Adunan daripada tepung dengan gula dan krim ini memang selalu punya tempat tersendiri di hati orang ramai. Terutamanya para peminat kek. Tidak hanya minat makan namun juga minat dalam membuat kek.

Atas nama kek, apalagi kek yang lembut, gebu, manis, sedap, penuh krim memang tak boleh tahan langsung. Membayangkan krim dan kelembutan adunannya saja sudah menetes air liur.

Kek dan rakyat melayu berpisah tiada. Bagaimana tidak, anak-anak bahkan orang dewasa juga sangat menyukai kek. Jika anda ada mood membuat kek, sila terus masuk dapur dan buat kek anda. Membuat kek senang saja, namun memang memerlukan kesabaran dalam setiap prosesnya, juga diperlukan ketrampilan untuk membuat kek jadi indah dipandang mata dan sedap dimakan.

Dengan 5 resepi yang kami kongsikan ini, anda dapat membuat kek yang sedap dan lazat untuk dihidang kepada keluarga. Tidak hanya itu, bahkan untuk anda yang teringin berniaga pun boleh. Terima tempahan kek untuk acara majlis mewah. Daripada hobby boleh jadi duit.

Resepi-resepi yang kami kongsikan ini tentunya telah mendapat perkongsian ramai di Facebook. Oleh itu, yang perlu anda lakukan ialah sila rujuk resepi ini dan buat kek sedap yang menjilat jari versi anda.

Resepi Basic Sponge Cake

kek sponge pandan

Imej via Facebook

Kami berkongsi resepi kek span yang paling mudah. Resepi ini ialah asas kepada kek span yang gebu dan lembut. Jika ingin perasakan hanya perlu tambahkan pewarna dan perisa. Kek span ini juga boleh dideco menggunakan topping Buttercream dan Whip Cream. Sila tengok resepi mudah daripada ‎Azizi Rais‎ ini.

Bahan-bahan :

  • 5 biji telur ayam gred A
  • 120 gm gula
  • 150 gm tepung naik sendiri
  • 50 ml minyak masak
  • 1 camca besar ovalette
  • Pewarna hijau dan esen pandan. (Optional)
  • Loyang 9 inci

Cara-cara :

  1. Masukkan semua bahan-bahan kedalam mangkuk pengadun kecuali minyak masak. (Jika ingin kek berperisa pandan, oren atau sebagainya, boleh dimasukkan sekali masa ini).
  2. Kemudian mulakan  adunan dengan kelajuan perlahan, bila sudah sebati gunakan top speed sampai adunan menjadi bertanduk.
  3. Akhir sekali, tuangkan minyak masak, kaup balikkan sehingga rata.
  4. Masukkan dalam loyang 9″ yang telah dilapik dengan kertas minyak.
  5. Bakar selama 40 minit dengan suhu 170’C atau golden brown atasnya.
  6. Bila sudah masak, sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan.
  7. Siap.

Resepi Kek Cheese Leleh

kek cheese

Imej via Facebook

Banyak yang menjadikan kek ini sebagai jualan harian. Peminat kek ini sangat banyak. Khusunya kanak-kanak sangat menyukai kek cheese ini. Sila cuba resep yang dikongsikan oleh Aaliaanis Kitchen‎ seperti di bawah ini.

Bahan-bahan :

  • 1 cawan gula castor
  • 1 cawan susu full cream
  • 1 sudu besar ovalate
  • 3 biji telur gred B
  • 2 cawan tepunh self raising

Cara-cara :

  1. Putar susu, gula dan ovalate hingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga kembang dan berkilat.
  3. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis.
  4. Panaskan kukusan dan kukus dengan api sederhana.
  5. Siap.

Topping :

  • 500 g cream cheese
  • 1 cawan non dairy whipping
  • 1 cawan dairy whipping
  • 1 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan susu full cream

Cara-cara Topping :

  1. Putar cream cheese dengan susu pekat sehingga sebati jangan ada ketul-ketul.
  2. Masukkan kedua-dua jenis whipping dan putar hingga pekat.
  3. Masukkan susu full cream mengikut kepekatan yang dikehendaki.

Resepi Pastry Fruits Cake

pastry fruit cake

Imej via Facebook

Belum boleh disebut pecinta kek kalau anda belum mencuba pastry fruits cake ini. Kek ini sempat viral kerana sangat menarik dan banyak peminat. Dengan struktur kek yang halus mulus dan lembut. Buah pun elok terletak di atas. Resepi ini makan dengan sos vanila lagi lah sedap penuh berkrim macam aiskrim. Resepi viral daripada Aznie Khasri ini memang patut cuba.

Bahan-bahan :

  • 100 g butter
  • 160 g gula halus (resepi ini bubuh 130 g saja)
  • 3 biji telur ayam (A @ B )
  • 210 g tepung gandum. Ayak
  • 1 s/k baking powder. Ayak
  • 1 s/t vanila flavor
  • 1 s/t lemon zest / kulit oren
  • 100 g sourcream / yogurt
  • Buah segar : Strawberry, blueberry, buah peach. Guna yang dalam tin pun boleh sebab yang segar mahal. Pastikan buah-buahan ditoskan dahulu tak mahu ada air.

Cara-cara :

  1. Pastikan butter berada dalam suhu bilik. Tapi bukan lembik dan juga bukan keras. Yang sedang-sedang saja.
  2. Pukul dengan gula castor hingga creamy.
  3. Pukul hingga kembang juga creamy dan menjadi sedikit putih.
  4. Masukkan telur satu persatu. Sambung pukul perlahan- lahan hingga telur hilang dari pandangan. Jangan over beat masa ini.
  5. Masukkan vanila flavor dan juga lemon zest. Pukul lagi.
  6. Masukkan bahan kering yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil dipukul hingga sebati.
  7. Akhir sekali masukkan sourcream @ yogurt. Pukul sebati.
  8. Masukkan adunan kedalam loyang 8′ yang telah digris dan dilapik dengan parchment paper. Pastikan oven dipanaskan terkebih dahulu..
  9. Kemudian susun buah-buahan pilihan masing-masing dan tidak berair.
  10. Kemudian bakar pada suhu 160′ selama 45 minit. Guna api atas bawah.
  11. Cucuk dengan lidi/cake tester untuk pastikan kek sudah masak. Sejukkan sekejap baru diletakkan diatas papan kek.
  12. Untuk dekorasi boleh dust dengan snow powder. Ia akan tahan lama berbanding icing sugar dan tak larut dalam kek.
  13. Siap.

Tips :
-Bakar pada suhu 180′ selama 50 minit. Kemudian tukar api bawah dan bakar kek lagi dalam 5-10 minit.
-Resepi ini buah tidak digaul dengan gula macam sesetengah resepi. Sebab kalau buah digaul dengan gula buah akan jadi berair dan itu salah satu sebab kenapa buah tenggelam sedikit kebawah.
-Sebelum bubuh buah hentakkan loyang sebanyak 3 @ 4 kali. Supaya tiada ruang udara didalam.
-Sebelum bubuh buah, buah hendaklah ditapis airnya dahulu jangan bubuh buah yang berair.
-Buah jangan dipotong nipis. Biar tebal skit. Kalau nipis memang akan tenggelam.
-Kalau mahu permukaan kek cantik elok tiada warna perang. Kena jaga api. Suhu oven masing-masing memang tak sama.
-Kalau bila kita sentuh kek, permukaan kek sudah masak tapi bahagian dalam belum lagi, anda boleh tukar bakar kek guna api bawah saja. Bakar lagi hingga masak.
-Kalau boleh kek jangan bakar sampai warna perang dipermukaan, nanti kek jadi kurang lembut.

Creamy Vanilla Sauce Topping Pastry Fruit Cake

Bahan-bahan :

  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan whipping cream
  • 1 s/k vanila flovor
  • 1 @ 2 s/b gula pasir (ikut kemanisan yang kita suka)
  • 4 biji kuning telur

Cara-cara :

  1. Panaskan susu cair, whipping cream juga vanila flavor hingga nampak buih-buih kecil di tepi periuk. Tutup api.
  2. Pukul kuning telur bersama gula hingga sebati.
  3. Masukkan campuran susu tadi yang masih panas kedalam telur tadi.. Masukkan sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga sebati. (Pastikan sentiasa kacau)
  4. Kemudian masukkan semula ke dalam periuk. Masak lagi hingga agak pekat tapi jangan terlalu pekat. Sebab bila sudah sejuk nanti ia akan menjadi pekat lagi. Sentiasa dikacau.
  5. Siap. Tutup api. Kemudian tapis ke dalam mangkuk.
  6. Sejukkan ia dulu kat peti ais baru dihidangkan bersama pastry fruits cake.
  7. Sedap macam makan aiskrim vanila.

Resepi Kek Minyak Gebu Gebas

kek minyak

Imej via Facebook

Kek minyak untuk minum petang hari ini. Gebu dan lembut. Sangat menyelerakan dan mengindahkan hari-hari anda. Mari tengok resepi terbaik daripada ‎Atier Syah‎ di Facebook disajikan di bawah ini.

Bahan-bahan :

  • 5 biji telur
  • 1/2 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3/4 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar ovallate
  • 1 cawan minyak masak
  • perasa nenas atau pisang
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Pewarna yang disukai

Cara-cara :

  1. Satukan tepung dan baking powder kemudian di ayak, ketepikan.
  2. Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang dan gebu. Sy putar dlm 5 minit.
  3. Masukkan susu pekat dan esen vanila, pukul sebati.
  4. Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
  5. Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah di ayak.
  6. Kaup balik adunan dengan spatula hingga rata
  7. Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bekas
  8. Letakkan pewarna dalam setiap bekas mengikut kesesuaian dan gaul rata.
  9. Sediakan loyang 8 inc.(Resepi ini guna loyang 9 inc)
  10. Lapik dasar loyang dengan kertas minyak.
  11. Tuangkan adunan berselang seli warna sehingga habis
  12. Suhu 170’C bergantung kepanasan oven masing-masing
  13. Bakar selama 45 minit-60 minit. Selama sejam.
  14. Siap.

Resepi Kek Karamel

kek karamel

Imej via Facebook

kek karamel viral, kot ada yang tak pernah cuba lagi memang rugi. Seronok buat kek ini.  Walaupun asik berdebar tiap kali nak terbalikkan. Tengok kejadiannya sangat cantik dan menggoda. Tanpa pikir panjang terus buat kek karamel sekarang juga. Merujuk resepi viral daripada June Ahmad di Facebook. Sila cuba.

Bahan-bahan :

  • 2 sudu besar gula (untuk loyang saiz 8″).
    • Kalau loyang kecik gula sikit, loyang besar gula banyak ya. Jadikan gula hangus supaya tak melekat pada loyang.

Bahagian Atas (Karamel) :

  • 1/2 tin susu cair
  • 60 gm gula castor
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 3 kuning telur
    • Kacau lembut sehingga sebati, jangan sampai ada buih.

Lapisan Kek A :

  • 140 gm tepung gandum
  • 60 gm gula castor
  • 3 kuning telur
  • 135 ml air
  • 1 sudu teh baking powder
  • 45 ml minyak
    • Pukul telur kuning, air, minyak hingga kembang.
    • Masukkan gula, pukul kembang lagi hingga naik sekali ganda.
    • Masukkan tepung yang dicampur baking powder.
    • Ketepikan.

Meringue B :

  • 6 telur putih
  • 60 gm gula castor
  • 1 sudu krim tar-tar (boleh guna jus limau nipis)
    • Pukul hingga kembang dan tak menitis.
    • Bila kita angkat tak turun ke bawah.

Cara-cara :

  1. Campurkan bahan A dan B.
  2. Kacau dengan spatula. Kacau sehala, kalau boleh buat bentuk S.
  3. Masukkan kek dalam loyang.
  4. Masukkan adunan kek yang telah diwarnakan. Selang selingkan warnanya.
  5. Bakar secara steam bath (loyang kek letak dala loyang berisi air) selama 1 jam suhu 160’C.
  6. Bila sudah masak, rehatkan 15-20 minit baru terbalikkan kek.
  7. Masukkan dalam peti sejuk 1 jam. Makan sejuk-sejuk memang sedap.

Tips :
-Kalau simpan dala peti ais boleh tahan 5 hari.
-Kalau mahu karamel tebal. Campurkan 1 tin susu cair, 3 kuning telur sahaja dan 2 biji telur.

Resepi-resepi kek di atas sangat mudah dan menarik. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya. Selamat mencuba.

Penulis: Jejemiko

Pelajar yang memiliki ketertarikan kepada kartun dan muzik, serta menginterpretasikan rasa dalam tulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.