Apam merupakan menu minum petang yang amat popular di Malaysia. Ianya sesuai sangat dihidangkan bersama kopi o panas. Gabungan rasa pahit kopi dan kemanisan apam pasti bikin ramai tertarik. Apam selalunya dijual digerai sekitar kita. Ianya juga terdapat pelbagai jenis. Antaranya, apam beras, apam eno dan apam susu.

Kali ini, kami bawakan resepi apam susu gebu yang sudah pastinya sedap dan berlemak. Ianya juga memberi kelainan dari segi rasa kerana rasanya lebih manis. Bahan – bahan untuk membuat resepi apam susu gebu ini mudah didapati, antaranya adalah telur, susu pekat manis dan esen vanilla. Anda juga boleh menghiaskan apam susu ini mengikut warna kesukaan anda.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Eyza Liza dan mendapat banyak perkongsian di Facebook milik beliau. Pelbagai komen positif juga didapati di post tersebut.

Resepi Apam Susu Gebu

Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan A:

  • 4 bji telur (suhu bilik)
  • 1 sudu besar ovalette (suhu bilik)
  • 3 sudu besar susu pekat manis (suhu bilik)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cawan gula
    Nota: Kesemua bahan diatas ini dicampurkan sehingga putih dan ringan. Sekiranya tiada mixer, boleh menggunakan blender.

Bahan B:

  • 2 cawan tepung gandum Rose

Cara – caranya:

  1. Apabila sudah siap gaulkan kesemua bahan A diatas, masukkan dua cawan tepung gandum dan gaul (dengan kaedah kaup balik) sehingga sebati.
  2. Asingkan dalam tiga ke empat cawan bekas untuk diletakkan warna yang berbeza mengikut citarasa anda.
  3. Jangan lupa sapu acuan dengan planta dan kukus selama 30 minit dengan api yang kuat dan pastikan air mendidih dahulu baru masukkan adunan.

Nota:

  • Untuk elakkan apam daripada bantar, pastikan tudung periuk dibalut bersama kain bagi mengelakkan air menitik.
  • Pastikan mixer atau blender mengisar selama 15 ke 20 minit. Ini kerana, lebih lama putar, apam susu akan lebih gebu.
image via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.