Tauhu bergedil menjadi viral dan makin dikenali oleh ramai orang. Tauhu bergedil adalah kombinasi tauhu pok bersama bergedil. Bergedil adalah sejenis masakan yang diperbuat menggunakan kentang yang ditumbuk lumat kemudian digaul dengan isi ayam atau isi daging dan juga bawang yang dicincang halus kemudian ianya di kepal menjadi bulat dan dicelup didalam bancuhan telur sebelum digoreng garing.
Tauhu bergedil pula bermakna apabila bergedil ini disumbat kedalam tauhu pok, dicelup didalam telur kemudian digoreng, sedap dicicah di dalam sos kicap yang mempunyai rasa pedas dan manis. Kombinasi didalam tauhu bergedil ini memberi rasa kenyang kepada yang memakannya. Ianya juga lebih lazat dan pasti anda akan makan bertambah! Selalunya tauhu bergedil dibeli sahaja, namun, kini anda boleh menyediakan sendiri!
Makanan ini amat sesuai dijadikan menu pembuka selera. Ianya telah dikongsikan oleh Shafinie Mokhtar dan telah mendapat banyak shares serta likes. Mari kita tengok resepinya!
Cara menggoreng:
Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!