Mencari tempat lepak di Shah Alam?

Tempat makan di Shah Alam ada banyak. Dari makanan Barat, tempatan, Indonesia ke selera Thai, semuanya ada. Ini termasuk juga dengan tempat makan yang sesuai untuk sesi lepak.

Masih tertanya-tanya tempat lepak di Shah Alam yang best? Tidak mengapa, berikut kami senaraikan 10 tempat lepak di Shah Alam. Teruskan membaca!

#1 Foodsbury Cafe

Alamat: 24, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A 9/A, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, Selasa – Khamis 12 pm – 10.30 pm, Jumaat – Ahad 12.30 pm – 11 pm

Nama kafe ini memang menjadi sebutan ramai yang mengunjungi Shah Alam. Foodsbury Cafe ini sememangnya antara kafe moden yang santai dan sesuai untuk sesi melepak bersama rakan-rakan.

tempat lepak shah alam
Imej via Foursquare

Pilihan makanan di sini berkonsepkan makanan Barat. Dari makanan berat, pencuci mulut, pasta, tortilla, burger, semuanya ada. Jangan lupa untuk mencuba Almond Salted Mille Crepe mereka!

#2 Restoran Soto Shah Alam

Alamat: No. 12, Jalan Liku B 8/B, Seksyen 8, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, 7.30 am – 11 pm

Sarapan pagi merupakan antara waktu yang sesuai untuk anda meluangkan masa bersama rakan-rakan. Untuk itu, singgah sahaja bersarapan pagi di Restoran Soto Shah Alam.

tempat lepak shah alam
Imej via Foursquare

Menu sarapan di sini ada berbagai pilihan. Soto, nasi kerabu dan mi goreng merupakan antara menu terlaris. Anda juga boleh menikmati makan tengah hari dan makan malam di restoran yang selesa dan bersih ini.

#3 Restoran Gegey

Alamat: No. 12 &  14, Jalan Plumbum N7/N, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 12 – 11 pm

Mencari tempat lepak di Shah Alam Seksyen 7? Singgah sahaja di Restoran Gegey yang merupakan antara restoran popular untuk sesi melepak ini.

tempat lepak shah alam
Imej via Foursquare

Restoran ini menyajikan makanan Barat dan tempatan. Anda boleh cuba Nasi Gapo, Nasi Kerabu Gegey, Lamb Chop, Aglio Olio dan Western Platter. Saiz hidangan juga besar, pasti anda dan rakan-rakan akan berpuas hati!

#4 Pak Li Kopitiam

Alamat: 42, Jalan Kristal K7/7, Sekyen 7, 40000 Shah Alam

Waktu operasi: Setiap hari, 8 am – 1:30 am

Restoran Pak Li Kopitiam yang terletak di Seksyen 7 ini merupakan antara tempat lepak di Shah Alam yang popular. Bukan sahaja di Shah Alam, malah ianya kerap dikunjungi oleh orang luar.

tempat lepak shah alam
Imej via Foursquare

Terdapat pelbagai menu yang boleh dicuba. Menu-menu yang terhangat di restoran ini ialah Nasi Ayam Lemon dan Golden Fried Rice. Untuk minuman pula, kopi putih merupakan antara minuman yang tersedap.

#5 Polperro Steak House Shah Alam

Alamat:  7 2, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, Ahad – Khamis 12 – 11 pm manakala Jumaat-Sabtu 12 – 11.30 pm

Adakah anda menggemari makanan Barat dan stik? Jika ya, anda wajib singgah di Polperro Steak House Shah Alam ini. Ianya mempunyai cawangan di Seksyen 7 dan Seksyen 13.

tempat lepak shah alam
Imej via Foursquare

Antara hidangan yang boleh dicuba di sini ialah Wagyu Steak, Blackpepper Chicken Chop, T-Bone Steak dan Rib Eye Steak. Hidangan yang sedap dan mengenyangkan di sini memang berkualiti tinggi, rugi tak cuba!

#6 Kambing Bakar Kontena Setia Alam

Alamat: No.1-GF, Seria 88 Business Centre, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 11 am – 11 pm

Mahu menikmati kambing bakar bersama rakan-rakan di restoran yang selesa dan sesuai untuk melepak? Singgah sahaja di restoran Kambing Bakar Kontena yang terletak di Setia Alam ini.

Imej via Foursquare

Kambing bakar di sini memang diakui sedap oleh ramai pelanggan. Isi daging yang lembut dan juicy pasti akan bikin anda ketagih. Selain itu, mereka juga ada menyajikan menu lain seperti bawal penyet dan ayam penyet.

#7 Nasi Bukit

Alamat: Lot 641, Jalan Mat Raji, Kampung Padang Jawa, 40200 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 12.30 – 11 pm

Ingin menikmati hidangan yang bersaiz besar dan murah harganya? Singgah sahaja di restoran Nasi Bukit yang terletak di Kampung Padang Jawa ini.

Imej via Foursquare

Menu yang wajib dicuba ialah Nasi Goreng Bukit yang berharga RM 5 sahaja. Saiz hidangannya besar, jadi kekenyangan pasti dijamin. Selain itu, menu lain seperti nasi goreng ayam merah juga turut digilai ramai.

#8 Kafe Eat & Repeat

Alamat: YG24, Jalan Plumbum Y7/Y, PUSAT KOMERSIAL SEKSYEN 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, hari minggu 11 am – 10.30 pm manakala hujung minggu 11 am – 11 pm

Imej via Foursquare

Cara hidangan makanan di Kafe Eat & Repeat ini memang sesuai untuk sesiapa yang ingin melepak bersama rakan-rakan, kerana makanan di sini dihidangkan dalam mangkuk kecil.

Jika difikirkan, konsepnya ala-ala boat noodle. Jenis hidangan pula berkonsepkan citarasa tempatan. Anda boleh cuba sagu gula merah, pulut mangga, lontong, laksa dan soto.

#9 Brotherhood & Co Lifestyle Cafe

Alamat: AAG-2, Jalan Plumbum Aa 7/Aa, Seksyen 7, 40000 Shah Alam

Waktu operasi: Setiap hari, 12 pm – 1 am

Satu lagi kafe moden di Shah Alam yang menyajikan makanan Barat dan tempatan ialah Brotherhood & Co Lifestyle Cafe. Ruang kafe yang luas dan selesa membuatkan ramai pelanggan selesa meluangkan masa di sini.

Imej via Foursquare

Antara menu yang boleh anda cuba di kafe ini ialah nasi lemak sotong, nasi ayam Hainan dan nasi goreng kambing. Kafe ini juga ada live band, jadi bolehlah anda dan rakan-rakan menjamu selera dengan ditemani muzik mereka.

#10 Murni Discovery Shah Alam

Alamat: Jalan Plumbum Ac 7/Ac, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 12 pm – 12 am

Restoran Murni Discovery Shah Alam yang terletak di Seksyen 7 ini sememangnya antara tempat terbaik untuk anda singgah jika anda ingin meluangkan masa bersama rakan-rakan.

Imej via Foursquare

Konsep restoran yang santai dan ruang yang selesa membuatkan ramai pengunjung singgah di sini. Antara menu yang wajib dicuba ialah Nasi Goreng Buttermilk, Naan Tandoori, Nasi Lemak Murni Discovery dan Mee Raja Tomyam.

Kesimpulan

Sudah jumpa tempat lepak di Shah Alam yang ingin diterjah? Jika berpeluang, singgah sahaja satu persatu tempat makan ini kerana semuanya enak-enak belaka.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.