Mencari tempat makan di Bukit Jelutong?

Bukit Jelutong merupakan salah satu bandar di Shah Alam yang mempunyai pelbagai tarikan, dan ini termasuklah dengan tempat makan.

Tempat makan di sini juga ada berbagai jenis. Untuk itu, berikut kami senaraikan 14 tempat makan di Bukit Jelutong untuk anda. Teruskan membaca!

#1 One Serambi Cafe

Alamat: 1-G, D’bayu Commercial Centre, Jalan Serambi U8/21, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 9.30 am – 12 am

Mencari kafe yang selesa yang juga menyajikan hidangan yang enak-enak? One Serambi Cafe merupakan antara tempat makan di Bukit Jelutong yang terbaik untuk itu.

tempat makan bukit jelutong
Imej via Foursquare

Menyajikan hidangan selera Barat yang berbagai jenis. Dari makanan berat, pencuci mulut dan minuman, semuanya ada.

Antara menu yang boleh anda cuba ialah Lamb Burger, Lamb Shank, Squid Ink Olio Seafood, Grilled Striploin dan Grilled Chicken.

#2 Mozer’s

Alamat: 12G, D’Bayu Business Centre, 40160, Jalan Serambi U8/21, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11.30 am – 11 pm

Sukakan makanan Arab yang bukan sahaja menyelerakan, malah asli? Mozer’s merupakan antara restoran yang wajib anda kunjungi.

Bukan sahaja terkenal dengan hidangan Timur Tengah, malah restoran ini turut menyajikan hidangan Barat, sangat berbagai.

mozer's tempat makan bukit jelutong
Imej via Foursquare

Menu-menu yang boleh anda nikmati ialah Chicken Shawarma dan Makhlouba Lamb Rice.

Untuk makanan ringan pula, churros merupakan hidangan yang terlaris dan mendapat pujian ramai. Sos coklatnya memang bikin ketagih!

#3 Ombak Kitchen

Alamat: 5.G.01, D’Vida Business Centre, Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 12 – 10.30 pm

Teringin untuk menikmati hidangan shell out? Hidangan shell out memang popular di Malaysia, namun bukan mudah untuk mencari restoran yang menyajikan makanan laut yang segar.

tempat makan bukit jelutong ombak kitchen
Imej via Foursquare

Berlainan pula dengan restoran Ombak Kitchen ini. Walaupun baru beberapa tahun beroperasi, restoran ini mendapat sambutan yang hangat.

Mereka menyajikan pelbagai jenis set hidangan shell out. Ketam jenis king crab yang bersaiz XXXL juga turut disajikan, rugi tak cuba!

#4 Ehsan’s Bukit Jelutong

Alamat: No. 1G, Jalan Bazar P U8/P, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 11.45 pm

Jika anda sebut sahaja nama restoran Ehsan’s, pasti ramai penduduk Shah Alam pernah terdengar tentangnya.

Menyajikan hidangan Pakistan, restoran ini memang terkenal dengan Naan Keju yang digilai ramai.

ehsan's tempat makan bukit jelutong
Imej via Foursquare

Roti naan yang tebal, jumlah keju yang banyak serta rasanya yang berkrim dan tidak memuakkan merupakan antara punca ianya begitu digemari.

Selain itu, anda juga boleh mencuba menu-menu lain seperti Murtabak Keju, Chapati dan Butter Chicken.

#5 Kayu Manis Seafood Bukit Jelutong

Alamat: No. 31, Jalan Pelapik B U8/B, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 11 am – 2.30 pm, 5.30 – 10 pm

Satu lagi tempat makan di Bukit Jelutong yang menyajikan makanan laut segar ialah restoran Kayu Manis Seafood. Kebanyakan hidangan di sini berasaskan masakan Cina-Muslim.

kayu manis seafood restaurant tempat makan bukit jelutong
Imej via Foursquare

Menu-menu yang disajikan di sini memang sedap-sedap belaka. Anda boleh cuba Salted Egg Squid, Kam Heong Crab dan Jenahak Fish Head Curry.

Mahu cuba lauk selain makanan laut? Anda juga boleh pesan Butter Chicken, Kam Heong Chicken dan Kung Pao Beef.

#6 SOI 55 Thai Kitchen

Alamat: R17, Suria Jelutong, Jalan Bazar U8/99,, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 12 pm – 12 am

Makan Thai memang kena dengan citarasa orang kita. Rasa pedas, masam dan manis yang secukup rasa memang boleh bikin sesiapa sahaja ketagih.

Jika anda berada di Bukit Jelutong, antara restoran makanan Thai asli yang wajib anda kunjungi ialah SOI 55 Thai Kitchen.

Semestinya tomyam merupakan hidangan yang terlaris di sini. Saiz hidangannya juga besar, memang enak dimakan bersama nasi putih panas!

SOI 55 BUKIT JELUTONG
Imej via Foursquare

Untuk pencuci mulut, anda boleh cuba pulut mangga. Santan yang lemak-lemak manis serta buah mangga yang segar memang digemari ramai.

#7 Paddy Restaurant

Alamat: 24, Jalan Serambi U8/21, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 9.30 pm

Tekak mengidamkan selera tempatan dan Barat? Singgah sahaja di Paddy Restaurant jika anda berada sekitar Bukit Jelutong.

paddy restaurant bukit jelutong
Imej via Foursquare

Dibuka seawal 7 pagi untuk sarapan pagi, restoran ini menyajikan hidangan sarapan seperti Egg Benedict, Roti Sarang Burung dan nasi lemak.

Untuk hidangan berat, anda boleh cuba Spaghetti Salmon, Kuey Teow Cantonese Daging, Mi Kari dan Masak lemak Daging Salai.

Restoran ini turut menyajikan pencuci mulut seperti Salted Caramel Cheesecake yang manis dan berkrim.

#8 Restoran Asam Pedas Serambi

Alamat: 17, Jalan Serambi U8/21, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, Isnin 7 am – 8 pm, Selasa – Ahad 7 am – 10.30 pm

Melihat namanya sahaja pasti sanda sudah boleh teka yang Restoran Asam Pedas Serambi ini memang terkenal dengan masakan kampung.

Juga dikenali sebagai antara port sarapan di Bukit Jelutong, restoran ini turut menyajikan hidangan sarapan seperti nasi lemak dan roti canai.

Roti canai di sini memang mendapat pujian ramai. Ianya rangup dan gebu dan kuah dhal juga memang menggamit selera.

asam pedas bukit jelutong
Imej via Foursquare

Untuk makanan berat pula, anda boleh cuba sup tulang, daging masak hitam dan asam pedas ikan pari.

#9 The Third Letter

Alamat: No 2, Jalan N U8/N, Seksyen U8 Bukit Jelutong Timur, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 9 pm

Kafe hipster sememangnya kena dengan jiwa orang kita. Di Bukit Jelutong, kafe moden yang memang popular ialah kafe The Third Letter.

Mnyajikan hidangan Barat, jenis menu yang disajkan memang berbagai jenis. Sebut sahaja apa yang anda mahu, pasti ada.

the third letter
Imej via Foursquare

Anda boleh cuba Lamb Chop, Beef Carbonara Pasta Grilled Butter Fish, Lamb Pasta dan Tomato Soup.

Untuk minuman, kppi di sini juga turut menempa populariti. Flat White, Capuccino dan Espresso merupakan antara yang terlaris, anda wajib cuba!

#10 Restoran Mak Uda

Alamat: Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 11 pm

Menggemari masakan Pantai Timur? Tak perlu jauh-jauh, kerana anda boleh sahaja singgah di restoran Mak Uda yang terletak di Bukit Jelutong ini.

restoran mak uda tempat makan bukit jelutong
Imej via Foursquare

Antara menu yang terlaris ialah nasi kerabu dan nasi dagang. Saiz hidangan yang banyak serta rasanya yang sedap dan asli membuatkan ramai pelanggan setia degan menu-menu ini.

Untuk minuman, jangan lupa untuk pesan Nescafe Tarik mereka. Tambahan pula jika anda pesan untuk bungkus “ikat tepi”, dijamin padu!

#11 Karnivormalaya

Alamat: No. J-G-95, Courtyard Plaza Jelutong, 5C, Persiaran Gerbang Utama, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 5 – 10 pm

Mencari tempat makan malam di Bukit Jelutong? Jika anda berada sekitar Plaza Jelutong, singgah sahaja di Karnivormalaya.

Nama pun karnivor, semestinya anda boleh teka jenis hidangan yang disajikan di sini ialah daging atau lebih spesifik, stik.

karnivormalaya bukit jelutong
Imej via Foursquare

Antara stik yang laku keras ialah Beef Brisket, Lamb Shoulder, Wagyu Beef dan Tenderloin Steak.

Stik di sini diakui lembut dan juicy. Saiz hidangannya juga besar, memang berbaloi!

#12 Stesen 83

Alamat:  D’Vida Business Park, Jalan Bazar U8/100, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 9 am – 10 pm

Selera Asia dan tempatan sememangnya sebati dengan jiwa orang kita. Jika anda berada di Bukit Jelutong, ini merupakan antara restoran selera Asia yang memang terkenal – Stesen 83.

stesen 83
Imej via Foursquare

Untuk hidangan sarapan, anda boleh cuba nasi lemak ayam, nasi lemak sotong dan set sarapan Big Breakfast.

Teringin untuk menikmati makann ringan untuk minum petang? Cucur pisang, lempeng pisang dan cucur udang juga turut disajikan.

#13 Nikusutei Japanese Muslim Restaurant

Alamat: No.15G, Jalan Bazar P U8/P, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 10 pm

jika anda mencari retoran hidangan Jepun yang halal di Bukit Jelutong, anda boleh kunjungi Nikusutei Japanese Muslim Restaurant.

nikusutei ajpanese muslim restaurant
Imej via Foursquare

Walaupun baharu sahaja beroperasi, restoran ini sudah mendapat sambutan yang cukup hangat. Hidangan Jepun yang disajikan juga ada berbagai jenis.

Anda boleh cuba Takoyaki, Gyoza, Edamamae, Soba, Ramen, Udon dan Chicken Teriyaki Don. Dijamin enak dan persis makanan Jepun sebenar!

#14 King Grill

Alamat: No. 12-G Suria Jelutong, Jalan Bazar U8/99, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 10 pm

Ikan bakar, ayam bakar & daging bakar – melihat nama hidangan-hidangan ini sahaja sudah mampu untuk membuat anda kecur air liur. Untuk itu, singgah sahaja di King Grill.

king grill
Imej via Foursquare

Restoran ini menyajikan lauk yang dibakar yang berasakan masakan kampung. Untuk makanan laut, anda boleh cuba ikan pari bakar, sotong bakar, kerang bakar, tilapia bakar dan siakap bakar.

Untuk lauk selain makanan laut, daging bakar dan ayam bakar juga turut mencuri perhatian ramai. Aromanya juga sangat memikat!

Kesimpulan

Sudah jumpa tempat makan di Bukit Jelutong yang ingin dikunjungi? Jika berpeluang ke sini, singgah sahaja satu persatu tempat makan yang kami senaraikan kerana semuanya menarik.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.