Langkau ke kandungan
Saji.my
Menu

Resepi Nasi Ayam Penyet (Resepi Warisan Nusantara)

Nasi ayam penyet merupakan salah satu menu yang dipinjam dari seberang. Ia telah dibawa oleh orang Indonesia ke negara kita beberapa tahun yang lalu. Oleh…

Dikemas kini 30 Mei 2020oleh Nur Dini Abd Aziz
Nasi ayam penyet dengan cabai penyet, ayam goreng, tempe dan ulam.

Nasi ayam penyet merupakan salah satu menu yang dipinjam dari seberang. Ia telah dibawa oleh orang Indonesia ke negara kita beberapa tahun yang lalu. Oleh kerana rasa yang sedap dengan mudah serta citarasa nusantara yang dikongsi bersama kita sebagai satu rumpun. Oleh itu, juadah hidangan Indonesia juga telah menjadi kegemaran kita semua. Ianya pedas, dicampur pula dengan rasa ayam goreng yang lebih kaw disebabkan cara pembuatan yang berbeza.

Bahan - bahan bagi menyediakan nasi ayam penyet ini mudah untuk didapati. Digabungkan pula bersama dengan tempe dan ulam, ianya pasti memberikan rasa lemak daripada tempe dan disegarkan bersama ulam. Bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah perkongsian yang boleh anda ikuti.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Jida Jat dan mendapat banyak shares serta likes di Facebook! Jadi, jom kita tengok resepi ini!

Resepi Nasi Ayam Penyet

Nasi ayam penyet dengan ayam goreng, sambal dan lalapan

Imej via Facebook

Bahan - bahan:

Cabai Penyet:

  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji cabai merah
  • 20 biji cabai Melaka hijau
  • 3 biji tomato
  • Belacan sedikit
  • Ikan bilis sedikit (optional)

Ayam goreng:

  • 4 sudu tepung gandum
  • 4 sudu tepung jagung
  • Kunyit sedikit
  • Rempah kari daging sedikit
  • Perasa

Bahan - bahan lain:

  • Tempe

Ulam:

  • Salad
  • Kacang Panjang
  • Timun

Cara - cara memasak:

Cabai penyet:

  1. Gorengkan bahan - bahan di atas.
  2. Apabila sudah layu, toskan.
  3. Kemudian, kisar atau tumbukkan kesemua bahan - bahan tersebut.
  4. Masukkan perasa mengikut selera anda.

Proses memasak atau penyediaan nasi ayam penyet

Imej via Facebook

Ayam goreng:

  1. Gaulkan ayam tadi bersama bahan - bahan tersebut dan gorengkan.

Nasi Ayam penyet:

  1. Hidangkan cabai penyet bersama ayam goreng yang telah ditumbuk dan nasi putih.
  2. Lengkapkan hidangan dengan tempe dan ulam. Siap!

Resepi - resepi lain yang menarik:

Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!