Hai semua! Selamat pagi dan selamat memulakan minggu baru buat semua. After sahur tadi, korang terus tidur or tunggu solat Subuh dulu? Ha jangan lah terlepas pulak untuk menunaikan solat Subuh dah elok-elok bangun sahur awal pagi kan. Dan seeloknya, buat lah sesuatu yang bermanfaat selepas Subuh untuk mengelakkan korang tidur.

Tik tok tik tok dah nak habis dah bulan puasa kan. Yang mana belum siap lagi persiapan raya, minggu ni adalah minggu akhir untuk korang siapkan apa yang patut. Lagi-lagi minggu ni minggu bekerja. Kalut jugak tu. Ha lain kali, jangan buat benda last minute. Persiapan raya sepatutnya dah settle sebelum masuk bulan Ramadhan lagi. Barulah boleh beRamadhan dengan tenang.

Time puasa ni kalau korang pergi ke pasar raya, antara part yang paling mencabar adalah apabila melepasi gerai makanan. Lagi-lagi bau waffle ker popcorn ker kan. Haha. Biasanya bau waffle memang menusuk sehingga ke kalbu gittew. Sedap betul tapi harganya makin lama makin mahal kan?

Apa kata nanti korang try je sendiri buat kat rumah. Beli waffle maker banyak kat pasar raya atau di kedai-kedai elektrik. Then, bancuh sendiri dan bakar sendiri. Huii sedap tu. Di sini kami kongsikan 3 resepi waffle yang rangup, pelbagai dan sedap.

Korean Waffle

Buat mereka yang mahukan resepi waffle yang lebih premium dan ala-ala waffle street terkenal di Korea, anda boleh mencubanya mengikut resepi Sakura Hanami. Waffle yang rangup di luar dan lembut didalam dipadankan dengan filling yang manis.

Bahan A:

  • 140gm gula kastor
  • 2tsp garam
  • 240gm air
  • 100gm susu segar
  • 100gm minyak masak
  • 2 biji telur

Bahan B:

  • 400gm tepung kek (blue key merah)
  • 20gm serbuk penaik
  • 2tsp esen vanila

Cara memasak:

1. Kacau bahan A sampai sebati.

2. Ayakkan bahan B.

3. Gaulkan bahan A ke dalam B.

4. Kacau sebati sehingga tiada ketulan.

5. Panaskan waffle maker, sapu sedikit mentega.

6. Tuangkan adunan sampai rata permukaan maker.

7. Tunggu sampai keluar bubble baru tutup.

8. Masak sehingga kekuningan.

Filling Korean Waffle

  • Chocolate whipped cream
  • Whipped cream (pelbagaikan flavor, letak strawberi, mangga dan pewarna bersesuaian)

Cream Cheese Filling (mix sampai cheese lembut)

  • 250gm cream cheese
  • 70gm gula kastor
  • 300ml Rich Gold whipping cream

Cara membuat:

1. Mix whipping cream sampai soft peak dan jangan terlalu kental.

2. Gaulkan whipped cream kedalam cheese.

3. Mixed sehingga sedikit kental.

4. Bahagikan mengikut coloring dan flavouring.

Waffle Grilled Cheese Banana & Nutella

Danish Harraz pula telah berkongsikan resepi Waffle Grillled Cheese yang dipadankan bersama pisang dan nutella. Walaupun bahan utama menggunakan Waffle Gardenia, namun hasilnya memang enak dan rangup. Resepi ini adalah untuk dua set.

Bahan-bahan:

  • 2 pack waffle Gardenia
  • Nutella
  • 2 keping cheddar cheese
  • Hirisan pisang
  • Sedikit butter

Cara memasak:

1. Sapu sedikit nutella pada sebelah permukaan setiap waffle. Boleh juga jika mahu guna peanut butter.

2. Lapiskan dengan hirisan pisang. Letakkan sekeping cheese di atas waffles.

3. Tangkupkan dengan sekeping waffle lagi lalu panaskan kuali.

4. Letak hanya sedikit butter dan gunakan api perlahan. Letak waffle di dalam kuali.

5. Tekankan sedikit dengan sudip supaya dia melekat. Sambil itu sapu sedikit butter dibahagian atas waffle yang mengadap keatas.

6. Dah agak sedikit keperangan terbalikkan kesebelah lagi. Tekan lagi dengan sudip. Apabila sudah sedikit garing angkat dan hidangkan!

Waffle Mudah(3 keping)

Resepi ketiga telah dikongsikan oleh Hairul Nizam Ijam di Facebook. Cara membuat waaffle yang amat mudah dan pasti menjadi.

Waffle
Image via Facebook

Bahan-bahan:

  • 2 cawan gandum
  • 2 cawan air
  • 1/3 minyak
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 sudu baking powder
  • 2 sudu susu tepung
  • 2 sudu gula
  • Secubit garam

Cara Penyediaan:

  1. Satukan kesemua bahan-bahan di atas dan gaulkan sehingga sebati.
  2. Panaskan waffle maker dan masukkan adunan ke dalam waffle maker.
  3. Tunggu sehingga masak. SIAP!

Tips Waffle Rangup

Tak ramai yang boleh membuat tekstur waffle yang rangup di luar dan lembut di dalam. Tekstur sebegini yang menjadikan waffle lebih sedap. Kami kongsikan tiga tips untuk mendapatkan waffle yang rangup.

  1. Campurkan adunan bersama sedikit tepung jagung.
  2. Pastikan waffle maker betul-betul panas sebelum meletakkannya.
  3. Selepas waffle siap dimasak, terus angkat waffle ke atas jaring agar ada pengudaraan bagi mengelakkan waffle cepat lembut dan masih rangup. Jika diletakkan di atas papan atau pinggan, wap panas akan melembabkan permukaan waffle.

Korang suka resepi ni? Haa ada banyak lagi tau resepi-resepi yang kami kongsikan dan baakl kongsikan buat korang semua. Jangan lupa untuk like dan share ya!

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.