Pernahkah anda mencuba memasak sotong dengan kicap dan cili? tentu anda sudah tertunggu-tunggu resepi ini! Sotong, siapa yang tidak suka olahan makanan yang bersumber daripada hewan laut ini, sotong biasanya dimasak dengan cara digoreng dengan sambal ataupun kari. Namun hari ini kami ingin mengngsikan kepada anda resepi yang berbeza iaitu sotong masak kicap pedas.

Bahan utama yang digunakan dalam resepi ini ialah sotong. Akan semakin sedap kalau menggunakan sotong segar. Di campur bahan-bahan untuk menambah kelazatannya. Perpaduan cili dan kicap sangat lazat di lidah. Anda yang menyukai masakan manis namun pedas yang menggigit lidah akan sangat menyukai masakan ini.

Baiklah pada kesempatan ini, kami akan mengongsikan kepada anda resepi sotong masak kicap pedas yang nikmat lagi sedap. Dimana resepi ini didapat daripada Tengku RosElyza Raja Muhammad di facebook dan telah mendapat perkongsian ramai dari netizen. Selamat mencuba..

Resepi Sotong Masak Kicap Pedas

Resepi Sotong Masak Kicap Pedas

Imej via facebook

Bahan-bahan yang Digunakan

  • 1 kg sotong (lumur kunyit dan garam setelah itu goreng halfcooked)
  • Bawang putih/bawang merah/ halia/ cili padi ikut kepedasan (kisar)
  • Kayu manis, bunga lawang
  • 2 batang serai
  • 1 senduk besar cili kisar
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Sedikit air asam
  • Bawang merah hiris bulat
  • Tomato/cili merah (hiris dan potong)

Cara Memasak Sotong Masak Kicap Pedas

1. Tumis bahan kisar sampai naik bau atau kekuningan.

2. Masukkan bunga lawang, kayu manis, serai.

3. Masukkan cili kisar tumis sampai pecah minyak.

4. Masukkan semua jenis sos dan kicap manis (jika pekat tambah air sedikit). Tumis.

5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

6. Masukkan bawang hiris, tomato, cili merah kacau sekejap.

7. Masukkan sotong. Gaul rata, tutup api.

Resepi Sotong Masak Kicap

Imej via google

Resepi Menarik Lain

Mudah sahaja kan resepinya? Selain dari Resepi Sotong Masak Kicap Pedas diatas, kami juga menulis resepi lain yang menarik dan mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya..

Penulis: Jejemiko

Pelajar yang memiliki ketertarikan kepada kartun dan muzik, serta menginterpretasikan rasa dalam tulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.