Korang suka makan Kuey Teow tak? Kuey Teow ni ada bermacam-macam cara untuk dimasak tau. Korang boleh buat Kuey Teow Goreng, Kuey Teow Sup, Kuey Teow Ladna, Kuey Teow Hailam dan macam-macam lagilah asalkan boleh masuk ke dalam mulut dan melepasi tekak korang gitu. Hihi

Haishh bercakap pasal Kuey Teow di bulan puasa ni agak menggugat iman jugak yer. Manakan tidak, biasanya kita melantak Kuey Teow ni malam-malam kat warung atau restoran-restoran untuk menikmatinya kan. Yang paling famous tentulah Kuey Teow Goreng ye dakkk? Haaa Kuey Teow Goreng ni kekadang tak cukup sepinggan. Lagi-lagi yang sedap tu, 2-3 pinggan pun boleh ahaa.

Cara goreng Kuey Teow tu pulak boleh macam-macam. Korang campak bahan A, rasanya macam tu. Korang campak bahan B, rasanya macam ni pulak. Haa gitulah seterusnya. So, macam mana nak masak Kuey Teow dengan cara yang tersedap di abad ini? Ha yang tu korang kene RAJIN masak dan mencuba resepi. Barulah jumpa yang Tip-Top!

Entry kali ini kami nak kongsikan satu resepi Kuey Teow Goreng Kerang yang telah diupload oleh saudari Arieza Rieza di Facebook. Nampak macam sedap sangatt dan tak kurang juga dengan sambutan Like dan Share dari orang awam untuk resepi beliau itu. Jom kita lihat!

Resepi Kuey Teow Goreng Kerang

Kuey Teow Goreng

Image Via Facebook

Bahan-bahan:

  • Kuey teow sebungkus
  • Bawang putih ditumbuk kasar.
  • Cili kisar
  • Sos tomato
  • Kicap mee
  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Kerang siap direbus n dikopek
  • Tauge
  • Daun Kucai
  • Garam perasa

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan cili kisar. Tunggu sehingga masak.
  3. Kemudian masukkan semua bahan-bahan kecuali kuey teow, tauge dan daun kucai. Kacau2 sehingga rasa semua ok. Lebihkan sedikit garam sebab kuey teow ni tawar.
  4. Kemudian masukkan kuey teow, daun kucai dan tauge. Kacau2 sehingga sebati semua. Kalau tak gelap boleh masukkan lagi kicap manis.
  5. Dah siap boleh la makan sama2 keluarga

Tips tak nak bagi kuey teow melekat semasa goreng dan nak kuey teow cantik, korang kena asingkan kuey teow satu persatu semasa basuh tu.

Selamat mencuba! Korang suka tak resepi macam ni? Haa kami ada banyak lagi resepi-resepi yang best untuk tatapan korang tau. Jemput klik dan tengok dannn jangan lupa untuk LIKE dan SHARE ya!

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.