Kek – kek premium amat mahal jika hendak dibeli di kedai. Sekiranya anda inginkan pilihan yang lebih bijak, sudah pasti anda boleh menyediakannya sendiri sahaja. Kali ini kami bawakan resepi premium, cheesecake chocolate indulgence khas buat anda semua. Resepi ini amat lazat, amat mewah rasanya dan pasti digemari ramai. Anda bolehlah menghidangkan kek premium ini pada majlis hari jadi ataupun majlis keraian.

Bahan – bahan untuk menyediakan cheesecake chocolate indulgence ini adalah bahan – bahan yang premium untuk memastikan rasanya lazat. Anda boleh mendapatkan bahan – bahan seperti cream cheese, chocolate gelap dan whipping cream di kedai menjual barangan kek berdekatan anda untuk harga yang lebih murah dan berbaloi.

Cara pembuatan kek ini juga mengambil masa yang lama. Oleh itu, anda perlu bersabar bagi mendapatkan hasil yang pastinya memuaskan hati anda dan yang merasainya.

Resepi ini dikongsikan oleh Muhammad Ali dan mendapat banyak shares dan likes di Facebook. Mari kita lihat!

Resepi Cheesecake Chocolate Indulgence

Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 100g oreo crust atau satu packet oreo buangkan krim dulu. Boleh juga hancurkan bersama krim tetapi rasanya manis sedikit.
  • 40g mentega yang dicairkan.
  • 250g chocolate gelap masakan (bahagikan kepada 2; ganache dan cheesecake chocolate jadi setiap satu adalah 125g)
  • 500 g cream cheese ( bahagikan kepada 2; cheesecake chocolate & cream cheese indulgence jadi setiap satu adalah 250g)
  • 375 g whipping cream ( bahagikan kepada 3; ganache, cheesecake chocolate & cream cheese jadi setiap satu adalah 125g)
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 66 g gula kastor (bahagikan kepada 2; cream cheese & chocolate cheesecake jadi setiap satu adalah 33 g)

Cara – cara memasak:

Terdapat 4 lapisan.

Lapisan pertama: Oreo Crust

  1. Hancurkan 100g oreo halus – halus. Kemudian, campurkan dengan 40g mentega yang telah dicairkan.
  2. Gaulkan dan masukkan dalam loyang. Ratakan.
    Nota: Untuk tebalkan lapisan oreo, tambah lagi oreo dan mentega.
  3. Akhir sekali, letakkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit.

Lapisan kedua: Cheesecake chocolate

  1. Cairkan 125g coklat gelap masakan menggunakan kaedah double boil. Apabila sudah cair, biarkan sebentar.
  2. Pukul 250g cream cheese selama lebih kurang seminit. Masukkan gula kastor 33g, satu sudu susu pekat manis, satu sudu kecil vanila esen dan pukul sampai sebati.
  3. Kemudian, masukkan coklat gelap masaka yang telah dicairkan tadi ke dalam adunan cream cheese tu. Gaul menggunakan spatula juga memadai. Gaul sampai sebati.
  4. Selepas itu, pukul 125 g whipping cream sampai kental.
  5. Masukkan whipping cream yang dah dipukul tadi dengan adunan cream cheese dan coklat.
  6. Gaulkan sehingga sebati.
  7. Dah siap untuk lapisan kedua dan tuangkan ke atas lapisan oreo crust tadi.
  8. Sejukkan dalam 30 minit lagi.

Lapisan ketiga: Cream cheese

  1. Masukkan 250g cream cheese.
  2. Masukkan 33g gula kastor.
  3. Masukkan satu sudu kecil esen vanila (pilihan).
  4. Pukul dalam 3 minit dan masukkan 125g whipping cream.
  5. Gaul sampai sebati.
  6. Tuangkan keatas lapisan cheesecake chocolate tadi.
  7. Biarkan sejuk dalam 30 minit.

Lapisan keempat: Chocolate Ganache:

  1. Guna teknik double boil.
  2. Masukkan 125g whipping cream.
  3. Masukkan 125g coklat gelap.
  4. Masukkan 1 sudu butter.
  5. Kacau perlahan atas api yang perlahan
  6. Apabila sudah pekat dan tekstur nampak berkrim dan berkilat, bolehlah tutup api.
  7. Biarkan dalam 10 minit baru tuang ke atas lapisan indulgence tadi.

Nota:

  1. Sejukkan semalaman.
  2. Memerlukan masa yang agak lama untuk hasil dan rasa yang mewah!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.