Anda peminat buah-buahan? Kandungan gizi dan vitamin dalam buah sangat tinggi. Justeru, kita yang ingin hidup sihat sangat disarankan untuk memakan buah setiap hari.

Namun ada sahaja halangan seseorang untuk  menjadi malas makan buah. Tidak ada masa, leceh terpaksa mengopek buah terlebih dahuluu, bosan makan buahan yang sama, tidak suka akan rasa buah yang masam sangat or manis sangat dan banyak lagi alasan lain. Hmmm.

Oleh itu, kami mencadangkan kepada anda untuk mencuba resepi salad buah ini. Resepi  salad buah ini dapat diisi dengan pelbagai buahan yang anda suka. Tak kisah buah apa mengikut selera anda. Anda tak perlu lagi kupas-kupas kulit buah. Anda juga boleh mencampurkan buah apapun sehingga ada rasa masan mahupun manis, sangat menarik kan.

Salad buah confirm memang sedap dan segar, juga berkhasiat sesuai untuk anda yang ingin diet. Cara membuatnya pun sangat senang. Sesiapa yang suka salad buah mesti selalu beli, tapi bila buat sendiri lagi puas memakannya.

Salad buah sangat baik untuk kesihatan. Anda yang teringin nak diet, sangat digalakkan untuk memakan salad buah kerana tiada kandungan lemak tepu yang tinggi. Salad buah kaya akan protein, vitamin dan mineral sihat lainnya.

Jom mulakan hidup sihat dengan memakan salad buah dengan mengikuti resepi yang dikongsikan oleh Ela Eiylaz di Facebook. Banyak manfaat yang akan anda dapatkan, badan sihat dan ideal, kulit bersih, terhindar daripada penyakit dan banyak lagi manfaat lainnya. Sila dicuba resepi ini dan buat salad buah terbaik anda.

Resepi Salad Buah (Segar dan Menyihatkan)

Bahan-bahan

Buah-buahan ikut suka mahu letak buah apa.

  • Anggur
  • Epal
  • Tembikai
  • Strawberry
    (Potong dadu)
  • Mayonais
  • Yogurt
  • Susu cair

Cara-cara Membuat Salad Buah

Campurkan sekali semua bahan.

Untuk tambahan boleh letak Nata De Coco dan cheese parut.

Masukkan ke dalam peti ais dan biarkan sejuk. Siap.

resepi salad buah

Imej via Facebook

Salad buah segar sudah jadi. Tampak sangat segar dan lazat kan. Sila cuba resepi ini di rumah anda.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Salad Buah ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang memiliki ketertarikan kepada kartun dan muzik, serta menginterpretasikan rasa dalam tulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.