Selamat pagi semua dan salam 18 Ramadhan. Hari ini kami nak bercakap pasal air asam yang memang kena lah dengan tajuk post untuk kali ini. Resepi air asam wow wow! Harap-harap taak kecur air liur lah semua duk baca dan tengok gambar air asam menyengat ni. Haha!

Air asam ni famousnya di sebelah utara. Teringat pada seorang kawan yang berasal dari Pulau Pinang dan suaminya pula orang Kedah. Di awal perkahwinan, menu masakan pada setiap hari wajib ada air asam. Tak kesah nak cicah air asam tu dengan apa, ikut apa yang ada tak kesah lauk yang dibakar, dikukus mahupun digoreng. Asalkan boleh!

Tapi memang tak dapat dinafikan. Air asam ni memang pembangkit selera. Boleh gantikan sambal belacan atau budu tau! Sangat lah sedap. Yang penting dalam membuat air asam ni, kita kene seimbangkan semua rasa yang ada dari segi masam, masin dan manisnya. Jadi, nak ada deria rasa yang marvellous, anda kena lah selalu rajin buat. Practice makes perfect ok!

Hari ini kami akan kongsikan satu resepi air asam yang telah dikongsi oleh saudara Syed Mohd Nazli di Facebook. Resepi air asam ni telah ditambah kerisik bagi menyengatkan lagi rasanya. Jom lihat.

Resepi Air Asam

Air Asam

Image Via Facebook

Bahan-bahan:

  • Cili api diricik halus
  • Bawang besar dipotong bulat
  • Buah tomato diricik halus
  • Sedikit gula dan garam secukup rasa
  • Belacan
  • Kerisik

Cara Penyediaan:

  1. Semua bahan diatas di ramas dengan air perahan asam jawa.
  2. Pastikan tidak dicampur air yang banyak, biar antara pekat dan cair. Jangan terlalu cair.
  3. Belacan dan kerisik boleh ditambah sehingga menaikkan rasa sedap air asam ini,cili api juga boleh ditambah untuk tahap kepedasannya.

Rumusannya,bahan bahan boleh ditambah seandainya kurang rasa kesedapannya. Dah SIAP.

Nampak mudah bukan? Haa WAJIB cuba tau! Selain resepi ini, kami juga ada memaparkan resepi-resepi lain yang turut mendapat perkongsian ramai. Selamat mencuba dan jangan lupa share ya.

Tinggalkan Komen!

〰〰

Langgan Info Kami

Berkaitan

〰〰
.