Pizza adalah makanan yang digemari oleh rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda. Rasanya amat lazat dan ianya juga mudah untuk didapati. Namun bagaimanapun, sekiranya anda mencari kelainan, atau ingin membuat sesuatu daripada air tangan sendiri, disini kami sediakan sebuah resepi yang amat mudah, mesra ekonomi dan juga unik.

Resepi yang kami bawakan ini, seperti yang telah dinyatakan di atas, ianya adalah mesra ekonomi. Jadi sekiranya anda pelajar, dan mahukan sesuatu yang boleh makan beramai – ramai, boleh cuba resepi ini. Resepi ini juga telah menjadi viral di Facebook. Sudah pastinya resepi ini menjadi kan?

Pizza merupakan juadah yang berasal daripada Itali. Biasanya ianya merupakan doh dan dihias oleh pelbagai topping yang lazat dan menyelerakan dan akan dibakar didalam ketuhar. Akan tetapi, apa yang uniknya dengan resepi yang kami bawakan ini, kita hanya akan menggunakan kuali. Dengan ini, sesiapa sahaja boleh mencubanya.

Tanpa membuang masa lagi, jom kita tengok resepi pizza kuali yang telah dikongsikan oleh  Murni Rahmat dan sebanyak 108 ribu perkongsian telah dikongsikan di Facebook! Jom kita tengok!

Resepi Pizza Kuali Viral

pizza kuali

image via Facebook

Bahan – bahan memasak:

  • Tepung gandum 1kg
  • Air suam 2 cawan
  • Mauripan 1 peket
  • Minyak masak 2 sudu
  • Gula 1 sudu
  • Secubit garam

    image via Facebook

Nota: Uli bahan di atas sekurang – kurangnya 5 minit

Bahan topping

  • Sos pasta tradisional -jenama bebas.
  • Bawang Holland
  • Bawang putih

Anda juga boleh letak macam – macam topping seperti

  • Hot dog
  • Ayam
  • Cendawan butang
  • Nanas
  • Tomato
  • Cheese
  • Seafood

Nota: Tumiskan bawang holland dan bawang putih. Apabila sudah wangi, masukkan bahan basah yang lain. Contohnya seperti ayam, hotdog dan cendawan. Tumis sampai masak. Perasakan dengan garam dan lada hitam kemudian ketepikan.

Langkah – langkah memasak:

  1. Gaul tepung dgn minyak.
  2. Tambahkan air. Uli tepung sekurang – kurangnya 5 minit, apabila sudah tidak melekat di tangan, tutup dgn tuala, rehatkan selama 1 jam.

Nota: sukatan air perlukan 2 cawan, tapi 1cawan air tu, tuang mauripan didalam, masuk secubit gula. Selepas 2-3 minit, dah muncul buih – buih,baru campur dan uli tepung jadi doh.

  1. Selepas 1 jam, doh tadi dah naik 2x ganda. Tumbuk – tumbuk doh itu supaya anginnya keluar.
  2. Bahagikan doh pada 5 bahagian atau lebih.
  3. Bentukkan doh, bila dah elok bulat dan leper, letakan atas kuali.
  4. Masak api kecil sahaja. 10-15 minit ikut ketebalan pizza yang anda buat. Tutup dengan tudung periuk. Tak perlu letak minyak atau letak lapik. Masak sahaja doh itu di atas kuali
  5. Kalau suka kerak pizza rangup, kenalah masak doh itu dulu sebelum isi topping.
  6. Kalau suka lembut gebu mcm roti, letak topping atas doh mentah, baru masak. Susun siap – siap diatas kuali, baru senang sebab tidak perlu nak angkat doh itu. Sebab topping itu berat, nanti berat dan susah nak letak atas kuali/pan pula.
  7. Cheese tu ambil masa 3 – 4mnit untuk cair ye.

    pizza kuali

    image via Facebook

Nota:

  • Boleh pakai roti nan atau roti ara sekiranya hendak cepat.
  • Resepi doh ini juga boleh buat donut, roti dan pau.

Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba:

Selain daripada resepi ini, terdapat pelbagai resepi lain yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan bersama rakan – rakan anda ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.