Anda yang menggemari sizzling mesti selalu beli makanan ini di kedai makan. Sizzling termasuk hidangan panas yang memang sesuai dijadikan hidangan petang-petang mahupun makan malam. Makanan ini sangat menaikkan nafsu makan.

Pernahkah anda terfikir untuk menyediakan sendir sizzling di rumah anda? Kenapa perlu beli lagi jika anda boleh menyediakan sendiri hidangan bertaraf restoran ini? Anda boleh makan bila masa anda mahu. Resepi sizzling tidak sesukar yang  anda bayangkan. Resepi dan bahan-bahannya juga sangat mudah didapat.

Tak susah pun nak buatnya jika anda jumpa resepi yang betul. Seperti resepi yang mendapat perkongsian ramai yang kami tulis dibawah ini. Resepi sizzling yee mee yang dikongsikan oleh Yati Mohd di Facebook.

Anda tak perlu risau jika tak ada hot plate untuk sizzling. Anda boleh guna kuali kecil saja. Tampilan beza namun rasa konfirm sama dengan restoran. Jom cuba. Anda pasti sukakannya.

Resepi Sizzling Yee Mee

yee mee

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1/2 ekor ayam atau isi ayam bahagian dada. Dibersihkan, potong sedang dan lumurkan bersama 1 sdb kicap hitam/pekat, sedikit gula dan lada sulah.
  • Perapkn dalam 1 jam.
  • 4 ulas bawang putih dipenyekkan.
  • 1 1/2 inci halia dipenyekkan.
  • Cili kering 6 tangkai dipotong 2.
  • Cendawan shitake yang kering dalam 15 biji direndam dalam 2 jam. Lepas itu bersihkan dan buang kakinya dan belah 2. Perap dengan sedikit sos tiram.
  • Sayur sawi yang dicelur dalam air panas menggelegak. Bubuh sedikit minyak. Kalau sudah bertukar warna, angkat dan toskan.
  • Yee mee yang boleh dibeli di pasaraya.
  • Kicap hitam/pekat dalam 3sdb (mahu gelap boleh tambah lagi).
  • Sos tiram 2 sdb
  • Serbuk lada putih dan lada hitam.
  • Garam, sedikit gula, kiub ayam knor dan ajinomoto.
  • Air tepung jagung (mengikut kepekatan yang diingini)
  • Cili api dan cili merah dibuang biji. Hiris dan bubuh kicap cair. Ketepikan

Cara Memasak :

1. Tumis bawang putih dan halia hingga layu dan masukkan cili kering. Masak hingga naik bau dan bubuhkan cendawan. gaul sebati.
2. Kemudian masukkan 1 cawan air.
3. Biarkan cendawan menjadi lembut dan masukkan ayam. Gaul sebati. Kacau dalam 5 min.
4. Masukkan air. Agak-agak saja. Perasakan dengan kicap pekat, sos tiram, kiub ayam knor, sedikit gula, ajinomoto, serbuk lada hitam dan lada putih. Biar hingga menggelegak dan kecikkan api.
5. Tutup kuali dan masakkan hingga cendawan dan ayam agak lembut. Masukkan air tepung jagung hingga kuah agak pekat. Sesuai rasa dan selera, boleh tutup api.

yee mee

Imej via Facebook

6. Untuk menghidangkannya guna kuali kecil. Masukkan kuah, pecahkan telur dan masukkan yee mee sesanggul.

yee mee

Imej via Facebook

7. Lepas itu alihkan kedalam pinggan dan taruh sayur sawi dan sedikit lagi kuah. Siap untuk dihidang bersama dengan cili api hiris. Selamat mencuba.

yee mee

Imej via Facebook

Yee mee kalau mahu celur dengan air panas sekejap pun boleh juga. Saya tak celur sebab kuah boleh melembutkan yee mee.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi sizzling yee mee, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar di salah satu universiti di Malaysia. Tinggal di Sungai Buloh.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.