Mencari tempat makan sedap di Bangi?

Hari ini kami ingin kongsi senarai lengkap 35 tempat makan di Bangi yang terkini. Tempat ini adalah tempat yang menawarkan tempat makan yang menarik dan sedap di Bangi menurut pendapat ramai.

#1 Restoran Ana Ikan Bakar Petai

Alamat: Lot 29991, Persiaran Kemajuan, (Bersebelahan Balai Bomba BB Bangi), 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Restoran Ana Ikan Bakar Petai tempat makan bangi

Imej via Foursquare

Restoran ini terkenal dengan ikan bakarnya. Ikan bakarnya dimasak dalam daun pisang yang diletak bersama sambal petai. Memang menarik baunya apabila masak. Kedai ikan Bakar Ana Ikan Bakar Petai turut mempunyai cawangan di Kuantan.

Untuk ke sini, petunjuk yang boleh anda gunakan adalah balai bomba Bangi. Tidak jauh sahaja dariapda situ. Menu lain adalah seperti konsep ikan bakar yang lain. Tentulah sotong goreng tepung, tomyam , udang masak mentega menjadi pilihan.

Restoran Ana Ikan bakar Petai dibuka setiap hari bermula pukul 5 petang sehinggalah 12 tengah malam.

 

#2 Mohd Chan Bandar Baru Bangi

Alamat: 30, Jalan Medan Pusat 2c, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Dim Sum Mohd Chan tempat makan bangi

Imej via Foursquare

Jika ingin kelaianan sedikit daripada masakan Melayu, anda bolehlah datang ke restoran ini. Restoran Mohd Chan Bandar Baru Bangi tidak asing lagi terkenal sebagai tempat makan amsakan Cina yang sedap.

Restoran masakkan Cina ini bermula daripada restoran yang terletak di lokasi Bukit Beruntung pada tahun 2007. Jadi anda boleh agak betapa majunya perniagaan ini.

 

#3 BBB Tomyam

Alamat: Jalan 1/9g, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Bagi menu makan malam, tomyam merupakan antara menu yang wajib dipesan. Untuk mencuba tomyam yang menepati citarasa anda, singgah sahaja di restoran BBB Tomyam ini.

tempat makan bangi

Imej via Foursquare

Selain tomyam, makanan Thai lain seperti siakap stim, kerang bakar, sotong goreng tepung dan kailan ikan masin juga wajib anda pesan. Pasti lebih meriah jika dinikmati beramai-ramai!

#4 Restoran Roti Puri

Alamat: No. 14A, Jalan 3/70, Seksyen 3, Selangor, 43650 Bandar Baru Bangi

Jika anda mahukan kelainan sedikit untuk sarapan, boleh datang untuk mencuba roti puri di sini. Roti puri ini kelihatan seperi roti arab yang kembung. Tetapi ianya lebih rangup dan sedap. Ianya datang bersama dalam bentuk set.

TEMPAT MAKAN BANGI

Imej via Foursquare

Satu set mengandungi lima roti puri dan kuahnya.Banyaknya lima? Tunggulah bila anda datang ke sini. Lima tu umpama kacang sahaja apabila anda makan bersama kuahnya.

 

#5 Restoran Belauk

Alamat: Jalan 7/7C, 73&75, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Restoran Belauk Bangi tempat makan bangi

Imej via Foursquare

Untuk peminat lauk Kelantan, menu di sini mungkin kesukaan anda. Sebanyak 80 juadah lauk dapat anda pilih jika makan di sini. Semuanya terserah kepada selera anda untuk membuat keputusan.

Dibuka setiap hari daripada 9 pagi sehinggalah 8.45 malam.

 

#6 d’ Limau Nipis Restoran

Alamat: No. 201 & 205, Jalan 8/1, Seksyen 8,, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Ini salah satu restoran kesukaan kami dari sudut air. Air special d’limau patut anda cuba jika makan di sini. Ianya terdiri daripada gabungan air limau, ais krim vanila dan agar-agar hijau. Kami sangat suka rasanya.

tempat makan bangi d limau nipis

Imej via Foursquare

Manakala untuk makanan ,pelbagai lauk dapat anda pilih. Ikan bakar, sotong bakar juga disediakan di sini untuk anda pilih. Aroma lauk yang dibakar pun sudah cukup memikat, bayangkan sendiri keenakkannya!

 

#7 Red Wok Restaurant

Alamat: PT70550, Jalan Kajang Impian 1/2, Taman Kajang Impian, 43560 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Red Wok Bangi tempat makan bangi

Imej via Foursquare

Untuk peminat steamboat, anda bolehlah datang untuk menajmu selera di sini. Tempat makan di sini sangat luas dan sangat sesuai untuk membawa keluarga besar makan di sini. Anda boleh duduk dan sambil makan perlahana-lahan steamboat yang disediakan.

Menarik lagi, hampir 100 jenis makanan anda boleh pilih untuk dikukus bersama -sama kuah yang tersedia. Kesedapan makanan ini semakin bertambah apabila dicelup dan dimakan bersama-sama sos rahsia. Fuh memang terangkat!

Waktu operasi sedikit berbeza setiap hari. Secara umumnya, ianya dibuka dariapda pukul 12 tengah hari sehinggalah 12 tengah malam. Kecuali pada hari Jumaat dimana waktu operasi bermula 6 petang.

 

#8 Austin Steak House

Alamat: Bangi 55 GF, Jalan Kajang Impian 2/1, Taman Kajang Impian, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Malaysia

Austin Steak House Bangi tempat makan bangi

Imej via Foursquare

Satu lagi tempat makan di Bangi yang boleh diterjah ialah Austin Steak House. Restoran ini menyediakan menu masakan Barat. Kami suka makan di sini kerana suasananya yang sedikit ala-ala cowboy.

Dari sudut kesedapan pula, ianya tidak mengecewakan. Kebanyakkan menu masakan barat dapat anda jumpa di sini. Harga pula tidaklah mahal bagi kami.

 

#9 Restoran Sup Urat Keting

Alamat: Jalan 7/7a, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Restoran Sup Urat Ketin tempat makan bangi

Imej via Foursquare

Untuk mendapatkan urat keting yang asli, anda perlu merebusnya dahulu supaya lemaknya terasing dari urat keting. Jadi, bukan mudah proses untuk menyediakannya.

Tapi anda tak perlulah bersusah payah untuk merebus urat keting semata-mata ingin membuat sup yang sedap. Cuba anda singgah ke Restoran Sup Urat Keting, Bandar Baru Bangi. Pasti nak rasa hari-hari sup urat keting ini!

 

#10 Restoran D’Bukit, Bangi

Alamat: Jalan Dusun, 43000 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Restoran D'bukit Bangi tempat makan bangi

Imej via Facebook

Kami sangat sukakan tempat ini jika sarapan adalah matlamatnya. Tempat makan sarapan yang ideal untuk keluarga. Anda boleh pesan roti canai yang lembut atau mee rebusnya. Memang sedap dan harganya pula tidak mahal.

Tentang servis pula memang terbaik. Kami suka servis mereka yang cepat. Apabila sampai setelah dapat meja, anda akan didatangi oleh pelayan. Pelayan akan menagmbil pesanan dan dalam beberapa menit, menu yang dipesan sampai. Cepat dan laju!

Sangat digalakkan untuk datang awal kerana gerai sini sentiasa sahaja dipenuhi oleh orang ramai.

 

#11 Warung Dusun Sup Gear Box

Alamat: Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Warung Dusun Sup Gear Box

Imej via Foursquare

Untuk peminat sup, tempat makan ini tidak dapat anda tinggalkan dalam senari tempat makan menarik di Bangi.Konsep restoran pula ala-ala kampung.

Nama tempat makan pun Gearbox Warung Dusun, jadi apabila di sini haruslah menu utama yang paling best sup gearbox dipilih dan dicuba.

Dibuka setiap hari daripada pukul 6 petang sehinggalah 1 pagi.

 

#12 Steamboat Antarabangsa

Alamat: Jalan Medan Pusat Bandar 4A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Steamboat Antarabangsa tempat makan bangi

Imej via Foursquare

Untuk peminat steamboat, Steamboat Antarabangsa merupakan salah satu steamboat di Bangi boleh anda pergi selain Red Wok.

#13 Red Card Cafe

Alamat: 17 & 18, Jalan Medan Pusat Bandar 4A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Red Card Cafe Bangi tempat makan bangi

Imej via Foursquare

Ini juga antara tempat makan western yang menarik untuk dicuba. Bagi kami tempat makan di sini lebih selesa dan lebih ‘privacy’.

Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin. Waktu operasi pula daripada pukul 12 sehinggalah 10.30 malam. Dibuka lewat sedikit pada hari Jumaat iaitu 4.30 petang ke 11 malam.

 

#14 Ayam Bakar Wong Solo

Alamat: Persiaran Bangi, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Ayam Bakar Wong Solo

Imej via Foursquare

Untuk peminat masakan Indonesi, ini port yang boleh anda pergi. Menu ayam penyetnya memang tampak menarik untuk dicuba

Dibuka 24 jam setiap hari. Jadi jika anda teringin pada bila-bila masa sahaja masakan Indonesia, boleh terus sahaja datang ke sini.

 

#15 Kedai Kopi Tepian Bangi

Alamat: No. 44, Jalan 4/11, Seksyen 4 Tambahan, Selangor, 43650 Bandar Baru Bangi, Malaysia

Kedai Kopi Tepian Bangi tempat makan bangi

Imej via Foursquare

Kalau bersama kawan, tentu tempat makan terbaik untuk berborak adalah kedai mamak. Tetapi kalau bersama keluarga , kami suka ke Restoran Kedai Kopi Tepian Bangi.

Tempat makan ini juga antara tempat sarapan yang disukai kami. Pelbagai menu boleh anda pilih apabila makan di sini seperti roti canai, nasi goreng, aneka kuih-muih dan macam-macam lagi.

Dibuka setiap hari daripada pukul 7 pagi sehinggalah 2 pagi.

 

#16 Me’nate Steak Hub (Bangi)

Alamat: 25, Jalan Medan Pusat 2D, 3B Curve Business Park, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Kedai ini terkenal dengan pemiliknya, Mustaffa Othman yang pernah menuntut ilmu dan berpengalaman luas mengenai daging. Paling membanggakan, beliau pernah berkhidmat untuk Ratu Elizabeth di Istana Buckingham, London.

menate

Imej via Foursquare

Pelbagai menu dapat dipilih dan cuba di sini. Tetapi yang sangat disyorkan dan cara ada adalah sejenis daging Wa’gyu iaitu daging Jepun. Harganya berbeza mengikut berat yang dipilih.

 

#17 Warung Bunian

Alamat: Jalan Jamaludin, Kampung Sungai Merab, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia

Warung Bunian

Imej via Foursquare

‘Warung Bunian’ adalah nama lain yang diberikan pelanggan kepada Warung Tapak Sulaiman. Kedai makan ini yang sudah lebih 10 tahun beroperasi. Menu yang disediakan adalah menu kampung berkonsepkan hidang.

Ianya dinamakan warung bunian kerana terletak jauh terperosok dalam gaung dan di sebalik bukit. Tidak seperti tempat lain, menu di sini sedikti sahaja. Pelanggan dikenakan RM15 atau RM20 untuk menu yang dimasak pada hari tersebut.

Menunya masakan kampung berubah-ubah dan boleh jadi masak lemak cili api udang atau ketam bersama ayam goreng atau ikan masak kicap, sayur dan sambal belacan. Itu sahaja.

Yang penting, apabila datang ke sini, anda diminta membuat tempahan terlebih dahulu. Jika hendak ‘walk in’ digalakkan sampai sebelum pukul 11 pagi.

Dibuka setiap hari daripada pukul 7 pagi sehinggalah 2 petang. Kecuali hari Jumaat dan Ahad, waktu operasi tutup pukul 11 pagi iaitu hanya sarapan sahaja yang dijual.

 

#18 Restoran Azura Seksyen 3 Bandar Baru Bangi

Alamat: 14, Jalan 3/69, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Restoran Azura Seksyen 3 Bandar Baru Bangi tempat makan bangi

Imej via Foursquare

Restoran ini oleh dikatakan port pelajar-pelajar sekitarnya.Bagi kami, makanannya sedap dan kena dengan tekak kami. Antara faktor utama ianya dikunjungi ramai adalah disebabkan harganya yang murah berbanding tempat makan di Bangi.

Restoran Azura dibuka setiap hari dan 24 jam. Makanan berlauk boleh didapati sebelah pagi. Makanan gorengan pula adalah pada sebelah malam.

 

#19 Nasi Kukus House (Restoran & Cafe )

Alamat: No. 33, Jalan 4/11A, Seksyen 4 Tambahan, Selangor, 43650 Bandar Baru Bangi, Malaysia

Nasi Kukus House Bangi

Imej via Foursquare

Jika di Seksyen 4, anda bolehlah untuk makan di Nasi Kukus House. Kami suka makan tengah ahri di sini kerana lauknya yang pelbagai dan banyak.Ayam berempahnya mendapat pujian ramai. Jadi jangan lupa untuk mencubanya.

Dibuka setiap hari daripada pukul 7 pagi sehinggalah 7 malam.

#20 Denali & Pinnacles The Wanderer’s Cafe

Alamat: Lot 1-4, Tingkat 1, Pusat Perniagaan Seksyen 3, off, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Ingin makan malam dalam suasana penuh santai dan romantis? Singgah saja di Denali & Pinnacles The Wanderer’s Cafe ini! Kafe ‘rooftop’ ini merupakan antara kafe hipster yang agak popular di sekitar Bangi.

menu @ denali

Imej via Foursquare

Menu yang dihidangkan di sini berkonsepkan makanan Barat. Ada pelbagai jenis menu yang boleh anda pilih – ada pasta, pencuci mulut, burger dan hidangan berat yang lain.

Kafe Denali & Pinnacles ini beroperasi setiap hari kecuali Selasa, bermula dari jam 5 petang hingga 2 pagi.

#21 Eat & Repeat

Alamat: 2-18, Jalan 15/1f, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Seperti nama restorannya juga, jika and singgah makan di sini pasti anda akan singgah makan di sini lagi dan lagi, atau tambah berkali-kali. Agak-agak kenapa ya?

eat repeat @ tempat makan bangi

Imej via Foursquare

Restoran ini menyajikan makanan yang memang dekat dengan orang kita seperti Nasi Goreng Cina, Lontong, Nasi Putih Ayam Kunyit, Mi Kari dan banyak lagi. Sesuai dijadikan menu untuk makan tengahari atau malam!

Restoran Eat & Repeat beroperasi pada setiap hari kecuali Isnin, bermula dari jam 11 pagi hingga 10 malam.

#22 Salt & Pepper

Kalau anda sukakan makanan pedas yang bukan biasa-biasa pedasnya, resstoran Salt & Pepper ini wajib anda terjah! Menurut ramai, restoran ini terkenal dengan jolokan ‘Paling Pedas di Malaysia’ untuk menu burger, pasta dan Chicken Wings mereka.

burger @ salt & pepper

Imej via Foursquare

Kurang menggemari makanan pedas? Jangan risau! Restoran ini juga turut menghidangkan menu lain seperti Lamb Grill dan Spaghetti Carbonara. Saiz hidangannya juga besar, berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Waktu operasi bagi restoran ini ialah setiap hari kecuali Isnin, bermula dari jam 3 petang hingga 10:30 malam.

#23 Restoran Barra

Alamat: Seksyen 6, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Restoran ini mungkin kelihatan seperti restoran mamak, tetapi ianya bukan. Restoran yang berkonsepkan santai ini cukup sesuai untuk anda kunjungi jika anda ingin meluangkan masa bersama-sama sahabat handai atau keluarga tercinta.

nasi goreng daging @ barra

Imej via Foursquare

Antara menu yang paling kerap dipesan di sini ialah nasi goreng daging, nasi goreng ayam, roti nan cheese dan roti canai. Bukan sahaja enak malah mengenyangkan! Restoran ini beroperasi 24 jam, jadi singgah sahaja bila-bila anda mengidamkan menu mereka!

#24 Warung Kita

Alamat: Jalan Industri Sungai Tangkas 1, Kampung Sungai Tangkas, 43000 Bangi, Selangor

Anda pernah terdengar tentang Nasi Manggey? Nasi Manggey merupakan makanan negeri Kelantan yang menghidangkan nasi berlaukkan ayam cincang bersama kuah kari.

nasi manggey @ warung kita

Imej via Facebook

Warung Kita ini ada beberapa cawangan di Selangor, antaranya ialah di Ampang, Sungai Buloh dan Bangi. Jadi bagi anda yang berada di sekitar kawasan ini, singgahlah di restoran Warung Kita untuk mencuba Nasi Manggey dan Coconut Shake mereka, dijamin terbaik!

Restoran ini beroperasi setiap hari bermula dari jam 7 pagi hingga 10 malam.

#25 Rahsia Kopitiam

Alamat: Jalan 15/1d, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Jika anda menyukai Kacang Pool, Rahsia Kopitiam inilah tempat yang wajib anda terjah untuk mencuba menu tersebut. Ada pelanggan yang mengatakan Kacang Pool di sini setaraf keenakannya dengan Kacang Pool di Larkin!

kacang pool @ rahsia

Imej via Foursquare

Selain Kacang Pool, anda juga boleh mencuba menu lain seperti Mi Bandung, Mi Rebus, Nasi Ambang Special dan Laksa Johor. Cukup enak dinikmati sebagai makan petang!

#26 Restoran Anje

Alamat: No. 15-GF, Jalan 15/1c, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Jika anda pernah mencuba nasi briyani gam Johor, kami yakin anda pasti teringin untuk menikmatinya lagi. Tak perlu jauh-jauh ke Johor jika anda berada di Bangi, kerana Restoran Anje ada menyediakan hidangan yang sama.

tempat makan bangi

Imej via Foursquare

Bukan sahaja sama dari segi jenis menu, malah keenakkannya juga serupa! Antara briyani gam yang boleh dicuba ialah briyani kambing. Dagingnya lembut dan saiz hidangan juga besar, sangat berbaloi!

#27 Cartel Coffee Shop

Alamat: 11, Jalan 15/1d, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Kopi di Cartel Coffee Shop ini memang patut dipuji. Bukan sahaja pekat, ianya juga tidak terlampau manis mahupun pahit, sangat sesuai dinikmati oleh pencinta kopi.

tempat makan bangi

Imej via Foursquare

Selain kopi, pencuci mulut seperti kek dan tart juga boleh dicuba. Masih mahu makanan berat? Nasi dan pasta juga turut disajikan, memang berbagai betul menu di sini!

#28 Putra Permai Chicken Chop

Alamat: 20-28, Jalan 15/1f, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Ingin menikmati Chicken Chop namun bajet ketat? Tidak mengapa, singgah sahaja di Putra Permai Chicken Chop! Restoran ini menawarkan harga RM 5 sahaja untuk Chicken Chop, sangat berpatutan!

putra permai @ tempat makan bangi

Imej via Foursquare

Walaupun harganya murah, Chicken Chop di sini masih enak dan saiz hidangannya juga sederhana. Sos lada hitam yang membanjiri menu ini juga sedap!

#29 Tuah Cafe

Alamat:  No20, Jalan 7/1c, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Sekali tengok, Tuah Cafe ini nampak seperti kafe moden biasa sahaja. Anda pasti akan berubah fikiran setelah anda mencuba hidangan Barat yang disajikan di sini.

tempat makan bangi

Imej via Foursquare

Nasi bersama ayam butter merupakan menu yang paling kerap menerima pesanan. Rasa ayam butter yang berkrim namun tidak memuakkan ini telah berjaya memikat hati ramai pelanggan!

#30 De’Salai Bangi Station

Alamat: Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Kepada peminat tegar masak lemak cili api asli Negeri Sembilan, kami ada berita baik buat anda. Restoran De’Salai Bangi Station ini ada menyediakan masakan masak lemak salai Negeri Sembilan yang bukan sahaja sedap, malah asli.

DE SALAI @ Tempat makan bangi

Imej via Foursquare

Antara yang boleh anda cuba ialah masak lemak daging salai, masak lemak siput sedut, masak lemak ayam dan masak lemak udang. Kuahnya yang tidak terlalu pekat dan rasanya yang pedas pasti telah menambat hati ramai!

#31 Jahhet Fine Meat

Alamat: E—G-09, Streetmall Bangi Gateway, Jalan GE, Bangi Gateway, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Buat pencinta stik, restoran Jahhet Fine Meat ini pasti akan memuaskan hati anda dengan kualiti stik yang ditawarkan. Kalau dah nama restorannya pun “Fine Meat”, semestinya kualiti stik di sini terbaik.

jahhet fine meat

Imej via Foursquare

Wagyu merupakan stik yang paling laris di sini. Walaupun harga wagyu sedikit mahal, namun kualitinya terbaik. Anda boleh cuba sirloin, tenderloin, rib finger & tomahawk. Dijamin puas hati!

#32 Bawal Power Sempoi Teras Jernang

Alamat: Lot 5939, Jalan Taman Sentosa, Taman, Desa Sentosa Fasa 2, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Restoran Bawal Power memang diakui sangat terkenal sekitar Selangor. Buktinya, restoran ini mempunyai beberapa cawangan sekitar sini, termasuk cawangannya di Bangi sendiri – Bawal Power Sempoi Teras Jernang.

bawal sempoi

Imej via Foursquare

Selain bawal goreng, antara masakan kampung yang boleh didapati ialah sotong bakar. Memang sedap walau dimakan bersama nasi putih panas.

#33 Go’bang Maju Patin Tempoyak

Alamat: 12 & 13A, Jalan BG 3B/6, Bangi Gateway 3B, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Nama restoran ini sendiri mampu membuatkan sesiapa sahaja terliur kerana terbayangkan ikan patin masak tempoyak, bukan?

gobang maju bangi

Imej via Foursquare

Tak perlu jauh-jauh ke Pahang, kerana di Bandar Baru Bangi pun ada cawangan untuk restoran ini. Semestinya menggunakan ikan patin yang segar dan lembut isinya.

#34 Santan ( Nasi Lemak Saiko) @ Bangi

Alamat: Jalan Bahagia Teras Jernang, 43000 Bangi, Selangor

Restoran ini terletak berdekatan dengan Kajang, jadi jika anda berada di Kajang, bolehlah singgah di sini untuk mencuba nasi lemaknya yang menjadi kegemaran ramai.

tempat makan bangi santan

Imej via Foursquare

Selain nasi lemak, colek, baby crab,  char kuey teow dan spicy Korean Chicken juga boleh dinikmati di sini. Suasananya yang santai membuatkan ramai pelanggan selesa meluangkan masa di sini.

#35 Cendol Bakar Auntie Sue @Teras Jernang

Alamat:  39, Jalan Jernang Jaya 1, Kampung Teras Jernang, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Cendol Bakar Auntie Sue ini salah satu tempat makan di Bangi yang menyediakan cendol yang dikatakan antara yang tersedap oleh ramai pengunjungnya.

tempat makan bangi cendol auntie sue

Imej via Foursquare

Cendolnya tidak terlampau manis, sangat sesuai dinikmati untuk minum petang. Cendol durian pulut merupakan antara yang terlaris. Cucur udang dan laksa juga turut disediakan.

Kesimpulan

Itulah senarai lengkap tempat makan di Bangi yang menarik dan sedap yang anda boleh cuba. Pada masa akan datang, kami akan kemaskini lagi senarai ini buat anda.

Anda ada cadangan tempat makan lain? Kongsilah bersama kami di bawah. Selamat menjamu selera!

Penulis: Awal Faiz

Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .