Pastinya ramai antara kita yang menggemari pau. Terdapat pelbagai jenis pau yang boleh didapati antara pau daging, ayam dan bbq.

Tetapi, pada hari ini kita akan berkongsi dengan anda resepi pau kaya pandan yang amat mudah untuk disediakan di rumah.

Resepi pau kaya pandan ini telah dikongsikan di laman Facebook milik Fierah Zulaikha dan telah mendapat banyak perkongsian.

Resepi Pau Kaya Pandan

pau pandan

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 250 g tepung pau jenama Bluekey
  • 50 g gula halus
  • 2 g garam halus
  • 15 g shortening
  • 3 g yis
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 3 g magic improver atau bread softener biasa
  • Air

Cara – cara penyediaan:

  1. Masukkan bahan kering kecuali yis.
  2. Gaulkan bahan sehingga sebati. Masukkan air secukupnya.
  3. Masukkan yis dan putarkan doh sehingga elastik.
  4. Selepas siap adunan, timbang doh dalam 40 – 50 g.
  5. Bulatkan doh dan rehatkan doh selama 5 minit.
  6. Masukkan inti yang diinginkan kedalam doh.
  7. Apabila siap bentuk, peraplan sekejap selama 35 minit.
  8. Sebelum kukus, panaskan air di dalam periuk kukus terlebih dahulu.
  9. Apabila doh sudah kembang, kukus selama 10 – 12 minit.
  10. Pastikan api dibiarkan sederhana.
  11. Untuk mengetahui pau sudah siap dimasak, permukaan pau mestilah licin berkilat.
  12. Keluarkan pau dalam periuk kukus. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .