Salam Jumaat buat semua. Diharapkan agar semua sudahpun membaca dan menghabiskan Surah Al-Kahfi di hari yang mulia ini. Lagi-lagi kita berada di bulan Ramadhan di mana segala amalan yang kita lakukan akan digandakan pahalanya. Semoga beroleh keberkatan dari-Nya. InshaaAllah.

Hari ini kami nak bercerita tentang kacang hijau. Bila sebut kacang hijau, ramai yang pandang sebelah mata je. Korang semua ingat kacang hijau ni biasa-biasa aje ker? Haa dia bukan biasa-biasa tau! Kacang hijau ni sangatlah banyak khasiat dan kelebihannya buat kita semua. Kita boleh kategorikan ia sebagai “superfood”.

Kacang hijau sangat kaya dengan protein, serat, vitamin, karbohidrat, lemak yang baik dan mineral. Ia bersifat antioksidan yang baik kerana terdapat Fitosterol sebagai kandungannya. Antara khasiatnya ialah dapat menurunkan kolesterol, menguatkan tulang dan gigi, melancarkan pengaliran darah dan melancarkan pergerakan usus. So, jangan skip menu yang berasaskan kacang hijau yer.

Kacang hijau ni kita boleh jadikan menu untuk keluarga seperti dibuat bubur, biskut, kuih, puding dan sebagainya. Memang sangat menyelerakan dan berkhasiat. Kali ini, kami nak kongsikan resepi dari Akak Zainal Abidin di facebook. Yang bestnya kali ini, beliau kongsikan resepi klasik yang membuatkan bubur kacang hijau itu wangi beraroma. Auumm!!

Resepi Bubur Kacang Hijau

bubur kacang hijau

Image via facebook

Bahan-bahan:

  • Kacang hijau
  • Gula pasir
  • Daun pandan
  • Santan
  • Garam
  • Air secukupnya

Cara Penyediaan:

  1.  Basuh kacang dan toskan sekejap.
  2. Goreng kacang sehingga berbau wangi .
  3. Masukkan air dan daun pandan. Rebus sehingga empuk (kacang akan mengembang).
  4. Masukkan gula dan santan.
  5. Letak sedikit garam supaya ada rasa lemak. Dah menggelegak dan elok rasa nya, boleh tutup api.

Siap! Boleh makan.. cicah dengan roti atau pulut.. 😋😋

Jangan lupa untuk share dan mencuba resepi bubur kacang hijau ni yer. Selain resepi ini, kami juga menulis resepi-resepi lain yang turut mendapat perkongsian ramai. Boleh klik dan cuba!

Tinggalkan Komen!

〰〰

Langgan Info Kami

Berkaitan

〰〰
.