Nasi Ayam merupakan hidangan yang dibawa oleh bangsa Cina. Ada pelbagai jenis nasi ayam, ada yang sukar untuk disediakan, serta sebaliknya. Namun begitu, kita pastinya lebih suka yang mudah dan memberikan rasa yang amat lazat. Nasi ayam selalunya terdapat tiga bahagian iaitu, ayam, nasi dan kuah sup. Ayamnya selalu dipanggang atau direbus, bergantung kepada citarasa anda.

Kali ini, kami bawakan resepi nasi ayam mudah khas buat anggaran lapan orang makan. Oleh itu, resepi ini sesuai buat mereka yang mempunyai keluarga yang besar, atau kawan – kawan yang ramai untuk makan sekali. Namun begitu, sekiranya anda mempunyai selera yang besar, jangan khuatir, resepi ini juga sesuai buat anda.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Zue Zulin dan mendapat banyak shares serta komen positif di media sosial. Jom kita lihat!

Resepi Nasi Ayam Mudah

Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Ayam dan sup ayam:

  •  Ayam seekor dibelah empat
  •  1 cm halia
  •  3 ulas bawang putih
  •  Seketul kiub ayam

Sos ayam:

  • Setengah cawan sos tiram
  • Suku cawan kicap lemak manis
  • 1 sudu makan minyak bijan
  • 2 sudu makan madu

Nasi :

  • 3 pot beras
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
    Semua bahan dimayang halus
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu mentega
  • Daun pandan
  • Sedikit serbuk kunyit

Kuah Cili :

  •  10 tangkai cili merah (besar)
  •  5 tangkai cili kering
  •  Sebiji tomato
  •  2 ulas bawang putih
  •  Sedikit halia
  •  1 sudu kecil cuka
  •  1 sudu kecil garam
  •  1 sudu kecil gula
  •  1/2 cawan air

Kicap ayam :

  • Air perapan ayam
  • Kicap
  • Sedikit tepung jagung

Sup kosong :

  • Air perapan ayam
  • Bawang goreng
  • Sedikit daun sup

Cara – cara memasak:

Ayam:

  1. Rebus ayam di dalam air panas yang mendidih 7 ke 8 minit.
  2. Masukkan sup bunjut, bawang putih, halia dan kiub ayam.
  3. Jangan buang air rebusan ayam kerana akan digunakan untuk nasi dan sup.
  4. Apabila sudah masak, angkat ayam dan sapukan bahan B.
  5. Apabila sudah sapu semua, toskan ayam didalam penapis selama 30 minit supaya ayam kering.
    Nota: Ini juga supaya minyak tidak meletop dan kulit ayam cantik berkilat.
  6. Kemudian, gorengkan ayam!

Nasi:

  1. Cairkan 2 sudu mentega.
  2. Tumiskan bahan hirisan bersama daun pandan. Aromanya akan naik dan wangi!
  3. Masukkan kiub ayam dan serbuk kunyit sebagai pewarna kuning.
  4. Masukkan beras, kacau sedikit dan biarkan sebentar.
  5. Masukkan air rebusan ayam tadi. Sukatan air seperti memasak nasi biasa cuma disarankan untuk melebihkan sedikit air.

Kuah cili

  1. Kisarkan cili merah, cili kering, tomato, halia dan bawang putih.
  2. Masakkan di dalam kuali.
  3. Masukkan gula dan garam.
  4. Tambah sedikit air masak dengan api kecil sehingga likat.

Kicap ayam:

  1. Gunakan air perapan ayam tadi.
  2. Tambahkan kicap dan jika hendak pekat tambahkan sedikit tepung jagung.

Sup kosong

  1. Gunakan air rebusan ayam tadi, tambahkan bawang goreng dan taburkan sedikit daun sup.
  2. Siap!

Resepi – resepi lain yang boleh dicuba:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.