Kentang goreng ialah kudapan yang mengenyangkan kerana ia mengandungi karbohidrat sebagaimana yang terkandung dalam nasi. Ramai orang menyukai kentang goreng. Lagi-lagi kalau beli kentang goreng daripada Mc* atau KF* mesti beli yang saiz large punya. Garing, rangup dan sedap menjilat jari.

Untuk mendapatkan kentang goreng ala restoran yang rangup dan garing, anda harus tahu resepi yang betul. Tidak semua resepi akan menghasilkan kentang goreng sedap. Namun anda tidak perlu risau pasal itu, kerana kami akan mengongsikan resepi kentang goreng rangup macam restoran pada postingan kali ini.

Mulai sekarang anda tidak perlu beli lagi, cukup dengan membuat kentang goreng sendiri bila-bila masa dan makan sepuasnya. Anak-anak lagi suka kentang goreng rangup macam ini. Makan kentang goreng rangup dan dicicah sos sesuai selera, sangat lazat!

Resepi ini bukan resepi kentang goreng kupas biasa. Resepi yang dikongsikan oleh Reen di Facebook ini sangat lazat dan membangkitkan selera. Kentang goreng yang dibuat sangat gebu, rangup dan garing. Sila cuba resepi ini di rumah.

Resepi Kentang Goreng

kentang goreng

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Kentang dikupas kulit.
  • Potong jejari, basuh bersih dan toskan.

Bahan salutan :

  • 2 atau 3 sudu besar tepung goreng bestari original. Boleh guna tepung beras jika tidak ada.
  • 1 sudu besar tepung jagung.
  • 1 sudu besar tepung gandum.
  • Sedikit serbuk lada hitam jika suka.

Caranya Membuat :

1. Rebus kentang dalam air mendidih selama 5 minit.

2. Masukkan 1 sudu kecil garam dan 1 sudu kecil cuka.

3. Kemudian toskan kentang dan masukkan dalam air sejuk yag di letak ais kiub. Biarkan dalam 3-4 minit hingga kentang tadi sejuk.

4. Toskan air kentang hingga kering.

5. Setelah kering campurkan kentang dengan semua bahan salutan dan gaul hingga bercampur dan tepung melekat.

kentang goreng

Imej via Facebook

6. Kemudian goreng hingga bertukar warna jadi keemasan. Pastikan minyak betul-betul panas.

7. Angkat dan toskan minyak. Kentang sedia dinikmati bersama sos pilihan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kentang goreng, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang memiliki ketertarikan kepada kartun dan muzik, serta menginterpretasikan rasa dalam tulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.