang dan juga nasi lemak. Bagi hidangan ayam penyet dan juga lele penyet, ia dihidangkan bersama nasi putih, sup kosong, sambal dan juga air minuman. Harganya cuma RM 7.00 setiap set.

Pelanggan juga boleh memesan hidangan kambing tanpa nasi dengan harga RM 12.50 sahaja. Sepinggan kambing mengandungi sebanyak 10 keping potongan daging kambing yang sememangnya awesome.

Kambing Bakar

Imej via facebook

Lokasi Berdekatan Setia City Mall

Lokasi restoran ini terletak berdekatan dengan Setia City Mall.  Selepas puas membeli belah, boleh lah datang ke restoran ini untuk menjamu selera. Selain harganya yang murah, saiz hidangannya juga agak besar dan cukup  mengenyangkan.

Restoran ini beroperasi setiap hari mulai jam 10.00 pagi hingga jam 11.00 malam kecuali hari Khamis. Waktu kemuncak restoran ini adalah sekitar jam 8.00 malam sehingga lah restoran ditutup.

Alamat: Restoran Cik Tri Sahara, Persiaran Setia Utama, Alam Nusantara, 40170 Shah Alam, Selangor

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.