Mencari tempat dating di Shah Alam?

Shah Alam yang merupakan antara daerah popular di Selangor memang kaya tempat makan yang berbagai selera. Sebut sahaja genre makanan yang anda mahukan, semuanya ada. Ini termasuklah dengan tempat dating yang menarik.

Masih tercari-cari tempat dating yang sesuai untuk anda dan pasangan? Berikut kami senaraikan 10 tempat dating di Shah Alam untuk anda serbu. Teruskan membaca!

#1 The Third Letter

Alamat: No 2, Jalan N U8/N, Seksyen U8 Bukit Jelutong Timur, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat 11 am – 9.30 pm, Sabtu – Ahad 10 am – 9.30 pm

Sebaik sahaja melangkah masuk ke kafe The Third Letter ini, anda pasti akan berasa nyaman. Hal ini kerana suasana di kafe ini cukup santai dan ruang restoran juga luas, sesuai bagi mereka yang ingin berdating.

Sajian utama yang disediakan di kafe ini ialah hidangan Barat. Kopi mereka disediakan oleh barista yang berpengalaman, sangat sesuai dinikmati oleh pencinta kopi. Jenis kopi juga ada bervariasi.

the third letter tempat dating shah alam
Imej via Foursquare

Untuk hidangan berat, cuba sahaja pasta mereka. Ada Lamb Pasta, Beef Carbonara, Aglio Olio dan Pesto Pasta yang bukan sahaja sedap dan mengenyangkan, malah instagram-worthy. Pasti anda dan pasangan akan jatuh hati dengan pasta di sini.

#2 Kueh Cafe

Alamat: No 6 Jalan Renang 13/26 Seksyen 13, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 9 am – 8 pm

Menikmati aneka jenis kuih tempatan untuk sarapan pagi – idea dating yang cukup menarik. Untuk tujuan itu, lekaslah lawati kafe yang terletak di Seksyen 13 ini – Kueh Cafe.

kueh cafe tempat dating shah alam
Imej via Foursquare

Menyediakan lebih 40 jenis variasi kuih-muih tempatan buatan sendiri, kafe ini mendapat pujian yang tidak putus-putus. Kuih yang disajikan dikatakan berkualiti tinggi. Kuih Platter merupakan menu yang kerap mendapat pesanan. Anda akan merasai lebih 20 jenis kuih dalam satu hidangan!

Selain kuih-muih hidangan tempatan lain seperti laksa, lempeng, roti jala dan nasi lemak berlaukkan ayam goreng berempah juga boleh dipesan. Saiz hidangannya juga besar, memang memuaskan hati.

#3 Gula Cakery

Alamat: 11, Jln Anggerik Aranda BG 31/BG, 40460 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 9 pm

Gula Cakery merupakan antara tempat makan di Shah Alam yang cukup popular. Kafe ini menyediakan hidangan pencuci mulut yang berbagai, antaranya ialah kek, pastri dan tart buatan sendiri yang menggunakan bahan premium.

gula cakery shah alam
Imej via Foursquare

Untuk kek, anda boleh cuba kek Pandan Gula Melaka dan Nutella Burnt Cheesecake. Manis berkrim dan bersaiz besar, sangat berbaloi. Hidangan pencuci mulut yang lain seperti Ferrero Rocher Chocolate Tart dan Biscoff Tart juga pasti akan buat anda jatuh hati, sangat sedap!

#4 Urban Artisan Subang • Shah Alam

Alamat: 34-UA, Jalan Penguasa U1/53B, Temasya Glenmarie, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 12 – 9.45 pm

Restoran ini bukan sahaja mempunyai cawangan di Penang, malah ianya juga turut beroperasi di Shah Alam. Menyediakan aiskrim jenis softserve, restoran ini pasti sesuai disinggah bagi pasangan yang ingin menikmati ice cream date.

urban artisan subang tempat dating shah alam
Imej via Facebook

Aiskrim soft serve yang wajib anda pesan ialah Matcha, Sea Salt dan Biscotti. Bukan aiskrim sahaja, malah wafel mereka juga turut mendapat sambutan yang hangat. Lembut dan sangat sesuai dinikmati bersama aiskrimnya.

#5 Kedai Makan Fei & Ali

Alamat: 22, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A 9/A, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Jumaat – Ahad 12 – 10 pm, Isnin – Rabu 12 – 8 pm

Mahu berdating di tempat makan yang bukan sahaja menyediakan hidangan yang enak, malah insta-worthy? Antara tempat dating di Shah Alam yang sesuai untuk tujuan tersebut ialah Kedai Makan Fei & Ali yang terletak di Seksyen 9.

kedai makan fei dan ali tempat dating shah alam
Imej via Instagram

Kafe ini cukup terkenal dengan pilihan pencuci mulut yang bervariasi dan enak-enak belaka. Kek, strudel, aiskrim, kek krep, panna cotta semuanya ada. Untuk hidangan berat pula, pasta merupakan jenis hidangan yang mencuri hati ramai. Bersaiz besar, secukup rasa dan cantik persembahan hidangannya.

#6 Pinggan Puteh

Alamat: 30G, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 12 – 8 pm

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam restoran yang menyajikan santapan Asia ini, anda pasti akan terpegun dengan konsep dekorasi restoran yang cukup minimal namun tetap cantik. Memang sesuai disinggah bagi sesiapa yang berdating.

pinggan puteh
Imej via Foursquare

Menu seperti Lontong Rendang Goreng, Lontong Labu dan Abuk-Abuk adalah antara yang terlaris. Saiz hidangan yang besar dan harga yang berpatutan merupakan antara tarikan istimewa di restoran ini, cukup berbaloi.

#7 Kopimeo Cafe

Alamat: 33, Jalan Tengku Ampuan Zabedah B 9/B, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis, 12 – 7 pm

Bagi pasangan yang juga merupakan pencinta kopi, memang rugi jika anda tak singgah di kafe Kopimeo. Kafe ini menyediakan kopi dan berbagai jenis hidangan berat selera Asia dan Barat yang menyelerakan.

kopimeo shah alam
Imej via Foursquare

Untuk kopi, anda wajib cuba Cafe Lattè. Aroma kopinya yang dibru segar memang cukup memikat. Hidangan berat seperti Gulai Lemak Pasta, Cheese Boat, Roast Lamb dan Sirloin Steak juga turut mencuri hati ramai.

#8 The Humble Food Company Shah Alam

Alamat: 46-G, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 10 pm

Suasana restoran yang santai di samping kelazatan menu di sesebuah restoran pasti merupakan antara aspek yang dititikberatkan bagi anda yang ingin berdating, bukan? Untuk itu, singgah sahaja di The Humble Food Company atau The Humble Chef di Shah Alam.

tempat dating shah alam the humble chef
Imej via Instagram

Restoran ini mempunyai beberapa cawangan di Lembah Klang, memang popular. Antara jenis menu yang laku keras di sini ialah pasta. Cuba sahaja hidangan seperti Mac and Cheese, Pesto Chicken, Creamy Curry Linguine dan Aglio Olio Beef.

#9 Nikusutei Japanese Muslim Restaurant

Alamat: D’Vida Business Centre, 1-G-04, Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 11 am – 4 pm, 6 – 10 pm

Sambil berdating, apa kata anda singgah di restoran makanan Jepun ini? Atmosfera yang menjanjikan keselesaan serta sajian Jepun yang cukup menggamit selera pasti akan memberikan kepuasan kepada anda dan pasangan.

nikusutei japanese restaurant tempat dating shah alam
Imej via Foursquare

Antara menu yang wajib anda cuba ialah Chicken Teriyaki Don, Tori Tempura, Soba, Yakitori dan aneka jenis pilihan sushi. Untuk pencuci mulut pula, Matcha Ice Cream adalah sajian yang pasti akan buat anda ketagih. Manis dan menyegarkan tekak!

#10 Melting Pot Cafe, Concorde Hotel

Alamat: 3, Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 8 pm

Mahu menikmati sajian tempatan yang bukan sahaja enak, malah berkualiti tinggi? Bagi anda yang ingin berdating, Melting Pot Cafe yang terletak di Hotel Concorde Shah Alam ini pasti satu pilihan yang sesuai untuk tujuan itu.

concorde hotel melting pot cafe
Imej via Foursquare

Bufet sarapan dan minum petang di sini menyajikan pelbagai jenis hidangan tempatan dan Asia yang sangat lazat. Sebut sahaja apa yang anda mahu – lontong, sate. English breakfast, variasi jenis kek dan kuih, pasti ada disediakan.

Kesimpulan

Sudah jumpa tempat dating di Shah Alam yang ingin dilawati? Tempat makan yang kami senaraikan ini memang berbagai, jadi singgah sahaja di tempat makan yang anda mahukan.

Jangan berlengah lagi, lekaslah serbu jika berpeluang ke sini. Jika ada cadangan atau tambahan lain, komen sahaja di bawah. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.